You are on page 1of 2

LAPORAN KEJOHANAN LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG LADANG 2018

TARIKH : SABTU / 17 JANUARI 2018


MASA : 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SEKOLAH & KAMPUNG BANGKAHULU GEMAS

Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Kampong


Ladang yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam
kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
SKKL. Merentas Desa juga merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah.
Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan
sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan
peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di
bangku persekolahan. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini
melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 .

Aktiviti bermula jam 3.30 petang. Guru-guru mengambil pendaftaran kehadiran.


Pada jam 3.40 petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dan
senamrobik dengan bimbingan guru. Selepas itu, taklimat kejohanan dan
keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
Tepat jam 4.15 petang, acara dimulakan dan dilepaskan setiap 2 minit mengikut
kategori perempuan tahun 3,4,5 dan 6, lelaki tahun 3,4,5 dan 6. Kejohanan pada tahun
ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota polis. Ibu
bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

Pada 22 Januari 2018, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang


dijalankan semasa perhimpunan mingguan Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang.
Hadiah disampaikan kepada 10 pemenang terawal bagi setiap kategori.
Para pemenang menerima hadiah berbentuk hamper. Tahniah diucapkan.

Disediakan Oleh :
______________________
ALI IMRAN BIN MAD AMIN
SETIAUSAHA SUKAN
SK KAMPONG LADANG

You might also like