You are on page 1of 11

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Selepas merdeka, Tunku Abdul


Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak
digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak
cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada
masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee
Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura
mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam
ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura
mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu
membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961,
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada
pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih
menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu
memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan
tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru.
Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan
diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia

1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan
komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap
masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu
permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga
merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan
Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu
kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi
akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya
kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan
pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari
PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis
dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk
Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang
seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang
berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu
pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan
sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat
Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk
menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik
yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku
Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan
membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina.
Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada
penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan


menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan
ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur.
Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud
kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan


proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi
kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah
Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau
ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat

1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat
meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi
Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian,
Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah
mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan
Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong
penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura
mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan
mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia.
Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi
menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP),
Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin
Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan
kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik
mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan
peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu,
mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai
Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka
disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah
untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961,
Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham
mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di
Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke
persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak
mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong
gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas
melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang
dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan
menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau
juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di
bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang
diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei
turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan
Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan
pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei
dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan
mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan
Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda
telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada
pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda
juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan.
Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
Latar belakang pejuang-pejuang di SABAH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam
memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah
mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh ‘Negeri Tambunan’ sebagai
daerah di bawah kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu
berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka
itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan
berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota
utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya
memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.
Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan
berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh
sebagai pejuang bangsa.
Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo
dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke
atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan
serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh
menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai
1897.
Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni
Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan
membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan
banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.
Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan
angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan
yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-
bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia
digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan
rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu,
tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, ‘Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh
yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900.
Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun
menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya’.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat
tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

DATU TATING: PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH


Sedikit sebanyak mengenai beliau:-
+ beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan
Kepulauan sulu.
+ Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu.
+ Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat
dengan pihak kerajaan.
+ Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya
membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
+ Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan
beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah- olah tidak menghormati
bangsanya.
+ Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan
hutan dan pembinaan kubu.
+ Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu
Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di
Pulau Balambangan.
+ Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan.
+ Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya
mengambil masa selama 7 Jam.
+ Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di
Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.
Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini
mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan
ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.

Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

(i) Latar belakang


– nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
– ketua kaum Murut di Rundum
– dilahirkan tahun 1875
– ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas
kaumnya

(ii)Faktor Penentangan

a) Melarang Membuka Tanah Baru


– SBUB melarang mereka membuka tanah baru
– merasakan hak mereka diceroboh
– akibatnya mereka kekurangan beras
b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
– SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
– cukai kepala satu dolar setiap orang
– cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
– cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
– cukai tangkapan ikan besar
– cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

c) Menjadi Buruh Paksa


– orang Murut dijadikan buruh paksa
– tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan
Rundum

d) Menzalimi Keluarga
– suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
– mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
– jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh
paksa

e) Menceroboh Kawasan Hutan


– SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
– Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu
roh nenek morang mereka

(iii)Peristiwa Penentangan
– Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
– Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
– Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya
memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
– kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah
menjadi 900 orang
– Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah
tanah
– April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
– pertempuran berlaku selama 6 minggu
– Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
– penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(iv)Kesan Penentangan
– SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
– 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
– pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga
ke Keningau
– SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
– orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB
Mustapha bin harun
Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-
3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya
adalah Bajau Bannaran

Zaman penjajahan

Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada
Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi
“Office Orderly” di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak
Negeri dan Pemungut Cukai Candu.
Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir
penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah
menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert
Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi
beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan
perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun
orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam
dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama
berjuang dengan Alber Kwork.
Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan
(Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera
Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah
bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung( senjata pusaka
dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun. Tun
Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral
Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan
bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina
bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya (
sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip
pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Pada
waktu itu, pihak Jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha, tetapi mereka
tidak tahu. (sumber lisan adik bongsu Tun). Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun
dengan diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur
dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Alibasa
pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke
bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari
Alibasa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan
amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun
Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.
Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi
dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut
ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai
hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan
berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan
peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh
badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG
SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.
Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun
Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat
Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau
Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau
bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian
Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan.
Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan
Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun,
pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu,
Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha
telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat
persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.
Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas
1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah
dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk
memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah
merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.
This entry was posted in Uncategorized on January 18, 2015.

MENELUSURI TOKOH-TOKOH PEJUANG


KEMERDEKAAN SABAH
Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak
1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya
telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31
Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana
penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.

Menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif
Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Udun,
Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali
dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah
dari terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar
perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.

You might also like