Professional Documents
Culture Documents
0
(PACU LINUS2.0) NUMERASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAUJANA
1.0 Pendahuluan
2.0 Rasional
Program ini dijalankan dengan memfokuskan kepada anjakan ke-9 di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di mana melibatkan kerjasama komuniti ibu
bapa dalam memantau murid-murid Tidak menguasai (TM) LINUS2.0 Numerasi semasa cuti
sekolah. Modul yang telah dibekalkan dapat membantu murid mengisi masa cuti dengan
meningkatkan penguasaan dalam bidang Numerasi khususnya.
3.0 Matlamat
Tujuan program ini dijalankan bagi menyediakan suatu bentuk Modul Numerasi kepada
kumpulan murid TM LINUS2.0 dan murid putik perdana bagi memastikan mereka
memperkuatkan penguasaan dan kemahiran mereka di dalam aspek Numerasi.
4.0 Objektif
i. Memberi peluang kepada murid mengisi masa cuti dengan bahan yang bermakna.
ii. Melibatkan kerjasama ibu bapa dalam memastikan murid menyiapkan soalan di
dalam modul PACU LINUS2.0 Numerasi.
iii. Mendekatkan dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-
anak LINUS2.0 Numerasi.
Semua murid Tidak Menguasai (TM) LINUS2.0 Numerasi tahun 1 hingga tahun 3.
Penyerahan Modul PACU LINUS2.0 oleh pihak pentadbir kepada murid terlibat.
Murid menyiapkan tugasan di rumah dengan bimbingan ibu bapa masing-masing.
Guru menyemak hasil kerja murid di sekolah.
Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan bagi memberi latihan intensif
kepada murid TM LINUS2.0 Numerasi semasa cuti sekolah, sekaligus menegaskan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi.
Komitmen semua pihak adalah diharapkan untuk memastikan program ini berjaya selaras
dengan sasaran NKRA.
Disahkan oleh:
……………………………............
(HJH. AZIAH BINTI SAMSUDIN)
Guru Besar
SK Seri Saujana