You are on page 1of 24

MIGRASI

NAMA LENISHA NAIR RAJENDRAN


TINGKATA 2 SETIA
N
SUBJEK GEOGRAFI
NAMA PN. NURUL AZIRA BT.
GURU EMBONG
TARIKH 6 OKTOBER 2017
HANTAR
NAMA SMK. ST. BERNADETTE’S
SEKOLAH CONVENT, BATU GAJAH
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengambil tahu tentang migrasi penduduk yang
berlaku di sekitar tempat tinggal saya.

2. Mengetahui konsep serta kesan dan punca migrasi di


sekitar tempat tinggal saya.

3. Menentukan langkah-langkah yang patut diambil untuk


mengatasi kesan-kesan negatif.

4. Menerangkan pola migrasi penduduk di sekitar tempat


tinggal saya.

5. Menjadikan kajian ini sebagai suatu pengalaman yang


berguna untuk menambah ilmu pengetahuan dan
menguasai topik migrasi secara keseluruhan.
6. Mengaplikasikan pengalaman berkaitan migrasi ini
dalam proses pembelajaran.

PENENTUAN
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian ialah cara yang digunakan untuk mengkaji
atau mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu perkara.
Antara kaedah kajian yang akan digunakan ialah :

1. Soal selidik
Saya akan mengedarkan borang soal selidik kepada
beberapa orang jiran untuk mendapatkan pandangan dan
cadangan orang ramai dalam kajian ini.

2. Lawatan & Pemerhatian


Saya bercadang untuk melawat beberapa taman
perumahan di sekitar tempat tinggal saya untuk
memerhatikan pola, punca dan kesan migrasi.
3. Rujukan
Rujukan Internet dan buku teks Geografi Tingkatan 2
akan dibuat untuk mencari fakta dan maklumat penting.

POLA MIGRASI DI
MALAYSIA
1. Migrasi Bandar Ke Bandar
- Penghijrahan secara berperingkat, dari bandar kecil ke
bandar yang lebih besar, dan seterusnya ke ibu negara.

Punca
Tiada kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan, dan
infrastruktur di bandar kecil meyebabkan golongan belia
berpindah ke bandar besar untuk melanjutkan pelajaran.

Kesan
1. Pertambahan dan kepadatan penduduk di bandar-
bandar yang menerima migran.
2. Jumlah penduduk berkurang dan kepadatan penduduk
menurun di bandar-bandar asal.
3. Pertambahan penduduk menyebabkan kesesakan lalu
lintas.
4. Masalah kurang perumahan menimbulkan masalah
kawasan setinggan bagi kalangan penduduk miskin.

Langkah-langkah yang perlu diambil


1. Memajukan kawasan bandar kecil dengan menyediakan
institusi pendidikan, peluang pekerjaan dan infrastruktur
lain.
2. Membina tempat tinggal yang mencukupi di kawasan
yang menerima migran.
3. Menggunakan kemudahan awam dan berkongsi kereta.

2. Migrasi Luar Bandar Ke Luar Bandar


- Dalam pola migrasi ini, penduduk berpindah dari
kawasan luar bandar yang ramai penduduknya ke
kawasan-kawasan baru di luar bandar yang kurang
penduduknya.

Punca
Menyertai rancangan kemajuan tanah seperti FELDA &
FELCRA BERHAD untuk memiliki tanah dan membina
rumah sendiri. Ada juga yang turut meyertai rancangan
pembangunan wilayah.
Kesan
1. Pembangunan di kawasan luar bandar yang tidak
dihiraukan terbantut.
2. Hasil pendapatan dan taraf hidup masyarakat yang
bermigrasi meningkat.
3. Lebihan tenaga buruh akibat penggunaan jentera
moden.
4. Masyarakat luar bandar berkesempatan memiliki rumah
dan tanah kepunyaan sendiri.

Langkah-langkah yang perlu diambil


1. Manjalankan rancangan pembangunan wilayah yang
terancang.
2. Memberikan peluang kepada semua masyarakat luar
bandar untuk menyertai rancangan kemajuan tanah.
3. Berusaha membangunkan kawasan luar bandar.
4. Tidak bergantung sepenuhnya terhadap teknologi
moden.

3. Migrasi Luar Bandar Ke Bandar


- Pola migrasi ini adalah disebabkan oleh faktor tolakan di
luar bandar dan faktor tarikan di bandar.
Faktor Tolakan Faktor Tarikan
Lebihan tenaga buruh. Peluang pekerjaan banyak.
Peluang pekerjaan Pendapatan lumayan. / Upah
kurang. tinggi.
Pendapatan tidak tetap. Taraf hidup tinggi.
Pengangguran. Kemudahan sosial yang baik.
Taraf hidup rendah. Peluang pendidikan luas.

Kesan
1. Pemusatan penduduk di kawasan-kawasan yang maju
dan membangun.
2. Kawasan bandar semakin berkembang pesat.
3. Pengangguran dan kemiskinan di kawasan luar bandar
menyebabkan kejadian jenayah.

Langkah-langkah yang perlu diambil


1. Pembangunan negara dijalankan secara selaras.
2. Memelihara dan memanfaatkan infrastruktur di
kawasan bandar.
3. Menguatkuasakan undang-undang.
4. Migrasi Bandar Ke Luar Bandar
- Migrasi dari sebuah bandar ke kawasan perkampungan.

Punca
1. Masalah kewangan dan perbelanjaan yang tidak
terancang.
2. Faktor penolak di bandar seperti pencemaran dan
kemusnahan sumber-sumber semula jadi.
3. Kehilangan pekerjaan.
Kesan
1. Pengangguran.
2. Memberi manfaat daripada segi keselamatan dan
kesihatan.
3. Tidak berpeluang menikmati kemudahan dan
keselesaan di bandar.

Langkah-langkah yang perlu diambil


1. Merancang perbelanjaan berdasarkan bajet yang sesuai.
2. Mengadakan ceramah dan kempen kesedaran.
3. Memikirkan cara untuk memajukan kawasan luar
bandar.

MAKLUMAT
MIGRASI DI
KAWASAN KAJIAN
1. Idea Utama

Kawasan Kajian
- Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Pola Migrasi Di Kawasan Kajian


- Bandar ke bandar ( Batu Gajah ke Bandaraya Ipoh )

2. Maklumat / Pengenalan Ringkas


- Batu Gajah boleh dikategorikan sebagai bandar kecil
atau pekan yang masih berada dalam proses membangun.
Pada masa yang sama, Bandaraya Ipoh merupakan ibu
negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak. Bandaraya
Ipoh merupakan salah satu bandar yang sangat pesat
membangun di negara Malaysia. Oleh itu, konsep
penghijrahan berperingkat dari bandar kecil ke bandar
yang lebih besar adalah sangat bersesuaiaan dan tepat
bagi kawasan kajian saya.

Kumpulan Etnik di Ipoh (2007)

Etnik Populasi Peratus


Cina 451,36170 3%
Melayu 109,61616 7%
India 80,60012 5%
Lain-lain 3225 0.5%
KONSEP MIGRASI
1. Konsep Kajian (Utama)
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan
migran dari satu tempat ke tempat yang lain. Merujuk
kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi
dalaman (migrasi bandar ke bandar). Migrasi dalaman
ialah penghijrahan antara negeri atau daerah. Pola migrasi
bermakna arah aliran migrasi dari satu tempat ke tempat
lain. Migrasi dalaman terbahagi kepada empat pola, iaitu
luar bandar ke bandar, luar bandar ke luar bandar, bandar
ke luar bandar dan bandar ke bandar seperti yang saya
sudah jelaskan dari halaman 4 hingga ke halaman 8.

2. Konsep & Maklumat Tambahan


Migrasi antarabangasa ialah penghijrahan seseorang yang
melintasi sempadan negara. Transmigrasi pula merupakan
perpindahan migran dari sebuah pulau ke pulau lain yang
kurang penduduk.
Luar Bandar Ke Bandar

Kampung Pinang Ipoh

Luar Bandar Ke Luar Bandar

Kampung Sungai Udang Jengka (FELDA)

Bandar Ke Luar Bandar

Kuching Dataran Kedah

Bandar Ke Bandar

Johor Bahru Kuantan


PUNCA MIGRASI
1. Kemudahan dan infrastruktur
- Kemudahan dan infrastruktur di Batu Gajah adalah
terhad jika dibandingkan dengan Bandaraya Ipoh. Hal ini
kerana, Batu Gajah ialah bandar yang masih membangun
dalam peringkat awal manakala Bandaraya Ipoh sudah
maju dan sangat pesat membangun.
- Contohnya, pendidikan peringkat awal seperti tadika,
sekolah rendah dan sekolah menengah tersedia di Batu
Gajah. Namun begitu, institut pengajian tinggi bagi
pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran pula hanya
terdapat di Bandaraya Ipoh yang merupakan bandar
terdekat dengan Batu Gajah. Seterusnya, terdapat pusat
membeli-belah di Bandaraya Ipoh manakala Batu Gajah
hanya menyediakan perkhidmatan kedai runcit dan
pasaraya. Selain itu, di Batu Gajah terdapat hotel bajet
sahaja manakala Bandaraya Ipoh mempunyai hotel
bertaraf lima bintang seperti ‘Kinta Riverfront Hotel’.

2. Perkhidmatan pengangkutan awam


- Perkhidmatan pengangkutan di Bandaraya Ipoh adalah
lebih maju dan mudah berbanding Batu Gajah.
- Batu Gajah menyediakan perkhidamatan pengangkutan
awam setakat bas, kereta api dan teksi sahaja. Terdapat
perkhidmatan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan
Azlan Shah di Bandaraya Ipoh.

3. Tarikan pelancong
- Bandaraya Ipoh merupakan salah satu lokasi tarikan
pelancong di negara Malaysia. Sebut saja Ipoh, perkara
yang pertama-tamanya terbayang dalam minda kita ialah
makanan yang lazat dan tempat-tempat menarik yang
dipenuhi sejarah. Batu Gajah pula sangat kurang
popularitinya dalam kalangan pelancong.
- Sebagai contoh, terdapat banyak tempat-tempat menarik
di Bandaraya Ipoh seperti Bulatan Sultan Idris Shah,
Gerbang Malam dan Pasar Karat ( ‘Memory Lane’ ).
Tempat-tempat ini mempunyai keunikan tersendiri yang
berkebolehan menarik perhatian sesiapa sahaja
berbanding Batu Gajah yang kekurangan perkara-perkara
menyerlah sebegitu.

4. Peluang pekerjaan
- Peluang pekerjaan di Bandaraya Ipoh adalah lebih luas
jika dibandingkan dengan Batu Gajah.
- Kebanyakan pusat perkhidmatan penting seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) terletak di Bandaraya Ipoh.
KESAN MIGRASI

1. Kemajuan
- Bandaraya Ipoh menjadi semakin maju dan berteknologi
moden dari hari ke hari.
- Contohnya, infrastruktur serta pembinaan rumah, flat
dan kondominium semakin berkembang maju selaras
dengan pertambahan penduduk untuk memenuhi
keperluan mereka.

2. Taraf hidup & Pengangguran


- Peluang pekerjaan yang luas di Bandaraya Ipoh dapat
membendung pengangguran dan meningkatkan taraf
hidup penduduk.
- Misalan, segelintir penduduk Batu Gajah ke Bandaraya
Ipoh untuk mencari kerja kerana peluangnya yang lebih
luas. Pekerjaan terhad di Batu Gajah pula mencukupi dan
dapat dinikmati oleh penduduk yang tidak berhijrah.
3. Perubahan bilangan penduduk
- Pemusatan penduduk berlaku di negeri menerima
migran seperti Bandaraya Ipoh. Bilangan penduduk di
Batu Gajah pula akan semakin berkurangan.
- Sebagai contoh, kebanyakan penduduk membeli rumah
sendiri di Bandaraya Ipoh kerana lebih mudah untuk
menikmati kemudahannya. Jika terlalu banyak penduduk
berhijrah pada satu masa yang sama, pemusatan penduduk
akan berlaku di tempat-tempat tertentu dan kemajuan
akan menjadi tidak seimbang.

4. Kesesakan lalu lintas


- Pertambahan penduduk mengakibatkan kesesakan lalu
lintas di Bandaraya Ipoh pada waktu puncak.
- Contohnya, pada waktu pagi dan petang, kebanyakan
orang akan tamat kerja dan pulang ke rumah masing-
masing. Selain itu, orang Islam pula menuju ke masjid
untuk menunaikan solat pada waktu tengah hari. Keadaan
ini akan menyusahkan seseorang yang mengejar waktu
semasa kecemasan.
LANGKAH YANG
PERLU DIAMBIL

1. Merancang pembangunan
- Bandar-bandar yang menerima migran seperti
Bandaraya Ipoh seboleh-bolehnya harus merancang
pembangunan agar seimbang di setiap tempat dan semua
penduduk berkesempatan menikmati kemajuan.
- Contonya, dengan menetapkan sebuah jumlah
penerimaan migran bagi setiap tahun. Jumlah migran
dapat dikawal dan pemusatan migran yang berlebihan
dapat dielakkan sama sekali.

2. Memanfaatkan peluang pekerjaan


- Penduduk yang mampu menampung perbelanjaan di
bandar maju seperti Bandaraya Ipoh perlulah
memanfaatkan peluang pekerjaan yang disediakan dalam
kadar maksima.
- Dengan cara ini, penduduk yang miskin dan kurang
mampu boleh merebut peluang pekerjaan yang terhad di
bandar kecil seperti Batu Gajah.

3. Menghargai kemajuan
- Kita patut menghargai kemajuan dan keselesaan yang
dikecapi. Kita tidak boleh menyalahgunakannya dengan
sesuka hati.
- Vandalisme merupakan satu gejala sosial negatif yang
tidak patut dipraktikkan terutamanya dalam kalangan
remaja. Contohnya, aktiviti menconteng dinding
bangunan mesti dielakkan.

4. Mengelakkan kesesakan lalu lintas


- Kesesakan lalu lintas merupakan isu biasa di kawasan
bandar. Kita boleh menjadi pengguna bijak dengan
mencuba sedaya-upaya dan melakukan yang terbaik untuk
mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.
- Kita boleh menggunakan kenderaan awam atau
berkongsi kereta agar memudahkan diri sendiri dan orang
lain. Kita turut boleh menjimatkan wang dan
mengurangkan pencemaran udara melalui cara ini.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam penyediaan folio
bertajuk ‘Migrasi’ ini.
Terima kasih Pn. Nurul Azira kerana membimbing dan
menerangkan kaedah yang tepat untuk menyiapkan folio
ini.
Seterusnya, saya sangat gembira kerana rakan-rakan saya
telah bersikap murah hati dengan memberikan nota
berkaitan topik ini. Nota-nota tersebut sangat membantu
dalam proses menyiapkan folio ini.
Ibu bapa saya pula sangat prihatin dengan berkongsi idea
dan maklumat agar folio ini padat dengan fakta-fakta
menarik.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana
merahmati saya sepanjang tempoh ini dan mengizinkan
saya menyiapkan folio ini pada tarikh yang ditetapkan.
Tuntasnya, saya sangat bertuah kerana mempunyai ibu
bapa, guru dan rakan-rakan yang begitu penyayang dan
mengambil berat. Terima kasih, semua!
ISI KANDUNGAN
No Tajuk M. Surat
.
1Penghargaan 1
2Objektif Kajian 2
3Penentuan Kaedah Kajian 3
4Pola Migrasi Di Malaysia 4-8
-Punca
- Kesan
- Langkah
5 Maklumat Migrasi Di Kawasan Kajian 9-10
6 Gambar-gambar 11
- Kawasan Kajian
7 Konsep Migrasi 12
8 Gambar-gambar 13
- Contoh-contoh Migrasi
9 Punca Migrasi Di Kawasan Kajian 14-15
10 Kesan Migrasi Di Kawasan Kajian 16-17
11 Langkah Yang Perlu Diambil 18-19
12 Borang Soal Selidik 20-22
Pemandangan Bandaraya Ipoh
Peta Batu Gajah

TAMAT…
Tujuan borang soal selidik ini diedarkan adalah untuk
mengetahui pandangan orang ramai tentang migrasi yang
berlaku di Batu Gajah. Ini bertujuan untuk mengumpul
maklumat bagi folio Geografi yang bertajuk ‘Migrasi’.

1. Nama :
2. Pola migrasi di batu Gajah :
Bandar ke bandar
Luar bandar ke luar bandar
Bandar ke luar bandar
Luar bandar ke bandar
=

3. Punca-punca migrasi yang berlaku di Batu Gajah :


Mencari kerja
Tidak selesa tinggal di Batu Gajah
Mengikut keluarga
Lain-lain
=

4. Kesan-kesan migrasi yang berlaku di Batu Gajah :


Keamanan tergugat
Hidup lebih selesa
Taraf hidup meningkat
Lain-lain
=

You might also like