You are on page 1of 9

KEJOHANAN RAGBI B12 MSSD KULAI, JOHOR 2017

1. NAMA KEJOHANAN
KEJOHANAN RAGBI B12 MSSD KULAI 2017

2. PENGANJUR
Kejohanan ini adalah anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya dengan
kerjasama Majlis Sukan Sekolah Johor

3. PENGENALAN
Sukan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang boleh dilihat dari berbagai sudut.
Ragbi mempunyai sejarah tersendiri yang begitu sinonim dengan perjuangan, semangat
cintakan Negara, perpaduan dan persahabatan yang mantap untuk menghasilkan
keputusan yang membanggakan.

Sukan ini boleh diterjemahkan bagi memantapkan perpaduan, jatidiri, kemampuan


mengurus, ketenangan, kesabaran, ketabahan dan melahirkan pelajar yang mempunyai
fizikal dan minda sihat.

4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT


a. Melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan sihat mental.
b. Membina, memupuk dan mempertahankan semangat kekitaan dan kekeluargaan
di kalangan murid.
c. Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jatidiri, mampu
bersaing dan menghadapi sebarang bentuk cabaran dan ancaman daripada
sesiapa juga.
d. Mengeratkan tali silaturrahim di kalangan murid.

Adalah diharapkan matlamat yang lebih penting adalah dapat menjalankan aktiviti
dikalangan murid supaya menjadi MURID yang mantap hasil dari muafakat dan
perkongsian pendapat serta tenaga.
5. CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 15 dan 16 Februari 2017


Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Padang SK Taman Sri Pulai, Kulai

6. HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA

6.1 Hadiah yang disediakan sebagaimana berikut :

Cup : Medal (4 x 12 pemain)

Plate : Medal (2 x 12 pemain)

Bowl : Medal (2 x 12 pemain)

Spoon : Medal (2 x 12 pemain)

6.2 Sijil penyertaan juga akan disediakan oleh PPD Kulai, Johor.

7. URUSETIA
Bagi melancarkan lagi pertandingan beberapa Jawatan Kuasa telah dibentuk oleh
Daerah terbabit (sekolah yang menganjurkan)

i. Jawatan Kuasa Induk


ii. Jawatan Kuasa Pelaksana

8. PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN JUMLAH
1 Hadiah Medal (RM3.20 x 7pasukan x 12 orang) RM 268.80
2 Makan dan minum RM 240.00
3 Pengadil RM 300.00
4 Lain-lain
-Air (4 tong x RM 33.50) RM 191.20
-Ais (11 bag x RM5.20)
9. METHODOLOGI PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan menikut kumpulan. Penetapan kumpulan akan dilakukan
menigkut jumlah penyertaan pasukan yang akan ditentukan kemudian.

10. SISTEM PERTANDINGAN

10.1 Pusingan pertama

10.1.1 Sila Rujuk Peraturan Am (13) MSSJ dan (10) MSSM.

10.1.2 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan
kedudukannya.

10.1.3 Terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada 5 kumpulan


manakala kumpulan B terdiri daripada 5 kumpulan.

10.2 Pusingan kedua

10.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan bertanding


dipusingan kedua dalam dan pertandingan dijalankan secara liga/kalah
mati.

Jika pertandingan dijalankan secara liga (dibahagikan kepada dua


kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 3 pasukan) maka Johan X
akan bertemu Johan Y untuk menentukan Johan, dan Naib Johan X akan
bertemu Naib Johan Y untuk menentukan Naib Johan Y untuk
mendapatkan tempat ketiga.

10.2.2 Jika pertandingan dijalankan secara kalah mati (separuh akhir) maka
Johan A akan bertemu Naib Johan B dan Johan B akan bertemu Naib
Johan A, seterusnya pemenang kedua-kedua permainan akan bertemu
untuk menentukan Johan serta kalah kedua-dua permainan akan
menentukan tempat Ketiga.

10.2.3 Tiga orang skrum akan dikuatkuasakan.


11. JADUAL PERLAWANAN
Akan disediakan oleh JK Pertandingan dan akan diedarkan selewat-lewatnya sebelum
perlawanan pertama dijalankan pada hari pertandingan.

12. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

12.1 Penyertaan, Pendaftaran dan Status Pemain.

i. Setiap pasukan boleh menyenaraikan 12 orang pemain yang terdiri


daripada murid sekolah rendah berumur bawah 12 tahun. Setiap
penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja manakala
pasukan kedua juga sebanyak RM100.00 sahaja.
ii. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan pemain dari sekolah
terbabit sahaja.
iii. Setiap pasukan berhak menamakan pasukan dengan nama pilihan
masing-masing ataupun dengan nama sekolah yang diwakilinya, selagi
ianya tidak menyentuh isu-isu sentisif dan bersalahan dengan peraturan.
iv. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh bermain dan pemantauan
akan dilakukan dari semasa ke semasa.
v. Jika berlaku pelanggaran syarat (iii) di atas pasukan yang berkenaan
boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut batal.
vi. Setiap pemain hendaklah memakai jersi bernombor tetap seperti
pendaftaran.
vii. Senarai pemain hendaklah disertakan dengan lampiran kad pengenalan
@ surat beranak untuk rekod urusetia kejohanan.
viii. Undang-undang dan peraturan yang diguna pakai adalah dirujuk dari
undang-undang 7’s IRB.
ix. Sebarang kekeliruan dalam Bahasa Melayu adalah dirujuk dalam Bahasa
Inggeris.

12.2 Pengadil

i. Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur


yang terdiri dari panel pengadil.
ii. Pemain yang menerima kad kuning akan berada di selama 2 minit di
kawasan “sinbin”. Masa 2 minit akan diambil apabila pemain yang
dikenakan kad kuning keluar dari garisan padang.
iii. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan meneruskan
permainan pada perlawanan berikutnya.
iv. Mana mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan atau
kekecohan di luar batasan permainan akan dikenakan tindakan tidak
dibenarkan lagi bermain di dalam pertandingan ini.
v. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD

12.3 Lain-lain

Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan menentukan


sebarang perkara berkaitan pertandingan dan keputusan itu adalah MUKTAMAD

13. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

13.1 Masa Permainan


Masa permainan adalah 15 minit (7 minit +1 minit + 7 minit)

13.2 Ketepatan Masa


i. Setiap pasukan hendaklah menepati masa yang ditetapkan oleh
penganjur.
ii. Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa
perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan
lawan kiraan 3 try.
iii. Bilangan pemain di dalam satu-satu pertandingan adalah 7 orang tetapi
adalah dikira sah jika terdapat 5 orang pemain di atas padang ketika
perlawanan akan dimulakan. Jika kurang maka pasukan lawan akan
diberikan kemenangan percuma dengan mata dan jaringan yang sama
pada perkara (ii)
13.3 Pertukaran pemain

i. Setiap pasukan dibenarkan membuat rolling substitution bagi satu-satu


perlawanan.
ii. Pemain yang telah diganti dibenarkan masuk semula untuk perlawanan
tersebut dalam pengetahuan pengadil.
iii. Pemain yang dikenakan “sinbin” tidak boleh digantikan dengan pemain
lain untuk bermain ketika itu.

13.4 Keputusan Seri

Pada perlawanan kalah mati sekiranya seri tambahan masa 5 minit dan jika
masih seri “toss coin” akan dilakukan sebanyak maksima 3 kali oleh pengadil
pertandingan ( “toss coin dengan 2 kemenangan ).

13.5 Persamaan Mata

i. Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama bagi


pasukan yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya maka
Perbezaan gol (try – kena) yang lebih besar dikira pemenang.
ii. Jika perbezaan gol masih sama, jumlah try terbanyak dikira pemenang.
iii. Jika masih seri pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang terlibat di
dalam peringkat kumpulan akan dikira pemenang.
iv. Jika masih seri pasukan yang paling banyak menang di peringkat
kumpulan akan dikira pemenang.
v. Jika maih seri urusetia akan mengambil keputusan untuk melakukan
“toss coin”.
(2 kemenangan)

13.6 Kiraan Mata

Menang - 3 Mata

Seri - 1 Mata

Kalah - 0 Mata
13.7 Persamaan Warna Jersi

Jika sama maka pasukan kedua yang disebut di dalam jadual pertandingan
dikehendaki menukar jersi. Oleh itu pasukan dinasihatkan membawa 2 set jersi.

13.8 Penarikan Diri

i. Jika terdapat pasukan yang menarik diri pada atau selepas melalui satu
perlawanan, maka keputusan perlawanan lepas yang melibatkan
pasukan tersebut akan dimansuhkan.
ii. Jika menarik diri selepas bermain 2 perlawanan dan seterusnya maka
pasukan ketiga dan seterusnya akan diberikan 3 try.

13.9 Bantahan

i. Bantahan boleh dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan kepada JK


Penganjur 15 minit selepas sesuatu perlawanan yang hendak dibantah
tamat.
ii. Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00 dan tidak
akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat itu gagal.
iii. Bantahan hanya boleh dibuat oleh pasukan yang terlibat dengan
perlawanan tersebut sahaja.

13.10 Lain-lain

i. Peraturan dan Undang-undang yang tidak disebut di atas adalah


tertakhluk kepada Peraturan dan Undang-undang KRM dan IRB
ii. Pihak Penganjur masih boleh menokok tambah atau mengenakan apa-
apa syarat yang dirasakan relevan dengan pertandingan pada bila-bila
masa dan keputusan tersebut adalah MUKTAMAD.

14. TANGGUNGJAWAB PASUKAN

i. Semua perbelanjaan yang melibatkan pasukan adalah tanggungjawab


pasukan.
ii. Semua masalah keselamatan dan kecederaan pasukan dan pemain
adalah tanggungjawab pasukan sendiri.
iii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di dalam apa juga hal
berkaitan pengurusan dan permasalahan pasukan.
iv. Pihak penganjur ada menyediakan tempat solat, persalinan dan
hendaklah dijaga kebersihannya.

15. PENUTUP

Memandangkan Pertandingan begini adalah pertama kali dilaksanakan dan amat besar
maknanya, maka adalah wajar mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak bagi
menjayakan pertandingan ini.

Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti tetapi semangat ingin bersaing untuk
menang secara bersih, semangat juang yang tinggi, mengeratkan perpaduan dan
persahabatan, menambahkan kenalan di kalangan warga pendidik dan murid sekolah.

Selamat bertanding.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………... ………………………………...

(EN. FAIQ BIN ALWI)


Penyelaras Ragbi B12
MSSD Kulai 2017
Senarai Pengadil yang bertugas semasa Kejohanan Ragbi B12 MSSD Kulai 2017

1. En. Muhammad Lukman bin Zulkifly 790426-08-5937


2. En. Mohamad Nabil bin Mohd Yusoff 900617-08-5133
3. En. Mohd Muizzuddin bin Hassan 910623-12-5545
4. En. Faiq bin Alwi 880510-23-5175
5. En. Mohd Shahrizan bin Abd Aziz 850321-01-5313
6. En. Abdussalam bin Mohd Rosli 850604-11-5739

Senarai nama murid yang bertugas semasa Kejohanan Ragbi B12 MSSD Kulai 2017

1. Muhd Syazwan bin Abdul Razak (5 Bijak)


2. Fathi Fahmi bin Mansur (5 Pandai)
3. Muhammad Akmal Haikal bin Mohd Rosli (5 Cerdik)
4. Muhammad Khwarizmi bin Fadzli (5 Pintar)
5. Muhammad Aisar Iman bin Mohd Hezni (5 Cerdik)
6. Muhammad Afiiq bin Mohd Jufri (4 Mahir)

Senarai semak pembayaran pengadil pertandingan.

BIL NAMA IC TANDATANGAN


1 En. Muhammad Lukman bin Zulkifly 790426-08-5937
2 En. Mohamad Nabil bin Mohd Yusoff 900617-08-5133
3 En. Mohd Muizzuddin bin Hassan 910623-12-5545
4 En. Faiq bin Alwi 880510-23-5175
5 En. Mohd Shahrizan bin Abd Aziz 850321-01-5313
6 En. Abdussalam bin Mohd Rosli 850604-11-5739

You might also like