You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1
Anjuran :-
Unit Hal Ehwal Murid
SJK(T) Ladang Rubana

TARIKH : 2 Januari 2018 – 9 Januari 2018

MASA : 7.45 pagi - 1.10 petang

TEMPAT : SJK(T ) Ladang Rubana


1.0 PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan
lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat
memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan
sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada
tahap pencapaian yang hampir sama.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam


persekolahan supaya lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.

2.2 Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi


dengan membawa mereka bertemu dengan guru-guru serta melihat persekitaran
sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber, tandas, kantin, pejabat, dan bilik-bilik
khas.

2.3 Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan


anak-anak yang perlu mereka ketahui bagi mereka yang anak-anaknya baru
melangkah ke alam persekolahan demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di
antara sekolah dengan ibu bapa serta untuk kebaikan bersama.

3.0 KUMPULAN SASARAN :

3.1 Murid tahun 1 pada tahun 2018

4.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM

4.1 SJK(T) Ladang Rubana


5.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn.Thanam Shanmugavlauthan

(Guru Besar SJKT Ladang Rubana)

Naib Pengerusi I : Pn.Muthukumari Raja

(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi II : Pn.Lalitha Sri Paramasivan

(GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi III : Pn.Vimala Balan

(GPK Ko-kurikulum)

Setiausaha : Pn.Puvaneswari Ganeshan

Jawatankuasa Kerja :-

Persiapan Tempat & Alatan


Pn.Puvaneswari Ganeshan

Hadiah
Cik.Shalini Nyanasegaran

Fotografi / PA Sistem
Pn.Lalitha Sri Paramasivan

Kawalan Murid
Pn.Puvana Sambasivam

Akviti Sukaneka
Cik.Shangitha Kanthasamy
Pn. Kaliammah Ayer
Cik.Gunatheeswari Narayanan

Pengacara Majlis
Pn.Komathi Raman
6.0 TENTATIF PROGRAM

Lampiran 1

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lampiran 2

8.0 PENUTUP

Program seperti ini perlu didedahkan kepada semua guru, murid dan ibu bapa kerana sepanjang
program ini merupakan salah satu medium yang terbaik untuk membentuk insan yang cemerlang.
Semoga dengan adanya program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara semua guru
dan murid-murid dengan lebih akrab. Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna serta mendapat kerjasama dari semua pihak.

Disediakan oleh,

…………………………..
Pn.Puvaneswari Ganeshan
Setiausaha Program Transisi Tahun 1
SJK(T) Ladang Rubana

Disemak oleh,

……………………...

Pn.Muthukumari Raja
GPK Hal Ehwal Murid
SJK(T) Ladang Rubana

Disahkan oleh,

………………..........................

Pn.Thanam Shanmugavlauthan
Guru Besar
SJK(T) Ladang Rubana
Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

HARGA HARGA
SEUNIT
BIL PERKARA KUANTITI ( RM X UNIT ) JUMLAH
( RM )

1. Hadiah 3 3.00 3.00 X 3 RM 9.00

2. Gula-gula 1 2.00 2.00 X 1 RM 2.00

JUMLAH RM 11.00

You might also like