You are on page 1of 28

GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

ISI KANDUNGAN MS

PENGENALAN 2

KEPIMPINAN TUN ABDUL RAZAK 4

CABARAN DEMOKRASI TUN ABDUL RAZAK 10

ANALISIS DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUN ABDUL RAZAK 17

 Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak

 Latar Belakang DEB

 Rasional DEB

 Objektif DEB

 Strategi Perlaksaaan DEB

 Kejayaan Dan Kelemahan DEB

 Cadangan

KESIMPULAN 27

RUJUKAN 28

1
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Y.A.B TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN (1970-1976)

Pengenalan

Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11 Mac, 1922 di Pulau Keladi,

Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam

suasana kampung yang penuh disiplin. Di sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak

mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang alik sejauh empat batu dengan berjalan

kaki dari rumah ke sekolah. Semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah

menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap tahun beliau dapat

menggondol hadiah-hadiah dalam kelas.

Sewajarnya beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke

Raftles College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. Semasa di Maktab Melayu dan

Raffles College itu, beliau aktif di dalam persatuan dan aktiviti sukan. Kecekapannya terbukti

lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London

hanya dalam tempoh lapan belas bulan.

Semasa di London, Tun Abdul Razak tidak mensia-siakan peluang yang diberikan

kepadanya. Beliau menggunakan masa yang ada untuk mendalami bidang politik dan

memupuk konsep hidup dengan pemikiran yang luas. Aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar,

beliau kemudiannya menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British

untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga

menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.

Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana

kematian ayahnya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan

Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian

beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam

perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut

2
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

kemerdekaan. Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua

Pemuda UMNO. Ini diikuti pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis

Undangan Persekutuan pada Ihb. Februari, 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul

Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan

Yang Dipertua Dari sini bermulalah satu percantuman tenaga yang bersejarah dan begitu gigih

dalam perjuangan mencapai kemerdekaan dan seterusnya membina sebuah negara yang

maju. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama

beberapa bulan pada tahun 1955.

Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk

dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut

Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35

tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih

13 tahun.

Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian

Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Halehwal

Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata

Razak 1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan

yang berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Dengan menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama

di semua sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai

kaum dapat disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi

muda yang sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.

3
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Kepimpinan Tun Abdul Razak

Berbekalkan sebuah basikal dan tanpa mengira panas serta mendung, Perdana Menteri

kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengorak langkah menyelami kehidupan

penduduk luar bandar. Sedikit pun beliau tidak rasa kekok mahupun malu untuk mengayuh

basikal melintasi kawasan sawah padi, pertanian dan perumahan orang kampung.Malah,

dijadikan pula sebagai alternatif bagi anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar

Datuk Hussein Mohd. Taib dan Teh Fatimah Daud ini untuk mendekati rakyat.

Biarpun dilahirkan dalam keluarga bangsawan kerana bapanya adalah seorang

daripada empat orang besar Diraja Pahang yang mempunyai hubungan erat dengan Istana

Pahang, namun apa yang pasti tiada jurang atau unsur elitisme dalam keperibadian Tun Abdul

Razak. Justeru, tidak menghairankan apabila beliau yang juga digelar sebagai Bapa

Pembangunan amat terkenal dengan sikap kesederhanaan biarpun telah menceburi bidang

politik sehingga menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

Keperibadian sederhananya itu turut terserlah apabila beliau sanggup menginap di hotel

murah serta tidak akan menukar sesuatu perabot di kediaman rasminya, Sri Taman sekiranya

masih boleh digunakan lagi. Begitulah uniknya sikap Tun Abdul Razak yang tidak ada pada

pemimpin lain ketika itu dan ini diakui sendiri Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik

dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Abdul Ghapa Harun.

"Pengalaman sosialisasi beliau membesar di kampung selama 10 hingga 12 tahun membentuk

sifat kesederhanaan dalam dirinya," kata Abdul Ghapa.

Dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan kecil, Pulau Keladi, Pekan, bersama-

sama anak penduduk kampung, akhirnya membentuk sahsiah 'kesederhanaan' yang kuat

dalam diri beliau. Malah, status 'anak bangsawan' tidak menghalang beliau bermain dan

berkawan dengan anak miskin kampung. Apatah lagi, asas persekolahan Tun Abdul Razak

4
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

bukanlah digilap di sebuah sekolah berstatus elit, tetapi hanya di Kampung Jambu Langgar

yang agak jauh dari rumah datuknya sehingga terpaksa menapak sejauh empat kilometer

setiap hari.

Melihat kesengsaraan dan kesempitan hidup rakan-rakannya, menyebabkan beliau turut

sama tidak memakai kasut dan hanya berkaki ayam ke sekolah seperti mereka kerana tidak

mahu adanya perbezaan miskin atau kaya.

"Percakapan, pakaian, pergaulan, pergi mengaji al-Quran dan bermain sawah, langsung tiada

perbezaan dengan rakan-rakan sebayanya. Walaupun selepas Tun melanjutkan pelajaran ke

MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak), Raffles College, Singapura sekejap sahaja

kerana Perang Dunia Kedua kemudian England, sikap kesederhanaannya masih utuh dan tidak

berubah biarpun sudah bergaul dengan golongan elit. "Jadi apabila Tun menjawat jawatan

sebagai Pegawai Tadbir dan kemudian terbabit dalam politik, beliau tidak berasa kekok dan

boleh makan sekali serta bergaul dengan orang kampung. Pengalaman Tun ini berbeza dengan

pemimpin lain kerana kebanyakan pemimpin ketika itu yang asal daripada golongan elit atau

bangsawan membesar dengan ibu bapa, jadi unsur elitisme itu sudah ada. "Berbanding dengan

Tun yang membesar di kampung, elemen dan sikap elitisme tidak tumbuh bersama-sama

dalam keperibadian beliau," katanya.

Pengalaman membesar di kampung, bukan sahaja membentuk sifat kesederhanaan

dalam diri beliau, malah mewujudkan sikap prihatin tatkala melihat kesukaran dan kesempitan

hidup masyarakat kampung terutama orang Melayu. Tidak sekadar memandang atau merenung

tanpa melakukan apa-apa, Abdul Ghapa berkata, pengalaman itu akhirnya mendorong Tun

Abdul Razak komited mengubah kehidupan masyarakat luar bandar sekali gus bermatlamat

memodenkan serta meningkatkan pendapatan mereka.

"Untuk membolehkan masyarakat luar bandar terbabit secara aktif dalam ekonomi moden,

mereka mestilah dihubungkan dengan orang bandar melalui pembangunan infrastruktur. Bagi

5
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

merealisasikan perkara ini, pemikiran orang kampung mesti diubah sehingga terbinanya

'scientific frame of mind'. Menurut Tun, kalau pemikiran orang kampung tidak diubah, apa pun

program yang kerajaan laksanakan tidak akan berjaya. "Semasa tahun 60-an bukan sahaja

banyak projek pembangunan tetapi juga program berbentuk pentingnya kesedaran mengubah

sikap telah digiatkan untuk mengubah cara-cara mereka berfikir. Menurut Tun Razak, usaha

mengintegrasikan sains ke dalam kebudayaan kita semestinya menjadi tugas dan

tanggungjawab baru bagi orang Melayu," katanya.

Ini kerana Tun Abdul Razak berpendapat hanya menerusi pengintegrasian sains, orang

Melayu dapat berubah menjadi 'a new kind of economic man' dan mampu menyusun kegiatan

ekonomi mereka secara besar-besaran dan berkesan. Kesungguhan dan keprihatinan Tun

Abdul Razak membantu masyarakat kampung menjana pendapatan lebih baik dapat dilihat

sebaik sahaja beliau menggalas jawatan sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet

pertama, yang ketika itu Perdana Menteri adalah Tunku Abdul Rahman Putra.

Menurut Abdul Ghapa, MCKK yang diketahui umum ketika itu sebagai sebuah platform

pengajian untuk golongan bangsawan dan elit, telah direformasikan oleh Tun Abdul Razak

dengan membuka lembaran pintunya kepada orang Melayu bukan dari golongan tersebut untuk

mendapat pendidikan di situ bagi mengubah kehidupan mereka. Perjuangan beliau mengubah

nasib masyarakat kampung semakin dekat apabila memegang jawatan sebagai Timbalan

Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan seterusnya

Perdana Menteri kedua pada tahun 1970.

Sikap kesederhanaan Tun Abdul Razak semasa pentadbirannya dari tahun 1970

sehingga 1976, tidak hanya tertumpu membantu masyarakat orang Melayu luar bandar, malah

turut merangkumi pelbagai kaum.Ini merujuk kepada segala keputusan dasar yang dibuat,

beliau turut menekankan kepentingan kaum lain sehingga digelar sebagai 'Symphatetic Father

of Nation' dalam sebuah majalah, 'Asia Yearbook' pada tahun 1974.

6
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

"Walaupun beliau membesar di kampung, Tun bukan ekstremis Melayu. Pendidikan di MCKK,

luar negara, mempengaruhinya dalam membuat keputusan supaya tidak mementingkan

sebelah pihak sahaja."Beliau juga bukanlah seorang pemimpin yang suka dominate. Ini kerana,

beliau amat terkenal dengan kesediaan mendengar pelbagai pandangan daripada semua pihak

dan ini dapat dilihat ketika memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Ketika itu, sarjana

ekonomi daripada pelbagai aliran pemikiran telah dipanggil memberikan pandangan dan beliau

membuat keputusan berdasarkan mana lebih praktikal."Semasa membuat keputusan, beliau

menekankan matlamat DEB bukan sahaja membantu orang Melayu memperoleh peluang

dalam pembangunan ekonomi tetapi juga memastikan kepentingan kaum bukan Melayu juga

turut dilindungi dan ini menyebabkan pemimpin bukan Melayu boleh rapat dengan beliau,"

katanya.

Kesederhanaan Tun Abdul Razak bukan setakat dalam skop negara sahaja, malah

merangkumi jalinan hubungan diplomatik dengan negara luar. Tanpa mengira berlainan

ideologi, Perdana Menteri kedua menerusi sikap pragmatiknya melihat faedah, sumbangan

mahupun hasil yang boleh diperoleh daripada hubungan diplomatik terjalin khususnya dari

sudut ekonomi negara untuk dimanfaatkan kepada masyarakat. Abdul Ghapa berkata,

kesederhanaan Tun Abdul Razak menjalinkan hubungan diplomatik, akhirnya mengeratkan

hubungan dengan negara komunis di Eropah Timur, Soviet Union dan kemuncaknya dengan

China pada tahun 1974 selepas beliau mengadakan lawatan ke China dan disambut mesra

oleh Perdana Menteri China, Chou En-Lai.

"Sikap pragmatiknya membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada negara komunis dari

sudut perdagangan, sains teknologi serta menjamin kedaulatan negara. Ini kerana, China

memberi jaminan tidak akan mengganggu urusan dalam negara Malaysia khususnya

berhubung dengan kegiatan pengganas komunis. "Macam konfrontasi Indonesia yang berlaku

ekoran daripada penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, sikap pragmatik beliau sedikit

7
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

sebanyak telah membantu kepada usaha pembaikan hubungan persahabatan antara dua

negara," katanya.

Biarpun negara selepas merdeka mewarisi sebuah jentera pentadbiran yang mantap

dan ekonomi memberangsangkan daripada penjajah, namun terdapat dua masalah ketara iaitu

agihan kekayaan tidak sama dan kelemahan kerajaan membina satu identiti kebangsaan di

kalangan rakyat sehingga berlakunya peristiwa hitam, tragedi 13 Mei. Ia ditambah menerusi

pilihan raya yang diadakan pada 10 Mei 1969 di mana telah memberi satu tamparan kepada

rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina apabila MCA yang adalah anggota parti Perikatan

kalah teruk dan UMNO meletakkan punca kekalahan Perikatan kepada MCA. Bertitik tolak dari

situ, ada desakan daripada UMNO supaya menubuhkan kerajaan Melayu sahaja.

"Perikatan hilang sokongan. Orang Melayu makin ramai tidak menyokong, begitu juga dengan

sokongan terhadap parti bukan Melayu, kerajaan hilang majoriti dua pertiga. Biarpun begitu,

Tun tidak tunduk kepada desakan menubuhkan kerajaan Melayu sahaja dan ini sudah dilihat

kesederhanaan beliau menjaga hubungan antara kaum. "Proses memulihkan sokongan rakyat

serta menjadikan Malaysia sebuah negara stabil telah bermula ketika beliau memegang

jawatan sebagai pengarah Mageran (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan untuk

memulihara keamanan selepas tragedi 13 Mei. Kemudian usaha menarik sokongan dilakukan

secara berterusan sehinggalah beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan telah cuba

menggabungkan parti politik pembangkang dengan Perikatan. "Apabila dapat menggabungkan

beberapa parti politik ketika itu, beliau menukarkan nama Perikatan kepada Barisan Nasional

untuk mewujudkan kerajaan kuat dan stabil," katanya.

Menurut Abdul Ghapa, Perdana Menteri kedua itu percaya bahawa pembangunan

ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia hanya dapat diwujudkan melalui sebuah kerajaan

yang kuat. Bagi memastikan agihan kekayaan dapat diseimbangkan semua kaum, Tun Abdul

8
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Razak berpendapat sudah tiba masanya campur tangan kerajaan diperlukan dalam menangani

permasalahan tersebut.

"Sebelum tahun 1969, kerajaan tidak banyak campur tangan dalam ekonomi dan ketika itu

golongan swasta memainkan peranan utama dalam ekonomi negara. Mereka hanya melihat

keuntungan dan tidak memberikan perhatian kepada soal pengagihan kekayaan secara adil.

"Atas sebab itu, beliau memperkenalkan DEB yang melibatkan penyertaan kerajaan bagi

memastikan proses agihan kekayaan secara lebih adil berlaku. Lebih penting lagi, campur

tangan kerajaan akan memberi peluang kepada bumiputera dan kaum lain dari sudut

meningkatkan penguasaan ekonomi," katanya.

Berkaitan masalah kedua, membina identiti kebangsaan, Abdul Ghapa berkata Tun

Abdul Razak telah mengambil langkah tegas menterjemahkan peruntukan dalam perlembagaan

ke dalam dasar-dasar yang bersifat kebangsaan seperti membentuk dasar budaya kebangsaan,

rukun negara dan dasar pendidikan sebagai teras kepada identiti kebangsaan Malaysia. Melalui

langkah itu, Tun Abdul Razak telah membina satu 'baseline' yang jelas dari sudut identiti negara

yang terasnya adalah Melayu, seperti mana dimaktubkan dalam perlembagaan.

'Marker of identity' yang sudah ada dalam beberapa fasa Perlembagaan Negara seperti

kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah dimanfaatkan

sepenuhnya sebagai unsur penyatu kepada perpaduan rakyat negara ini. "Tun Abdul Razak

menegaskan sebagai sebuah negara pelbagai kaum, Malaysia selepas tragedi hitam itu (13 Mei

1969) amat memerlukan dasar yang jelas dan tegas dalam soal identiti," katanya.

9
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Cabaran Demokrasi Tun Abdul Razak

Konsep demokrasi Tun Abdul Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di

mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara

sangat besar ertinya sebab menurut beliau benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara

bukan sahaja terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan. Gerakan

pembangunan luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah merangka satu

dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku

Merah" yang dilengkapi dengan "Bilik Gerakan" yang mencatitkan butir-butir rancangan setiap

daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut. Tun telah

berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani setimpal dengan

usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi Kerajaan untuk mencapai

matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan

Negeri-Negeri. Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah yang dibuka, jenis-jenis

tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang disekolahkan, berbagai perusahaan dan

kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan teknik yang disediakan.

Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputra secara

lebih pesat dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti MARA,

PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres Ekonomi

Bumiputra yang diadakan.

Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah

sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang bersejarah di

Malaysia walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-pihak yang tertentu.

Ketokohan Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian. Akhirnya krisis dapat diselesaikan

10
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

secara damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi

juga sebagai Bapa Perdamaian.

14 Januari 1976 sejarah terukir apabila Malaysia kehilangan seorang tokoh negarawan

yang telah mengabadikan setiap denyut nadinya untuk mengisi dan memberi erti kepada

Kemerdekaan. Seluruh negara tersentak kerana mereka kehilangan seorang tokoh pejuang

bangsa yang dihormati dan disegani bukan sahaja kerana sumbangan dan jasa beliau terhadap

pembangunan negara tetapi juga seorang pemimpin dinamis yang sukar dicari ganti. Rakyat

dikejutkan dengan berita pemergian Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak bin

Dato' Hussein kerana penyakit leukemia. Tun Abdul Razak dilantik menjadi Menteri Pelajaran

dalam Kabinet yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan juga sebagai Ketua Whip dalam

Majlis Undangan Persekutuan pada 9 Ogos 1955 berikutan kemenangan besar Parti Perikatan

dalam pilihan raya tahun 1955. Kemenangan besar Perikatan adalah atas undi yang tidak

berasaskan perkauman, ramai calon bukan Melayu yang menang di kawasan Melayu.

Di sinilah kaliber kepimpinan Tun Abdul Razak semakin terserlah. Ketokohannya

sebagai nasionalis memberikan kekuatan dengan ketegasannya memperkenalkan beberapa

langkah berani dalam Penyata Razak untuk memenuhi harapan sebilangan besar rakyat bagi

membentuk bangsa merdeka beridentitikan Malaya. Pada masa ini kebanyakan sekolah Cina di

bandar-bandar besar telah disusupi oleh anasir komunis. Beliau mengambil tindakan dengan

menyekat penyusupan ini dengan menutup sementara sekolah yang tidak mengendahkan

amaran kerajaan. Bagi menjayakan tindakan tersebut, beliau telah membentuk sebuah

jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran yang ada dan membentuk. Dasar Pelajaran

Kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh rakyat persekutuan. Dasar ini juga perlu

memenuhi hasrat meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai

suatu bangsa dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa

mengenepikan pertumbuhan bahasa dan kebudayaan kaum yang lain.

11
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Penyata Razak 1956 ini merupakan polisi yang agak radikal dalam usaha membawa

perubahan besar bagi sekolah-sekolah dengan matlamat utama untuk menyatupadukan rakyat.

Antara perkara utama yang terkandung di dalam Penyata ini adalah mewujudkan dua jenis

sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang berbahasa pengantar bahasa

Melayu dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Kuo-Yu, Tamil dan

Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun bahasa Melayu buat pertama kali diajarkan di

semua Sekolah Jenis Kebangsaan. Ini adalah proses untuk menjadikannya sebagai Bahasa

Kebangsaan. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar yang mendukung bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan ini juga menetapkan kandungan pelajaran yang sama di semua peringkat

sekolah untuk menyemai semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari

pelbagai kaum. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi

muda yang sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga untuk membangunkan negara.

Didorong bayangan kemunduran dan kemiskinin desa semasa kecil di bawah

pemerintahan British dan kekejaman Jepun dalam usia remajanya menjadikan usaha

memperbaiki kehidupan penduduk kampung menjadi agenda utama apabila menerajui

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun

Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan

berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan

tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan

perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh

ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Dari sebuah idea kecil, hari ini FELDA

telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar tanah

dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.

12
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Agenda pembangunan Tun Abdul Razak tidak pernah berhenti. Di bawah terajunya

orang-orang kampung di awal-awal tahun enam puluhan mula dapat menikmati sinaran lampu

elektrik menggantikan lampu minyak tanah, air perigi digantikan dengan air paip. Buta huruf di

kalangan orang dewasa dihapuskan dengan penubuhan kelas Pelajaran Dewasa. Menerusi

kelas ini, dalam masa 10 tahun dari tahun 1960 hingga 1970 lebih tiga juta orang dewasa yang

buta huruf di seluruh negara dapat dicelikkan. Di merata desa muncul pusat bidan dan klinik

kesihatan meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

Kemudahan infrastruktur digiatkan dengan pembukaan jalan-jalan baru bagi kemudahan

rakyat. Jalan raya persekutuan dan negeri serta jambatan-jambatan telah diperbaiki. Antaranya

ialah 26 jambatan di Sungai Kelang dan jalan raya Temerloh-Maran, Kuala Lumpur-Kuantan,

Ajil-Jerangau di Terengganu, jalan-jalan di Petaling Jaya, Pantai Timur, Kedah dan lain-lain jalan

Persekutuan dan kawasan tali air Sungai Perak.

Pelbagai gerakan telah dilancarkan seperti Gerakan Maju, Jayadiri dan Gerakan

Pembaharuan dengan tujuan untuk menukar paradigma dan cara hidup tradisi orang Melayu

serta menggalakkan mereka bergiat aktif menyertai rancangan pembangunan. Kempen Jayadiri

pertama kali telah dilancarkan di Tanjung Karang Selangor pada 16 Jun 1968. Gerakan Bumi

Hijau dilancarkan ketika negara menghadapi inflasi kewangan (stagflasi) untuk menggiat jentera

kerajaan melibatkan rakyat dalam rancangan penggunaan tanah, tanaman jangka pendek,

pekebunan kelompok, ternakan dan pemeliharaan ikan air tawar.

Tun Abdul Razak dengan tongkat yang tidak pernah lepas dari tangannya menemui

rakyat di seluruh ceruk rantau untuk memastikan pembangunan yang telah dirancang sampai

kepada mereka. Tanpa jemu dan mengenal erti lelah Tun Razak tidak pernah lari dari fokus

utamanya untuk membasmi kemiskinan, kejahilan dan meningkatkan taraf kesihatan

terutamanya di kalangan penduduk luar bandar. Semangat untuk mewujudkan asas ekonomi

13
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

yang kukuh kepada rakyat khususnya golongan petani bagi menjamin mereka menerima

sepenuhnya hasil dari tanah yang dikerjakan dan menikmati kemudahan kehidupan yang

setanding dengan masyarakat di bandar menjadi iltizam dan azam yang berterusan.

Didorong bayangan kemunduran dan kemiskinin desa semasa kecil di bawah

pemerintahan British dan kekejaman Jepun dalam usia remajanya menjadikan usaha

memperbaiki kehidupan penduduk kampung menjadi agenda utama apabila menerajui

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun

Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan

berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan

tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan

perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh

ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Dari sebuah idea kecil, hari ini FELDA

telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar tanah

dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.

Beliau sampai ke puncak karier politiknya apabila terpaksa mengambil alih

pemerintahan negara dalam keadaan darurat, menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN), menggantung Parlimen, mengharamkan perbincangan isu sensitif dan

menerapkan kesetiaan rakyat melalui Rukun Negara. Beliau mengambil tanggungjawab

memulihkan semangat dan keyakinan bangsa yang mulai pudar akibat tragedi hitam 13 Mei

1969 dengan Dasar Ekonomi Baru, mengembalikan demokrasi berparlimen dan menambah

bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional dan

kestabilan politik melalui penubuhan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 bagi menggantikan

Parti Perikatan. Sesingkat usianya, beliau berjaya membawa negara kembali ke landasan

14
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

demokrasi dan muncul dari celah-celah permasalah itu sebagai Perdana Menteri Malaysia

Kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra pada 22 September 1971.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, negara tidak sahaja memperlihatkan dasar

ekonomi dan sosial yang radikal dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru berikutan

peristiwa 13 Mei 1969 tetapi juga dasar luar Malaysia yang progresif, keluar dari bayangan pro-

Barat, bebas dan berkecuali. Walaupun mengekalkan dasar antikomunis dan anti sosialis dalam

negeri, tetapi tetap mengekalkan hubungan baik dengan Barat di samping menjalinkan

hubungan dengan persahabatan dengan negara-negara komunis dan sosialis selain mendekati

negara-negara Islam di Asia Barat dan lain-lain negara Dunia Ketiga.

Dalam kemelut menangani ancaman pengganas komunis, Tun Abdul Razak

berkesempatan melangkahkan kakinya ke Republik Rakyat China sebagai pemimpin Asia

Tenggara yang pertama merintis hubungan diplomatik dengan negara komunis itu pada Mei

1974. Tun Abdul Razak dengan kebijaksanaan diplomasi dan dasar luar negaranya menjadikan

suara Malaysia didengari oleh kuasa-kuasa besar dunia sehingga di peringkat antarabangsa.

Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangan dan jasa yang telah

dicurahkan oleh Tun Abdul Razak terhadap pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik

negara, setanding dengan gelaran Bapa Pembangunan yang diberikan kepada beliau.

Hakikatnya segala nikmat kemajuan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada denyut

pembangunan yang telah dirintis oleh beliau. Tanpa usaha membangunkan kawasan luar

bandar, tanpa kemudahan infrastruktur yang dibina untuk kemudahan rakyat, tanpa badan-

badan yang dibangunkan untuk memacu pembangunan negara seperti Felda, Felcra,

Pertubuhan Peladang, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Dasar Ekonomi Baru (DEB),

Perbadanan Nasional (PERNAS), Syarikat Penerbangan Malasyai (MAS), Petrolium Nasional

(PETRONAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Teknologi MARA (ITM) yang

kemudiannya dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bank Bumiputera dan tanpa

15
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

MAGERAN dan Rukun Negara, maka tidak akan ada kekuatan ilmu dan profesionalisme yang

dapat menegakkan perpaduan, kestabilan, keyakinan diri dan daya saing yang mampu

membina maruah negara.

Tanggal 16 Januari 1976 Tun Razak disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara

bersebelahan makam sahabat karibnya Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman. Negara

menangisi pemergian seorang negarawan bangsa yang amat gigih, yang tidak pernah jemu

untuk terus memerah keringat demi memajukan bangsa dan mengharumkan tanah airnya. Tun

Razak telah tiada untuk melihat segala usaha yang dirintis akhirnya menjadi pemacu kepada

kepesatan kemajuan negara. Umpama lilin yang membakar diri, hari ini kita melihat hampir

setiap institusi pembangunan negara yang berjaya dan bangkit untuk menaikkan martabat

bangsa telah dimulakan oleh beliau.

Pemergian mengejutkan pada usia 54 tahun bersama legasi yang ditinggalkan

seharusnya menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat untuk terus mempertahan dan

menjadikannya lebih baik untuk Malaysia. Sesuatu yang perlu diakui bahawa agenda

pembangunan dan ideologi Tun Abdul Razak telah membina satu landasan untuk mencapai

taraf kehidupan, pembangunan dan perpaduan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini kita kehilangan Tun Abdul Razak, tetapi percayalah bahawa Tun Abdul Razak tidak

pernah jauh meninggalkan kita kerana semangat perjuangan negarawan ulung ini tidak pernah

padam meskipun telah lebih tiga dekad beliau pulang ke Rahmatullah. Semoga semangat

juangnya sentiasa dikenang, terpahat kemas dalam ingatan, menjadi kebanggaan dan

membakar semangat. seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperjuangkan apa yang telah

dipelopori oleh Tun Abdul Razak.

16
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Analisis Dasar Yang Dilaksanakan Oleh Tun Abdul Razak

Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak

Dicetuskan oleh Tun Abdul Razak Keperluan lebih dirasakan apabila tercetusnya

peristiwa hitam 13 MeI Umumnya berpendapat bahawa peristiwa sedemikian dapat dielakkan

sekiranya kita berusaha Merapatkan jurang ekonomI meningkatkan pendapatan perkapita

setiap kaum membasmi kemiskinan menyusun semula masyarakat melebarkan dan meluaskan

peluang setiap kaum dalam ekonomi dan pentadbiran Program Ekonomi 20 tahun (1971-1991)

Terbahagi kepada 5 penggal atau Rancangan Malaysia Dianggap gagal mencapai sasaran

ekuiti saham 30% bumiputra Berjaya mencorak ekonomi yang mantap, pengurusan yang baik

dan peningkatan sosio ekonomi setiap kaum di Malaysia Diantara kejayaan DEB dapat dilihat

dengan tertubuhnya beberapa agensi dan syarikat yang berdaya maju seperti Tabung

Haji,Petronas KWSP Felda Permodalan Nasional Berhad Meningkatnya bilangan Universiti

Jumlah usahawan dan ahli perniagaan bumiputera yang bergiat aktif terus meningkat

Jumlah ahli profesional dikalangan bumiputra seperti CEO, peguam, doktor, pensyarah,

jurutera dan akauntan meningkatWalaupun pencapaian pegangan saham bumiputera di

penghujung DEB hanya 17.8% tetapi DEB telah berjaya menambah ruang dan jenis kegiatan

ekonomi kaum bumi putera telah pun bertambah. Ada pihak yang beranggapan kegagalan

pencapaian kaum bumiputera dalam DEB disebabkan beberapa perkara seperti : Rasuah

mengalibabakan projek Modal kecil Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan

amat kurang.

Latar Belakang DEB

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan

masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah

menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan

17
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan

bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi.

Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar

bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah

diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama

dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi.

Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem

semasa penjajahan masih berterusan.

Rasional DEB

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia

menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di

kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula

adalah saperti berikut:

Pendapatan Purata
Kaum Kadar Kemiskinan%
Keluarga Sebulan (œ juta)
Melayu 64.8 œ172.00
Cina 26.0 œ394.00
India 39.2 œ304.00
Lain-lain 44.8 œ813.00

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan

Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor

syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:

Pemilikan (œ juta) Jumlah Pemilikan


Bumiputera perseorangan

a) Bumiputera 168.7 2.6

18
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Perseorangan

b) Agensi Amanah 110.9 1.7


Bukan Bumiputera 34.0
2,233.2

Warganegara asing 61.7


4,051.3

Jumlah 6,564.1 100.0

Objektif DEB

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan social ekonomi itu, kerajaan telah

mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang

melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama

dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan

perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi Perlaksanaan DEB

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun

dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-

peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.


ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.


Membasmi Kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di

kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan

ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum

dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti

pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan

projek pembangunan telah dirangka supaya:

19
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

a) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang

menganggur.
b) Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
c) Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.


d) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan

bandar dan luar bandar dan antara wilayah.


e) Memodenkan kehidupan di luar bandar.
f) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
g) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di

Malaysia.
h) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan

saham/ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di

mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari

pelabur-pelabur luar negeri. Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi

Baru, strategi berikut telah disusun:

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses

memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat

sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi

seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan

kaum.

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan

modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang

Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi

20
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank

Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah

baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Kejayaan dan Kelemahan DEB

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak

seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara

kaum dan keamanan negara. Sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 hingga

ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya,

Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak

seimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi, kekayaan tidak

diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal

di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala

kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor

korporat. Ini yang dinamakan “market failure”.

Ekoran dari peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969, DEB diperkenalkan pada tahun

1970. Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula

masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil

pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pengstrukturan semula masyarakat adalah

supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini

tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar,

memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan

komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera, penetapan

kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah

21
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Bumiputera. Prinsip pokok pengstrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat dicapai dari

ekonomi yang sedia berkembang dan tidak mengambil dari kaum Bukan Bumiputera untuk

diberikan kepada kaum Bumiputera.

Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang

telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen

penting dalam kejayaan ini. Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah

penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling

menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada

tahun 2005. Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan penagguran

tidak ketara (under employment) hampir hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah,

klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian.

Pelajar Bumiputera bukan sahaja mendapat pendidikan di peringkat rendah dan

menengah tetapi ramai yang berjaya keperingkat universiti. Ramai juga yang dihantar belajar ke

institusi pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah.

Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza

jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana hanya ada segelintir sahaja doktor

pakar Bumiputera. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh golongan

profesional Bumiputera. Ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di

luar negara.

Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas

menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnya dari

pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu

bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun

di luar negara.

22
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Pegangan ekuiti korperat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970

kepada 19% pada tahun 2000. Jika dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai pemilik

majoriti Bumiputera, tetapi sekarang bank-bank utama di Malaysia dimiliki serta diuruskan oleh

Bumiputera. Golongan peniaga Bumiputera juga telah wujud walaupun kebanyakannya

berstatus industri kecil dan sederhana.

Justeru, terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan tidak lagi

dikenal secara automotik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum Bumiputera adalah petani

atau nelayan yang tinggal di luar bandar sementara kaum Cina merupakan peniaga di kota. Kini

penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB juga telah merapatkan jurang pendapatan

antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera

kepada Cina meningkat daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004.

Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai

beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Intervensi

kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di kalangan kaum

Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga Bumiputera

yang berniaga secara “Ali-Baba” atau berniaga di atas angin. Mereka mendapat kontrak untuk

menjalankan sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan atau memberi sub-kontrak kepada

peniaga Bukan Bumiputera. Mereka sebenarnya tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi

mendapat bayaran sebagai imbuhan sebagai pengantara. Amalan seperti ini telah membawa

kepada ketirisan perbelanjaan kerajaan dan pengunaan dana yang tidak efisyen.

Sebagai suatu konsep penstrukturan sosial, DEB mempunyai nilai dan sasaran murni.

Namun implementasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kerana

ianya menjurus kepada amalan siapa yang dikenal dan bukannya berdasarkan keupayaan atau

dalam pepatahan Inggeris “who you know and not what you know”. Selain dari itu, ada juga

rungutan yang tiada “padang yang sama rata” di kalangan kaum Bumiputera sendiri. Oleh itu,

23
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

implementasi DEB mungkin tidak mengwujudkan keadaan dimana yang terbaik akan berjaya.

Merit tidak menjadi kayu pengukur prestasi.

Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan boleh membawa kepada konflik

perkauman kerana masyarakat keseluruhannya mudah terserat ke arah situasi zero-sum, yakin

kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan kepada pihak yang lain. Maka

terdapat keadaan, misalnya perberian bantuan kepada Bumiputera oleh kerajaan dianggap

sebagai merugikan bukan Bumiputera, dan penglibatan Bumiputera dalam sector perniagaan

dianggap sebagai perampasan hak golongan bukan Bumiputera yang telah lama berada dalam

serta berkenaan. Gejala yang demikian boleh membawa kepada perasaan bermusuhan.

Namun begitu, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru tetap mempunyai kosnya. Hal ini

tidak dapat dinafikan kerana tidak ada satu bentuk pembangunan pun yang tidak mempunyai

kesan sampingan yang negatif. Bukti menunjukkan bahawa pengagihan pendapatan dan asset

serta penyusunan semula masyarakat telahh berlaku melalui pertumbuhan ekonomi

keseluruhan dan juga pertumbuhan ekonomi setiap kaum. Oleh itu, semua kaum telah

mengalami keadaan ekonomi yang bertambah baik dari semasa ke semasa maka tidak

seharusnya timbul masalah deprivation terhadap bukan Bumiputera sekiranya konsep DEB

untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah terima.

Akibatnya, di peringkat awal implementasi DEB, sasarannya boleh berjaya, tetapi untuk

jangka panjang pencapaian itu sukar dikekal dan dipertingkatkan kerana ianya tidak berasaskan

daya saing. Contohnya, pegangan ekuiti korporat masih belum lagi mencecah sasaran 30%

kerana pegangan yang ada dijual untuk keuntungan jangka pendek dan bukan dikekalkan serta

ditambah untuk pegangan jangka panjang.

Implementasi DEB yang dianggap tidak adil, telus dan cekap telah menimbulkan rasa

tidak puas hati di kalangan kuam bukan Bumiputera. Antaranya, sistem kuota kemasukan

universiti telah dianggap oleh kaum Bukan Bumiputera sebagai menyempitkan peluang anak-

24
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

anak mereka yang berkelayakan mendapat pendidikan universiti. Sebagai kesimpulan,

walaupun terdapat beberapa kelemahan, DEB telah berjaya membawa pembangunan ekonomi

yang lebih seimbang yang memastikan kestabilan Negara jangka panjang.

Cadangan

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan

negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang

diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.

Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya,

malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Kesimpulannya, pencapaian dan masalah yang timbul daripada perlaksanaan DEB iaitu gagal

menyatupadukan rakyat kerana ia beroperasi dalam suasana persaingan yang tidak adil

dengan budaya yang member kesan kepada soal moral dan tanggungjawab terhadap bangsa

dan negara.

Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk mengurangkan

unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan unsur kesefahaman dan kerjasama

antara kaum. Kerjasama hanya akan member erti, jika adanya sifat-sifat bertolak ansur dan

berkompromi. Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu dengan

masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam

masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan

ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi

yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

25
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Kesimpulan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air

yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi.

Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak

Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham

Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga

menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di

London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'

26
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa

besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga

kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan

dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul

Razak Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Rujukan

Faridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Malaysia Kita. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional

Malaysia Bhd.

Lim Ting Seng. (23 Jun 2009). Renewing 35 Years of Malaysia-ChinaRelations: Najib’s Visit To

China. EAI Background Briefs. No.460.Singapore: National University of Singapore.

Pascoe, Lynn. (1999). Malaysia and United States: A View From Ground. 20 Oktober. Asia

Society Washington Center.

27
GMGA 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Rusdi Omar. (2005). Hubungan Malaysia-Singapura Era Mahathir. Sintok: Universiti Utara

Malaysia.

Dasar Luar Malaysia Dalam Konteks Hubungan Malaysia-Jepun, dalam Zulhilmi Paidi & Asrar

Omar. Hubungan Luar Antarabangsa. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Salmy Hashim. (2007). 50 Years of US-Malaysia Relations: Prickly At Times But Still Strong. 17

Ogos. Bernama.com.

Sodhy, P. (2007). “Malaysia-US Relations”, dalam Baginda, A.R. (ed). Malaysia’s Foreign Policy

Continuity and Change. Malaysia: Marshall Cavendish Editions.

Vaughn, B. & Martin, M. (2007). Malaysia: Political, Security, Economic, and Trade Issues

Considered. Congressional Research Service Report for Congress.

Star Online. (2009). Obama applauds Najib’s Appointment as PrimeMinister. 17 May.

Berita Harian. (2010). Gerbang Baru Hubungan Malaysia-Amerika. 18 April.

Utusan Malaysia. (2010). Dinamisme Hubungan Bilateral Malaysia-Jepun. 20 April.

28

You might also like