You are on page 1of 4

JURNAL PERMUAFAKATAN SEKOLAH –KOMUNITI

i. Strategi menjalin hubungan pemuafakatan dengan pihak luar

Dalam menongkah arus zaman atau era globalisasi dan suasana ekonomi yang
berasaskan ilmu (k-ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi relevan jika dilakukan secara
berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan
maklumat yang pantas memerlukan individu itu bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai
masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Begitu juga
halnya dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Hubungan permuafakatan dengan dengan
pihak luar perlu diwujudkan bagi mendepani cabaran dan berdaya saing dalam abad ke-21
ini.

Joyce Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Partnership :
Your Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang dapat
dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembelajaran
pelajar. Di antara contoh penglibatan ibu bapa tersebut ialah seperti berikut;

a) Parenting (Keibubapaan) – Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh


membantu pihak keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada
tentang kemahiran keibubapaan, memberi maklumat tentang perkembangan psikologi
anak-anak, serta membantu menyediakan suasana yang dapat memudahkan anak-anak
belajar dengan lebih baik di rumah. Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung
dapat membantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga dan budaya pelajar
berkenaan.
b) Communicating (Berkomunikasi) – Dalam penglibatan jenis ini, pihak sekolah akan
berusaha berkomunikasi secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara
dan media dalam usaha untuk membantu pembelajaran pelajar. Misalnya pihak
sekolah menggunakan surat bagi menerangkan program-program yang dilaksanakan
di sekolah ataupun guru menerangkan kepada pihak ibu bapa tentang perkembangan
prestasi semasa anak-anak mereka semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain
itu, melalui saluran tertentu, pihak ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas
terhadap perkara-perkara tertentu kepada pihak sekolah.
c) Volunteering (Kesukarelawanan) – Pihak sekolah boleh melakukan perancangan
pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan,

USS/JURNAL HUBUNGAN LUAR/MODUL 5/2016 Page 1


peserta ataupun sebagai penonton dalam mana-mana aktiviti sekolah. Kerjasama
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam penganjuran dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Misalnya
aktiviti gotong-royong mengecat bangunan sekolah, ibu bapa membantu pelbagai
penganjuran aktiviti pelajar di sekolah.
d) Learning at Home (Pembelajaran di Rumah) – Melalui penglibatan jenis ini, pihak
sekolah dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang
sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau menyelesaikan kerja sekolah di
rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi idea dengan pihak sekolah
bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan kerja rumah anak-anak
mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat tentang jenis-
jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di rumah.
e) Decision Making (Pembuatan Keputusan) – Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa
sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah.
Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti, mesyuarat PIBG, jawatankuasa
bersama dalam program sekolah dan lain-lain.
f) Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat) –
Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan
melibatkan pihak jabatan kerajaan, swasta atau badan-badan lain dalam pelbagai
program di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan
keluarga mereka tentang cara-cara menjadi warganegara yang baik.

ii. Peranan sekolah dalam institusi masyarakat.

Sekolah memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua


bidang perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah
dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara. Justeru itu, pendidikan sekolah tidak
memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu
menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan.

Sekolah juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi
pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya
membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan
perkembangan diri dan masyarakatnya. Untuk menjayakan semua ini segalanya harus

USS/JURNAL HUBUNGAN LUAR/MODUL 5/2016 Page 2


bermula di sekolah dan kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana
hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing.

Secara umumnya, terdapat berbagai jenis komuniti yang dapat dibentuk dalam sesebuah
organisasi. Antaranya adalah seperti berikut;

a) Komuniti Sematlamat (Communities of purpose) iaitu bermaksud sekumpulan orang


dari berbagai disiplin dan merentasi organisasi bekerja bersama-sama secara formal
dalam suatu tempoh masa projek yang telah ditetapkan.

b) Komuniti Pengamal (Communities of practice) iaitu kumpulan profesional dari


disiplin yang sama datang bergabung untuk berkongsi belajar secara tidak formal,
menyelesai masalah secara adhoc, rangkaian profesional dan saling bantu
membantu.

c) Komuniti Pelanggan (Customer communities) iaitu organisasi yang membentuk


kumpulan pelanggan yang bertindak sebagai suara kepada pasaran. Ahli-ahli akan
memberi maklumbalas, membantu mengenalpasti masalah, dan mengemukakan
pandangan-pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran.

d) Komuniti Rantai Penyumbang (Supply chain communities) iaitu organisasi yang


menghubungkan penyumbang-penyumbang utama mereka bagi mengurangkan kos
operasi dan membentuk amalan pembelian yang lebih berkesan. Pihak swasta seperti
Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan syarikat swasta perlu dilibatkan dalam
komuniti ini.

e) Komuniti Pembelajaran (Learning communities) iaitu sekumpulan orang yang


bersedia untuk berbahas, dan yang mengikuti secara formal pengalaman
pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam komuniti
pengamal. Penglibatan agensi dan pihak berkuasa seperti Polis, Bomba, Klinik
Kesihatan boleh diwujudkan oleh pihak sekolah untuk mengadakan program-program
yang sesuai.

f) Komuniti Bergabung (Communities of affiliation) iaitu sekumpulan orang yang


berkongsi minat membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan,

USS/JURNAL HUBUNGAN LUAR/MODUL 5/2016 Page 3


berhubungan, berbincang tentang perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan
emosi dan penyelesaian masalah secara ad hoc. Pihak seperti PIBG, JKKK boleh
terlibat dalam komuniti ini untuk mengadakan program-program yang berkaitan.

Oleh itu, diantara program-program yang dapat dilakukan untuk meningkatkan jalinan
hubungan di antara sekolah dan komuniti setempat adalah seperti berikut:

a) Forum/Diskusi untuk berbincang topik berkaitan perkhidmatan,


b) Rujukan Pakar untuk nasihat dan menyelesaikan masalah,
c) Meja Bantuan untuk pertolongan rakan komuniti.
d) Artikel dan Bahan Rujukan dan Sesi Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional.
e) Polisi dan Garispanduan ICT Kerajaan,
f) Pembangunan kerjaya
g) Program anak angkat
h) Penghuluran bahan-bahan bantuan sekolah dan skim Tuisyen
i) Pemantauan Kolaboratif Kemajuan Pelajar.

Setiap jenis penglibatan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya
mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ditangani supaya penglibatan sepenuhnya dapat
diwujudkan. Selain itu, pengubahsuaian aspek-aspek tertentu amat perlukan supaya
penglibatkan yang dilakukan bersesuaian dengan latar belakang keluarga dan masyarakat
setempat. Setiap jenis penglibatan akan membawa kesan yang berbeza sama ada terhadap
pelajar, ibu bapa, amalan pengajaran guru dan iklim sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah
perlulah membuat pilihan yang tepat supaya penglibatan ibu bapa dan masyarakat dapat
membantu pencapaian matlamat utama sekolah dengan lebih bermakna

USS/JURNAL HUBUNGAN LUAR/MODUL 5/2016 Page 4

You might also like