You are on page 1of 98

Bab 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan

“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di
Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka.
Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker

1.1 Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre”yang


bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk
mengambil alih”.

Zaman Konsep dan Teori

 bmula zaman Marco Polo yg melakukan perjln pdagangan ke


Timur Tengah.
 mtangani kontrak perjanjian dgn kapitalis yg merupakan
penanggung risiko yg pasif.
Pada zaman  keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dgn pedagang
pmulaan tsb.

 mereka sbg sorg yg tlibat di dlm mjaga & mengawal proj


produksi yg besar.
 mgunakan sumber yg disediakan oleh krjn.
 mereka tidak menanggung sbrg risiko krn mereka adalah
Pada zaman seorg yg mengawal kerja2 pbinaan spt bangunan awam &
ptengahan gereja.

 Tdpt hub diantara risiko & usahawan.


 Mereka mnandatangi kontrak pjanjian & kerajaan utk sediakan
perkhid/ mbekalkan produk yg tlh ditentukan.
 Harga kontrak adalah tetap jadi rugi / untung ditanggung oleh
usahawan.
 Pakar ekon Richard Cantillion bpdpt mereka mrupakan
Abad ke 17 penerima risiko.

 mereka dipisahkan drp pbekal kapital (pemodal).


 Ini kerana pkembangan ind & pciptaan yg blaku diseluruh
dunia. spt Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorg
Abad ke 18 pgguna kapital, BUKAN pbekal modal
 bidang pengurusan spt pereka cipta (mencipta idea, produk,
Abad ke 19 dan 20 teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

 mereka sbg seorg hero utk pasaran Free Enterprise.


 mencipta banyak produk & perkhidmatan serta sanggup
menghadapi banyak risiko
 ramai orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor)
Abad ke 21 di dalam mencipta perniagaan baru
1.2 Konsep Keusahawanan

1.2.1 Keusahawanan
Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk mcipta
dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen kerjaya / proses mcipta
sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mgambil kira risiko kewangan, psikologi &
sosial serta menerima manfaat daripadanya.

Tdpt empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) mcipta sesuatu proses yang baru & mpunyai nilai kpd usahawan & pasaran dimana
proses tersebut dibangunkan.
2) perlukan kesetiaan thdp masa & usaha yg dilakukan.
3) individu yg sanggup menerima bbg risiko di dlm bidang pniagaan masing2 terutama dr
aspek kewangan, psikologi & sosial.
4) menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan
penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan
proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan
(institution).

1.2.2 Siapakah Usahawan?


 perintis (pelopor)
 pengesan peluang yang ada
 membawa kepada pendapat baru (innovate)
 prestasi yg baik mjadi satu piawai di dlm era ‘free enterprise”.

Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988) “Seorg yg mcipta suatu pniagaan baru &
mghadapi suatu keadaan yg tidak pasti demi utk mperolehi keuntungan & ptumbuhan dgn
mgenal pasti peluang & myediakan sumber utk mcapainya. Usahawan selalunya bmula hanya
dgn idea yg ada & selalunya idea yg mudah & myediakan sumber yg perlu utk memindahkan idea
tsb kpd pniagaan yg bersesuaian.”
Kuratko dan Hodgetts (2004) –
“Seorg yg brusaha utk mengatur, mengurus & mgambil risiko di dlm pniagaan. Usahawan juga
adalah pemangkin kpd perubahan ekonomi yg mgunakan carian dgn maksud ttentu,
perancangan teliti & ptimbangan yg sesuai apabila mbuat sbrg proses pniagaan. Dgn optimistik &
komited, usahawan bekerja dgn kreatif utk mperolehi sumber baru & mperbaharui sumber yg
lama kpd kapasiti yg baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

1.3 Kepentingan Keusahawanan


 pemangkin kpd perubahan & pkembangan ekonomi.
 meningkatkan kadar per kapita pgeluaran & pdptan.
 mlibatkan prubahan kpd struktur pniagaan & masyarakat dgn cara
ptumbuhan & pningkatan pengeluaran.
 membina produk / perkhidmatan baru di dlm pasaran.
 mendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur & menyebabkan ekonomi
berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.
 mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak manusia.
 mencari kaedah yg lebih baik utk memaksimakan sumber dan mengurangkan
pembaziran.
 mendorong pembahagian kekayaan.

1.4 Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Mitos (dongeng) Fakta

seorang yang  mereka juga merupakan seorg pemikir & pelaksana.


bertindak/berbuat  merancang sesuatu dgn teliti.
sesuatu, bukan  menyediakan pelan alternatif sekiranya mgalami
seorang pemikir kegagalan.

 kajian tlh mbuktikan usahawan boleh diajar &


Usahawan dilahirkan dipelajari.
secara semula jadi,  Ia mpunyai model, proses & tdpt kajian kes yg
tidak boleh dicipta mbolehkan topik tsb dipelajari

 tdpt byk usahawan yg bjaya bukannya pcipta spt Ray


Kroc tlh jadikan McDonald sbh syt mkanan segera tbesar
Usahawan selalunya di dunia.
seorang pencipta  idea kreatif & inovatif di adalah ciri2 yg blh dipelajari

Usahawan adalah  Menurut sejarah, pendidikan & organisasi sosial tidak


bersifat akademik & mengesahkan usahawan.
merupakan seorang  usahawan tdk lagi dianggap sbg seorg yg tidak dpt
yg tidak dpt myesuaikan diri ttp sbgi seorg profesional.
menyesuaikan diri
(anti sosial)

 byk buku & artikel yg myenaraikan ciri2 usahawan yg


bjaya.
 ia hanya bdasarkan kpd kajian kes yg dilakukan ke atas
org yg telah berjaya.
Keusahawanan mesti  utk capai profil 100% seorg usahawan adalah mustahil.
sepadan (fit) dengan  Kebanyakkan usahawan yg bjaya hari ini tidak mpunyai
“Profile” kesemua ciri2 profil apabila memulakan perniagaan

 benar, peniagaan perlukan kapital & kebanyakkan


punca kegagalan perniagaan adalah tidak cukup
pbiayaan.
Kesemua usahawan  wang adalah sumber ttp bukan semuanya bgantung
memerlukan wang kpd wang

 “berada pada tempat yang betul pada masa yang


betul”
 wbgm “Keuntungan tjadi bila psediaan mjumpai
peluang”.
Semua usahawan  yg penting, seorg usahawan mestilah mbuat
bergantung kepada rancangan, psediaan, tekad, keinginan, pgetahuan &
nasib inovatif

Kebodohan  Kunci utama utk kejayaan adalah perancangan yg teliti


(ketidaktahuan) & persediaaan yg mencukupi.
adalah kebahagiaan  perlu mengenal pasti kekuatan & kelemahan, tetapkan
(kepuasan) untuk masa serta sediakan rancangan utk mengatasi sebrg
usahawan masalah dgn melalui perancangan yg teliti

Usahawan mencari  Usahawan belajar dr kegagalan sendiri serta kegagalan


kejayaan ttp mgalami orang lain sbg rujukan & panduan mereka dimasa akan
kegagalan yg tinggi. datang.

 Risiko merupa elemen utama di dalam proses


keusahawanan.
 usahawan selalunya mencari informasi & mbuat
Usahawan adalah prancangan sebelum melakukan sbg aktiviti selalu
penanggung risiko melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang
yang ekstrim akan berlaku

1.5 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia


 bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan
berurusniaga dengan pedagang asing.
 British tlh menukarkan struktur sosial dgn mjlnkan pemerintahan “Pecah &
Perintah”. iaitu kaum Melayu sbg pentadbir & disektor pertanian, kaum Cina
disektor perlombong & berniaga, & India disektor perladangan. Hasilnya, kaum
Cina lebih kedepan dlm soal pniagaan bbanding dgn kaum Melayu & kaum
India.
 Selepas merdekaan, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan
sehinggalah sekarang.
 DEB (1971-1990), Dasar Pbangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020,
semua pihak mengalakkan & mberi sokongan terhadap pembangunan
keusahawanan di Malaysia.
 Krjn tlh mberikan pgiktirafan kpd keusahawanan krn mrk blh myumbang kpd
pbangunan negara. Tahun 1995, krjn menubuhkan Kem. Pbangunan
Keusahawanan sbg badan yg mgawal & mpromosi pbangunan keusahawanan
& kini tlh ditukar kpd Kem. Pbangunan Keusahawanan & Koperasi.

Bab 2 Mengenal Pasti Ciri2 Keusahawanan

2.1 Ciri-ciri Usahawan yang berjaya

1. Inisiatif dan bertanggungjawab


mencari dan mengambil inisiatif & sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku
serta menyelesaikan masalah yg timbul.

2. Komitmen yang tinggi


Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan
serta terhadap idea dan pelaburan bagi menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

3. Orentasi Peluang (kesempatan)


Usahawan mpunyai kebijaksanaan di dlm mcari peluang yg ada & mcari peluang pniagaan baru
serta kebolehan utk meraih peluang tsb.

4. Mengambil Risiko Secara Sederhana


Mereka bukanlah sorg yg mgambil risiko secara mbabi buta tlh diambil kira segala kemungkinan
demi utk mgelakkan usahawan tsb menanggung risiko yg tidak sepatutnya.

5. Keyakinan dan Optimistik


Usahawan mpunyai keyakinan diri yg tinggi dgn itu tidak hairanlah byk usahawan yg pernah
gagal berkali2 akhirnya mjadi seorg usahawan yg bjaya.
6. Kreatif dan Inovatif
Fikiran yg kreatif, inovatif & daya imaginasi, usahawan blh mhasilkan produk yg khusus &
perkhid kpd para pengguna & kreativiti ini boleh dipelajari.

7. Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)


Usahawan suka mgetahui bgm prestasi mereka & sering kali cuba mperbaikinya melalui m/balas
yg diterima.

8. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)


Kejayaan merupakan motivasi utama utk seorg usahawan serta mpunyai semangat utk
myelesaikannya, mgejar cita-cita yg mcabar & wang sekadar menunjukkan kejayaan yg mereka
kecapi ttp bukan pemacu motivasi.

9. Kebolehan menentukan Visi


Mereka mpunyai visi / konsep ttp tidak semua usahawan mpunyai visi diawal pbukaan firma ttp
visi dibangunkan stlh usahawan mula myedari apa yg tlh blaku kpd firma tsb.

10. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)


Usahawan bkebolehan memilih & mgumpul para pekerja spt yg dikehendaki utk mjayakan tugas
tsb & bkebolehan utk mengurus sumber mereka secara bkesan utk menukarkan visi mjadi realiti.

11. Kawalan Fokus Dalaman


Gagal / bjaya berada di dlm kawalan & pengaruh mereka, mereka blh mpengaruhi akibat yg akan
blaku hasil dr tindakan yg mereka lakukan.

12. Toleransi terhadap Kegagalan


Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa & sedih apabila mgalami kegagalan. Mereka belajar dr
kegagalan berbanding dgn kejayaan.

13. Lebih Bertenaga(High level of Energy)


Usahawan adalah lebih bsemangat utk mbolehkan mereka mgung beban yg besar & tekanan yg
akan mereka hadapi.
14. Semangat Berpasukan (Team Building)
Usahawan yg bjaya selalunya mpunyai standard (kualiti) yg tinggi, bsemangat utk mbantu
syarikat bkembang & mbangun.

15. Berdikari (Independent)


Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka &mempunyai kuasa (hak)
untuk membuat keputusan yang penting.

16. Fleksibel
Mereka amat fleksibel & bkebolehan utk menukar cara & mengikut kehendak pelanggan dan
suasana perniagaan krn ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali
membawa kepada kegagalan.

2.2 Usahawan Menilai Diri Sendiri

Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi seorang usahawan.
Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991) adalah antara yang menyediakan interaktif secara
talian (online). Ia menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap
kita untuk menjadi usahawan.

2.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman), Pengurus


(Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)

a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan


Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, wbgm semua usahawan adalah ahli perniagaan.
Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri
seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang
usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil Usahawan

Memulakan perniagaan, mgambil alih


Memulakan aktiviti pniagaan dgn kepimpinan & mgembangkan pniagaan
tujuan utk mperoleh keuntungan utk (pelaburan) utk memenuhi impian sendiri
menanggung keluarga & mcapai prestasi spt yg dikehendaki
Risiko yang rendah Risiko yang sederhana

Mengambil kira semua risiko. (produk


Menjadi pengikut. Hanya melabur atau usaha tersebut belum dibuat oleh
apabila sesuatu tersebut telah diuji org lain, maka segala risiko perlu di ambil
dan dibuktikan oleh pasaran kira)
b) Perbezaan diantara pengurus konvensional dan usahawan

Pengurus Konvensional Usahawan

Sangat mgikut peraturan & pantang Melihat peraturan hanya sebagai


larang panduan

Konsep masa hadapan bgantung kpd


Sensitif thadap masa hadapan & keinginan peribadi & tidak mudah putus
sanggup menunda ganjaran asa

Mpunyai perasaan kearah mgawal,


kejayaan & bt/jawab. Blh manipulasi &
Amat mlukan sambutan (penerimaan) mpergunakan orang lain

Boleh mengenal pasti sebrg masalah Tidak sabar dengan diskusi & teori. Lebih
yg dihadapi. Mbuat peranc dgn teliti kpd tindakan & suka menurut kata hati.
Daftar:

Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap sebarang halangan

Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu novel (entah le) dan mengeluarkan idea yang
berguna.

Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Satu kualiti yang sangat perlu ada
pada setiap usahawan.

Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif


keusahawanan

3.1 Apa itu kreativiti?


Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah
dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam
persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

3.2 Proses Kreativiti

Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu
akan membayangkan, memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan
dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses
kreatif iaitu:
1) Pgumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)

2) Inkubasi (Incubation) à Penetasan???

3) Idea

4) Penilaian dan Pelaksanaan

a) Pengumpulan Pengetahuan
Perlu bersedia mengumpul semua informasi &
melaku penyelidikan yg bkaitan. Ini melibatkan
akitiviti mbaca, pbincangan dgn rakan yg
bekerja dlm bidang yg sama, menghadiri
seminar profesional / bengkel & sebagainya
b) Inkubasi
Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang.
Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan
dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi

c) Idea
Jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali
sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan
sesuatu masalah secara tidak sengaja.

D) PENILAIAN DAN PELAKSANAAN


Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia
memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.

3.3 Sekatan Terhadap Kreativiti

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)


Masalah utama yg menjadi pghalang kpd kreativiti adalah kepercayaan yg kita tidak kreatif ttp
perlulah kita belajar utk mjadi seorang yg kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)


Mereka takut org akan mgatakan idea mereka gila, bodoh & tidak praktikal oleh itu tidak akan
melakukan pkara yg bbeza & hanya jadi pengikut.

c) Pengurusan yg berlebihan (Over-Management)


Persaingan, tugasan, jadual yg padat, tpt kerja yg tidak selesa & pmintaan segera akan
myebabkan kurangnya daya kreativiti pekerja tsb akan lakukan tugas hanya utk mmenuhi
kehendak tugasan.

d) Tekanan (Stress)
Tekanan myebabkan mereka merasa tidak pasti sama ada dpt melakukan tugas tsb dengan
efektif & melemahkan tenaga seseorang malah ia tidak elok utk kesihatan.
3.4 Bagaimana untuk membina idea yang kreatif

a) Brainstorming
Brainstorming adalah teknik yg berkuasa & selalu digunakan utk mhasilkan idea. Semasa sessi
brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mcadangkan idea & idea tsb kemudiannya akan
dibincang bsama. Kump brainstorming selalunya diantara 4 – 7 org. William, 2000 mjelaskan
tdpt 4 peraturan apabila melakukan brainstorming:

i) lagi banyak idea, lagi baik

ii) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam gila / tidak betul

iii) gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea

iv) Idea bbentuk kritikan / penilaiain tidak dibenarkan

b) Analogi Paksaan (Forced Analogy)


Analogi paksaan teknik yg bguna & amat bkesan utk mjana idea. Sebuah idea akan dibandingkan
dgn masalah yg mpunyai sedikit / tiada kaitan langsung utk mdapat pandangan baru. Perhub
secara paksaan boleh mbantu mbina pandangan baru & juga mcari jln alternatif yg lain. Utk
mbina suatu hub, ia mmlukan pilihan tdpt sesuatu objek / kad bgambar yg akan mbantu mjana
idea. Pilih objek / kad tsb secara rawak dan apa jenis hubungan yg boleh dipaksa.

c) DO IT

D à Define problem (k/pasti masalah & jika masalah tsb nampaknya tlalu besar, pecahkan
masalah tsb kpd bahagian-bahagian yang kecil & ringkaskan )

O à Open mind and apply creative technique

(Bfikiran tbuka & lakukan teknik kreatif iaitu keluarkan idea sebanyak yg mungkin tanpa
mengira ia baik / buruk)

Ià Identify best solution (k/pasti penyelesaian tbaik)

T à Transform (pembinaan produk yg bsesuaian dari idea yg dihasilkan, pasaran & strategi
perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan tenaga)

d) Peta Minda (Mind Mapping)


Teknik ini membolehkan sorg menggunakan gambar / perkataan utk mengurus (organise) dan
mbangunkan pdpt bagi membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah & jalan penyelesaiannya.

Mind mapping digunakan juga semasa:

 Brainstorming
 Mengambil nota (taking notes)
 Myegarkn ingatan mrk (refreshing memory)

Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan utk mjana produk baru, myelesaikan masalah,
plan strategi / mbangunkan sesuatu proses. Sama spt brainstorming, semakin berserabut hub tsb
semakin baik. Oleh itu, jln pyelesaian yg benar2 inovatif akan dpt dihasilkan.

e) Kumpulan Nominal (Nominal Group)


Mjana idea & mcari jln penyelesaian dgn cara bsemuka (face-to-face) dlm satu kump; setiap ahli
kump akan mcatatkan idea mereka & setiap ahli kump akan myatakan idea mereka & idea tsb
akan dibincangkan utk mperolehi pjelasan & penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan
mengundi secara senyap idea mana yg terbaik.

Ciri-ciri individu yang kreatif


1. Individu kreatif adalah sorg yg merendah diri (humble) dan bangga diri
(proud) dalam waktu yang sama.
2. Kebanyakkan individu yg kreatif perasaan yg amat kuat (passionate)
mengenai kerja mereka, walaupun begitu mrk juga mrupakan seorg yg sangat
obj mengenainya.
3. Individu kreatif adalah berani utk mcuba idea yg baru.
4. Individu kreatif bsifat tbuka apabila menerima kritikan.
5. Individu kreatif mpunyai kombinasi sorg yg suka bmain & sorg yg disiplin /
seorg yg bt/jawab & tidak bt/jawab.
6. Ind kreatif sering kali mpunyai kawalan diri yg baik.
7. Ind kreatif, ind yg mpunyai matlamat tidak tergesa2 & mbuat ptimbangan di
dlm mbuat sebrg keputusan
8. Ind kreatif sanggup mgambil risiko yg tlh dik/pasti.

3.6 Apa itu Inovasi?

Kreativiti adalah syarat awal kpd inovasi. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah
kaedah mcari jln utk mghasilkan produk baru, produk & perkhid yg lebih baik. Oleh itu, setiap
skt samaada berasaskan keuntungan/tidak, tidak akan mbenarkan syt mrk bpuas hati dgn apa yg
ada, terutama sekali apabila pesaing akan mghasilkan idea yg kreatif.
Usahawan mcipta pmintaan baru di dlm pasaran dgn menukar kombinasi faktor pgeluaran utk
mcipta sesuatu yg baru..

3.7 Jenis Inovasi

1. Penciptaan (Invention) – mcipta produk, pkhid/ proses yg baru & yg asli/tidak


pernah dicuba. Spt: Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse
2. Perluasan (Extension) – Penambahan / tambahan kpd produk, pkhid / proses
yg sedia ada. Spt: Samsung yg tkenal dgn produk elektrik & elektronik tlh
mpluaskan pniagaan kpd automobil.
3. Duplikasi (Duplication) – Proses mbuat pendua thdp produk, pkhid/proses yg
ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat2 ttp menambah fungsian tambahan
kpd produk, pkhid/proses sedia ada. Spt: Fungsi tel bimbit di mana tlh mpunyai
fungsian tambahan spt pemain mp3, MMS & WAP.
4. Perpaduan (Synthesis) – Proses utk mgabkan bah2 lain utk mjadi sesuatu
produk/ aplikasi yg baru dgn mgambil kira bberapa idea/ barang yg tlh sedia
ada. Spt: Gab diant komputer/rangkaian mghasilkan Internet.

3.8 Sumber kepada Inovatif

a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events)


Peristiwa yg tidak disangka memberi peluang yg baik sekali utk usahawan krn kejayaan /
kegagalan yg tidak disangka blh mjadi sumber utama kepada inovatif apabila sesuatu tersebut
tidak menarik perhatian atau tidak dirancang.

b) Konsep pengetahuan yang baru – Pengetahuan baru blh diperoleh melalui


pbacaan, mghadiri seminar / persidangan / perbincangan diantara para profesional.

c) Perubahan Demografis – Perubahan demografis thdp umur, peringkat pdidikan,


pdapatan & jenis pekerjaan tlh mjadi sumber utama kpd inovatif kpd usahawan. Penukaran thdp
ciri2 demografis tlh mcipta peluang yg besar utk usahawan.

d) Keperluan Proses (Process Needs)


Keperluan proses perlu wujud di dlm proses perniagaan, industri / pkhid. Ia akan mjadikan
proses yg sedia ada mjadi spurna, mgantikan mana yg lemah, mereka bentuk semula proses sedia
ada dan sbg. Semua ini menyediakan peluang utk usahawan utk mhasilkan produk, pkhid/proses
yg sesuai dgn kehendak & keperluan pguna. Contoh: di dlm proses utk mjadi masyarakat yg
sihat, manusia akan mula melakukan lebih kerap senaman. Dgn ini, usahawan boleh myediakan
pusat penjagaan kesihatan untuk mereka yang berminat.

3.9 Halangan kepada Inovasi


a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif
Sesetengah organisasi berpuas hati dgn apa yg ada & tidak mahu sebrg perubahan. Ini boleh
mengancam budaya & prosedur organisasi tsb & kemungkinan perubahan akan mgancam
kedudukan mrk. Jadi, pihak pengurusan akan menolak/mengelak utk mberi phargaan kpd
inovatif di dlm organisasi & adakan batasan diantara jabatan yg blainan turut juga mhalang
blakunya komunikasi utk inovatif idea dikalangan kakitangan.

b) Tidak cukup sumber


Sesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi menghadapi kekurangan
sumber seperti sumber manusia, kewangan dan kelengkapan yang menjadi satu benda yang
penting untuk menjayakan inovatif.

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan


Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan drp mjadi kreatif. Ini blaku apabila pgurusan
dikawal olh k/tangan yg tlh lama btugas & mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir
dan menolak sebarang perubahan.

Selain dari halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan datang dari sikap individu
itu sendiri seperti:

1. Takut untuk mencuba (fear to trying)


2. Takut untuk melakukan kesilapan
3. Motivasi yang salah (improper motivation)
4. Takut kepada perubahan
5. Takut kepada kegagalan (fear to fail)
6. Tidak percaya pada diri sendiri – individu tersebut merasa diri mereka terlalu
tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut.

3.10 Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan

a) Utk memastikan organisasi bjaya mengharungi halangan – Mbolehkan


sesebuah organisasi btahan dalam j/panjang krn sesebuah organisasi tidak lagi boleh menunggu
pmintaan drp pengguna, organisasi haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para
pelanggannya.

b) Untuk meneroka pasaran baru


Seorg usahawan yg kreatif & inovatif akan sentiasa bfikir utk mguasai pasaran baru dgn
mgenalkan produk & pkhid baru. Spt: apabila Philips mperkenalkan pemain DVD yg ptama di
pasaran pd 1995, ia bjaya menguasai pasaran seluruh dunia.
c) Untuk mengguna sumber asli
Usahawan seharusnya mgunakan sumber ini tanpa melakukan sebrg kerosakkan kpd alam
sekitar. Malah kreativiti & inovatif adalah pcipta sumber. Usahawan adalah seorg yg b/jawab utk
mcipta ‘nilai’ thdp sumber asli tsb utk kegunaan manusia.

3.11 Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting utk mgetahui yg kita


mampu utk selesaikan masalah secara kreatif & inovatif. Ttp bhati2 dgn kebolehan sendiri agar ia
tidak mjadi phalang kpd mencari jln penyelesaian.

ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu


masalah/peluang dr bbagai sudut. Mguji masalah & peluang tsb dgn memecahkannya mjadi
pecahan2 kecil, cari masalah sebenar/jln penyelesaian yg tbaik.
iii) Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan mereka
menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam
mencipta sesuatu yang unik.

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau


kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang
terbaik.

Bab 4 Penilaian Persekitaran Pelaburan (Ventures Environment


Assessment)

Pengenalan
Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan mengenai pasaran,
pengurusan ekonomi dan sebagainya.
4.1 Komponen Persekitaran pelaburan (The components of ventures’
environment)

Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan
mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang
berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku.
Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

1) Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran

2) Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman

a) Persekitaran Luaran (External Environment)


Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka
masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:

 Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)


 Ekonomi
 Kebudayaan Sosial
 Teknologi

Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro terhadap pelaburan


perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara langsung
boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran
Industri atau Persekitaran Tugas.
Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:

 Pengguna
 Pesaing (Competitors)
 Pembekal
 Institusi Kewangan
 Organisasi bukan Kerajaan
 Agensi Kerajaan

Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai Persekitaran Bersifat
Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk ancaman terhadap
kemasukkan pesaing baru, produk tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan
pembeli. Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran Umum manakala Organisasi
bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan undang-undang
yang dibuat.
b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)
Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh usahawan.
Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran Dalaman organisasi
terdiri daripada unsur berikut:

 Struktur Organisasi
 Budaya
 Sumber

4.2 Pengaruh Persekitaran Makro

Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur seperti politik dan undang-
undang yang dibuat, ekonomi makro, teknologi dan kebudayaan sosial. Dalam bahagian ini, kita
akan menerangkan kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap usahawan.

4.2.2 Politik dan undang-undang yang dibuat

Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang
mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber.
Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya
usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan
(tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang
dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut dijalankan.

Politik & Undang-undang yang dibuat à Isu global à

a) Halangan Perdagangan & tarif

b) Risiko politik

c) Perjanjian Perdagangan à Isu nasional à

d) Cukai e) Peraturan
Isu Global

a) Halangan Perdagangan dan Tarif

Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang
didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari
negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah
dikenakan pada industri automobil di Malaysia.

b) Risiko Politik

Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di
dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik
yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur
sumber. Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan
melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah
kepada kos untuk pelaburan baru.

c) Perjanjian Perdagangan

Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai
contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat
keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk
meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

Isu Nasional

d) Cukai

Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat
nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:

 Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur.
 Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan
merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.

e) Peraturan
Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun,
adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut. Ini melibatkan
tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.

Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti
ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana
operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan
perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

4.22 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu
pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan
perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa
persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka
dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap
tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimanapun, usahawan harus mengenal pasti
paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau,
memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan
kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi
dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai


persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.

 Apakah keadaan ekonomi semasa?


 Apakah suasana pasaran buruh?
 Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
 Apakah nilai pertukaran mata wang?
 Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
 Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi
serupa?
 Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
 Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
 Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
 Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?
4.2.3 Kebudayaan Sosial

Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:

 Demografis
 Aliran budaya dalam masyarakat

a) Perubahan demografis

Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan
penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi
pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa
membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar
kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti
peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat
akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

b) Aliran Sosial

Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup
mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau
pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang
memerlukan perhatian adalah:

i) pembentukan rumah tangga

ii) ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh

iii) tahap pendidikan

iv) Corak pembelanjaan


v) Corak waktu lapang (leisure)

Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk
menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala
perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan.

4.2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses,
hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan
penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan.
Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan
Proses Inovatif.

a) Penemuan Tulin

Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada
atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai
saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak
undang-undang terhadap penemuan tersebut. Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana
tiada pasaran untuk penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta
pasaran dan peluang untuk perniagaan. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang
perniagaan di dalam bidang komputer.

b) Proses Inovatif

Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan
pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau perubahan teknologi bukannya
perkara yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat
didalam kajian awal tidak mengetahui nilai komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia
merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi
tersebut.
4.3 Persekitaran Mikro

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri.
Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan
mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan
melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri. Pengaruh
terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan
organisasi bukan kerajaan.

a) Pengguna

Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka mengunakan


barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh menjadi individu di
dalam masyarakat seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna
adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri
seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi
keputusan usahawan.

b) Pesaing

Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di
dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang
sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh
mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan
baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh
mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.

Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan tahap persaing
di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan dan kelemahan pesaing
mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan pelaburan baru.

c) Pembekal

Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh
menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh
mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran.
d) Insitusi Kewangan

Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru atau
mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan bukan sahaja
sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi
terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan baru. Oleh
demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

e) Agensi Kerajaan

Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar


Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah polisi memberi kesan secara
langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan
mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada
usahawan.

f) Organisasi Bukan Kerajaan

Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan


Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan kerajaan yang
mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap
produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk.
Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk
mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.

4.4 Organisasi Persekitaran Dalaman

Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Kesemua unsur
ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang dilakukan.
Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat
sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.
a) Sumber

Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri, kewangan, sumber
manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi
keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian
daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan
untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

b) Struktur

Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia


menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.

c) Budaya

Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi perniagaan untuk kebaikan
kesemua sumber manusia.

4.5 Pengenalan kepada Peluang Perniagaan

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang buruk
atau rugi menjadi situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang
boleh didefinasikan sebagai:

“Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan yang nyata oleh
pengusaha perniagaan, ia akan menghasilkan keuntungan kewangan.”

Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan.
Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang
menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan jelas untuk memberikan nilai pada
inovatif dan penciptaan. Peluang juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mencipta
yang baru yang melibatkan pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik, sosial dan keadaan
(suasana) demografis.

Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul (timbul) tetapi
keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang berwaspada di dalam mengenal pasti
peluang yang bakal mereka perolehi. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara formal
untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Walau bagaimanapun, pengguna, rakan
sejawat perniagaan, rakan di dalam sistem pengedaran dan orang teknikal adalah sumber yang
terbaik untuk mendapatkan idea pelaburan yang baru.

4.5.1 Pengenalan kepada Peluang: Fasa Proses Perspektif terhadap Keusahawanan

Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses Perspektif terhadap
keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih manusia mengenal
pasti peluang yang ada. Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial.
Penumpuan kepada faktor ini, memberikan peluang kepada pelabur baru yang berminat.

Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi, teknologi dan
keadaan sosial akan mencipta peluang; tetapi tiada apa akan berlaku pada peluang ini sehingga
adanya orang yang mempunyai motivasi dan bertenaga untuk mengenali peluang tersebut.

Usahawan sepatutnya boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan yang ada.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut dan mengejar peluang tersebut.
Sesetengah usahawan merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah usahawan mendapat
peluang dari keadaan yang untung. Usahawan yang mengejar peluang seharusnya menambahkan
nilai produk atau perkhidmatan mereka untuk menarik pelanggan, pengedar dan penjual. Peter
Drucker, adalah seorang penulis pengurusan yang terkenal telah mengenal pasti tujuh potensi
sumber untuk memperolehi peluang dari konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di
bawah:
N
o Peluang dari Sumber Keadaan/Kedudukan

Peluang boleh juga diperolehi apabila situasi dan


kejadian yang tidak diharapkan. Kejadian tersebut
boleh terjadi secara tidak diduga sama ada berita
kejayaan/baik atau beriya kegagalan/buruk boleh
Keadaan yang tidak menjadi suatu peluang yang baik untuk usahawan
1 diduga. mengejarnya.

Situasi yang tidak logik boleh berlaku apabila


terdapat ketidak stabilan yang muncul. Sebagai
contoh: Adalah terdapat peluang untuk direbut
apabila cara pemikiran konvensional tidak lagi
menjadi perkara benar. Di dalam situasi begini,
Bertentangan (tidak usahawan yang berupaya memikirkan sesuatu cara
2 logik) diluar tradisi akan memperolehi peluang tersebut.

Peluang keusahawanan boleh diperolehi dari proses


yang ditemui hasil dari proses kajian dan
pembangunan yang dilakukan oleh para pengaji dan
pakar teknikal yang menghasilkan produk dan
perkhidmatan. Malah sebelum sesuatu penemuan
ditemui, berbagai peluang yang akan wujud untuk
3 Keperluan proses digunakan oleh usahawan semasa proses tersebut.

Perubahan teknologi, nilai sosial dan citarasa


pengguna boleh menukar struktur industri dan
pasaran. Situasi seperti ini akan memberikan
usahawan peluang untuk melakukan sesuatu yang
Struktur industri dan inovatif terhadap produk dan perkhidmatan yang
4 pasaran mereka tawarkan.

5 Demographics Pertukaran demograhics akan mempengaruhi industri


dan pasaran terhadap sasaran pasaran dan segmen
pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan
untuk melibatkan diri dan memenuhi kehendak
penduduk.

Persepsi adalah satu pandangan realiti. Pertukaran


terhadap persepsi boleh mempengaruhi hati manusia
secara profil psikographics terhadap nilai yang
mereka ada, apa yang mereka percaya, dan apa
yang mereka ambil berat. Pertukaran sikap dan nilai
Perubahan Persepsi ini boleh mencipta peluang pasaran untuk para
6 (perhatian) usahawan.

Pengetahuan baru adalah sumber peluang untuk


usahawan. Contoh pengetahuan baru adalah
teknologi baru dan penemuan baru yang boleh
menjadi sumber informasi untuk keusahawan
mencipta. Dengan mengunakan pengetahuan ini ,
usahawan boleh menghasilkan produk dan proses
baru, serta berupaya untuk bersaing dengan produk
7 Pengetahuan baru keluaran lain.

4.5.2 E-Commerce (perdagangan) adalah suatu peluang baru

Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan perniagaan baru.
Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-commerce boleh
memakan kos yang tinggi. E-commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada
pasaran baru yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman web untuk
mempromosi dan menjual produk mereka secara ‘online’. Teknologi yang menggunakan e-
commerce menawarkan informasi yang memberi bantuan kepada pengguna membuat
keputusan.

Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini
setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat tersebut le). Ia membolehkan syarikat
membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari mula sehingga akhir. Ia juga boleh
menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang sesuai mengikut kehendak individu tersebut
dan membolehkan interaktif antara pengguna dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling
penting adalah e-commerce boleh mengurangkan kos transaksi.

4.6 Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan


Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna, teman sejawat perniagaan,
melalui rakan atau orang teknikal. Setiap peluang mestilah ditapis dan dinilai dengan berhati-
hati. Penilaian merupakan elemen yang paling kritikal bagi proses keusahawanan. Jadual pada
muka surat 41 (modul OUM), menunjukkan proses penilaian yang mana melihat ciptaan dan
lamanya kesempatan itu ada, ia adalah nyata dan mengetahui nilai sebenar, dan ia membezakan
kelebihan di dalam persekitaran yang penuh dengan persaingan.

Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan matlamat usahawan
tersebut. Plan taksiran kesempatan (peluang) mestilah pendek, fokus terhadap peluang tersebut
dan bukan pada keseluruhan pelaburan (venture). Plan tersebut mestilah mempunyai asas untuk
membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap peluang yang ada atau tidak. Plan
perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk mengeksploitasi peluang yang ada. Sumber
untuk peluang tersebut mestilah juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mestilah menggunakan
sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan tersebut.

Aspek terhadap Proses Keusahawanan


Sumber
Kenal pasti dan Membina plan yang Mengurus
menilai peluang perniagaan diperlukan syarikat

1.0 Penerangan
terhadap perniagan
2.0 Penerangan
terhadap industri
4.6.1

3.0 Plan pemasaran

4.0 Plan Pengeluaran

5.0 Plan Organisasi

6.0 Ringkasan
 Ø Ciptaan
dan lamanya
peluang yang  Ø Apendik
ada  Ø Sumber
 Ø Nyata dan usahawan yang
mengetahui sedia ada
nilai sebenar  Ø Jurang sumber
 Ø Risiko dan dan pembekal
pulangan yang ada
terhadap  Ø Sumber boleh
peluang dicapai apabila
tersebut dikehendaki
 Ø Peluang  Ø Corak
melawan pengurusan
kemahiran dan  Ø Kunci
matlamat yang
individu berbagai
 Ø Situasi untuk
persaingan kejayaan
 Ø Judul  Ø Kenal
Halaman pasti dan
 Ø kemungkina
Kandung n masalah
an yang ada
 Ø  Ø
Executiv Melaksanak
e an sistem
summary kawalan

Magnitude(besarnya) Terhadap Peluang

Magnitud terhadap peluang bergantung kepada faktor di bawah:


 Nilai yang usahawan itu mahu cipta.
 Saiz peluang yang akan menarik perhatian pelabur
 Faktor ekonomi yang memerlukan kecekapan menggunakan aset.
 Keperluan perniagaan untuk menarik rakan sepasukan untuk menjayakan
perniagaan.

Walau bagaimanapun, usahawan berasaskan perkembangan tidak hanya mempertimbangkan


magnitud peluang yang ada tetapi mesti juga menimbangkan harapan kadar pertumbuhan akan
datang. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa yang lama akan memberikan
kesan yang negatif kerana ia memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan berterusan.
Manakala sekiranya kadar pertumbuhan yang terlalu rendah akan menyebabkan usahawan gagal
menimbulkan keinginan untuk mencipta dan tidak berjaya menarik pelabur.

Peluang yang baik datang dalam tiga situasi:

 Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk kepada peluang lain


 Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan
kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih banyak idea baru
 Pelaksanaan terhadap peluang mestilah dilakukan secara berkumpulan atau
pengkongsian

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti syarikat baru perlu hidup
di dalam industri yang luar dan perlu mencari jalan untuk bersaing dan membuat duit.

4.6.2 Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula) terhadap Pelaburan


Baru

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang (kesempatan) adalah situasi dimana
perubahan teknologi, (terutama) ekonomi, politik, sosial atau keadaan demographics akan
menghasilkan sesuatu yang baru. Jadual di bawah menunjukkan lima contoh peluang yang
berbeza apabila berlaku perubahan teknologi
Contoh idea
perniagaan
yang
dihasilkan
No Jenis
Peluang
Perubahan dari peluang
teknologi tersebut Alasan

Ia digunakan
Produk atau Internal utk
perkhidmatan combustion mengerakkan
1 baru engine Automobil automobil

Internet
membolehkan
penjual
Penjualan menjual
Cara baru buku secara produk tanpa
2 mengurus Internet online mebuka kedai

Petisejuk di
dalam kapal
memboleh
penjualan
daging
Petisejuk keseluruh
3 Pasaran baru Peti sejuk kapal negara

Komputer
membenarkan
pereka
mencipta
produk tanpa
Rekabentuk membina
Pengeluaran menggunakan prototaip
4 cara baru Komputer komputer secara fizikal

Petrol
dihasilkan dari
kilang
penapisan
untuk
digunakan
Bahan Penghasilan pada
5 mentah baru Minyak petrol kenderaan

4.6.3 Peluang (kesempatan) dan Firma Baru


Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik di dalam
mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan syarikat yang baru. Apabila syarikat
telah berniaga beberapa ketika, ia telah mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan
syarikat baru seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.

N
o Kelebihan Alasan

Syarikat baru belum lagi


habis proses pembelajaran
dan masih menghasilkan
produk dan pasaran yang
kurang baik. Walau
Proses bagaimanapun, hasil akan
pembelajaran bertambah baik apabila
(learning telah lama
1 curve) menghasilkannya

Kajian telah menunjukkan


manusia suka membeli
produk dari pengedar
yang mereka kenali dan
2 Reputasi percaya

Sekiranya perniagaan
berjaya, mereka
mempunyai aliran tunai
yang positif yang boleh
digunakan untuk
membangunkan produk
dan perkhidmatan baru,
Mereka juga boleh
mengunakan wang
tersebut untuk melabur di
dalam menghasilkan
produk dan perkhidmatan
Aliran Wang baru untuk memenuhi
3 (tunai) permintaan pengguna

4 Skala Skala ekonomi memberi


ekonomi manfaat kepada syarikat
yang telah kukuh
berbanding dengan
syarikat baru kerana ia
telah pun menghasilkan
produk dan perkhidmatan.
Syarikat yang telah kukuh
ini berhadapan dengan
kos yang jauh lebih
rendah dari syarikat baru
kerana ia telah
menghasilkan lebih
banyak produk atau
perkhidmatan

Aset sampingan akan


digunakan oleh usahawan
untuk menghasilkan
produk baru atau
pengedaran produk.
Syarikat baru selalunya
menghadapi masalah
untuk bersaing dengan
syarikat yang telah kukuh
kerana mereka
Aset kekurangan aset
5 sampingan sampingan
Kelebihan syarikat yang kukuh berbanding syarikat baru

Dimensi Peluang Apakah Pilihannya

 Bergantung sepenuhnya terhadap reputasi Syarikat yang telah kukuh


 Mempunyai kekuatan proses pembelajaran Syarikat yang telah kukuh
 Mengambil banyak kapital
 Berkehendakkan skalau ekonomi
 Memerlukan aset sampingan di dalam Syarikat yang telah kukuh
pemasaran dan pengedaran
 Bergantung kepada peningkatan kebaikan Syarikat yang telah kukuh
produk
 Mengunakan kemampuan untuk
membinasakan inovasi Syarikat yang telah kukuh
 Tidak memberi keperluan kepuasan pada
pengguna yang telah menggunakan produk
dari firma utama
 Bergantung sepenuhnya kepada inovatif
yang diskret Syarikat yang telah kukuh
 Bergantung kepada kapital manusia

Syarikat baru

Syarikat baru

Syarikat baru
Syarikat baru

Glosari

Venture Environment
(Persekitaran
Pelaburan)
Situasi di mana operasi pelaburan syarikat berlaku

External
Environment
(Persekitaran Juga dikenali sebagai persekitaran mikro. Persekitaran
Luaran) diluar organisasi yang mengandungi elemen seperti:
politik dan undang-undang yang dibuat, ekonomi, budaya
sosial dan teknologi

Industrial
Environment
(Persekitaran Juga dikenali sebagai persekitaran mikro iaitu sebahagian
Industri) daripada persekitaran luaran yang mengandungi elemen
seperti: pengguna, pesaing, pembekal, Institusi kewangan,
agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)

Internal Environment
(Persekitaran Situasi di dalam organisasi dimana mengandungi struktur
Dalaman) organisasi, budaya dan sumber

Trade barriers and


tariff (Sekatan
perdagangan dan Dikuat kuasakan oleh kerajaan terhadap barang dan
tarif) perkhidmatan yang didagang di pasaran antarabangsa

Social-cultural
(Budaya Sosial)
Merujuk kepada demographics dan budaya pasaran pada
masyarakat

Resources based Grid yang boleh digunakan sebagai alat untuk


competitives menganalisa dan meletakkan paras kedudukan (rank)
analyses pesaing di dalam industri

Adalah konsep perniagaan menjadi nyata apabila idea


Business opportunity bertukar menjadi produk atau perkhidmatan yang akan
(Peluang Perniagaan) membawa keuntungan kepada syarikat
Ujian 1

1. Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?


2. Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?
3. Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?
4. Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?
5. Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?
6. Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?
7. Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?

Ujian 2

1. Kenapa usahawan perlu mengetahu mengenai politik dan undang-undang


yang dibuat berdasarkan dimana operasi syarikat akan dijalankan.
2. Beri contoh dari isu global yabg pengusaha perlu tahu.
3. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk
pelaburan baru?
4. Apakah rupabentuk perubahan teknologi?
5. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?
6. Senaraikan sumber peluang perniagaan?
7. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?
8. Apakah faktor-faktor peluang?

Topik 5: Pelan Perniagaan

Pengenalan
Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik, komplek dan sentiasa berubah
mengikut keadaan. Dalam untuk meraih dan memastikan kelebihan dalam persaingan, seorang
usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan
merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu,
sesebuah syarikat mestilah menyediakan perancangan perniagaan yang dapat meyakinkan dan
menarik minat para pelabur.
Para pelabur lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melabur di dalam sesuatu perniagaan
apabila mereka percaya perancangan perniagaan itu realistik dan akan di ramalkan akan
membawa keuntungan kepada perniagaan. Apabila pengurusan perniagaan disediakan
berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan mempunyai keyakinan kepada pasaran,
barangan dan perkhidmatan syarikat. Ketelitian pada pelan perniagaan akan menghasilkan
kecekapan pengurusan, pengalaman dan latarbelakang perniagaan.

5.1 Apa itu Pelan Perniagaan?

Pelan Perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan
pelan perniagaan dimana usahawan bermaksud untuk menyertainya. Walaupun usahawan telah
bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan, pelan perniagaan yang telah dibuat dengan teliti
membolehkan usahawan untuk menilai semula perniagaan yang sedang dijalankan atau
melakikan pertimbangkan untuk membuka perniagaan baru. Walaubagaimanapun pelan
perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat, dipersembahkan dalam format perniagaan
piawai yang logik dan realistik. Pelan perniagaan mestilah menceritakan idea dan cita-cita
dengan jelas. Untuk menyempurnakan perkara ini, pelan mestilah termasuk tiga perkara yang
dinyatakan:

i) Fokus kepada bukti, ianya menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan


yang mereka cenderung untuk menyertainya.

ii) Memahami sasaran pelanggan yang usahawan tentukan dengan mengenalpasti dan
menyenaraikan pelanggan yang diharapkan.

iii) Untuk memenuhi kehendak para pelabur dan pemberi hutang sebelum salah satu
daripada mereka bersedia untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.

Menurut Patricia Utton (2001), pelan perniagaan ialah satu program yang lengkap ataupun
lakaran peta setiap yang dapat dibayangkan perkara-perkara yang usahawan perlu ambil semasa
mengemukakan sesuatu perniagaan. Ianya meliputi banyak hal, pelan dapat menjelaskan apa
yang usahawan bertujuan untuk melakukan, bagaimana hendak melakukannya, bila usahawan
hendak melakukannya, dimana hendak melakukannya dan mengapa usahawan percaya yang
ideanya bernas dan dapat membuat keuntungan daripadanya. Kesimpulannya, ianya merupakan
petunjuk yang tersusun untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan perniagaan.
Disamping itu, pelan perniagaan merupakan peralatan yang sesuai untuk menyemak faktor dan
pengujian meliputi praktikal idea sebelum di masukkan di dalam tindakan. Ianya memberi
usahawan peluang untuk harapan yang realistik dan tindakan ke atas perniagaan yang
dijalankan. Dengan kata lain, ianya menolong usahawan untuk mengenalpasti kelebihan dan
kekurangannya, dan perkara terperinci yang usahawan perlu mengambil berat ialah peluang
untuk meraih keuntungan dan ancaman yang harus dihadapi. Semua perkara ini akan
menentukan bagaimana mereka akan mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang
perniagaan.

Pada amnya, usahawan perlu untuk menyediakan pelan perniagaan yang berkesan untuk perkara
seperti:

a) Ianya memaksa usahawan untuk menyusun pemikiran mereka dalam bentuk logik dan
berstruktur.

b) Ianya membantu mereka untuk mencipta rangka kerja perniagaan dengan mengenalpasti
aktiviti, tangungjawab dan objektif yang hendak dicapai.

c) Ianya mendorong usahawan untuk melihat sesuatu secara realiti dan mencari kelemahan
yang ada sebelum ianya benar-benar berlaku.

d) Ianya menolong usahawan untuk membuat strategi untuk mencapai semua objektif.

e) Ianya bertindak sebagai pelan tindakan kerja atau garis panduan dalam menjalankan
perniagaan mereka.

f) Ia membolehkan mereka untuk mengenalpasti sekatan yang mungkin akan mereka hadapi
apabila menjalankan perniagaan.
5.2 Kepentingan dalam Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan adalah sangat penting kepada usahawan untuk pelbagai masalah:

1. Meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan

Pelan perniagaaan yang lengkap boleh dikenali melalui pencapaian yang sepatutnya dicapai
didalam perniagaan. Pelan perniagaan akan menentukan perubahan yang sepatutnya diambil
untuk memastikan kejayaannya. Setiap perubahan yang perlu diambil mestilah mengambil kira
struktur organisasi, pengenalan kepada teknologi baru, teknik pengeluaran terbaru dan program
terbaru untuk kepentingan meningkatkan komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan juga
perlu meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, dengan ini ia meningkatkan peluang untuk
mencapai kejayaan.

2. Membina Misi Perniagaan

Pelan perniagaan boleh menjelaskan misi dan visi perniagaan. Ini membolehkan usahawan
membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan. Misi dan
Visi akan berfungsi seperti rumah api untuk membolehkan usahawan benar-benar tahu kemana
mereka akan bergerak. Usahawan mestilah memberitahu misi dan visi kepada para pelabur
untuk mendapat keyakinan daripada mereka.

3. Menentukan Pesaing Utama

Pelan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama meraka,


kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk menghadapi
mereka. Semua ini akan dilakukan oleh penganalisa untuk mengenalpasti pengeluaran pesaing
ataupun perkhidmatan bahagian pemasaran mereka. Usahawan perlu mengenalpasti semua
pesaing untuk setiap produk dan perkhidmatan dan cuba untuk menentukan berapa lama masa
diambil sebelum pesaing baru masuk kedalam pasaran.
4. Menentukan Jalan yang betul untuk Menguruskan Perniagaan

Pelan perniagaan memberi ruang kepada para usahawan dan pekerjanya untuk membina strategi
yang efektif untuk menjalankan perniagaan. Mereka boleh menentukan siapa, bila dan
bagaimana untuk menawarkan pengetahuan mereka, kepakaran dan kemampuan dalam
menjalankan perniagaan. Usahawan mesti juga menentukan bahawa produk dan perkhidmatan
mereka selari dengan citarasa pelanggan, polisi kerajaan dan sebarang perubahan dalam
persekitaran perniagaan.

5. Meningkatkan Keyakinan Pemegang Saham

Setiap pelabur yang berminat didalam perniagaan berkeinginan untuk mengetahui kekuatan
syarikat seperti kewangan, sumber kekayaan dan keadaan syarikat. Maklumat ini diperlukan
untuk para pelabur menentukan pulangan mereka terhadap pelaburan yang dikeluarkan. Seperti
contoh, sebelum sesuatu institusi kewangan bersetuju untuk memberi pinjaman yang diperlukan
oleh usahawan samada untuk memulakan ataupun memperkembangkan perniagaan, mereka
mestilah hendak tahu harapan terhadap perniagaan itu, dan kemampuan untuk mereka
membayar semula pinjaman. Dalam hal yang berlainan, pembekal juga perlu tahu kekuatan
kedudukan kewangan usahawan sebelum mereka membuat persiapan untuk memberi hutang
terhadap barangan mereka. Agensi kerajaan juga perlu tahu latar belakang dan keseluruhan
berkaitan perniagaan sebelum mereka memberi kebenaran untuk syarikat berkenaan beroperasi.

6. Menentukan Rintangan (Kekangan) Dalam Perniagaan

Semasa menjalankan perniagaan, usahawan akan menghadapi banyak rintangan. Rintangan ini
akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan kemajuan usahawan sekiranya ianya
tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, usahawan perlu tahu apakah rintangan
yang bakal dihadapi sebelum menjalankan perniagaan dan mengambil tindakan yang perlu
untuk menghadapinya. Usahawan tahu sejauh mana rintangan akan menjejaskan dirinya dan
perniagaannya.

7. Sebagai Alat Pengukur Kejayaan


Pelan perniagaan merupakan peralatan operasi yang mana, sekiranya disediakah dengan betul,
akan membantu usahawan dengan lebih berkesan untuk mencapai kejayaan. Pelan perniagaan
akan memberi usahawan untuk menetapkan sasaran yang realistik bagi mencapai kejayaan.
Walaubagaimanapun, pelan perniagaan akan menyediakan penilaian asas dan mengawal
kemajuan syarikat di masa hadapan, dalam hal keuntungan, kos dan kualiti. Ianya juga
digunakan untuk mencapai target, untuk menganalisa kehendak pelanggan, kekuatan pesaing
dan keadaan ekonomi dalaman dan luaran.

5.3 Siapa yang memerlukan Pelan Perniagaan?

Pelan perniagaan sangat penting kepada pelbagai pihak. Diantara yang memerlukan pelan
perniagaan adalah:

a) Kumpulan Pengurusan
Pelan perniagaan membolehkan kumpulan pengurusan memikirkan masa, usaha dan bantuan
yang diperlukan untuk menjayakan matlamat syarikat. Ia dapat memberikan mereka peluang
untuk melakukan analisis kritikal situasi yang akan menghalang perjalanan perniagaan. Selain
dari itu, ia juga boleh memberikan gambaran awalan perubahan yang mungkin akan berlaku
dimasa hadapan. Kumpulan pengurusan juga mesti menganalisa sebab musabab kejayaan dan
kegagalan syarikat, ancaman dan peluang yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Oleh itu,
kumpulan pengurusan perlu membina dan memeriksa strategi dan kelebihan yang sepatutnya
perlu dinyatakan dan dikatakan secara jelas untuk memastikan perkembangan syarikat. Pihak
kumpulan pengurusan bertanggungjawab untuk menetapkan tanda aras (benchmark) yang
sesuai supaya syarikat mengetahui mereka telah mencapai kejayaan. Selain dari itu, pelan
perniagaan akan memudahkan kumpulan pengurusan untuk mengenal pasti kesukaran dan
halangan yang dihadapi oleh para pekerja untuk mencapai sasaran.

b) Pemegang Saham (Pelabur)


Pelan perniagaan juga amat penting kepada pemegang saham. Mereka perlu mengetahui
bagaimana syarikat akan diselenggarakan (diuruskan) kerana kelulusan mereka adalah
diperlukan sekiranya terdapat perubahan kepada sasaran dan strategi syarikat. Ini kerana
mereka perlu mengetahui sebarang keputusan (ketetapan) baru sebelum mereka boleh
meluluskan. Pelan Perniagaan merupakan dokumen yang penting sekali bagi mereka kerana
mereka memainkan peranan penting untuk menilai secara kritikal terhadap draf pelan tersebut.
Usahawan mesti menyatakan kepada mereka pasaran di masa hadapan, seperti mengembangkan
perniagaan ke peringkat antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk pelabur baru atau
perniagaan baru dalam usaha memastikan perniagaan tersebut menarik perhatian pelabur.

c) Bank atau Pemberi Pinjaman


Sebelum sebarang permohonan diluluskan, bank akan melakukan penelitian terhadap pelan
perniagaan usahawan tersebut. Pelan tersebut akan memberikan mereka tanda atau petunjuk
mengenai pulangan yang boleh mereka perolehi dari pinjaman yang diberikan dan membolehkan
mereka menyukat (mensasarkan) keadaan pelaburan dan keuntungan yang akan diperolehi
dalam tempoh masa yang munasabah. Pelan perniagaan juga boleh memberikan bank idea
mengenai strategi dan keutamaan perniagaan tersebut. Ini haruslah jelas tertulis (dinyatakan) di
dalam pelan dan mestilah dilaksanakan dengan tetap pada keseluruhan strategi polisi jabatan,
objektif tugasan dan keperluan laporan. Dari pelan perniagaan, bank juga akan dapat
memastikan sama ada usahawan tersebut boleh memperolehi geran (grants) kerajaan dan cukai
insentif.

d) Pengguna
Pengguna juga berminat untuk mengetahu pelan perniagaan mengenai syarikat tersebut yang
mana mungkin akan mempengaruhi keputusan mereka untuk mengunakan produk atau
perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan. Isu yang menarik perhatian termasuklah kualiti dan
keselamatan terhadap produk syarikat tersebut. Untuk mendapatkan keyakinan pengguna, pelan
perniagaan mestilah juga disertakan dengan harga produk, ketahanan, ciri-ciri, dan sokongan
tambahan atau perkhidmatan lepas jualan (after sales services). Pengguna akan berasa lebih
yakin sekira produk tersebut menggunakan teknologi baru, diluluskan oleh pihak tertentu seperti
SIRIM dan JAKIM, dan selaras (selari) dengan budaya mereka (pengguna).

e) Pembekal
Pembekal memerlukan pelan perniagaan tersebut untuk menimbangkan kelulusan dalam
memberikan hutang (kredit) perniagaan. Pembekal juga ingin melihat kebolehan perniagaan
tersebut membayar balik hutang mereka dalam masa yang ditetapkan. Pelan perniagaan yang
baik berupaya memberikan gambaran jelas mengenai kemampuan perniagaan tersebut.

f) Para Pekerja
Kebanyakkan bakal pekerja memerlukan informasi (maklumat) mengenai pembangunan dan
prestasi syarikat sebelum mengambil keputusan untuk memasuki organisasi tersebut. Mereka
boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada pelan perniagaan.

5.4 Elemen Penting Untuk Pelan Perniagaan Yang Baik

Setiap pelan perniagaan yang berjaya perlu disertakan sekali dengan perkara di bawah keana ia
merupakan element penting untuk menunjukkan Pelan Perniagaan yang dihasilkan adalah yang
terbaik.
a) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)
Ringkasan Eksekutif merupakan bahagian yang paling penting di dalam pelan perniagaan. Ini
adalah bahagian pertama yang perlu diberi perhatian dan ia boleh memberitahu pembaca di
mana kedudukan syarikat itu sekarang dan kemana arah tujunya. Antara yang ada di dalam
ringkasan eksekutif adalah:

1. I. Kenyataan Misi Syarikat


2. II. Tarikh bila perniagaan akan dimulakan
3. III. Nama Pengasas dan peranan yang akan mereka
lakukan
4. IV. Jumlah pekerja
5. V. Lokasi perniagaan dan cawangan atau cabang
tambahan
6. VI. Penerangan mengenai kilang atau kemudahan
7. VII. Produk yang akan dihasilkan
8. VIII. Nama Bank pembiayai
9. IX. Kemajuan dan perkembangan syarikat
10. X. Status kewangan
11. XI. Ringkasan pelan masa hadapan pihak pengurusan

b) Analisis Pasaran

Bahagian Analisis pasaran mengambarkan pengetahuan usahawan mengenai industri yang ingin
diceburi. Ia juga menerangkan pandangan secara menyeluruh dan kesimpulan terhadap kajian
permasaran yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah
tidak diletakkan pada bahagian ini tetapi diletakkan pada lampiran (appendix). Bahagian ini
mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran,
keputusan ujian pemasaran, masa memimpin (lead times) dan penilaian terhadap persaingan.

c) Strategi Pemasaran dan Jualan


Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik perhatian pengguna kepada perniagaan.
Usahawan sepatutnya menyedari pengguna merupakan nadi utama perniagaan mereka. Pelan
perniagaan mesti mengandungi ramalan penjualan berdasarkan analisis pemasaran. Di bahagian
ini, perkara paling penting adalah untuk menjelaskan strategi pemasaran. Strategi pemasaran
mestilah sesuatu proses penilaian yang dilakukan secara berterusan dan tersendiri (unique)
untuk syarikat tersebut. Keseluruhan strategi pemasaran mesti mengandungi strategi untuk
menembusi pasaran, perkembangan perniagaan, saluran pengedaran dan komunikasi.
Keseluruhan strategi penjualan mesti mengandungi strategi penjualan yang bertenaga dan
aktiviti penjualan. Adalah amat penting juga memasukkan bajet pemasarangn di dalam bahagian
ini.

d) Perkhidmatan atau Barisan Produk (Produk line)


Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang syarikat tawarkan dan
faedah yang akan diperolehi oleh pengguna sedia ada dan bakal pengguna. Usahawan mesti
fokus kepada kelebihan yang ada dengan mengenal pasti masalah sedia ada pada produk atau
perkhidmatan dengan menyediakan jalan penyelesaiannya.
e) Organisasi dan Pengurusan
Bahagian ini mengandungi struktur organisasi syarikat, butir terperinci mengenai pemilikan
syarikat, profile mengenai kumpulan pengurusan dan kelayakkan ahli dalam lembaga pengarah,
pelan upah dan bajet pentadbiran.

f) Permohonan Pembiayaan
Bahagian ini fokus kepada jumlah pembiayaian yang diperlukan untuk memulakan perniagaan
atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario yang berlainan
untuk pembiayaian diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap
perniagaan. Oleh itu, di bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk
pembiayaan modal, pembiayaan operasi, keperluan pembiayaan untuk masa hadapan (5 tahun
kehadapan), bagaimana mereka akan menggunakan pembiayaan yang diterima dan strategi
kewangan jangka panjang yang akan memberi impak (kesan) terhadap kemajuan kewangan
syarikat.

g) Kewangan
Kewangan mesti dibangunkan selepas analisis pemasaran dan objektif dinyatakan dengan jelas.
Bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang anjuran kewangan seperti prestasi aliran
tunai, keuntungan dan kerugian. Serta anjuran ‘balance sheet’ (ini utk akaun kira-kira).

h) Lampiran (Appendix)
Bahagian lampiran mesti menyediakan pembaca bahan secara am sahaja. Dengan kata lain,
pelan perancangan utama tidak dimasukkan di bahagian ini. Pelan perniagaan adalah alat
komunikasi. Ia akan dilihat oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah perhargaan,
resume pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, Kajian pemasaran secara terperinci,
artikel dari majalah berkaitan, lesen, permit, dokumen undang, salinan sewaan, permit
bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan, termasuk peguam dan akauntan.

5.5 Panduan Menyediakan Pelan Perniagaan

Untuk menghasilkan pelan perniagaan yang efektif, terdapat enam panduan untuk
menyediakannya.

1. 1. Pelan Perniagaan Mestilah Ringkas


Pastikan pelan perniagaan seringkas yang boleh tanpa mengabaikan deskripsi mengenai
pelaburan dan keupayaan. Nyatakan semua isu penting yang akan menarik perhatian para
pelabur dan tinggalkan perincian (details) kedua untuk perjumpaan (meeting) dengan para
pelabur.

1. 2. Perlu Fokus (tumpuan)


Jangan membuat berbagai spekulasi. Perhatian perlu ditumpukan kepada satu atau dua
perkhidmatan atau barangan dan pasaran kerana perniagaan baru tiada pengalaman untuk
merebut banyak peluang.

1. 3. Mengumumkan orang yang terlibat dan peranannya


Jangan letakkan yang tidak bernama, orang misteri di dalam pihak pengurusan. Seperti Mr. X
yang mana menyertai syarikat sebagai Naib Pengerusi Kewangan. Pelabur mesti nak tahu
siapakah sebenarnya Mr.X dan apakah komitmennya.

4. Hindarkan dari menggunakan bahasa yang sukar difahami


Jangan terangkan teknikal produk ataupun proses pengilangan menggunakan bahasa yang sukar
difahami dan hanya orang yang pakar sahaja mengetahuinya. Kebanyakkan pelabur tidak suka
melabur di dalam apa yg mereka tidak fahami atau tidak faham cadangan tersebut.

5. Informasi mestilah berdasarkan pengetahuan


Jangan menganggar penjualan berasaskan kepada kemampuan kilang. Oleh itu perancang
mestilah menganggarkan potensi penjualan dengan teliti berasaskan kepada kajian pemasaran
dan dari anggaran ini, keperluan kemudahan pengeluaran dapat ditentukan. Seterusnya,
kenyataan (ayat) yang digunakan pastikan tidak umum (samar-samar), tidak terang atau tidak
kukuh kerana ia akan memperlihatkan perancangan tersebut seperti ahli fikir yang dangkal
(shallow) dan tidak jelas. Jika perancangan ingin menggunakan data yang kukuh, dia perlulah
menganalisa masa yang lampau, masa sekarang dan unjuran kadar perkembangan dan saiz
pasaran.

6. Perlu Realistis (realistic) dan mempunyai matlamat(Objective)


Perancangan mesti kelihatan realistis dan mempunyai matlamat di dalam membuat penilaian
dan membicara mengenai risiko.

5.6 Kesukaran yang bersembunyi(pitfalls) perlu dihindari semasa


Perancangan
Menurut Kuratko (2004), terdapat beberapa bahaya yang terselindung yang patut dihindari oleh
usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengahnya adalah masalah yang kerap
dilakukan oleh usahawan. Disertakan beberapa kesalahan yang kerap dilakukan dan langkah
untuk mengatasinya.

Pitfalls Fakta Cara mengatasi

Sesetengah pelan perniagaan tidak


mengandungi matlamat yg nak dicapai dan
tujuan yg nyata untuk usahawan Mengandungi perancangan
Tiada mencapainya, tiada tempoh masa yg yg jelas dengan langkah-
tujuan yg ditetapkan, tiada keutamaan dan tiada langkah yg perlu dlm masa
realistik langkah-langkah diambil. ditetapkan

Kadang-kadang usahawan terlalu


memberanikan diri mengenai idea mereka Kalau boleh hindari
Kegagala dan tidak melihat kemungkinan masalah yang masalah ini dengan
n utk akan timbul. Tiada tanda yang menunjukkan menyenaraikan rintangan
menghad masalah tesebut, tiada pengakuan yang akan datang dan
api berlakunya kesilapan aau kelemahan yang langkah untuk
rintangan ada pada plan dan pelan sokongan tidak ada. mengatasinya.

Tiada Usahawan kurang komitmen dalam


Komitme perniagaan. Mereka tidak sepatutnya
n dalam menunjukkan bahawa mereka tidak Usahawan sepatutnya
kerja mengambil berat terhadap perniagaan seperti mengikuti temujanji yang
yang sering melengahkan, tidak hadiri temujanji, penting dan bersedia untuk
dilakukan tidak mahu mengeluarkan modal sendiri dan membuktikan komitmen
hanya hendak memperolehi keuntungan kewangan untuk
segera. perniagaan mereka.

Mereka perlu membuktikan


pengalaman peribadi dan
latarbelakang pelaburan
Kelemah tersebut dan sekiranya
an dalam Pelabur melihat usahawan melalui mereka tidak mempunyai
perniaga pengalaman dan tidak hanya idea, dan siapa kemahiran atau
an atau yang betul-betul berpengetahuan di dalam pengetahuan tertentu.
pengala perniagaan yang dicadangkan. Usahawan Mereka mesti mendapatkan
man perlu menunjukkan pengetahuannya dan bantuan dari mereka yang
teknikal latarbelakangnya dalam dunia perniagaan. pakar.

Menentukan segmen
Usahawan tidak mengenalpasti potensi pasaran secara khusus dan
pelanggan untuk barangannya. Banyak membuktikan kenapa dan
Tiada barangan yang berpotensi tidak sampai bagaimana produk atau
pasaran ketangan pelanggan kerana tiada pasaran perkhidmatan akan sampai
yang yang sesuai atau tiada pasaran untuk ketangan kumpulan
sesuai barangan tersebut sasaran.
Usahawan perlu menghindari bahaya yg terselindung yang telah dibincangkan bagi memastikan
perniagaan mereka berjaya. Ini akan membantu usahawan mengukuhkan kedudukan dalam
membuat pelan perniagaan yag efektif.

Daftar

Business Plan – dokumen bertulis yang menerangkan dengan terperinci secara keseluruhan
pelan perniagaan dimana usahawan berniat untuk melibatkan diri.

Executive Summary – Bahagian di dalam pelan perniagaan yang boleh memberitahu


pembaca arah tunjuk syarikat tersebut.

Management Function – Terdiri daripada empat element seperti perancangan,


menguruskan, kepimpinan dan kawalan.

Ujian 1

1. Berikan definasi pelan perniagaan


2. Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan
3. Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan?
4. Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur?
5. Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?

Ujian 2

1. Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan


perniagaan?
2. Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk
kepada bahagian 5.4 di dalam modul
 Executive Summary
 Analisis Pasaran
 Organisasi dan Pengurusan
 Strategi Pemasaran dan Penjualan
 Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line)
 Permohonan Pembiayaan
 Kewangan
 Lampiran (appendix)
1. Apakah itu analisis pasaran?
2. Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran
dan penjualan?
3. Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik?
4. Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan
sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

Bab 6 Memulakan Perniagaan Usahawan Baru

Pengenalan
“Di Amerika Syarikat, kajian mendapati semakin ramai orang memulakan perniagaan mereka
sendiri dari berkahwin atau memperolehi bayi! Satu dari 25 orang dewasa aktif secara langsung
untuk memulakan perniagaan”

Zimmerer dan Scarborough

Pengurusan Perniagaan Kecil dan Keusahawanan

6.1 Jenis-jenis Pelaburan

Usahawan mempunyai berbagai cara untuk memulakan pelaburan. Selalunya terdapat tiga cara
pelaburan iaitu:

a) Bermula (start-up)
b) Membeli syarikat yang telah sedia ada.

c) Franchising

6.2 Bermula (start-up)

Paragraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ‘start-up’:

a) Definasi Start-up
Merupakan syarikat yang baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan
baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

 Banyak usahawan memulakan perniagaan baru untuk diri mereka sendiri.


 Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yang diperolehi dari
wang simpanan sendiri atau meminjam dari pihak lain.
 Usahawan yang memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai banyak
pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap bidang yang
mereka ceburi.
 Perniagaan yang bermula dari awal selalunya terlibat di dalam hasil ciptaan
produk atau perkhidmatan baru.

b) Fasa Start-up
Semua pelaburan baru perlu menghadapi tiga fasa iaitu:

 Fasa Prestart-up
Bermula dari sekadar idea dan akhirnya menjadi jalan untuk membuka perniagaan

 Fasa Start-up
Mula memperkenalkan aktiviti penjualan dan akhirnya membuka suatu perniagaan yang konkrit

 Fasa Poststartup
Ia akan tamat apabila perniagaan tersebut ditutup atau bungkus atau usahawan tidak
mempunyai kawalan terhadap perjalanan entiti perniagaan tersebut
Walau bagaimanapun, fokus utama untuk pembangunan pelaburan hanya semasa fasa prestart-
up dan fasa start-up. Pada kedua-dua fasa ini, lima faktor kritikal yang perlu diambil kira untuk
dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)


2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)
3. Jangkaan penjualan dan keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa
start-up
4. Kesediaan produk pada kedua-dua fasa (prestartup & startup)
5. Kesediaan pengguna pada kedua-dua fasa

c) Kelebihan dan kelemahan Start-up

Kelebihan Kelemahan

1. Ia memerlukan banyak masa,


wang dan usaha yang gigih untuk
mencari lokasi strategik,
mendapatkan lesen, membeli
1. Bebas membuat keputusan mesin, mencari pembekal baru,
sendiri seperti persoalan bila, upah dan melatih pekerja baru
macam mana dan jenis produk untuk menjalankan aktiviti
atau perkhidmatan pengiklanan

1. Pada peringkat permulaan


pelaburan, usahawan akan
1. Berpeluang menggunakan satu memperoleh keuntungan yang
idea dan mengembangkan idea minima atau kerugian kerana kos
sendiri dengan mengikut emosi pembelanjaan yang tinggi semasa
pengguna. memulakan perniagaan

1. Bebas untuk memilih lokasi, 1. Tiada rekod sejarah perniagaan


kilang, peralatan, produk atau yang membolehkan usahawan
perkhidmatan, pekerja, meramalkan penjualan,
pembekal dan bank. Peluang pembelanjaan dan keuntungan.
seperti ini boleh menentukan
kejayaan di dalam pelaburan
1. Tidak ada pengguna asal,
usahawan perlu berusaha lebih
1. Kemampuan untuk keras untuk menarik pelanggan
mengelakkan sebarang kejadian baru dan perniagaan berkembang
yang tidak diingini, polisi, dengan perlahan dan mengambil
prosedur dan komitmen undang- masa untuk memperolehi
undang yang ada pada firma keuntungan.

1. Kesukaran untuk memperolehi


pinjaman dari institusi kewangan
kerana institusi kewangan kurang
1. Reputasi perniagaan tidak akan yakin dengan perniagaan baru
terjejas kerana ia merupakan berbanding dengan perniagaan
pelaburan baru. yang telah lama bertapak

1. Kemampuan untuk melakukan


perubahan perniagaan

6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada

a) Definasi “Membeli Perniagaan Sedia Ada”


Membeli perniagaan sedia ada atau mendapatkan sama ada saham atau kesemua aset
kepunyaan syarikat atau perniagaan tersebut. Membeli syarikat yang telah mapan (kukuh) akan
mengurangkan kerja berbanding dengan memulakan perniagaan dari mula. Menurut pandangan
pakar peniagaan, membeli perniagaan yang telah mapan merupakan cara yang paling selamat
dan efektif untuk usahawan berkecimpung dalam perniagaan. Bagaimana pun, kita harus
menggunakan banyak masa dan usaha untuk mencari perniagaan yang sesuai untuk kita. Dengan
membeli syarikat sedia ada, ia membolehkan syarikat mengembang dan menyediakan peluang
untuk memasuki pasaran baru.

b) Langkah dan proses membeli Perniagaan Sedia Ada


Apabila membeli perniagaan sedia ada, terdapat beberapa langkah dan proses yang perlu diambil
kira iaitu:
(i) Keutamaan Peribadi
Usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi (cita-cita). Kita
harus memikirkan apa yang boleh kita kepada perniagaan dan apa yang akan kita perolehi
sebagai pulangan.

– Pengharapan anda mengenai perolehan – apakah kadar keuntungan yang


diperlukan untuk menampung keperluan hidup anda?
– Komitmen anda – adakah anda bersedia untuk bekerja kuat dan menyediakan wang
yang banyak untuk digunakan di dalam perniagaan agar mencapai kejayaan?
– Kekuatan anda – Perniagaan jenis mana yang sesuai dengan latar belakang,
pengalaman dan kemahiran anda?
– Jenis perniagaan – Berhad, Sdn. Bhd, Enterprise yang anda minta untuk membeli
– Sektor perniagaan yang anda berminat – belajar sebanyak yang boleh
mengenai industri yang telah anda pilih untuk membolehkan anda membuat perbandingan
perniagaan yang berbeza.

(ii) Peluang Perniagaan


– Anda boleh melihat peluang perniagaan dengan membaca iklan, berbincang mengenai
peluang dengan broker perniagaan dan memeriksa dari sumber industri. Perlu menahan diri dari
godaan membeli perniagaan yang nampaknya bagus pada pandangan pertama; berhenti dahulu
(step back) dan lihat objektif syarikat tersebut.

– Buat temujanji dengan penjual perniagaan atau broker untuk permulaan pengenalan
mengenai peluang yang ada. Mereka sepatutnya menyediakan secara ringkas laporan kewangan,
sejarah, harga dan sebab perniagaan tersebut dijual. Ini membolehkan anda mengetahui
mengenai perniagaan tersebut dan sudah berapa lama perniagaan hendak dijual.

(iii) Meninjau Kembali Keupayaan Mencapai Sasaran


Keupayaan mencapai sasaran mesti dihalusi untuk menentukan bagaimana ia telah diuruskan
dan dijaga. Untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan, berjumpa dengan para pekerja dan
pengguna. Sediakan ‘checklist’ terhadap maklumat yang dikehendaki, ini termasuk:

– Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua pulangan cukai
pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

– Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baru, termasuk pecahan
untuk semua inventori yang sama seperti perkiraan yang terakhir dahulu.

(iv) Aturan untuk Pembiayaan (Financing)


Tanpa pembiayaan yang sempurna, tidak ada perniagaan yang dapat maju kehadapan dengan
jayanya. Terdapat beberapa pilihan untuk memperolehi pembiayaan. Mereka mesti memilih
dengan berhati-hati agar ia sesuai dengan kehendak mereka. Pemberi hutang selalunya
memerlukan:

– Butir terperinci mengenai perniagaan dan jualan

– Akaun untuk tiga tahun sebelum ini

– Anggaran kewangan (sekiranya tiada mempunyai rekod kewangan)

– Butir terperinci mengenai aset dan liabiliti anda.

(v) Menjalan due diligence (Conduct due diligence)


Nota: diligence = kerajinan, ketekunan
Due diligence seperti pekerjaan seorang detektif. Ia adalah proses mengumpul maklumat dengan
menjalankan penyiasatan, carian dan pertanyaan dan ia adalah amat penting dalam membeli
saham atau aset. Hasil yang diperolehi dari due diligence (penyiasatan) boleh membantu anda
membuat keputusan:

– Sama ada meneruskan proses pembelian (acquistion)

– Sama ada membeli saham atau aset

– Berapa banyak yang perlu dibayar dan bagaimana meletakkan harga untuk dibeli.

– Apakah perkara yang perlu dimasukkan di dalam perjanjian pembelian agar anda
dilindungi

Proses ini sepatutnya memberikan panduan untuk anda membuat keputusan dengan
menyediakan maklumat dalaman yang berguna di dalam perniagaan baru dan memberikan anda
angaran yang baik mengenai nilai transaksi yang sepatutnya diambil. Jaminan dan ganti rugi
sepatutnya diperolehi dari pembekal adalah sebahagian dari perjanjian.

(vi) Perjanjian Rasmi (formal)


Persediaan untuk perjanjian rasmi memberikan setiap pihak berpeluang untuk melihat
perjanjian secara asas dan menyenaraikan semua perkara kecil yang mungkin tidak
dibincangkan antara kedua pihak semasa proses awalan tawar menawar. Tiga komponen asas
yang perlu di dalam perjanjian rasmi adalah:

 Elemen Asas
Bahagian pertama daripada perjanjian selalunya merangkumi elemen asas seperti:
– pihak yang terlibat

– aset atau saham yang diperlu

– harga pembelian

– perubahan harga pembelian

– bagaimana

– bila harga pembelian dan perubahan akan dibayar

– bagaimana cukai dikendalikan

 Gambaran dan jaminan


– Gambaran dan jaminan akan diberikan oleh penjual merupakan perkara yang penting
dalam pembelian perniagaan. Pertama, anda harus menimbangkan fakta, isu yang penting untuk
anda membuat keputusan untuk membeli perniagaan, dan jumlah wang yang sanggup anda
bayar. Kemudian, dengan menggunakan hasil dari penyiasatan (due diligence) yang telah
dilakukan anda boleh melihat sama ada gambaran dan jaminan yang telah diberikan adalah
benar atau palsu. Ini dilakukan untuk memastikan tidak ada fakta tersembunyi yang tidak
diketahui oleh anda, atau penjual tidak cuba mengelirukan anda dengan beberapa perkara yang
penting.

 Penutup perkara (closing matters)


– Bahagian ini di dalam perjanjian biasanya menentukan tarikh terakhir dan apa
pertukaran perlu dilakukan pada masa tarikh penutup tersebut. Bahagian ini juga akan
menyatakan sebarang syarat khas yang perlu dipenuhi sebelum penjualan dapat dilaksanakan.
Syarat khas yang selalu dikenakan untuk penutup (closing) perjanjian:

– Semua gambaran dan jaminan adalah benar dan tepat sehingga pada tarikh penutupan.

– Anda akan menerima pembelian aset atau saham bebas dari sebarang beban (halangan)
kecuali perkara yang telah anda setuju sebelum ini.

– Sebarang lesen atau kebenaran khas telah anda terima.

– Sebarang sijil kebenaran dari kerajaan telah anda terima.

– Sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan perjanjian perniagaan telah ditanda
tangani dan diterima.

– Pembayaran tender telah anda lakukan seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian.
(vii) Sedia untuk Perniagaan
Pada langkah ini, anda merupakan pemilik kepada syarikat baru. Sekiranya anda telah
melakukan kaji selidik (due diligence) dan perjanjian jual beli yang baik, anda berada dalam
keadaan baik untuk mencapai kejayaan. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pemilik asal
untuk mendapatkan khidmat perundingan (nasihat). Oleh itu adalah menjadi satu langkah yang
bijak sekiranya anda mempunyai hubungan yang baik dengan pemilik asal. Anda juga mungkin
perlu bantuan yang berterusan walaupun perjanjian jual beli telah selesai, ini kerana kerja anda
baru sahaja bermula.

c) Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada


Terdapat 10 kelebihan membeli syarikat yang sedia ada.

1. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah


dilakukan untuk memulakan perniagaan.

1. Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk


memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod
pencapaian.

1. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai
pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama
perniagaan diambil alih.

1. Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.

1. Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai


pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal
dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.

1. Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.

1. Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.

1. Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.

1. Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.


1. Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh
menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan
dari mula.

d) Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada


Terdapat 7 kelemahan membeli syarikat yang sedia ada.

1. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak
sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar
seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.
2. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa
melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan
syarikat tersebut.
3. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati
atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah
ditangani oleh pemilik yang lama.
4. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang
tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa
pemilik hendak menjual syarikat tersebut.
5. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak
sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
6. Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama
(tidak boleh dipakai lagi)
7. Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang
yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.

6.4 Franchising

(a) Definasi Franchising


Franchise merupakan aturan (perjanjian) di mana pemilik asal membenarkan tanda perniagaan
(trademark), nama perniagaan atau hak cipta milik mereka untuk digunakan dan dijual barangan
atau perkhidmatan.

(b) Kelebihan Franchising


(i) Latihan dan Asuhan/panduan (Training & Guidance)
Kelebihan pembelian francais jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan baru atau
membeli perniagaan sedia ada adalah latihan dan panduan yang akan diberikan kepada pembeli
francais.

(ii) Jenama yang sudah terkenal (Brand-Name Appeal)


Individu yang membeli franchise nasional yang telah dikenali, terutama yang besar dan ternama
akan mempunyai peluang yang sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka membeli produk
atau perkhidmatan dari franchise nasional daripada membeli kedai yang kurang dikenali
jenamanya.
(iii) Bukti-bukti kejayaan (Proven Track Record) – Franchisor yang sedia ada telah
terbukti berjaya. Sebagai sebuah organisasi, mereka telah berada dipasaran sekurang-kurangnya
5 tahun sehingga 10 tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah kedai (francais). Oleh itu, sudah
terbukti kejayaannya apabila semua kedai melapurkan laporan kewangan yang
memberansangkan.
(iv) Bantuan Kewangan – Franchise ada pelaburan yang baik kerana franchisor boleh
membantu bakal pemilik untuk memperolehi bantuan kewangan untuk menjalankan operasi
perniagaan. Malah terdapat franchisors yang mengeluarkan modal mereka dan hanya perlu
membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan baik. Dengan kata lain, membeli
franchise adalah satu cara yang baik untuk memperolehi bantuan kewangan.

(c) Kelemahan Franchising


(i) Yuran Franchise
Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin berjaya franchiser, maka yuran semakin tinggi.
Yuran franchise nasional boleh mencecah RM 5K sehingga RM100K. Franchise yang kecil
mungkin mengenakan bayaran yang murah. Pembeli juga harus mengeluarkan modal untuk
bangunan dan produk untuk disimpan. Franchise perlu membayar royalti yang berterusan
mengikut hasil jualan pada kadar 5 sehingga 12%. Selalunya franchise perlu ada 25 sehingga 50%
wang tunai sebagai permulaan perniagaan dan bakinya boleh dipinjam dari organisasi tersebut.
Kos untuk francishing termasuklah perbelanjaan:

– Yuran franchising

– Insuran

– Membuka produk inventori

– Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling & leasehold)

– Bayaran utiliti, gaji, hutang servis

– Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan para profesional

– Lesen kerajaan setempat dan negeri

– Permit dan sijil kebenaran

(ii) Dikawal oleh Franchisor (Franchisor Control)


Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat mengawal semua aktiviti para pekerja. Situasi yang
sama juga berlaku pada syarikat kecil. Sekiranya individu membuka syarikat perniagaan sendiri,
ia berkuasa penuh untuk menjalankan segala aktiviti yang ingin dilakukan. Franchisor mengawal
operasi untuk memastikan keseragaman boleh dicapai. Sekiranya usahawan tidak mengikut
arahan, lesen franchise tidak akan disambung semula selepas tamat kontrak.
(iii) Janji tidak dipenuhi (Unfulfilled Promises)
Ada sesetengah kes, franchisors yang kurang nama, para franchisees (usahawan) ini tidak
memperolehi apa yang dijanjikan. Banyak franchisees dapati jenama tersebut gagal menarik
perhatian pelanggan. Malah terdapat banyak bantuan yang dinyatakan sebelum ini tidak
ditunaikan. Harga barang yang dibeli dari syarikat franshisor adalah jauh lebih mahal dari harga
pasaran. Sekiranya franchisees membuat aduan, lesen mereka akan ditamatkan, diambil atau
tidak diperbaharui.

6.5 Struktur perniagaan yang sah untuk perniagaan baru

Sebelum memilih jenis perniagaan yang ingin dijalankan, bakal usahawan perlu tahu struktur
perniagaan yang sesuai dengan pelaburan mereka. Usahawan bertanggungjawab untuk
mengetahui perubahan undang-undang percukaian, situasi bebanan (liabiliti), keupayaan modal
dan kerumitan membentuk perniagaan.

Terdapat tiga struktur organisasi iaitu Perniagaan Tunggal (sole proprietorship), Syarikat
Perkongsian(partnership) dan Syarikat Syarikat (corporation). Setiap jenis struktur organisasi
mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.

6.5.1 Perniagaan Tunggal (sole proprietorship)

Suatu perniagaan yang dipunyai oleh seorang pemilik. Macam syarikat enterprise yang perlu
bayar RM 25 untuk dapatkan lesen perniagaan. Individu ini mempunyai hak mutlak terhadap
keuntungan dan memikul segala hutang dan bebanan perniagaan. Individu mempunyai
tanggunjawab yang tidak terbatas kerana perniagaan dan aset peribadinya berdiri dibelakang
segala operasi yang dijalankan. Sekiranya perniagaan tidak dapat memenuhi bebanan
kewangan, pemilik terpaksa menjual kereta, rumah dan apa saja yang boleh melunaskan
hutangnya.

Untuk menjalankan perniagaan tunggal, seseorang memerlukan lesen perniagaan sama ada dari
kerajaan setempat atau negeri atau kedua-duanya. Individu boleh menggunakan nama syarikat
seperti DonationWare atau menggunakan namanya sendiri sebagai nama syarikat seperti
‘Syarikat Rozaimy’. Bayaran yg dikenakan untuk Syarikat DonationWare adalah RM 50 setahun.
Manakala ‘Syarikat Rozaimy’ dikenakan RM 25 setahun.

Kebaikan dan Keburukan Perniagaan


Tunggal

Kelebihan Kelemahan
Mudah
untuk
ditubuhkan
tidak perlu formal dan
Tanggungan
kurang pembatasan di
dalam menubuhkan
tidak terhad
syarikat. Tidak individu yang memiliki
memerlukan perniagaan tunggal
kebenaran atau sedikit bertanggungjawap sepenuhnya
kebenaran dari terhadap untuk perniagaan.
kerajaan. Tidak mahal Tanggungan ini meliputi kesemua
untuk ditubuhkan harga/aset pemilik.

Keuntungan
Tidak mempunyai
hak mutlak
kesinambungan
pemilik syarikat enterprise (tunggal)
perniagaan tunggal mungkin pincang atau
tidak perlu berkongsi ditamatkan perniagaan apabila
keuntungan pemilik sakit atau mati

Membuat keputusan
dan mengawal tetap
(vest) dalam tangan
pemilik
Kurang modal
tidak perlu rakan selalunya syarikat enterprise
untuk meminta nasihat mempunyai modal yang sikit jika
di dalam menjalankan dibandingkan dengan organisasi
operasi perniagaan seperti Perkongsian dan Syarikat

Fleksibilitas (flexibility) Sukar memperolehi pinjaman


pengurusan berupaya jangka panjang
untuk menjawab dan Oleh kerana enterpise
membuat keputusan bergantung kepada seorang
dengan cepat pemilik, maka sukar untuk beliau
sebarang keperluan memperolehi pinjaman jangka
perniagaan seharian panjang

Secara relatif bebas Pandangan dan pengalaman


dari kawalan kerajaan yang terhad
Kerajaan kurang operasi bergantung kepada
campur tangan dalam seorang individu maka
urusan perniagaan kemampuan, latihan dan
pengalaman akan menghadkan
tunggal arah tuju dan skop perniagaan

Bebas dari dikenakan


cukai perniagaan
syarikat
Perniagaan tunggal
dikenakan cukai
sebagai cukai individu
bukan cukai
perniagaan (cukai
perniagaan 28%)

6.5.2 Perniagaan Perkongsian (Partnerships)

Perniagaan perkongsian melibatkan perkongsian dua atau lebih orang yang bertindak sebagai
pemilik bersama terhadap perniagaan tersebut untuk memperolehi keuntungan. Setiap dari
mereka akan menyumbangkan duit, buruh atau kemahiran dan setiap dari mereka berkongsi
sama ada keuntungan ataupun kerugiaan yang dialami oleh syarikat. Walaupun bukan suatu
kemestian untuk menyatakan bahagian masing-masing secara bertulis, namun ia digalakkan
kerana jika berlaku sesuatu, makhamah akan mengandaikan pembahagian keuntungan,
kerugian, pengurusan aset dan lain-lain dibahagi secara sama rata KECUALI ianya dinyatakan
secara bertulis (perjanjian). Perjanjian perkongsian menyatakan dengan jelas sumbangan
kewangan dan pengurusan untuk setiap rakan kongsi dan dengan jelas merancangkan peranan
setiap rakan kongsi di dalam perniagaan perkongsian.

Di bawah adalah contoh informasi yang ditulis di dalam perjanjian.

1. Nama, maksud, kedudukan (domicile)


2. Berapa lama perjanjian itu berkuat kuasa
3. Ciri perkongsian (am atau terhad, aktif atau senyap)
4. Sumbangan rakan kongsi (pada permulaan , pada tarikh belakangan)
5. Pembahagian keuntungan dan kerugian
6. Gaji
7. Hak rakan kongsi untuk kesinambungan
8. Kematian rakan kongsi (pembubaran dan ditamatkan)
9. Melepaskan dari hutang
10. Perbelanjaan perniagaan (kaedah menguruskannya)
11. Hutang terpisah (seperate debts)
12. Kuasa/Hak (kuasa individu rakan perkongsian di dalam melakukan
perniagaan)
13. Buku, rekod dan cara membuat membuat kira-kira
14. Menjual kepentingan pengkongsian
15. Usaha perantaraan (arbittration)
16. Penyelesaian dari pembantahan
17. Tambahan, penukaran atau perubahan terhadap pengkongsian
18. Perbuatan yang diperlukan dan dilarang
19. Kekurangan dan kelemahan
20. Pengurusan kakitangan

Sebagai tambahan kepada ayat yang ditulis, usahawan perlu mempertimbangkan beberapa
perbezaan perjanjian perkongsian. Bergantung kepada keperluan, satu atau lebih perjanjian
diperlukan. Perkara yang penting perlu diingat adalah: sekurang-kurangnya seorang rakan
kongsi mesti menjadi rakan kongsi am yang bertanggungjawab terhadap hutang syarikat dan
siapa yang mempunyai tanggungan tiada had.

Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian


Kelebihan Kelemahan

Tanggungan tidak terhad sekurang-


kurangnya seorang rakan kongsi
MUDAH UNTUK DITUBUHKAN Meskipun sebahagian rakan kongsi
Peraturan undang-undang dan mempunyai tanggungan yang terhad,
perbelanjaan adalah sedikit jika sekurang-kurangnya seorang rakan
dibandingkan dengan enterprise atau kongsi am akan mempunyai tangunggan
Syarikat. tidak terhad

GANJARAN SECARA TIDAK MEMPUNYAI


LANGSUNG KESINAMBUNGAN
Rakan kongsi memberi rangsangan Sekiranya ada rakan kongsi yang mati,
(motivasi) dengan memberi sepenuh gila atau mengundur diri dari
tenaga mereka dengan cara perniagaan, perjanjian perkongsian tamat
berkongsi keuntungan dengan sendirinya. Walau bagaimanapun
operasi perniagaan boleh berjalan seperti
biasa kerana rakan kongsi lain boleh
mengambil rakan kongsi baru

Secara relatif sukar memperolehi


MEMUDAHKAN modal yang besar
PERKEMBANGAN DAN Kebanyakkan perkongsian menghadapi
masalah untuk memperolehi modal yang
KEMAJUAN besar terutama apabila melibatkan
Dalam perkongsian, adalah pinjaman jangka panjang. Selalunya
berkemungkinan untuk memperolehi harga kekayaan rakan kongsi
modal dan kepakaran tambahan menentukan jumlah modal perkongsian
berbanding dengan perniagaan yang boleh dikenalkan terutama semasa
tunggal perniagaan dimulai

DIBATASI PERBUATAN
SEORANG RAKAN KONGSI
Fleksibilitas (Flexibility) Rakan kongsi am boleh melakukan
Perkongsian selalunya berupaya kontrak dan tanggungan boleh dibuktikan
untuk memberi maklum balas dan mendatangkan bencana kepada
keputusan dengan pantas untuk perniagaan secara amnya dan kepada
keperluan perniagaan rakan kongsi lain

Secara relatif bebas dari kawalan Kesukaran membuang kepentingan


dan peraturan kerajaan rakan kongsi
Campur tangan kerajaan adalah Untuk membeli kepentingan rakan kongsi
sangat sedikit dalam operasi adalah sukar kecuali aturan khusus di
perkongsian dalam perjanjian ada tercatat

KEMUNGKINAN
KEUNTUNGAN CUKAI
KEBANYAKKAN RAKAN
KONGSI MEMBAYAR CUKAI
SEBAGAI CUKAI INDIVIDU,
DENGAN INI MEREKA
TERLEPAS DARI CUKAI
PERNIAGAAN YANG TINGGI

6.5.3 Syarikat (Corporation)

Syarikat adalah “an artificial being, invisible, intangible and existing only in contemplation of
law” (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819). Dengan demikian, Syarikat (corporation)
adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap individu yang menjadi pemiliknya.
Di Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini menjadi
undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini disahkan pada April 15
1966 dan diubah beberapa kali pada tahun 1969. 1971, 1985, 1986 dan terakhir pada tahun 1987.
Akta ini berdasarkan kepada undang-undang syarikat yang disahkan di Australia dan di United
Kingdom.

(a) Sifat-sifat(ciri-ciri) Syarikat

(i) Hak dan Tanggungjawab


Syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kepemilikan terhadap modal dan tindakan
undang-undang terhadap yang lain atau sebaliknya. Walau bagaimanapun Syarikat tidak boleh
mengambil tindakan terhadap individu itu sendiri. Apa saja tindakan yang diambil dilakukan
oleh agen perlaksana.

(ii) Jangka Hayat (life span)


Jangka hayat Syarikat tiadak bergantung kepada ahli-ahli. Syarikat akan diteruskan walaupun
terdapat ahli yang mati atau keluar dari Syarikat. Walau bagaimanapun Syarikat boleh
ditamatkan sekiranya semua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.

(iii) Tanggungan/liabiliti (liabilities)


Tanggungan setiap ahli di dalam Syarikat adalah terhad kepada jumlah saham yang dilanggan
(dimiliki). Oleh itu, ahli tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Syarikat walaupun
ianya diisthiyarkan bangkrup. Syarikat tidak sama dengan perniagaan tunggal dan pengkongsian
dimana di dalam Syarikat terdapat pemisahan di dalam aset peniagaan dan aset peribadi.
Dengan kata lain, tanggungan hutang atau pemiutang tidak boleh menuntut aset individu untuk
menyelesaikan hutang Syarikat.

(Nota: aku ubah ayat di atas. Tetapi maksudnya lagi jelas iaitu kalau guna syarikat tunggal atau
perkongsian, hutang boleh dituntut dari aset peribadi pemilik TETAPI untuk Syarikat TIDAK
BOLEH)

(iv) Ahli-ahli (members)


Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang adalah penduduk tetap Malaysia.
Dua ahli ini mestilah bertindak sebagai direktor dan menjadi orang penting dalam Syarikat.
Dalam Syarikat, ahli akan memilih Lembaga Pengarah (board of directors), di mana mereka akan
bertanggungjawab di dalam perjalanan Syarikat serta mengikut undang-undang dan peraturan
yang telah ditetapkan di dalam Akta Syarikat 1965.
(b) Jenis-jenis Syarikat
Terdapat tiga jenis Syarikat di dalam akta 1965:

(i) Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)


Syarikat jenis ini banyak beroperasi di Malaysia. Tanggungan ahli terhad kepada jumlah modal
yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

(ii) Syarikat Terhad oleh Jaminan (Corporation Limited by


Guarantee)
Tanggungan ahli adalah terhad berdasarkan jumlah tertentu yang telah dipersetujui oleh semua
ahli seperti yang tercatat di dalam memorandum perkongsian. Syarikat jenis ini selalu
ditubuhkan untuk tujuan menganjur atau menaja aktiviti riadah, hiburan, memajukan industri,
seni, sains, agama dan sebagainya yang penting untuk masyarakat. Sekiranya Syarikat ini
memperolehi keuntungan, kesemua keuntungan tidak boleh dibahagikan kepada ahli-ahli, tetapi
akan dimasukkan semula pelaburan tambahan untuk mencapai visi dan matlamat, Syarikat ini
bukan semata-semata untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh: Syarikat jenis amanah,
tabung dan kebajikan yang bertujuan membantu mereka yang miskin, memberi biasiswa kepada
pelajar miskin atau membina hospital untuk orang yang tidak bernasib baik.

(iii) Syarikat Tidak Terhad oleh Saham (Corporation Unlimited by


shares)
Tanggungan ahli adalah tidak terhad. Perbezaan diantara Syarikat dan perkongsian adalah
Syarikat mempunyai entitinya sendiri, Sesetengah organisasi jenis ini adalah seperti firma
broker, firma saham and firma arsitektural (architectural).

(c) Ciri-ciri Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)


Syarikat mesti mempunyai modal berkongsi dan boleh dikategori kepada tiga kategori seperti
berikut:

(i) Syarikat Sendirian (Private Corporation) – Sendirian Berhad

(ii) Syarikat Awam (Public Corporation)

(iii) Syarikat Asing (Foreign Corporation)


Syarikat Swasta
Kebanyakkan syarikat atau Syarikat terbentuk sama ada usahawan kecil atau besar adalah dari
jenis Syarikat Terbatas oleh Saham. Syarikat boleh dikategori sebagai Syarikat Swasta (Private
Company) atau Sendirian Berhad (Private Limited Company) sekiranya mereka mengikut
peraturan di bawah:

(i) Jumlah ahli tidak kurang dari 2 dan tidak lebih dari 50 ahli dalam sesuatu masa.

(ii) Mesti mempunyai ketaatan sepenuhnya kepada kuasa untuk membuat pemindahan
saham ahli-ahli.

(iii) Syarikat atau syarikat tidak dibenarkan untuk membuat pilihan untuk menjual atau
berlangganan saham atau obligasi kepada masyarakat umum.

(iv) Masyarakat umum tidak dibenarkan menyimpan wang dengan Syarikat untuk masa
tertentu.

(v) Syarikat atau syarikat mesti mempunyai ayat “Sdn. Bhd. “ atau “Sendirian Berhad”
dihujung nama syarikat tersebut.

Selain dari peraturan yang dinyatakan tadi, syarikat Sendirian Berhad mesti mempunyai
dokumentasi yang jelas mengenai peraturan dalaman untuk rujukan pretasi mengenai aktiviti
perniagaan dan pimpinan untuk pelaksanaan yang lebih lanjut. Keperluan syarikat Sendirian
Berhad seperti di bawah:

1. Setiausaha Syarikat (Company Secretary)


2. Auditor Syarikat (Corporation Auditor)
3. Cap (tanda) Syarikat (Corporation Seal)
4. Kuasa Peguam (Power of Attorney) à kena check ni.
5. Memorandum Perkongsian (Memorandum of Association)
6. Artikel Perkongsian (Articles of Association)
7. Berkongsi Modal (Capital Share)
8. Lembaga Pengarah (Board of Directors)
9. Pemegang Saham
10. Pejabat berdaftar (Registered Office)
(d) Kelebihan dan kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan

Tanggungan Terhad
Pemegang saham mempunyai tanggunan
yang terhad bergantung kepada Aktivit Terhad
pelaburan mereka. Paling teruk pun Akitiviti syarikat adalah terhad kepada
kehilangan wang pelauran mereka piagam dan pelbagai undang-undang

Pemindahan Hak milik Perwakilan tidak mencukupi


Pemilikan boleh dipindahkan melalui Pemegang saham majoriti di dalam syarikat
penjual saham kepada pembeli yang akan berkuasa (outvotes) terhadap
berminat pemegang saham yang kecil

Jangka hayat tidak terhad Peraturan


Syarikat mempunyai jangka hayat yang Peraturan kerajaan yang banyak dan laporan
terpisah dan bebas dari pemilik, boleh diperlukan oleh agensi tempatan dan
beroperasi dalam jangka masa yang tidak kerajaan selalunya memberi kesan yang
terhad besar terhadap kertas kerja dan birokrasi.

Mudah memperolehi modal yang


besar
Modal boleh diperolehi dengan
mendapatkan pinjaman jangka pendek
dengan menggunakan aset perniagaan Perbelanjaan Organisasi
atau jaminan peribadi dari pemegang Sejumlah besar wang diperlukan untuk
saham majoriti. menubuhkan syarikat.

Meningkatkan kemampuan dan


kemahiran
Berupaya menarik banyak individu
kemampuan dan berkemahiran, dari Cukai Dua Kali
barisan pemegang saham utama Cukai pendapatan dikena kepada keuntungan
sehingga kepada pengurus profesional di syarikat dan pendapatan individu serta
dalam syarikat. dividen yang diperolehi.

Perbandingan Tiga Jenis Perniagaan


Ciri-ciri Tunggal Perkongsian Syarikat

Ditubuhkan dengan Ditubuhkan dengan cara


Ditubuhkan sendiri perjanjian antara berdaftar dengan
oleh pemilik rakan kongsi pendaftar Syarikat
Cara
penubuhan

Selalunya ada entiti


Tidak ada entiti Tidak ada entiti undang-undang yang
berasingan, undang-undang yang nyata dan berasingan dari
perniagaan berasingan pemilik
Kedudukan
undang-undang

Tanggungan tidak Tanggungan terhad


terhad (kecuali rakan terhadap pemegang
kongsi terhad di saham. Pemegang saham
Tanggungan tidak dalam pengkongsian tidak bertanggungjawab
terhad terhad) diatas hutang syarikat.
Tanggungan

Ditamatkan
bergantung kepada
perjanjian dengan
rakan kongsi,
kematian seorang
atau lebih rakan
Ditentukan oleh kongsi, rakan kongsi
pemilik, automatik keluar dari
bubar apabila pemilik pengkongsian, muflis
mati dll Boleh kekal selamanya
Jangka Hayat

Walaupun
kepentingan rakan
Kepentingan boleh kongsi boleh
dipindah milik dipindahkan, ia tidak
kepada individu lain mempunyai kuasa
dan tamat di situ penuh terhadap Saham boleh dipindah
sahaja pengkongsian milik
Pemindahan
kepentingan

Setiap rakan kongsi


mempunyai suara
dan kuasa yang sama Pemegang saham memilih
Bergantung penting kecuali pengarah yang kemudian
sepenuhnya kepada dinyatakan di dalam akan menentukan polisi
kebijaksanaan perjanjian dan menentukan
pemilik perkongsian pegawainya
Pengurusan

Cukai Pemilik membayar Setiap rakan kongsi Cukai dua kali, syarikat
cukai pendapatan membayar cukai membayar cukai
pendapatan terhadap
secara pro data keuntungan bersih, tanpa
terhadap keuntungan potongan untuk dividen,
bersih tanpa mengira dan pemegang saham
sama ada ia yang menerima dividen
individu terhadap dibahagikan atau perlu membayar cukai
keuntungan syarikat tidak tersebut

Bayaran
organisasi,
bayaran lesen
tahunan dan Tidak ada Tidak ada Semua diperlukan
laporan
tahunan

Selalunya mesti
berkelayakkan untuk
menjalankan perniagaan
dan memperolehi sijil dari
Perjanjian Tidak ada batasan Tidak ada batasan pihak berkuasa
perdagangan ke
negara lain

Ditubuhkan dengan
perjanjian untuk
memperolehi
keuntungan dalam
perniagaan,
sekurang-kurangnya
seorang rakan kongsi
Ditubuhkan sendiri sebagai rakan kongsi Ditubuhkan dengan
oleh pemilik dengan am dan yang lain membuat perjanjian
tujuan untuk rakan kongsi terhad, dengan rakan kongsi.
memperolehi surat akuan rakan Surat akuan tanggungan
keuntungan. Mesti kongsi terhad terhad rakan kongsi
didaftarkan di difailkan, piagam difailkan, piagam
pejabat pendaftaran mesti dikeluarkan dikeluarkan oleh pejabat
syarikat oleh negeri pendaftaran syarikat
Cara
penubuhan

6.6 Sumber Modal Untuk Aktiviti Keusahawanan


Terdapat berbagai sumber modal yang boleh usahawan perolehi untuk memulakan,
mengembangkan dan membangunkan perniagaan. Jangkamasa yang diperlukan
bergantung kepada jenis sumber kewangan yang sesuai untuk anda dan perniagaan
anda. Terdapat enam sumber kewangan:

(i) Simpanan Peribadi


Simpanan peribadi anda adalah sumber pertama modal anda. Ia merupakan
simpanan yang anda simpan untuk suatu jangkamasa di dalam akaun simpanan,
akaun semasa, simpanan di rumah atau tunai yang boleh digunakan apabila
diperlukan. Selalunya simpanan peribadi akan cepat kehabisan apabila usahawan
memulakan perniagaan.

(ii) Keluarga dan Kawan-kawan


Apabila anda kehabisan wang dari simpanan peribadi, tempat seterusnya untuk
memperolehi wang adalah dari keluarga dan kawan-kawan. Mereka mungkin rakan
sejawat yang mampu memberikan pinjaman. Walaupun ia mungkin merupakan idea
yang baik masa tersebut, kadang kala mereka mahukan anda memulangkan wang
mereka semasa anda sedang kesempitan wang. Oleh itu adalah amat penting anda
membuat perjanjian bertulis untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan nanti.

(iii) Akaun Persaraan


Anda telah membuat simpanan untuk hari persaraan. Oleh itu, anda boleh
menggunakan wang ini untuk membangunkan perniagaan anda. Walau
bagaimanapun, pembangunan teknologi perniagaan penuh dengan risiko. Sekiranya
perniagaan anda gagal, anda perlu lebih berjimat cermat sepanjang persaraan.

(iv) Bank dan Institusi Kewangan Lain


Institusi seperti ini memberikan pinjaman kepada orang yang mempunyai aset yang
bertindak sebagai jaminan kepada pinjaman tersebut. Terdapat tiga jenis pinjaman
dari institusi kewangan iaitu:

a) Pinjaman Jangka Panjang – dipinjam dari sumber luaran untuk jangka masa
di antara 5 sehingga 25 tahun. Cagaran komersil atau perjanjian pinjaman jangka
panjang dari bank utama adalah contoh pinjaman jangka panjang. Duit tersebut
boleh digunakan untuk pembukaan aset tetap seperti kilang dan peralatan.

b) Pinjaman Jangka Sederhana – sebarang pinjaman diantara 2 – 7 tahun


boleh dikategori sebagai pinjaman jangka sederhana. Bantuan kewangan selalunya
mengenai perjanjian anda dengan organisasi yang memberikan pinjaman. Pinjaman
ini akan dapat membayar sewa beli, sewaan dan perjanjian pinjaman.

c) Pinjaman Jangka Pendek – Overdraft adalah jenis pinjaman jangka pendek


yang selalu digunakan. Walaupun kadar bayaran yang dikenakan adalah tinggi, anda
mempunyai kelebihan kerana hanya perlu membayar faedah (bunga) pada jumlah
wang yang dikeluarkan. Seperti mana pinjaman bank lain, anda harus membayar
faedah samada anda mengunakan semua pinjaman tersebut atau tidak.

(v) Pinjaman Kerajaan


Kerajaan mengambil sikap positif untuk membantu perniagaan dan industri secara
keseluruhannya. Kerajaan telah memberikan geran atau subsidi pinjaman untuk
mengalakkan pelaburan dan pembangunan. Terdapat program kerajaan sedia ada
yang boleh mengurangkan dengan berkesan kadar faedah pinjaman bank dan
membolehkan para peniaga membuat pinjaman. Secara amnya, kerajaan membantu
untuk mengurangkan kadar pengangguran dan juga perkembangan dan perbaikan
industri terutama kawasan pendalaman.

(vi) Pasaran Saham


Modal jenis ini boleh diperolehi dengan menawarkan saham syarikat kepada orang
awam. Saham awam perlu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Selalunya,
perkhidmatan pelaburan dari bank digunakan. Sebagai pertukaran kepada pelaburan
modal, anda perlu menawarkan peratusan pemilikan syarikat tersebut. Dengan ini ia
memberikan para pelabur kuasa yang terhad untuk mengawal syarikat dan
berkongsi keuntungan mengikut peratusan pemilikan. Ia mungkin dalam bentuk
dividen.

Uian 1

1. Jelaskan jenis-jenis perniagaan


2. Terangkan fasa start-up
3. Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.
4. Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia
ada.

Ujian 2

1. Apa itu franchising?


2. Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.
3. Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.
4. Bincangkan sumber modal untuk usahawan.
Bab 7 Rangkaian Usahawan

Pengenalan

Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk


kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk
pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan
memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah
mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka
mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap
usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin
kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

7.1 Apa Itu Rangkaian

Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi
akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber
yang mana syarikat asalnya membawa kepada rangkaian, pengalaman yang ia
dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermaksud, selain dari
analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu
rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber tambahan yang dibina
melalui pergaulan. Ini boleh dianalisa melalui pandangan konvensional berdasarkan
kuasa yang mungkin ada pada syarikat.

7.2 Kelebihan Mempunyai Rangkaian Yang Baik

(a) Kemudahan Mencapai (Accessibility)


Rangkaian adalah amat penting untuk usahawan mendapat sama ada sumber nyata
atau tidak nyata secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber nyata adalah
sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat
untuk mengeluarkan produk, harga dan masa yang sesuai dengan kehendak
pasaran. Manakala sumber tidak nyata adalah seperti sokongan moral, pimpinan dan
kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan di dalam
menjalankan operasi perniagaan.

(b) Reputasi

Reputasi merujuk kepada kebolehan dimana usahawan mesti menunjukkan ciri


kepimpinan atau cuba mempengaruhi di dalam membuat keputusan terhadap rakan
rangkaian lain, berdasarkan kepada pengalaman mereka. Reputasi yang baik
membolehkan usahawan menarik perhatian rakan ke dalam lingkaran rangkaian
untuk memberikan keutamaan kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan
oleh mereka.

(c) Jangkaan/Pengharapan (Expectations)

Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai contoh,
rakan rangkaian mungkin mengharapkan yang syarikat tersebut secara efektif
menentukan harga untuk banyak syarikat lain. Dengan kata lain, syarikat tersebut
diandaikan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga apabila produk
tersebut berkurangan di dalam pasaran atau menurut kepada persaingan
konvensional atau menetapkan piawai ethik yang tinggi dari yang lain.

7.3 Apa Itu Strategi Rangkaian?

Strategi bermaksud usahawan adalah seorang yang impikan masa hadapan dan
mengambil langkah tertentu untuk mencipta masa hadapan tersebut. Strategi
rangkaian kemudian memperolehi perjelasan terhadap matlamat dan objektif yang
usahawan ingin capai di dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan
sepenuhnya interaksi dengan rakan rangkaian mereka dan menentukan cara
tindakan terbaik yang perlu dilakukan. Ketika melakukan tindakan, adalah amat
penting kepada usahawan untuk memahami dimana mereka sekarang dan kemana
mereka hendak tuju. Rangkaian yang berjaya adalah hasil dari perancangan betul
dan berhati-hati dalam membangunkan dan melaksanakan. Usahawan perlu mencari
jalan dan cara untuk mencipta rangkaian yang baik dan memperolehi manafaat
semaksima yang boleh darinya. Rangkaian mestilah menjadi salah satu taktik utama
dalam pemasaran untuk kebanyakkan profesional bebas dan pemilik perniagaan
kecilan. Usahawan mesti menggunakan rangkaian pusat pengguna (client-centered
networking) untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi dan
menyebarkan maklumat. Dalam jangka panjang, membina strategi perniagaan akan
menghasilkan ganjaran kepada usahawan dengan aliran pelanggan baru tetap selain
memelihara pelanggan sedia ada.

7.4 Jenis Rangkaian

Terdapat dua jenis rangkaian iaitu rangkaian rasmi dan rangkaian tidak rasmi.

(a) Rangkaian Rasmi (Formal Networking)

Rangkaian rasmi adalah hubungan yang sedia ada diantara pelbagai orang yang
mempunyai hubungan symbiotic dengan usahawan. Mereka yang mempunyai
pertalian rangkaian amatlah perlu bersedia untuk mengambil sikap inisiatif untuk
mencipta peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
didalam belenggu rangkaian. Setiap rakan di dalam lingkaran rangkaian mesti
bersedia berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk memperolehi kelebihan
bersama.

(b) Rangkaian Tidak Rasmi (Informal Networking)

Rangkaian tidak rasmi terjadi melalui hubungan semasa zaman kanak-kanak, rakan
kepada salah seorang keluarga dan orang yang berkongsi minat atau hobi yang
sama. Ini membolehkan usahawan berbincang mengenai perniagaan secara tidak
formal tanpa perlu membuat temujanji.

Rangkaian tidak rasmi memberi peluang kepada usahawan untuk memperolehi


maklumat baru atau pertukaran maklumat. Perkhidmatan yang didapati dari
rangkaian tidak rasmi selalunya percuma atau dengan bayaran yang minima.
Selalunya rangkaian tidak rasmi membolehkan usahawan memperolehi sokongan
pendapat, nasihat, moral dan kewangan. Dengan sokongan tersebut ia dapat
membantu usahawan memperolehi lebih keyakinan dan meningkatkan kebolehan
mereka dalam membuat keputusan dan mengurankan risiko perniagaan. Rakan
dalam rangkaian tidak rasmi boleh melibatkan kawan, mentor dan profesional.
7.5 Pentingnya Rangkaian

(a) Membina Keyakinan (build confidence)

Dalam perniagaan, usahawan mungkin akan menghadapi keadaan yang tidak pasti,
sebagai contoh: pelaburan, kerugian, persaingan dan produk yang tidak bolem
menebusi pasaran. Rangkaian yang baik boleh mengurangkan keadaan yang tidak
pasti ini. Usahawan boleh memperolehi informasi yang boleh dipercayai mengenai
peluang pelaburan, pasaran saham dan produk pilihan. Rangkaian juga membantu
usahawan untuk menghadapi perubahan di dalam persekitaran perniagaan seperti:

(i) Strategi pesaing bertukar

(ii) Pertukaran demographics

(iii) Pertukaran kepuasan pelanggan

(b) Mengurangkan Birokrasi (reduce bereaucracy)

Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan. Rangkaian


boleh mengurangkan birokrasi di dalam membuat keputusan melalui:

(i) Mempercepatkan proses permohonan

(ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain

(iii) Menghalang usahawan dari melakukan kesalahan yang sama berulang


kali

(iv) Mengelakkan berlaku aktiviti-aktiviti tolak menolak dalam urusan yang


dilakukan (Avoid passing the buck phenomenon) – contoh: bila kita pergi kaunter A,
org kat kaunter A suruh pergi ke kaunter C, dan org kat kaunter C pulak kata. “ini
bukan kat sini, cuba pergi kaunter Z”…
(c) Meningkatkan Informasi (Increase Information)

Rangkaian akan meningkatkan reputasi usahawan dikalangan rakan mereka di


lingkaran rangkaian, mereka akan tahu apa yang usahawan itu lakukan. Pada masa
yang sama, usahawan boleh mendapat informasi mengenai siapa yang boleh
melakukan apa dan maklumat ini penting untuk usahawan itu berjaya.

(d) Membina Kepercayaan (develop trust)

Kepercayaan adalah faktor yang paling penting apabila membuat rangkaian. Dengan
kepercayaan, rakan di dalam lingkaran rangkaian akan bersedia memberikan
perhatian yang lebih terhadap produk atau perkhidmatan yang usahawan sediakan.
Kepercayaan juga akan memberikan motivasi kepada orang untuk mempromosikan
produk atau perkhidmatan usahawan tersebut dari mulut ke mulut.

(e) Wujud Situasi Tanggungan (Exist Dependent Situation)

Kejayaan seseorang mungkin datang dari sumbangan orang lain. Mungkin kejayaan
anda datang dari sumbangan orang lain. Manusia memang sering kali bergantung
kepada orang lain. Oleh itu, apa yang kita lakukan mestilah memberi manfaat
kepada yang lain. Setiap orang mesti mempunyai semangat simbiotik. Oleh itu,
konsep ‘give and take’ adalah satu kemestian untuk membina hubungan rangkaian
yang baik.

(f) Sumber Kreativiti (Source of Creativity)

Rangkaian juga merupakan sumber kepada kreativiti untuk usahawan menjalankan


perniagaan. Kumpulan yang berlainan di dalam lingkaran rangkaian akan membantu
membina idea baru untuk mencipta produk atau perkhidmatan baru, dan cara baru
menghasilkan produk dan pemasaran. Sebagai tambahan, rakan di dalam lingkaran
rangkaian akan menyediakan peluang perniagaan yang baru. Semua idea ini
mungkin datang dari kawan, rakan sekerja, pelanggan dan pengedar. Sokongan dan
pelbagai sumbangan dari pelbagai rakan di dalam lingkaran rangkaian membolehkan
usahawan untuk:

(i) Meningkatkan kualiti produk


(ii) Meningkatkan pengedaran

(iii) Meningkatkan teknik pengeluaran

(iv) Meningkatkan teknik yang lebih baik ‘khidmat lepas jualan’

(v) Mencadangkan cara baru mempromosikan produk (barangan)

7.6 Bagaimana Untuk Menubuhkan Strategi Rangkaian Untuk Usahawan

Terdapat tiga cara untuk usahawan menubuhkan strategi rangkaian seperti:

(a) Cipta Perancangan Yang Baik (Create Good Planning)

Usahawan perlu mempunyai perancangan yang baik untuk mencapai kejayaan di


dalam proses keusahawanan dan pengurusan. Setiap perancangan mesti bermula
dengan menanya soalan pada diri sendiri mengenai cita-cita yang ingin dicapai,
kekuatan, kelemahan dan apa yang anda ingin capai dengan menggunakan
rangkaian.

(b) Tanya Diri Sendiri (Ask Yourself)

Setiap usahawan perlu tahu apa yang ingin dicapai di dalam melakukan rangkaian.
Usahawan harus bertanya pada diri sendiri mengenai apa yang dikehendaki dan
berapa banyak hubungan rangkaian yang diperlukan di dalam satu bulan. Kemudian
anda harus kenal pasti pelanggannya, keuntungan jenis yang ingin diperolehi di
dalam perniagaan dan apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada yang
lain.

(c) Belajar Teknik Rangkaian (Learning Networking Technique)

Sebagai usahawan, anda perlu mengenali perhubungan yang relevan untuk anda
masuk seperti persatuan perniagaan, sukan dan komputer. Kemudian anda mesti
membuat satu usaha untuk menghadiri mesyuarat atau keramaian, yang mana akan
memberikan manfaat kepada peniagaan anda. Anda harus mengumpul segala
maklumat yang berkaitan dan mengenali lebih ramai orang yang mempunyai
perniagaan yang sama seperti anda.

7.7 Usahawan dan Rangkaian

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang mesti mempunyai kekuatan untuk
bekerjasama dengan yang lain. Di sini dinyatakan strategi untuk membina rangkaian
yang efektif:

 Bersedia untuk mendengar


 Bersedia untuk bertolak ansur
 Kemahiran di dalam memberikan keyakinan
 Sangat suka kepada keamanan

Apabila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan memperolehi sedikit
idea yang boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain
dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang berhajat untuk mempunyai
strategi rangkaian yang baik mesti mempunyai kualiti ini. Sebarang kegagalan untuk
membina rangkaian yang baik akan melibatkan:

 Kenaikan kos
 Membuat masa
 Membuat sumber syarikat
 Merosakkan reputasi usahawan
 Merosakkan reputasi syarikat
 Menghasilkan dilema

7.8 Strategi Gabungan Rangkaian (Strategic Networking Consolidation)


Strategi ini adalah teknik yang digunakan di dalam membina hubungan diantara
usahawan dan orang lain untuk membina rangkaian yang baik. Hubungan yang baik
dengan orang lain boleh membantu kita membuat perubahan positif. Strategi ini juga
boleh membantu usahawan untuk mengatasi perubahan yang berlaku. Strategi
adalah seperti di bawah:

(a) Strategi untuk Gabungan Rangkaian

Strategi ini adalah teknik untuk membina hubungan diantara usahawan dengan
orang lain yang mempunyai kemahiran berniaga dan sesiapa yang akan terlibat di
dalam perniagaan di masa hadapan. Sebagai tambahan, usahawan mesti melakukan
ikhtiar untuk menyimpan orang lain di dalam ingatan walaupun mereka tidak terlibat
di dalam sebarang peniaga waktu itu. Terdapat banyak cara untuk membina strategi
gabungan rangkaian. Antaranya adalah:

 Lawatan
 Ikut serta penjumpaan formal atau informasi
 Berikan cenderamata
 Hantar kad
 Hantar kad ucapan taniah
 Hantar kad ucapan takziah
 Kad jemputan
 Surat
 Balas surat
 Kad perniagaan
 Email
 Facsimile
 Telefon

(b) Strategi untuk Membina Keyakinan Diri

Usahawan mesti menunjukkan kebolehan mereka, keperibadian (personality) dan


kemahiran apabila tanggungjawab diberikan kepada mereka. Mereka juga harus
menunjukkan sikap bertanggungjawab dan memastikan orang yang telah
memberikan mereka tanggungjawab itu berpuas hati dan dengan ini mereka akan
diberi lebih tanggungjawab di masa hadapan. Apabila kita membuat perubahan kita
mesti bertanggungjawab untuk melakukannya sebaik mungkin, dengan itu idea kita
tidak akan gagal. Sedikit perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:

 Berkebolehan melakukan sesuatu yang orang lain tidak boleh lakukan


 Berkebolehan menyelesaikan masalah yang orang lain tidak boleh selesaikan
 Berkebolehan menghasilkan idea yang berguna apabila dikehendaki
 Berkebolehan untuk menunjukkan yang kita boleh bersaing dengan yang lain
 Berkebolehan untuk membuat penjelasan (tafsiran/penerangan)
 Berkebolehan menunjukkan yang kita menjadi tempat rujukan pada orang lain
 Mesti sentiasa betul dalam membuat sebarang keputusan
 Membuatkan seseorang berasa selesa atau gembira apabila berkomunikasi
dengan kita
 Pernyataan atau pengucapan tidak menunjukkan yang kita seorang pemimpin
yang cuba mendominasi mereka
 Berkebolehan untuk mengawal nada suara apabila berbual
 Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain
 Selalu bersedia bercakap benar
 Bersedia untuk menerima pendapat orang lain
 Bersedia untuk menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka
 Menerima nasihat orang dan memberi nasihat kepada orang lain
 Berkebolehan mengawal diri sendiri
 Fleksibel
 Sanggup memberi dan menerima (give & take) apabila berlaku konflik

Strategi seperti ini boleh membantu usahawan untuk mengatasi banyak hal peribadi
yang tidak memuaskan dan membolehkan anda untuk menjalankan perniagaan
sebaik mungkin dengan orang yang terlibat sama.

7.9 Teknik Untuk Membina Keyakinan Di Kalangan Usahawan

Sebagai usahawan, anda mesti mempunyai keyakinan dari kebanyakkan orang.


Orang akan lebih berkeyakinan dengan usahawan tersebut sekiranya ia boleh
menunjukkan kebolehannya untuk melakukan kerja dengan baik. Terdapat sedikit
strategi yang boleh memberikan anda keyakinan diri:

(a) Berkomunikasi secara efektif dan dengan penuh keyakinan

Untuk berkomunikasi dengan baik, anda perlu bersedia dengan informasi dan data
yang tepat. Anda juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar pendapat anda
mungkin mempunyai pendapat yang berlainan. Hadapi perubahan dengan penuh
keyakinan dan bersedia untuk bercakap mengenai sebarang masalah dan idea untuk
menyelesaikan masalah yang ada.
(b) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain

Orang akan yakin dengan anda apabila mereka tahu anda boleh melakukan tugas
yang telah diamanahkan. Sebagai usahawan, anda perlu membuktikan yang anda
berkemampuan untuk menguruskan sebarang perubahan dan memberikan panduan
kepada orang lain untuk menghadapi perubahan tersebut.

(c) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain

Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila anda bersedia
untuk membantu orang lain, mereka akan sentiasa mengingati anda. Anda boleh
memberi panduan kepada orang yang menghadapi masalah terhadap perubahan
yang berlaku.

(d) Selalu bersikap adil

Sekiranya anda tidak bersikap adil, ia akan memusnahkan rangkaian yang telah
anda bina. Oleh itu, elakkan dari tidak berlaku adil semasa memberi nasihat, begitu
juga apabila memberi bantuan, manfaat dan perhatian. Anda mesti menyesuaikan
diri terhadap sebarang perubahan di dalam kumpulan.

(e) Selalu bersedia untuk mengakui kesalahan sendiri

Setiap manusia akan melakukan kesilapan. Oleh itu apabila anda melakukan
kesilapan bersedia untuk mengakuinya. Dengan tindakan ini, ia menunjukkan anda
seorang yang jujur pada padangan orang lain. Anda juga harus bersedia bertanya
mengenai apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanya soalan yang bertujuan
untuk menguji orang lain. Apabila anda mengeluarkan idea anda kepada orang lain,
anda perlulah bersedia menghadapi perubahan. Ini kerana anda mungkin akan
menerima lebih banyak idea. Anda harus membuat keputusan yang baik.

(f) Tunjukan semangat berpasukan

Kita juga harus senantiasa menganggap diri kita sebahagian dari kumpulan dan
memastikan orang lain berasa juga berasa begitu. Elakkan menyendiri atau menyisih
orang lain. Kita mesti bersikap mesra dengan semua rakan dalam kumpulan untuk
mengetahui perasan mereka terhadap organisasi. Dengan ini kita boleh bekerjasama
untuk menyelesaikan masalah dan membuat sebarang perubahan baru.
(g) Berkeyakinan dengan orang lain (kita yakin dengan kebolehan orang lain)

Apabila kita menunjukkan keyakinan kita terhadap orang lain, mereka juga akan
cenderung mempercayai kita. Salah satu cara untuk menunjukkan bukti kita adalah
dengan bersedia berkongsi maklumat. Apabila kita menunjukkan keyakinan, orang
akan terima idea kita dan kerjasama dari mereka akan mudah diperolehi.

7.10 Halangan Di Dalam Membina Strategi Rangkaian

Terdapat 5 halangan utama yang perlu usahawan elakkan di dalam membina strategi
rangkaian yang efektif. Sekiranya kita gagal melaksanakan strategi rangkaian yang
efektif, kita akan gagal untuk menerima perubahan. Yang pertama, usahawan perlu
mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan
tersebut adalah:

(a) Emosi

Halangan boleh berlaku dari kekurangan (kecacatan) emosi di dalam sifat,


keperibadian dan ego yang ada pada usahawan. Halangan ini akan mencipta ruang
sosial yang akan memisahkan usahawan dengan orang lain. Ruang sosial akan
menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Halangan emosi disebabkan oleh elemen atau kekurangan di dalam keperibadian
usahawan tersebut.

 Kebangkitan secara agresif


 Ketakutan
 Ucapan yang berbau mengkhianati memperlihatkan kecenderungan negatif
kepada kuasa prinsip kepimpinan
 Cuai dalam melakukan aktiviti
 Pemikiran dan perlakuan yang kelihatan seperti menyatakan satu cadangan
lebih baik dari cadangan yang lain
 Keangkuhan (arrogance)
 Kemunafikan (kepura-puraan)
 Kearah menjadi kesempurnaan tetapi melakukannya terlalu ekstrim
 Seorang pemimpin yang tidak tahu anggapan mengenai adat
 Tidak pernah tepati masa
 Enggan mengaku kesalahan sendiri
 Tidak sudi memberi perhargaan kepada kebolehan dan kemampuan orang lain

(b) Fizikal

Halangan fizikal mungkin timbul dari usahawan yang tidak mempunyai keyakinan
terhadap diri sendiri atau sikap tidak keperihatinan beliau mengenai tingkah laku
dan cara pemakaian. Usahawan yang mempunyai masalah mengenai tingkah
lakunya sendiri, akan gagal menyakinkan rakan sekerja. Ini kerana mereka
merasakan usahawan tersebut tidak berupaya utnuk mengurus organisasi dengan
baik. Rakan sekerja ini akhirnya cenderung menerima sebarang perubahan yang
dicadangkan oleh usahawan tersebut. Di bawah disenaraikan tingkah laku fizikal
yang akan menjadi halangan untuk membina strategi rangkaian.

 Pakaian tidak sesuai


 Penampilan fizikal kelihatan seperti seorang yang tidak sihat atau kepenatan
 Kurang atau tidak mempunyai kemahiran pengurusan
 Tingkah laku yang sering gelisah
 Tingkah laku atau ucapan yang menunjukkan kurangnya keyakinan
 Habit yang mengelak dari memandang mata (elak eye contact) secara terus
semasa bercakap
 Wajah yang tidak mesra
 Pergerakkan badan yang salah (body language) semasa berkomunikasi
dengan orang lain
 Percakapan dengan nada yang tidak tepat

(c) Psikologi

Faktor dan keperibadian akan mempengaruhi tata rupa psikologi seorang usahawan
dan akhirnya akan mengganggu kebolehannya untuk membina strategi rangkaian.
Halangan psikologi akan mempengaruhi usahawan untuk berinteraksi dengan orang
lain. Sebagai contoh; sekiranya usahawan seorang yang suka menyendiri, beliau
akan menghadapai masalah untuk membina rangkaian yang efektif. Usahawan yang
mempunyai psikologi yang seimbang akan mempunyai peluang yang lebih cerah
untuk mendapat inspirasi dan keyakinan serta mempunyai peluang yang besar
untuk membawa perubahan yang bermakna kepada organisasi. Seseorang yang
tidak mempunyai keseimbangan akan memperlihatkan pengaruh yang tidak baik
dan akan menghadapi masalah memperolehi sokongan.

Halangan psikologi:

 Kegelisahan/kegugupan
 Tidak boleh membuat keputusan
 Masalah emosi yang dihasilkan dari perasan yang kuat seperti kebencian atau
kemarahan terhadap orang lain
 Kesunyian/keseorangan
 Kekecewaan/kegagalan
 Kegagalan mencapai cita-cita
 Keseganan/pemalu
 Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan
 Keinginan untuk menjadi istimewa (mengatasi yang lain)
 Obsessive passion
 Tidak berkebolehan membincangkan masalah

(d) Kelakuan

Cara kita berkelakuan boleh menentukan sama ada kita rapat atau jauh dari orang
lain. Kelakuan yang baik akan menolong kita menghasilkan perubahan yang baik.
Kelakuan yang tidak baik termasuklah:

 Memfitnah orang lain


 Cuai dalam membuat keputusan
 Selalu hendak menjadi yang pertama
 Sering menganggu orang lain
 Membuatkan orang lain rasa seperti dibodohkan
 Berpura-pura tahu semua perkara
 Berfikir dan bertindak seolah-olah beliau tidak akan melakukan kesilapan
 Keengganan menerima pendapat
 Tidak menghargai sumbangan orang lain

(e) Pengucapan/Pernyataan (expressions)

Pengucapan boleh membantu membina strategi rangkaian dan juga boleh


merosakkan rangkaian yang baik. Cara kita memperlihatkan diri kita adalah amat
penting. Apabila kita gagal untuk memperlihatkan diri kita, kita mungkin dengan
mudah menyinggung orang lain. Memperolehi sokongan mereka dalam rangkaian
akan menjadi sukar. Pengucapan yang perlu dielakkan adalah:

 Pengucapan yang menunjukkan kekuasaan


Contoh: “Anda mesti siapkan kerja ini”
“Kenapa anda tidak pernah membuat kerja yang diberi”, “Jangan buat apa yang aku
buat, tetapi buat apa yang aku suruh”

 Pengucapan yang berupa mengusik atau ejekan, Contoh: “Kerja yang mudah
macam ini pun awak tak boleh siapkan dalam dua hari”, “Dia tidak tahu apa-
apa pun, tetapi berlagak macam tahu semua apabila dihadapan pemimpin”

 Pengucapan yang menunjukkan sifat yang komplek yang kurang baik


(memburukkan diri sendiri). “Sebagai seorang yang cuai dan malang, saya rasa
saya tidak boleh membuat perniaggan ini”. “Orang macam saya ni, siapalah
yang sudi nak tolong dalam perniagaan”

 Pengucapan yang menunjukkan perangainya ego. “Saya yakin saya boleh


melakukan kerja ini kerana saya mempunyai 10 tahun pengalaman”

Sebagai usahawan, beliau perlu mengelakkan diri dari 5 halangan ini apabila
membina strategi rangkaian. Dengan keyakinan melaksanakan pengetahuan yang ia
ada, usahawan akan boleh membina rangkaian yang efektif untuk berjaya dalam
perniagaan. Rangkaian seperti ini akan memberi banyak kelebihan kepada usahawan
dan juga orang lain di dalam rangkaian. Usahawan yang bersemangat untuk
mencapai cita-cita melalui rangkaian yang baik akan memahami yang beliau TIDAK
boleh bekerja keras untuk menguasai orang lain. Sebagai ganti, adalah penting
untuk mencari kerjasama dan kesepakatan kepada semua yang terlibat dan
sebarang situasi dimana perubahan perlu dilakukan, buah fikiran rakan lain perlu
diambil kira. Melayan rakan sekerja atau rakan sejawat dengan pertimbangan dan
rasa hormat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada cuba mengawal,
mengancam atau menyinggung mereka ke dalam pengajuan(submission).

BAB1
1 Sebutkan empat aspek asas di dalam keusahawanan.

4 aspek asas di dalam keusahawanan itu terdiri daripada;

5) Penglibatan di dalam mencipta sesuatu proses yang baru yang mempunyai


nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

6) Memerlukan kesetiaan terhadap masa dan usaha yang dilakukan.


7) Sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-
masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

8) Menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan àkebebasan,


kepuasan peribadi dan keuntungan.

1. Apakah 10 mitos keusahawan?


1 Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang
pemikir

2 Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta

3 Usahawan selalunya seorang pencipta

4 Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak


dapat menyesuaikan diri (anti sosial)

5 Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”

6 Kesemua usahawan memerlukan wang

7 Semua usahawan bergantung kepada nasib

8 Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan

9 Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.

10 Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim

3 Bincangkan kepentingan keusahawanan.


 Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.
 Mmeningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan
 Melibatkn perubahn kpd struktur perniagaan n masy. Perubahn ini disertai
oleh pertumbuhn n peningkatn pengeluarn.
 Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal
(pelabur) utk melabur di dalam peluang baru yg dicipta.
 Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dlm dunia
perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan
baru tercipta n mengurangkan kadar pengangguran.
 Melalui proses kreativiti n innovasi mencipta produk baru n memberikan
perkhidmatan utk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk or
perkhidmatan yg diperlukan oleh pengguna. Di dlm menghasilkan produk n
perkhidmatan yg baik, mereka akan mencari kaedah yg >baik untuk
memaksimakan sumber n mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masy akan
mendapat produk n perkhidmatan yg >baik pada harga yg >murah.
 Membantu memperbaiki kehidupan berjuta manusia melalui produk n
perkhidmatan baru yg diperkenalkan kpd pasaran.
 Individu yg bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong
pembahagian kekayaan.

4 Berikan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.


 Bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan
berurusniaga dgn pedagang asing.
 British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah dan
Perintah”. Kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir n disektor pertanian, kaum
Cina berkerja dilombong n berniaga, manakala kaum India bekerja disektor
perladangan. Hasilnya, kaum Cina >kedepan dlm soal perniagaan berbanding
dengan kaum lain.
 Selepas kemerdekaan.. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar
Pembangunan Negara (1990-2000) n Wawasan 2020, semua pihak mengalakkn
n memberi sokongn terhadap pembangunn keusahawann di M’sia.
 Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan n memberikan
pengiktirafan kpd keusahawann kerana mereka boleh menyumbang kpd
pembangunan negara. Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunn
Keusahawann sebagai badan yg mengawal n mempromosi pembangunn
keusahawann di M’sia.
 Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan
Keusahawanan n Koperasi.

5 Siapakah usahawan?
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yg berusaha utk mengatur, mengurus n mengambil risiko di dlm
perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kpd perubahan ekonomi yg
menggunakan carian dgn maksud tertentu, perancangan teliti n pertimbangan yg
sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dgn optimistik n komited,
usahawan bekerja dgn kreatif utk memperolehi sumber baru n memperbaharui
sumber yg lama kpd kapasiti yg baru, semua ini hanya bertujuan utk mencipta
keuntungan.”

6 Nyatakan evolusi keusahawanan


Zaman permulaanà Bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan
perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak
perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan
penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di
dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah
pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan
diantara kapitalis dengan pedagang.
Zaman pertengahanà Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal
projek produksi yang besar. Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan
dan tidak menanggung sebarang risiko.
Abad ke 17à Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian
dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang
telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan
ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pedagang, petani, juru tukang dan
sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan
menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Abad ke 18àUsahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku
kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai
contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital,
BUKAN pembekal modal
Abad ke 19 dan 20à Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada
pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru)
dikenali sebagai usahawan.
Abad ke 21à Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup
menghadapi banyak risiko di dalam usahanya.

Bab 2
1 Terangkan 10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?
– Inisiatif dan bertanggungjawab
– Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan
berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada
pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

– Komitmen yang tinggi


– Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan
kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

– Orentasi Peluang (kesempatan)


– Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk
meraih peluang tersebut.

– Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)


– Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.

– Keyakinan dan Optimistik


– Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai
kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap
ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.

– Kreatif dan Inovatif


– Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh
menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna.
Kreativiti boleh dipelajari.

– Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)


– Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara
untuk memperbaiki prestasi mereka.

– Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)


– Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang
bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

– Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)


– Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau
konsep untuk firma mereka.

– Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)


– Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang
dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi realiti.

– Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)


– Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah
bergantung kepada diri mereka sendiri.

– Toleransi terhadap Kegagalan


– Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan.
Mereka belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan.

– Lebih Bertenaga(High level of Energy)


– Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu
lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.

– Semangat Berpasukan (Team Building)


– Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu
syarikat berkembang dan membangun.

– Berdikari (Independent)
– Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai
kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
– Fleksibel
– Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat
fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak
pelanggan dan suasana perniagaan.

2 Adakah seorang yang mempunyai ciri tersebut boleh menjadi


seorang usahawan yang berjaya? Kenapa?
Boleh, ini kerana 16 ciri-ciri yang dinyatakan di atas merupakan kajian yang telah
dilakukan terhadap tokoh usahawan yang telah pun berjaya. Ini kerana semua ciri
yang dinyatakan di atas merupakan ciri-ciri yang positif.

3 Apakah maksud “mempunyai komitmen yang tinggi untuk


usahawan”?
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut.
Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam
perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan
kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

4 Mengapa kita selaku seorang usahawan perlu mengambil ujian


“menilai diri sendiri”?
Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang
individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang
boleh menjadi usahawan atau tidak. Setiap individu mempunyai peluang untuk
menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh
mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras
kita untuk mencapai tahap keusahawanan.

5 Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan


Ahli perniagaan kecil-kecilan, betul ke? Tidak semua ahli perniagaan adalah
usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan.
Sebahagian ahli perniagaan mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri
tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil


àMemulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan
untuk menanggung keluarga

àRisiko yang rendah

àMenjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan
dibuktikan oleh pasaran
Usahawan
àMemulakan perniagaan, mengambil alih kepimpinan dan mengembangkan
perniagaan (pelaburan) untuk memenuhi impian sendiri dan mencapai prestasi
seperti yang dikehendaki

àRisiko yang sederhana

à Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat oleh orang
lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)

5 Siapakah dia peniaga kecilan? Berikan contoh spesifik?


Ahli Peniagaan Kecil
àMemulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk
menanggung keluarga

àRisiko yang rendah

àMenjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh
pasaran

1. a. Bincangkan perbezaaan diantara pengurus konvenstional dan


usahawan.

Pengurus Konvensional
àSangat mengikut peraturan dan pantang larang

àSensitif terhadap masa hadapan dan sanggup menunda ganjaran

àAmat memerlukan sambutan (penerimaan)

àBoleh mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Membuat perancangan dengan teliti

Usahawan
àMelihat peraturan hanya sebagai panduan
àKonsep masa hadapan bergantung kepada keinginan peribadi. Tidak mudah putus asa

àMempunyai perasaan kearah mengawal, kejayaan dan bertanggungjawab. Boleh manipulasi dan
menpergunakan orang lain

àTidak sabar dengan diskusi dan teori. Lebih kepada tindakan dan suka menurut kata hati.

Bab 3
1. 1. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti?
Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah
dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam
persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

1. 2. Secara ringkas terangkan proses kreatif.

e) Pengumpulan PengetahuanàPerlu
bersedia mengumpul semua informasi dan
melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini
melibatkan akitiviti membaca, perbincangan
dengan rakan yang bekerja dalam bidang
yang sama, menghadiri seminar profesional
atau bengkel dan sebagainya
f) InkubasiàPembangkitan idea yang
kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira
dari mana sumber datang. Perkara seperti ini
boleh berlaku semasa tidur, berehat,
membaca bahan yang tidak berkaitan dengan
masalah tersebut, bermain badmintan atau
sedang meditasi
g) IdeaàJalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya.
Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja.
H) PENILAIAN DAN PELAKSANAANÀMENUKAR IDEA
TERSEBUT MENJADI REALITI. INI MERUPAKAN SATU FASA YANG
SUKAR KERANA IA MEMERLUKAN KEBERANIAN, DISIPLIN,
KEYAKINAN YANG TINGGI DAN KETEKUNAN.

1. 3. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang


relevan untuk pengumpulan pengetahuan.
 Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini
melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam
bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan
sebagainya.

1. 4. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.


 Menukar idea tersebut menjadi realiti.
 Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian,
disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.
 Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan
menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan.
 Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar,
usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea
yang terakhir.
 Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti
perniagaan yang menguntungkan.

1. 5. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti?


a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)
Kepercayaan yang kita tidak kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)


Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka
gila, bodoh dan tidak praktikal.

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)


Tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan
kurangnya daya kreativiti.

d) Tekanan (Stress)
Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu
tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada
dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif.

1. 6. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif?


 Brainstroming
 Analogi Paksaan (Forced Analogy)
 Do it
 Peta Minda (Mind Mapping)
 Kumpulan Nominal (Nominal Group)

1. 7. Terangkan singkatan DO IT.


DO IT singkatan untuk:
D à Define problem (kenal pasti masalah)

O à Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik
kreatif)

I à Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)

T à Transform (lakukan)

1. 8. Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea?


 Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan
(word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat
secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan
penyelesaiannya.
 Digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi
atau membangunkan sesuatu proses.
 Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara
logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya
dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti
brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan
cara ini, jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

1. 9. Apa itu kumpulan nominal?


 Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan
penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah
kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak
yang mungkin di dalam helaian kertas.
 Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea tersebut
akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian.
 Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

10 Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif


 Seorang yg merendah diri (humble) n bangga diri (proud) dalam waktu yg
sama.
 Perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu
mereka juga merupakan seorang yg sangat objektif mengenainya.
 Berani utk mencuba idea yg baru.
 Bersifat terbuka apabila menerima kritikan.
 Kombinasi seorang yg suka bermain (playfulness) n seorang yg disiplin or
seorang yg bertanggungjawab n tidak bertanggungjawab.
 Mempunyai kawalan diri yg baik.
 Mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa n membuat
pertimbangan di dlm membuat sebarang keputusan
 Sanggup mengambil risiko yg telah dikenal pasti.

11 Apa itu inovasi?


 Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan
penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan
seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi.
Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak
organisasi.
 Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk
& perkhidmatan yang lebih baik.

12 Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi


 Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang
baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.
 Perluasan (Extension) – Penambahan or tambahan kpd produk,
perkhidmatan or proses yg sedia ada.
 Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap
produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar meniru
bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk,
perkhidmatan atau proses sedia ada.
 Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian
lain untuk menjadi sesuatu produk or aplikasi yang baru dengan mengambil
kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.

13 Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi


 Penciptaan (Invention) – Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse
 Perluasan (Extension) – Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan
elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.
 Duplikasi (Duplication) – Fungsi telefon bimbit membolehkan kita berhubung
dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah
mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3, MMS dan WAP.
 Perpaduan (Synthesis) – Gabungan diantara komputer dan rangkaian
menghasilkan Internet.

14 Bagaimanakah usahawan memperolehi idea untuk produk baru,


perkhidmatan dan proses?
i) Kenal pasti kebolehan sendiri – ukur baju sendiri
Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah or peluang dari
berbagai sudut.
ii) Tukar budaya orgnisasi – Mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan
inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang
unik.
iii) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan
haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

15 Apakah halangan untuk inovasi?


a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif

b) Tidak cukup sumber


c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan

d) Takut untuk mencuba (fear to trying)

e) Takut untuk melakukan kesilapan

f) Motivasi yang salah (improper motivation)

g) Takut kepada perubahan

h) Takut kepada kegagalan (fear to fail)

i) Tidak percaya pada diri sendiri

16 Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan.


a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan

b) Untuk meneroka pasaran baru

c) Untuk mengguna sumber asli

BAB 4

Ujian 1
1. Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?
2. Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?
3. Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?
4. Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?
5. Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?
6. Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?
7. Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?
8. Kenapa usahawan perlu mengetahui mengenai politik dan undang-undang
yang dibuat berdasarkan di mana operasi syarikat akan dijalankan.
9. Beri contoh dari isu global yg pengusaha perlu tahu.
10. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk
pelaburan baru?
11. Apakah rupa bentuk perubahan teknologi?
12. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?
13. Senaraikan sumber peluang perniagaan?
14. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?
15. Apakah faktor-faktor peluang?

Ujian 2
BAB 5
Ujian 1
1. Berikan definasi pelan perniagaan
2. Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan
3. Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan?
4. Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur?
5. Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?

Ujian 2
1. Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan
perniagaan?
2. Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk
kepada bahagian 5.4 di dalam modul
 Executive Summary
 Analisis Pasaran
 Organisasi dan Pengurusan
 Strategi Pemasaran dan Penjualan
 Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line)
 Permohonan Pembiayaan
 Kewangan
 Lampiran (appendix)
1. Apakah itu analisis pasaran?
2. Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran
dan penjualan?
3. Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik?
4. Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan
sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

BAB 6

Ujian 1
Jelaskan jenis-jenis perniagaan

1. Terangkan fasa start-up


2. Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.
3. Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia
ada.

àDefinasi Start-up
Merupakan syarikat yg baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan
baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

 Banyak usahawan memulakan perniagaan baru utk diri mereka sendiri.


 Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yg diperolehi dari
wang simpanan sendiri or meminjam dari pihak lain.
 Usahawan yg memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai byk
pengalaman, pengetahuan, kemahiran n minat terhadap bidang yg mereka
ceburi.
 Perniagaan yg bermula dari awal selalunya terlibat d’dlm hasil ciptaan produk
or perkhidmatan baru.

àKelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada


 Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah
dilakukan utk memulakan perniagaan.
 Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah utk
memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod
pencapaian.
 Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori n senarai
pemiutang yg sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pd hari pertama
perniagaan diambil alih.
 Pasaran utk produk or perkhidmatan telah sedia ada.
 Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai
pengguna setia, pendapatan yg dipercayai, reputasi kpd pemberi modal n
mempunyai rangkaian perhubungan yg berguna.
 Pelan perniagaan & aedah pemasaran telah sedia ada.
 Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.
 Byk masalah yg telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.
 Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.
 Persaingan yg kurang persaingan (Less competition) – membeli perniagaan
boleh menghapuskan persaingan yg wujud sekiranya anda membuka
perniagaan dari mula.

àKelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada


1. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yg banyak
sebagai pendahuluan n kena membuat bajet utk bayaran khidmat pakar
seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan n sebagainya.
2. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa
melabur lebih daripada harga belian syarikat utk memastikan kejayaan syarikat
tersebut.
3. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati
or berunding semula mana-mana perjanjian or kontrak yg telah ditangani oleh
pemilik yg lama.
4. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yg tak
kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda tahu kenapa pemilik nak
menjual syarikat tersebut.
5. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar or tidak
sehaluan dgn pengurus n pekerja sedia ada.
6. Produk Kuno – Inventori n peralatan mungkin tlh lama (tak boleh dpakai
lagi)
7. Hutang yg tak dpt diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yg ada
di dlm senarai kemungkinan tak akan membayar hutang mereka.

Ujian 2
1. Apa itu franchising?
2. Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.
3. Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.
4. Bincangkan sumber modal untuk usahawan.

àfaktor kritikal yg perlu diambil kira utk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)


2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)
3. Jangkaan penjualan n keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa
start-up
4. Kesediaan produk pd kedua-dua fasa (prestartup & startup)
5. Kesediaan pengguna pd kedua-dua fasa

Terima Kasih Pn Yatie A. Wahid di atas sumbangan beliau ….

You might also like