You are on page 1of 1

MANUSIA BERGERAK TERHADAP RANGSANGAN

1. Rangsangan bermaksud perubahan di dalam persekitaran yang dapat dikesan oleh anggota
badan kita DAN anggota badan kita bergerak balas terhadapnya.
2. Mengapakah manusia mempunyai kebolehan terhadap rangsangan luar? Nyatakan inferens
anda…
- Manusia mempunyai kebolehan untuk bergerakbalas terhadap rangsangan luaran kerana
untuk melindungi diri kita daripada sebarang kecederaan.
3. Apakah organ deria kita yang terlibat bagi mengesan rangsangan?
- Terdapat 5 organ deria yang terlibat dalam mengesan rangsangan iaitu :-
i. Hidung
ii. Telinga
iii. Mata
iv. Kulit
v. Lidah
4. Jadual di bawah menunjukkan organ deria yang terlibat dalam rangsangan dan rangsangan yang
dikesan.

Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan

Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan, sakit,


sejuk & panas
Hidung Bau Bahan-bahan kimia
Lidah Rasa Kimia
Telinga Pendengaran & Bunyi
keseimbangan
Mata Penglihatan Cahaya

5. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana manusia bergerak balas terhadap rangsangan.

RANGSANGAN GERAK BALAS

SUHU Apabila tangan kita menyentuh objek yang panas


seperti seterika, cerek air, api, kita akan cepat-
cepat menarik tangan bagi mengelakan
kecederaan.
SAKIT Apabila tangan kita menyentuh objek yang tajam
seperti pisau, kita akan menarik tangan dengan
pantas.
BUNYI Kita akan menutup telinga secara tiba-tiba
apabila mendengar bunyi yang terlalu kuat
seperti guruh.
BAU Kita akan menutup hidung apabila terbau busuk.

You might also like