You are on page 1of 4

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK PUTERI 2


DI KEM ALANG SENDAYU, GOMBAK, SELANGOR.
SESI 2016

BIL PERKARA BUTIRAN


1 Nama Program Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform Sekolah.
2 Sekolah Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2
3 Aliran Perdana
4 Jenis Lawatan Perkhemahan Luar Kawasan Sekolah
5 Tarikh Program 14/10/2016 hingga 16/10/2016
6 Tempat Program Kem Alang Sendayu, Gombak, Selangor.
68100, Batu Caves, Selangor.
7 Penganjur Program SK Tasik Puteri 2
8 Jumlah murid 120 orang
9 Guru Pengiring En. Azri Afindi Bin Zainon
10 No telefon 0142693273
11 Jumlah Bas 3
12 Jumlah guru 12 orang
terlibat
13 Semak Borang BORANG_PELANCONGAN 2016.pdf
Perlancongan
14 Semak Kertas Kerja KERTAS_KERJA 2016 terbaik.pdf
15 Semak Senarai senarai nama MURID BAS 2016.pdf
Murid
16 Semak Surat LETTER_HEAD_SEKOLAH 2016 terbaik.pdf
Iringan

Laporan Lawatan

Rasional
Antara rasional program ini ialah seperti berikut:
i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi
pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing
masing di didalam hutan.
iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iv . Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

Objektif
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
i. Mengaplikasikan kemahiran pengurusan diri semasa bermalam dalam khemah
bersama-sama rakan/kumpulan.
ii. Berdikari melalui pelbagai aktiviti pengurusan diri sepanjang perkhemahan.
iii. Merasai sendiri pelbagai pengalaman realiti melalui pelbagai aktiviti luar seperti :-
a. Mendirikan khemah serta memastikan tahapkeselamatannya.
b. Membina sekurang-kurangnya satu gajet untuk kegunaan tapak perkhemahan.
iv. Menghayati serta meluahkan sifat mensyukuri keindahan alam serta segala kurniaan
tuhan dengan melaksanakan ibadah kerohanian.

Impak
120 daripada 120 orang murid yang mengikuti Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform
Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 dapat mengikuti semua modul perkhemahan yang dsediakan
dengan cemerlang dan menepati aras yang telah ditetapkan

Penambahbaikan
1. Menambahkan bilangan modul perkhemahan supaya aktiviti yang dijalankan lebih
pelbagai dan melatih murid lebih mematuhi masa
2 Menjalankan aktiviti yang lebih mencabar seperti Flying Fox
Penutup
Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang
kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak
jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa
yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan
aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Disediakan oleh
Ammar b. Abd Jalil & Khairunnisa Bt. Mad Fazil
AJK Dokumentasi
Perkhemahan Unit-Unit Beruniform 2016
Gambar-gambar sekitar perkhemahan

Murid berkumpul ketika sampai Kawasan sekitar tapak Khemah siap dipasang murid
perkhemahan

Aktiviti malam pertama Senaman pagi Ikhtihar hidup

Program pertolongan cemas Guru mendemonstrasi cara anduh Hari terakhir- jungle trekking
dipakai

You might also like