You are on page 1of 3

Pengenalan

Karbohidrat merupakan sebatian organik yang mengandungi unsur-unsur karbon (C),


hidrogen (H) dan oksigen (O) dalam nisbah 1:2:1. Formula umum karbohidrat adalah
(𝐶𝐻2 O)n di mana n adalah bilangan atom karbon dalam molekul. Secara umumnya,
karbohidrat memainkan tiga peranan penting dalam sel iaitu sumber utama tenaga
(karbohidrat ringkas) semasa respirasi, sebagai makanan simpanan dalam bentuk
gilkogen di dalam hati dan otot dan sebagai kanji di sel-sel tumbuhan (karrbohidrat
berantai panjang) dan membentuk kompenen struktut iaitu dinding sel dalam sel
tumbuhan ( karbon berantai panjang).

Karbohidrat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan formula struktur


iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.

Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil bagi sesuatu
karbohidrat. Merupakan unit asas bagi pembentukan karbohidrat yang lebih kompleks.
Monosakarida tidak boleh diuraikan kepada unit yang lebih kecil. Contoh bagi
monosakarida ialah Glukosa, Fruktosa dan Galaktosa.

Disakarida ialah terdiri dari dua molekul gula/ dua monokasarida yang diikat bersama
melalui proses kondensasi dengan penyingkiran molekul air. Contoh bagi disakarida
ialah maltosa, sukrosa dan laktosa.

Polisakarida terdiri dari beratus hingga beberapa ribu monosakarida dihubungkan


antara satu sama lain melalui proses kondensasi (molekul air disingkirkan). Contoh
bagi polisakarida ialah kanji, glikogen dan selulosa.

Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti gula penurun ialah Ujian Benedict.
Prosedur

Ujian Benedict

Radas : Bikar, tabung uji, pemegang tabung uji, penunu bunsen, tungku kaki
tiga kasa dawai.
Bahan : Larutan Benedict, larutan glukosa 1% larutan fruktosa 1%, larutan
galaktosa 1%, larutan sukrosa 1%, larutan maltosa1%,larutan
laktosa dan
air.

1. Tujuh tabung uji dilabel sebagai A, B, C, D, E, F, G, dan H.


2. 2 ml larutan diiskan dalam setiap tabung uji seperti rajah di atas.
3. 2 ml larutan Benedict ditambahkan kepada setiap larutan dalam tabung uji.
4. Semua tabung uji diletakkan di dalam kukus air dan didihkan selama 2 minit.
5. Warna setiap larutan dalam tabung uji dicatatkan.
Data & Analisis

Tabung Uji Larutan Pemerhatian Kesimpulan


Warna biru larutan
A Air (kawalan) Benedict kekal tidak
berubah
Mendakan merah bata
B Glukosa 1% Gula Penurun
terbentuk
Mendakan merah bata
C Fruktosa 1% Gula Penurun
terbentuk
Mendakan merah
D Galktosa 1% Gula Penurun
terbentuk
Warna biru larutan Gula Bukan
E Sukrosa 1%
benedict tidak berubah Penurun
Mendakan merah bata
F Maltosa 1% Gula Penurun
terbentuk
Mendakan merah bata
G Laktosa 1% Gula Penurun
terbentuk.

Perbincangan
Gula penurun terdiri daripada glukosa, fruktosa, galktosa, maltosa dan laktosa. Gula
penurun adalah menyebabkan Ion kuprum (II) yang bewarna biru menjadi ion
kumprum yang bewarna merah bata.
Gula bukan penurun pula ialah sukrosa. Gula bukan penurun boleh ditukarkan
menjadi gula penurun dengan kehadiran tambhakan asid hidroklorid kemudian
dipanaskan dalam kukus air. Proses hidroklorik membentuk glukosa terhasil.

Kesimpulan
Mendakan merah bata terbentuk sekiranya kehadiran gula penurun.

You might also like