You are on page 1of 12

 MENU 0 items -

Login RM0.00

KEBAIKAN MADU KELULUT: RAHSIA


RAMAI TIDAK TAHU

BLOG 01/10/2017
NO COMMENTS

Like 94

Topik kebaikan madu kelulut: Madu berasal daripada sari bunga. Apa itu kelulut?
Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak
bersengat.
Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Kelulut ini
biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya.

Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit
masam dan berwarna lebih cerah.

Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan


antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim
dan tablet.

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang
mengandungi getah.

Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan


yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk
mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI
Serdang.

Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit


kanser.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional


mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis,
kanser, hipertensi, batu karang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah
Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan
paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai
dalam perubatan tertentu.
Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi
menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-
hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti
dalam madu kelulut.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai
antikanser dan antioksidan serta bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam
tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Sebuah hospital tempatan iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia atau lebih
dikenali dengan nama HUSM telah membuat kajian tentang khasiat madu kelulut
dari segi perubatan.

Satu ujian makmal telah dilakukan ke atas tikus. Tikus kajian telah disuntik
dengan diabetes.

Keputusan kajian ini menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan kadar


glukosa. Ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal selain dapat
mengurangkan stress aksidatif.

Kajian menapous pula dilakukan pada tikus yang telah di buang ovari.

Hasil kajian menunjukkan madu kelulut mengurangkan atrofi pada uterus dan
vagina disamping meningkatkan ketebalan trabekular tulang.
Ini bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Berpuasa secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan pergerakan fizikal


yang banyak namun tidak mustahil seseorang mampu tampil cergas dan
bertenaga melalui amalan pemakanan yang betul ketika bersahur.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah makanan


karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma selain mendapatkan bekalan air
yang cukup.

Selain itu pengambilan madu kelulut juga dapat membantu seseorang untuk
kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni
Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak
mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi
berbanding madu lebah biasa.

Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding


dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik
untuk berpuasa.

Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang


kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih
sepanjang hari

Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi


sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh
mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu
membantu mengurangkan risiko kanser perut.

Iaity dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti


asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik.

Ianya sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu
mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan
pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam


plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Antara kebaikan madu kelulut ialah berupaya membantu mengurangkan sel


yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya.

Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang


membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan
sel kanser.
Secara ringkasnya 20 kebaikan madu kelulut asli adalah :-

1. Mencegah serangan strok.


2. Meningkatkan daya tahan tubuh.
3. Melancarkan peredaran darah.
4. Memperkuat fungsi otak dan jantung.
5. Meningkatkan pengeluaran hormon.
6. Mengendurkan urat-urat yang tegang.
7. Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
8. Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
9. Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
10. Meningkatkan kecerdasan anak.
11. Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
12. Mencegah kanser.
13. Membantu penyembuhan luka diabetes.
14. Mengurangkan resdung.
15. Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
16. Mengurangkan lelah/asma.
17. Melancarkan pernafasan.
18. Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
19. Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
20. Mencegah pembentukan batu karang.

Bersama ini disenaraikan beberapa kegunaan madu yang amat menakjubkan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kesihatan

1. Menyegarkan badan pada waktu pagi – Ambil beberapa sudu madu (yang
kaya dengan fruktos) diwaktu pagi.

2. Menyembuh luka-luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas) –
Sapukan madu ditempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai
bahan antiseptik yang amat mujarab.
3. Masalah sakit tengkak dan batuk – Ambil campuran air limau nipis / lemon
dan madu adalah amat berkesan untuk rawatan sakit tengkak dan batuk.

4. Membasmikan parasit – Ambil campuran madu, cuka dan air pada kadar yang
sama. Campuran ini amat sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem
perkumuhan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kecantikan

1. Melembutkan kulit – Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan. Sapu di
bahagian yang kering seperti siku, tangan dan biarkan selama 30 sebelum
dibersihkan.

2. Pelembut rambut – Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1


sudu teh kedalam shamppo yang biasa digunakan untuk merawat ramput
yang khusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh
dicampur dengan minyak zaiton.

3. Bahan untuk mandi bunga – Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1
cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya,
tuangkan ke dalam air tangkugan mandi bersama dengan beberapa titik
minyak pati levender.

3. Menghilangkan jerawat – Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan
dengan “band aid”. Tanggalkan band aid tadi selepas 30 minit.

5. Sebagai pembersih muka (facial) – Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2


sudu makan susu kemuka. Bersihkan selepas 10 minit.

Madu Kelulut Sebagai Sumber Makanan


Tambahan Utama

1. Tambahan Tenaga – Berhenti minum kopi. Sebaliknya minum teh yang


dicampur dengan 2 sudu madu.

2. Sebagai gantian kepada gula didalam makanan. Dalam semua resepi


masakan bakeri, ganti 1 cawan madu dengan 3/4 cawan madu.

j s b h f 127
SHARES
RELATED POSTS

LEBAH KELULUT SABAH: KEUNIKAN BATANG


BULUH 05/11/2017

KHASIAT MADU KELULUT UNTUK LELAKI 23/09/2017

KHASIAT MADU KELULUT UNTUK WANITA 10/10/2017

LEBAH KELULUT THORACICA: MADU KELULUT POPULAR DI


MALAYSIA
29/10/2017

POST REPLY

Comment Text*

Name*

Email*

Website

Post Comment
 Search the site

MADU KELULUT BORNEO

Madu Kelulut Borneo: Botol


100gram RM35.00 RM30.00

 Popular

Kelebihan Madu Kelulut Borneo


AUG 15, 2017 • NO COMMENT

Khasiat Madu Kelulut Untuk Lelaki


SEP 23, 2017 • ONE COMMENT

Kebaikan Madu Kelulut: Rahsia


Ramai Tidak Tahu
OCT 1, 2017 • NO COMMENT

Madu Kelulut Asli: Cara


Menentukan Ketulenan [Panduan
Lengkap]
OCT 20, 2017 • 5 COMMENTS

Khasiat Madu Kelulut Untuk Wanita


OCT 10, 2017 • NO COMMENT
2 NEXT 

Ikut Kami

    
© 2017 Madu Kelulut Borneo
Kelulut Borneo Copyright © 2017. | SEOM

You might also like