You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PENYELANGGARAAN DEWAN SERI PAYUNG


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA
70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya atau nama ringkasnya SMK


Seremban Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di
Taman Seremban Jaya. Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya
memiliki 640 pelajar lelaki dan 586 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan
murid seramai 1226 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.

Dewan tertutup terletak di Paras bawah Blok B bertentangan dengan blok


pentadbiran. Dewan ini mampu menampung jumlah murid seramai seribu dua ratus (1200)
dalam satu-satu masa jika murid duduk bersila. Namun jika menggunakan kerusi dewan ini
hanya mampu satu ribu orang (1000) sahaja. Memandangkan SMK Seremban Jaya telah
lama dibina (2004), kami merasakan dewan ini perlu diselenggarakan dan diceriakan.
Keceriaan kawasan persekitaran sekolah terutamanya bahagian pentas dewan sekolah memainkan
peranan yang penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif kepada murid selain
membawa imej yang baik kepada sekolah. Suasana dewan sekolah yang ceria dan selesa
dapat memberikan pelajar keseronokan dan semangat untuk menjalankan aktiviti
perhimpunan dan kokurikulum murid selain dapat memberikan peluang kepada murid
mengembangkan potensi diri. Sehubungan dengan itu, antara masalah yang perlu diatasi
segera ialah:
(i) mengecat semula dinding dewan
(ii) membina tapak bendera
(iii) memasang tirai dewan

Dengan penyelenggaraan tersebut diharapkan dewan sekolah lebih ceria dan kondusif.
Selain itu, majlis atau program sekolah serta aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang
dijalankan di dalam dewan dapat dijalankan dengan lebih baik.
2.0 RASIONAL

Memartabatkan imej sekolah di mata orang awam, ibu bapa, warga pendidik dan
murid di samping dapat menyemai perasaan cinta akan kebersihan dan keceriaan.

3.0 OBJEKTIF

1. Dapat menceriakan dewan peperiksaan utama supaya murid dapat menjawab


soalan dalam suasana yang kondusif.

2. Dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan terutama permainan


seperti Ping Pong, Badminton dan permainan tradisional.

3. Dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti murid yang perlu dijalankan di luar bilik
darjah.

4. Dapat melaksanakan aktiviti kurikulum dengan berkesan seperti ceramah motivasi


dan peperiksaan.

5. Dapat mempermudahkan dan menjimatkan masa guru-guru terutamanya bahagian


AJK persiapan dewan dan pentas sekiranya ada program dan majlis besar peringkat
sekolah/PPD/JPNS yang menggunakan Dewan Seri Payung sebagai tuan rumah.

6. Mendidik warga Sekolah SMK Seremban Jaya agar lebih kreatif dan menghargai sekolah.

4.0 LOKASI

Pentas dan Dewan Seri Payung, SMK Seremban Jaya

5.0 ANGGARAN KOS PROJEK

5.1 Anggaran kos projek akan diperincikan seperti berikut:


(1) Projek 1 (tapak bendera/hiasan pentas)
(2) Projek 2 (cat dewan)
(3) Projek 3 (tirai pentas)
Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah
(RM) (RM)

Projek 1 Papan plywood (4”x8”) 3.00 (10kaki) 4pcs 120.00


Papan lapis 3.00 10 kaki 30.00
Bendera negeri 5.00 14 negeri 70.00
Kayu bulat (batang mop) 3.00 14 batang 42.00
Jam dewan 50.00 1 pcs 50.00
Projek 2 Cat Jotun easy clean ( warna 95.00 10 950.00
krim) 5 liter
Cat minyak (pintu dewan) 27.00 10 270.00
Berus cat roller 11.90 10 119.00
Projek 3 Kain tirai hadapan pentas
Kain tirai papan backdrop
5.00 50 meter 2,500.00
Kain tirai Panjang belakang
pentas

JUMLAH BESAR 4151.00

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada beberapa fakta yang telah dihuraikan di atas, disimpulkan


bahawa Program penyelenggaraan dan keceriaan dewan SMK Seremban Jaya bergantung
penuh kepada kerjasama yang diberikan semua pihak. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan terlaksananya projek ini,para pelajar akan
lebih optimis, kreatif dan lebih menghargai sekolah serta mampu melonjakkan SMK Seremban Jaya
dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum setanding dengan sekolah-sekolah elit
yang ada di daerah Seremban.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NORIZAN BINTI ZUAINI) (MOKHTAR BIN HUSIN)


Guru Pengetua
SMK Seremban Jaya SMK Seremban Jaya

LAMPIRAN
(PROJEK 1) TAPAK BENDERA
Menggunakan kayu batang mop (14 negeri di Malaysia)

Menghasilkan tapak bagi kayu


bendera menggunakan papan
plywood dan dikemaskan
menggunakan cat/wallpaper sticker

LAMPIRAN
(PROJEK 2) MENGECAT DEWAN
Dinding dewan yang telah kotor
akang dicat semula dengan warna
yang lembut dan cat yang boleh
dilap sekiranya terkena kotoran.

(PROJEK 3) TIRAI PENTAS

Tirai pentas sangat diperlukan supaya pentas nampak ceria


Warna yang lebih cerah seperti cream dan gold akan dipilih
supaya sedondon dengan cat dinding dewan secara
keseluruhannya. Pemilihan warna cerah akan membuatkan
kawasan pentas Nampak lebih luas dan terang serta
menjimatkan tenaga pencahayaan.

You might also like