You are on page 1of 2

SEKAPUR SIRIH DARIPADA YANG DIPERTUA PIBG

SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Malaysia


Terlebih dahulu ingin saya rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat kita bertemu di majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 ini.
Saya amat berbesar hati atas kesudian para ibu bapa serta guru-guru yang hadir untuk memberi
sokongan dan semangat kepada pihak sekolah dan persatuan demi masa depan anak-anak kita. Dalam
usaha merancang dan melaksanakan aktiviti, kerjasama yang erat antara ibu bapa dan warga pendidik
amatlah perlu demi memartabatkan mutu pendidikan di sekolah ini seterusnya berbincang dengan cara
penuh berhemah untuk menangani pelbagai isu berkaitan dengan pendidikan.
Saya sebagai mewakili para ibu bapa , ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En
Ab Rashud b Md Ihsan selaku Penasihat PIBG dan Guru Besar sekolah ini di atas kerjasama yang baik
sepanjang saya meneraju Yang Dipertua PIBG sekolah ini. Begitu juga ucapan terima kasih ini saya
tujukan kepada mantan Guru Besar Pn Hjh Dahlia bt Abbas, barisan pentadbiran guru penolong kanan,
guru-guru serta jawatankuasa PIBG yang memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti
dan program yang di rancang sepanjang 2013. Sesungguhnya sokongan dan penglibatan
Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh PIBG merupakan pemacu pada
kejayaan dan kecemerlangan PIBG.
Akhir kata, semoga mesyuarat kali ini akan berlangsung dalam suasana yang harmoni dan
terbuka. Harapan saya agar sebarang permasalahan yang wujud dapat ditangani dengan tenang dan
sabar.

SELAMAT BERMESYUARAT.

Sekian, terima kasih.

...............................
( AZHAR BIN ABDUL RAOF )
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik
SEULAS PINANG DARIPADA GURU BESAR
SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul dan bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua
Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 diatas sumbangan tenaga dan pengorbanan masa dalam membantu
pihak sekolah melaksanakan aktiviti yang dirancang. Kerjasama yang diberi kepada pihak sekolah amat
baik sekali. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada AJK ibu bapa dan guru, saya pasti program yang
dirancang oleh pihak sekolah tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun saya baru sahaja menjadi Guru Besar di sekolah ini, diucapkan juga setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah ini di atas
kesudian hadir dan mengikuti mesyuarat agung kali ini. Mudah-mudahan majlis kita kali ini berjalan
lancar selaras dengan tugas dan tanggungjawab kita sebagai ahli persatuan. Melalui majlis sebegini,
ruang sesi perbincangan, makluman dan bertukar-tukar fikiran serta pandangan akan dapat disalurkan
demi membantu pihak sekolah ke arah mempertingkatkan lagi prestasi pencapaian sekolah. Ianya
sebagai penambahbaikan bagi membantu sama ada dari aspek pencapaian akademik,
kokurikulum,displin mahupun sahsiah murid.

Akhir kata, adalah diharapkan agar AJK PIBG yang akan dipilih bagi sesi 2014/2015 nanti
meneruskan usaha murni serta menambahbaik program dan perancangan serta aktiviti yang bakal
dijalankan bagi tahun 2014 terutamanya dalam perancangan Pembinaan Surau SKBA 2014 akan
tercapai dan memenuhi matlamat. Kerjasama dan sumbangan anda sekalian amat dihargai.

SELAMAT BERMESYUARAT.

Sekian, terima kasih.

.........................................
( AB RASHID B MD IHSAN )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik

You might also like