You are on page 1of 11

KERTAS KERJA PERUNTUKAN KEWANGAN

GALERI SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI

1. PENDAHULUAN

Galeri Sejarah merupakan suatu tempat dimana murid-murid dapat Mata pelajaran Sejarah telah
diperakukan sebagai amat penting dalam memupuk semangat kewarganegaraan , melahirkan
perasaan cinta kepada tanah air, memahami tamadun bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri
serta berupaya memainkan peranan merangka wawasan masa depan negara. Galeri Sejarah juga
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah
bagi Tahap 2.

2. MATLAMAT

Matlamat utama pembinaan Galeri Sejarah adalah untuk berfungsi sebagai sebuah sumber kedua
selain dari Pusat Sumber Sekolah dalam memupuk semangat cinta akan sekolah, masyarakat dan
negara. Selain itu ia juga dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah.

Sejarah amat sinonim dengan pengajaran. Hal ini kerana sejarah merupakan himpunan kisah-
kisah yang telah lalu. Jadi terdapat kepelbagaian peristiwa dan fenomena telah berlaku dan ini
memungkinkan generasi baru untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Walau bagaimanapun,
sejarah itu sememangnya perlu dijadikan sumber kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk
semangat bagi memperbaiki segala kelemahan, menilai kesilapan yang telah dilakukan oleh
masyarakat tradisi, memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu,
masyarakat, dan negara.
3. OBJEKTIF

 Melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental, patriotik,
cintakan negara.

 Membentuk warga yang menjunjung warisan budaya dan bangsa.

 Mengamalkan adat dan tradisi turun temurun.

 Memberi kesedaran kepada murid-murid melalui imbasan kembali sejarah.

 Mengenali sejarah secara lebih mendalam.

 Mewujudkan warga sekolah yang mahir tentang ilmu sejarah.

 Melahirkan semangat cinta akan tanah air.

 Melahirkan semangat patriotisme di kalangan murid dan guru.

 Mengenang jasa dan budi tokoh-tokoh sejarah Malaysia.

4. RASIONAL

Di kebanyakan sekolah terdapat sudut atau ruang untuk setiap matapelajaran kecuali bagi
matapelajaran Sejarah. Secara rasional, setiap sekolah seharusnya menyediakan ruang khasnya
untuk matapelajaran Sejarah. Ini adalah kerana murid dapat pendedahan yang lebih awal
sebelum melangkah ke sekolah menengah dimana disitu mereka akan terdedah kepada
matapelajaran Sejarah. Maka,sebagai titik permulaan di sekolah rendah mereka seharusnya
terlebih dahulu mengenali serba sedikit tentang sejarah.

Memandangkan wujudnya keperluan dalam penggunaan galeri sejarah adalah wajar


pembinaan galeri sejarah demi kebaikan semua murid dan dapat memainkan peranan yang lebih
berkesan sebagai pusat maklumat untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

5. JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A

6. KUMPULAN SASARAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Pulau Serai

7. SUMBER KEWANGAN

PCG Sejarah

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran B

9. PENUTUP

Dengan wujudnya galeri sejarah di sekolah maka objektif kami dalam membentuk warganegara
yang bertanggungjawab dan bersemangat patriotik dapat dicapai.

10. PERTIMBANGAN

Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan


agar dapat meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti pembinaan
dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Dengan
kelulusan ini, diharap semoga Galeri Sejarah ini akan menjadi salah satu
daya tarikan di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN A
PENASIHAT
HAJAH JUARIAH BT OTHMAN ( GURU BESAR )

PENGERUSI
HAJAH ZAWIAH BT ABU BAKAR( GPK 1 )

PENYELARAS
PN. NORHAYATI BT MOHAMED TAH

NAIB PENYELARAS PROGRAM


PN. NURAHIMI BT KASSIM

SETIAUSAHA
EN AHMAD TAUFIK BIN OTHMAN

BENDAHARI
PN NURAHIMI BT KASSIM

LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1 Rak Buku 100 X 2 RM 200
2 Bunting RM 200
3 Barang Perhiasan Sejarah RM 150

JUMLAH RM 550

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

..................................... .......................................

(EN. AHMAD TAUFIK BIN OTHMAN) (HAJAH JUARIAH BT OTHMAN)


SETIUASAHA PANITIA SEJARAH GURU BESAR
SK PULAU SERAI SK PULAU SERAI

LAMPIRAN C

CONTOH GAMBARAN GALERI

You might also like