You are on page 1of 14

BAB 1

PENGENALAN

Banyak sekolah di Malaysia menghadapi cabaran yang melibatkan era teknologi

maklumat. Penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi

maklumat. Ini adalah salah satu penekanan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh demikian, para pendidik perlu memantapkan diri dengan

ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Bermula dari kaedah

pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar

kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal

display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) menurut Gerlach dan Ely (1980) adalah sebagai sumber-

sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh merangsang pelajar mendapatkan ilmu

pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap positif. Reiser dan Gagne (1983)

menyatakan media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual, filem,

slaid serta alatan yang digunakan bagi penyampaian isi pengajaran. Peranan bahan pengajaran

dan pembelajaran dapat ditentukan oleh sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan aktiviti-

aktiviti yang terbentuk daripada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran guru.

Oleh yang demikian, penggunaan Hologram sebagai BBM mempunyai potensi untuk

membawa pelajar ke alam maya di mana mereka berada dalam persekitaran pembelajaran yang

menarik atau menguji pengendalian suatu proses atau sistem dunia sebenar. Selain itu, ia
mempunyai potensi untuk pengajaran yang berkesan dan alat pembelajaran untuk

menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar, meletakkan pelajar di tengah-tengah

persekitaran pembelajaran mereka dan membolehkan mereka untuk berinteraksi dengannya

dan membina pengetahuan berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka sendiri.


BAB 2

ANALISIS LITERATUR

Pemasalahan yang sering berlaku pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) di

dalam kelas ialah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang kurang dan tidak menarik

minat murid mengikut peredaran zaman. Kebanyakannya guru yang mengajar akan memilih

bahan yang murah dan mudah untuk di kendalikan. Namun bahan yang mudah dan murah

tersebut tidak di kemas kinikan mengikut peredaran zaman sekarang.

Hasil usaha kerajaan dan institusi pendidikan berusaha untuk mengikut peredaran

zaman dengan memasukkan teknologi terkini dalam pendidikan mengikut konsep

pembelajaran abad ke-21. Teknologi yang terkini digunakan dalam proses PdP seperti dimana-

mana sekolah atau institusi akan menggunakan LCD Projektor dan komputer. Bahan ini

memerlukan kos yang tinggi dan bahan yang sensitif serta mudah rosak. Kos penyelenggaran

yang tinggi dan perlu diganti jika perlu. Pemasalah ini mungkin tidak membebankan di

peringkat yang tertinggi seperti di universiti tetapi di peringkat rendah seperti di sekolah-

sekolah.

Penggunaan teknologi ini sangat membebankan kepada guru-guru. Guru-guru terpaksa

memikul bahan tersebut dan memasang dalam kelas dan mengambil masa yang lama untuk

memasang bahan tersebut. Tempoh masa dalam proses PdP akan berkurang dari 1 jam menjadi

30 minit. Proses PdP memerlukan tempoh masa yang telah di rancangkan agar proses PdP

mencapai objektif pengajaran. Tiada lagi bahan atau teknologi yang mengikut konsep

pembelajaran abad ke-21 yang mudah dan murah dapat membantu meringankan beban guru
dan keberksanan penggunaan BBM dalam proses PdP. Hal ini selaras dengan kajian yang telah

dijalankan oleh Noor Azlan & Noraziah (2010).

Menurut Thomas, R.Murray dan Swartout, Sherwin (1963) menjelaskan bahawa BBM

yang mempunyai komunikasi tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman

belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi

dan daya penghargaan. Atan Long (1982) berpendapat bahawa BBM merupakan alat yang

menyokong penyampaian pembelajaran dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan

pada skrin. BBM perlu kerana ianya membantu guru dalam proses PdP ini. Tetapi masalah

yang timbul ini menjadikan proses PdP tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Liarokapis et al. (2004) menerangkan bahawa teknologi membolehkan pelajar untuk

memahami lebih lanjut dan berkesan melalui interaktiviti dan menyediakan kepada mereka

pengalaman pembelajaran yang sukar untuk dilaksanakan di dalam kelas semasa proses PdP.

Di samping itu, Eschenbrenner et al. (2008) menerangkan bahawa faedah realiti maya dalam

pendidikan termasuk: (a) menjalankan aktiviti dalam persekitaran risiko yang bebas; (b)

memudahkan kerjasama dan komunikasi; dan (c) membenarkan visualisasi konsep abstrak atau

sukar atau idea. Guru-guru seolah-olah mempunyai sikap positif terhadap potensi penggunaan

teknologi di dalam kelas. Ghuloum (2010) yang dikaji 400 guru dari pelbagai peringkat

pendidikan dalam UK untuk menilai keberkesanan hologram 3D teknologi sebagai alat

pendidikan. Penemuan menunjukkan bahawa majoriti daripada responden percaya bahawa

teknologi akan dapat meningkatkan pembelajaran dan menjadi alat pengajaran yang berkesan

pada masa akan datang.

Kalansooriya, Marasinghe dan Bandara (2015) dalam kajian mereka, ‘Assessing the

Applicability of 3D Holographic Technology as an Enhanced Technology for Distance

Learning’, majoroti responden bersetuju bahawa dengan penggunaan hologram adalah cara

yang efektif dari segi kos dan masa dalam pendidikan jarak jauh. Selain itu, aplikasi hologram
di dalam bilik darjah turut meningkatkan pengalaman masa yang sebenar pelajar melalui kesan

persepsi terhadap imej 3D yang dipaparkan melalui hologram tersebut.

Rentetan itu, penggunaan teknologi baru seperti penggunaan hologram perlu

diaplikasikan dalam proses PdP . Hal ini oleh kerana ianya mampu meningkatkan minat pelajar

dalam subjek tertentu, seterusnya meningkatka prestasi mereka. Dengan penekenan hologram

juga mampu mengurangkan kebosanan semasa mengajar serta menggunakan pelbagai kaedah

untuk mengajar boleh mengurangkan kebosanan pelajar di dalam kelas serta mewujudkan

proses PdP yang menarik dan berkesan.


BAB 3

METODOLOGI

Tiga piramid hologram yang berbeza dari segi saiznya telah dihasilkan. Antaranya

ukuran saiznya adalah untuk smart phone, 10” LCD screen dan 14” LCD screen.

Rajah 1 Ukuran piramid hologram

Selain menghasilkan piramid hologram, tiga video yang mengandungi kandungan

sillibus pendidikan iaitu dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 2 mengikut

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga telah dihasilkan. Video yang pertama

(selama 2 minit 10 saat) adalah mengenai pergerakan haiwan. Terdapat enam jenis pergerak

haiwan di dalam video yang pertama ini. Video yang kedua pula menjelaskan kitaran hidup

rama-rama dan katak. Melalui video selama 2 minit dan 42 saat ini, pelajar akan dapat

mengenalpasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi

perubahan rupa dan pertambahan saiz. Manakala video yang ketiga pula menerangkan antara

keperluan asas tumbuhan dan bahagia-bahagian tumbuhan. Melalui video dalam tempoh 2
minit dan 11 saat ini, pelajar dapat mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan

cahaya matahari. Selain itu, video ini juga memaparkan nama bagi setiap bahagian pada

tumbuhan daripada akar hinggalah ke pucuk atau bunga pada tumbuhan. Tiga set lembaran

kerja yang berkaitan dengan video juga telah dihasilkan.

Satu ujian perintis bagi mengenalpasti keberkesanan produk ini telah dijalankan di

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting. Sebahagian daripada 146 pelajar Tahun 2 dari sekolah

tersebut terlibat dalam ujian ini. Beberapa guru subjek Sains juga telah ditemu bual untuk

mendapatkan pendapat dan maklum balas mereka terhadap pemggunaan hologram dalam

proses PdP di dalam kelas.

Memberi
lembaran kerja
Memperkenalkan
yang berkaitan Analisis data
Hologram Temu bual guru
dengan
kepada pelajar
kandungan video
Hologram

Rajah 2 Kerangka Konsep

Berikut adalah lembaran kerja mengenai soalan berkaitan kandungan video hologram

yang diedarkan kepada pelajar:


Rajah 3 Soalan Pergerakan Haiwan Rajah 4 Soalan Kitar Hidup
Rama-rama dan Katak

Rajah 5 Soalan Bahagian-bahagian Tumbuhan


BAB 4

ANALISIS DATA

Data yang telah kami perolehi daripada hasil dapatan dari pemerhatian, soal selidik dan temu
bual menunjukkan bahawa produk ini berkesan untuk penggunaan mata pelajaran Dunia Sains
Dan Teknolog (DST) Tahun 2 ini. Secara rumusannya, projek ini telah dijalankan pada murid
tahun 2 dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting yang terdiri daripada empat kelas tahun
2. Kami telah memilih kelas 2 Waja dan 2 Satria. Secara umumnya, kelas 2 Waja merupakan
kelas yang kedua dari empat kelas dan 2 Satria merupakan kelas yang terakhir dalan tahun 2.
Secara perbezaannya, dari segi IQ mereka sangat berbeza dan terdapat lagi murid yang tidak
boleh membaca dan mengeja. Dari segi latar belakang keluarga sangat berbeza-beza dan dapat
dikategorikan sebagai masayarakat yang sederhana rendah dari segi ekonomi, akhlak dan
keluarga. Berikut adalah serba sedikit mengenai responden yang kami telah laksanakan.

Selepas sahaja kami merancang projek kami, langkah pertama yang kami laksanakan
sejurus selepas perancangan ialah dengan membuat pemerhatian terhadap responden pada
kedua-dua kelas berkenaan. Semasa penggunaan projek ini dijalankan, kami mendapati
responden sengat teruja dengan projek ini. Semasa kelas ini dijalankan, saya menjemput guru
yang juga mengajar mata pelajaran ini iaitu Puan Salena untuk memberikan maklum balas
terhadap projek kami setelah tamat kelas. Rajah 6 dibawah menunjukkan hasil pemerhatian
yang telah dilaksanakan pada dua buah kelas berkenaan.
Rajah 6 Hasil dapatan pemerhatian

Hasil dapatan daripada soal selidik iaitu kami mengedarkan soalan yang derdasarkan
dari silibus pembelajaran mengikut KPM. Semasa kami menggunakan produk ini, kami
mengajar kelas berkenaan mengikut proses PdP yang biasa. Kami mengajar seperti biasa
kerana produk ini kami menggunakan semasa waktu set induksi sahaja dan soal selidik kami
laksanakan semsasa bahagian penilaian dan latihan. Setiap kelas berbeza topik yang kami
ajarkan. Berikut merupakan Rajah 7 menerangkan hasil dapatan dari sesi soal jawab.

KELAS

2 WAJA 2 SATRIA

TOPIK

SAINS HAYAT: TUMBESARAN HAIWAN SAINS HAYAT: PERGERAKAN HAIWAN

PENILAIAN (MENJAWAB SEMUA BETUL)


38/38 27/31

Rajah 7 Hasil dapatan soal jawab.


Kaedah yang terakhir dalam pengumpulan data kami ialah membuat temu bual. Salah
seorang dari ahli kami merupakan seorang guru dan telah menemubual salah seorang guru yang
telah bersama-sama melihat produk kami ini semasa melaksanakan di dalam kelas. Pn Salena
binti Abu Bakar merupan guru DST yang telah mengajar selama 17 tahun di sekolah berkenaan
dan beliau mengatakan bahawa produk ini merupakan kali pertama yang beliau sendiri lihat
dan diaplikasikan di dalam kelas. Jadual 1 di bawah merupakan soalan temu bual dan dapatan
daripada temu bual berkenaan. Hasil daripada temu bual, produk ini memdapat maklum balas
yang positif dan baik. Dapat di rumuskan bahawa produk ini memberikan kesan yang baik pada
murid-murid.
S1 : p&p menggunakan hologram dapat menjimatkan
masa anda?

• J1: ya, memang dapat menjimatkan masa kerana guru hanya


memaparkan hologram ini dan murid dapat lihat dengan jelas.

S2 :penggunaan hologram yang menarik dapat menarik


minat pelajar?

• J2: pada saya, ia memang menarik minat pelajar. Kerana murid dapat
lihat objek berkenaan terapung diruang udara.

S3 : pelajar lebih fokus dan bersemangat untuk belajar?

• J3: pada reaksi pelajar sangat memberangsangkan, murid berinteraksi


sesama mereka

S4 : terdapat peningkatan pengetahuan/pemahaman


pelajar berbanding sebelum ini?

• J4: guru dapat menunjukan sesuatu kajian tersebut dengan lebih jelas
dan realiti.

S5 : . hologram yang digunakan dapat mengaitkan


pelajar dan situasi sebenar?

• J5: murid dapat mengaitkan dengan kehidupan murid.

S6 : pada keseluruhannya, adakah anda bersetuju untuk


memperkenalkan kemudahan hologram ini dalam
proses p&p di seluruh malaysia?

• J6: saya amat bersetuju dengan cadangan ini kerana ini merupakan
petama kali diperkenalkan perlu diluaskan penggunaannya di seluruh
sekolah di Malaysia.

Jadual 1 Hasil dapatan temu bual.


BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Semasa produk ini dicipta, banyak halangan dan cabaran yang kami lalui, pelbagai idea dan
masalah yang baru kami hadapi. Setelah membuat perbincangan dengan ahli kumpulan dan
pensyarah, kami dapati antra yang boleh kami cipta ialah video itu sendiri kerana plastik atau
paparan yang akan dipancarkan dari monitor berkenaan merupakan idea asal dari orang lain
yang tidak dapat dikehatui asal usulnya. Berikut merupakan hasil perbincangan kami dengan
pensyarah kami. Kami telah mencipta 3 buah video yang berkaitan dengan pelajaran DST tahun
2 untuk topik Sains Hayat Haiwan dan Tumbuhan.

Perbincangan seterusnya ialah hasil perbincangan dengan pensyarah iaitu konsep pembelajaran
yang akan digunakan dalam PdP. Kami telah melihat bahawa produk ini merupakan
pembelajaran melalui pemerhatian. Ini disebabkan kerana, responden melihat tanyangan ini
daripada layaran yang menjadikan ianya seakan-akan terapung. Pensyarah kami menerangkan
kaitan antara teori-teori yang boleh dikaitkan dengan produk kami ini.

Cadangan daripada saya ialah, produk ini berkesan dalam PdP ialah apabila sesebuah sekolah
itu mengamalkan pembelajaran alaf 21 yang terkini kerana susun atur kedudukan meja dalam
bentuk kumpulan. Dalam satu kumpulan hendaklah diwujudkan satu slot atau bahgian meja
untuk produk ini. Murid akan melihat pada bahagian tengah meja sahaja berbanding berpaling
ke hadapan untuk melihat.

Selain daripada itu juga, produk ini dicadangkan untuk penggunaan set induksi sahaja dan hasil
perbincangan daripada pensyarah kami mencadangkan pembelajaran menggunaan video
adalah untuk langakah pembelajara yang seterusnya.
RUJUKAN

Eschenbrenner, B., Nah, F. F.-H., & Siau, K. (2008 ). 3-D virtual worlds in education:
applications, benefits, issues, and opportunities. Journal of Database Management,
91-110.
Gerlach, V., & Ely, D. (1980). Teaching & Media: A Systematic Approach. Englewood
Cliffs: NJ: Prentice-Hall Incorporated.
Kalansooriya, P., Marasinghe, A., & Bandara, K. (2015). Assessing the Applicability of 3D
Holographic Technology as an Enhanced Technology for Distance Learning. The
IAFOR Journal of Education, 43-57.
Liarokapis, F., Mourkoussis, N., White, M., Darcy, J., Sifniotis, M. P., B. A., & al., e. (2004).
Web3D and Augmented Reality to support Engineering Education . World
Transactions on Engineering and Technology Education.
Long, A. (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publising Sdn Bhd.
Thomas, R. M., Swartout, & G, S. (1963). Integrated teaching materials, how to choose,
create, and use them. New York.
Noor Azlan Zanzali, & Noraziah Aziz. (2010). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-guru Pelatih UTM.

You might also like