You are on page 1of 38

PENGGUNAAN LEBAH ELEKTRIK MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 4

DALAM TOPIK KONDUKTOR DAN PENEBAT ELEKTRIK

1.0 PENDAHULUAN

Minat adalah sesuatu yang penting dalam sesi pembelajaran. Minat merupakan sikap atau

tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid berdasarkan sesuatu perkara. Dalam

mata pelajaran Sains terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan minat murid.

Menurut Kamus Dewan (2005) minat adalah keinginan, kesukaan atau kecenderungan

terhadap sesuatu. Minat akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid ketika proses

pembelajaran. Ia juga bergantung kepada cara guru mempelbagaikan kaedah dan teknik

pengajaran supaya boleh mendatangkan minat murid. Pengaplikasian ilmu sains melalui

aktiviti semasa sesi pembelajaran seharusnya mampu mendatangkan minat kepada murid.

Dalam suatu proses pembelajaran peranan guru tidak dinafikan kepentingannya. Guru

perlu bijak memilih strategi pengajaran yang mampu menarik minat murid. Dalam mata

pelajaran Sains, bahan bantu mengajar juga adalah penting untuk membantu

menyampaikan suatu isi pelajaran. Bahan bantu mengajar tersebut mestilah mudah untuk

digunakan, fleksibel, efektif dan menarik minat murid. Lai Kim Leong (2007) pula

menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan

menunjukkan kesungguhan dan pencapaian yang tinggi. Oleh itu minat perlu ditanamkan

dalam diri murid. Keseronokan dalam belajar akan meningkatkan minat dan pencapaian

murid.
1.1 Pengenalan

Sekolah ini terletak di pinggir Bandar Melaka. Lokasinya terletak di kawasan kampung

Bukit Rambai. Walau bagaimanapun, terdapat banyak taman perumahan di sekitar

kawasan sekolah. Enrolmen murid sekolah ini adalah sekitar seribu orang dan jumlah

guru yang ditugaskan untuk mengajar adalah 90 orang guru.

Bilangan kelas bagi setiap aliran darjah ialah sebanyak 5 atau 6 buah kelas. Bilangan

murid dalam kelas pertama adalah paling ramai iaitu sekitar 38 hingga 40 orang murid.

Jumlah murid dalam kelas berkurangan kepada kelas-kelas yang berikutnya. Ini bermakna

bagi kelas yang terakhir, hanya 15 orang murid sahaja diperuntukan disebuah kelas.

Menurut guru besar, dengan jumlah murid yang kecil, guru lebih mudah untuk memberi

perhatian kepada murid yang lemah di dalam kelas.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagaimana biasa sewaktu mengajar tajuk konduktor dan penebat elektrik, saya

menggunakan buku teks sebagai panduan utama untuk menyampaikan isi pelajaran. Saya

dapati beberapa orang murid tidak berminat dengan apa yang saya ajarkan. Mereka tidak

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dijalankan. Semasa sesi

perbincangan diadakan, mereka lebih suka mendiamkan diri dan bersifat pasif. Mereka

tidak menjawab menjawab soalan guru semasa proses pembelajaran tetapi hanya

bercakap dengan rakan sebelah dan ada diantara mereka yang mengelamun.

Sewaktu pengajaran tersebut, saya menggunakan buku teks sebagai panduan utama untuk

menyampaikan isi pelajaran dan menggunakan teknik eksperimen untuk menjalankan

aktiviti.
Apabila saya menyuruh murid membuka buku teks untuk merujuk kepada apa yang bakal

mereka pelajari pada hari tersebut seorang murid telah berkata kepada saya bahawa beliau

bosan dengan buku teks. “ Cikgu ni, asyik-asyik buku teks sahaja, bosanlah cikgu!”.

Kata-kata murid tersebut membuatkan saya tersentak bahawa amalan pengajaran yang

saya amalkan selama ini menyebabkan murid tidak berminat dengan topik pelajaran yang

saya ajari.

Saya cuba mengubah cara pengajaran saya dan saya terpikir untuk menjalankan

eksperimen. Bagi tajuk ini terdapat satu eksperimen yang biasa guru-guru jalankan saban

tahun iaitu eksperimen untuk menguji bahan konduktor dan penebat elektrik dengan

menyambungkan bahan yang diuji pada litar yang dipasang di atas meja bilik sains. Saya

mengharapkan jika saya menjalankan eksperimen tersebut murid akan teruja. Namun apa

yang saya dapati semasa menjalankan eksperimen, beberapa orang murid kelihatan

bercakap-cakap dengan rakan, bermain dan ada diantara mereka yang mengantuk. Mereka

seolah-olah tidak mempedulikan sesi pembelajaran. Mereka leka dengan dunia masing-

masing. Walaupun telah diberi teguran tetapi perubahan mereka hanyalah bersifat

sementara. Selepas beberapa ketika mereka kembali ke sikap asal mereka. Hal ini

menyebabkan mereka tidak fokus terhadap proses pembelajaran seterusnya mereka tidak

dapat menguasai isi pelajaran pada hari tersebut. Saya merasa sangat kecewa dengan

keadaan inikerana ia mendatangkan kesan negatif kepada saya dan murid lain. Saya tidak

dapat mencapai objektif pelajaran pada hari tersebut dan sesi pembelajaran juga tidak

berjalan dengan lancar manakala murid lain juga turut terganggu dengan sikap negatif

sebilangan murid tersebut. Sesuatu pembelajaran yang tidak mencapai objektif dikira

gagal namun boleh diperbaiki dengan mengulang semula pengajaran dengan

menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza.


Isu murid tidak berminat dengan tajuk konduktor dan penebat elektrik telah membuka

minda saya untuk membuat kajian terhadap permasalahan ini. Isu ini telah menjadi

cabaran pada saya kerana jika saya tidak mengatasi masalah ini, ia akan menyebabkan

murid-murid saya tidak menguasai konsep dan tidak dapat menyampaikan isi pelajaran

tersebut.

Saya begitu kesal dan tidak berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak dapat menarik

minat murid saya dalam tajuk konduktor dan penebat elektrik. Walaupun begitu saya juga

cuba mengubah teknik pengajaran dengan cara menyalin nota sebagai penambahan

kepada isi pelajaran yang dipelajari tetapi ia hanya sekadar menyalin tetapi tidak

membawa apa-apa kesan malah bukan semua diantara mereka dapat menyalin dengan

sempurna kerana mereka hanya bercakap dan bermain sesama sendiri. Kesannya nota

tentang tajuk itu tidak dapat disiapkan dan jelas sekali bahawa objektif pelajaran pada

hari itu tidak dicapai dengan baik.

Sebagai seorang guru, saya perlu bersikap prihatin dengan murid-murid tersebut. Peranan

dan tanggungjawab saya adalah besar dalam meningkatkan pencapaian dan memastikan

kemajuan akademik mereka. Saya tidak boleh bersikap ambil mudah terhadap masalah

yang dihadapi di dalam bilik darjah. Masalah yang kecil akan menjadi besar jika tidak

ditangani dengan segera. Murid perlu belajar dan memperoleh ilmu dari guru. Sebagai

seorang guru saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa murid-murid ini dapat

belajar dengan rela hati dan seronok. Ini adalah cabaran saya untuk menangani masalah

yang dihadapi. Oleh itu, saya nekad untuk menjalankan kajian tindakan bagi mencari

punca mengapa murid tersebut tidak berminat dengan tajuk konduktor dan penebat

elektrik.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Kajian tindakan ini membuka peluang kepada saya menjadi lebih kreatif bagi mencapai

objektif pengajaran secara maksimum dengan cara menimbulkan minat murid, mengubah

dan memperbaiki amalan mengajar yang saya amalkan setelah sekian lama. Pada

pendapat saya, minat mampu mempengaruhi tingkah laku positif murid untuk belajar.

Kurangnya minat terhadap sesuatu tajuk tidak boleh dipandang ringan ,kerana hal ini

akan menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.

Secara tidak langsung akan memberi impak yang negatif terhadap guru tersebut. Maka

saya merasa perlu membuat sesuatu bagi meningkatkan minat murid terhadap tajuk

pelajaran yang diajar.

Menurut Ting Suh Ping (2009) , tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mentadbir

mahupun mengurus kelas. Malahan mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih

penting dalam proses pengajaran iaitu menyampaikan ilmu kepada murid. Beliau turut

menyatakan pengajaran guru seharusnya berdaya tarikan dan mampu meningkatkan minat

murid.

Kajian Nuraini Binti Mohamad Nasir & Mohd Rasid Bin Chik (2013) juga mendapati

bahawa guru dapat meningkatkan minat pelajar melalui pelbagai rangsangan seperti nada

yang berubah-ubah, bahan bantu mengajar yang menarik, permainan dan seumpamanya.

Melalui cara ini guru akan dapat meningkatkan minat murid dan rasa ingin tahu murid

terhadap pengajarannya. Murid yang berminat biasanya akan membantu proses

pencapaian objektif pembelajaran. Murid akan memberi tumpuan dan sentiasa

bekerjasama apabila penyampaian yang diberi menarik dan mudah difahami.


Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa menggunakan variasi kaedah mengajar

dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta

membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Beliau

juga turut menyatakan teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk mengajar kanak-

kanak yang berumur 6-11 tahun dalam menyampaikan konsep adalah kaedah bermain

dengan bahan konkrit. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah mengajar yang pelbagai

dan dapat memenuhi keperluan murid tersebut.

Inovasi dalam bahan bantu mengajar juga boleh menambah minat murid. Pengubahsuaian

bahan bantu mengajar yang lama kepada bahan bantu mengajar yang lebih berinovasi dan

kreatif juga dapat mengembangkan bakat murid dari segi reka cipta. Ia lebih fleksibel dan

mudah dikendalikan. Murid juga tidak merasa terbeban dengan penggunaan bahan bantu

mengajar tersebut malah mereka merasa seronok kerana mudah dibina serta mudah

dikendalikan. Pembelajaran yang terbaik adalah apabila kanak-kanak belajar dalam

situasi yang menyeronokkan. Ia seterusnya akan mendatangkan minat dan terus fokus

dalam proses pembelajaran.

Oleh itu saya yakin bahawa inovasi saya terhadap litar elektrik kepada Lebah Elektrik

dapat meningkatkan minat murid tahun 4 dalam tajuk konduktor dan penebat elektrik.

Selain itu penggunaan Lebah Elektrik juga dapat meningkatkan kefahaman murid dalam

tajuk konduktor dan penebat elektrik..


2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah menjalankan

kajian tindakan bagi menangani masalah yang dihadapi murid iaitu murid tidak berminat

dengan tajuk konduktor dan penebat elektrik. Sebelum kajian dilakukan saya telah

membuat tinjauan awal untuk membuktikan masalah ini benar-benar wujud dalam

kalangan murid 4 Cerdas. Selain itu saya juga perlu mengenal pasti punca masalah ini

secara lebih teliti agar kajian tindakan yang dijalankan nanti dapat mengatasi masalah

yang berlaku.

2.1 Isu Kajian

Saya telah menjalankan tinjauan awal untuk memastikan bahawa masalah ini benar-benar

berlaku. Beberapa instrumen yang telah saya gunakan ialah, rekod anekdot, temubual dan

borang soal selidik. Tinjauan awal adalah perkara yang paling utama dalam menjalankan

kajian kerana dari sini saya akan menilai sendiri apa masalah mereka dan mengapa hal ini

berlaku.

Langkah pertama, saya menjalankan pemerhatian awal dengan memerhatikan tingkah

laku murid. Tajuk pengajaran saya pada hari itu adalah konduktor dan penebat elektrik.

Saya menggunakan rekod anekdot dalam melakukan tinjauan awal kajian ini. Pada awal

sesi pembelajaran, saya dapati bahawa mereka masih boleh menumpukan perhatian

terhadap pembelajaran, namun setelah 10 minit pembelajaran dengan menggunakan buku

teks berlangsung, sebilangan murid mula menunjukkan tanda-tanda seperti bosan,

bercakap dan berbual dengan rakan sebelah, membuat kerja-kerja lain, mengantuk dan

akhirnya mereka akan membuat bising. Mereka tidak berminat dengan tajuk pengajaran

yang sedang diajar.


Saya telah menjalankan beberapa sesi temubual. Temubual pertama adalah temubual

secara tidak formal dengan murid-murid .Semasa temubual bersama murid, mereka

menyatakan tajuk konduktor dan penebat elektrik adalah membosankan. Menurut mereka,

saya asyik menyuruh mereka membaca dan menghafal. Ada di antara mereka yang

berkata, “ Asyik-asyik buku teks sahaja”.

Selain itu saya juga telah menemubual guru matapelajaran lain. Saya menemubual dua

orang guru. Guru yang pertama ialah guru matapelajaran Sejarah. Beliau menyatakan,

kumpulan murid ini tidak menunjukkan minat untuk belajar. Menurut beliau, murid

banyak bercakap dengan rakan sebelah. Walaupun telah ditegur dan dinasihatkan namun

mereka masih berbual dan menganggu rakan lain. Kebanyakan mereka tidak berupaya

menjawab soalan guru secara lisan. Sebahagian daripada mereka mengantuk lebih-lebih

lagi apabila kelas selepas waktu rehat.

Guru matematik yang saya temubual pula mengatakan mereka hanya berminat jika beliau

membawa beberapa bahan bantu belajar dalam pembelajaran. Jika tidak, mereka tidak

mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Beliau kerap membawa bahan bantu

belajar bagi menerangkan konsep pengiraan Matematik kerana kumpulan ini adalah

kumpulan murid lemah. Dapatan temubual menunjukkan bahawa jika guru menggunakan

bahan bantu belajar, murid lebih berminat dengan matapelajaran tersebut. Bukan hanya

itu sahaja, kerja-kerja sekolah yang dibekalkan juga dapat dibuat dengan baik.

Langkah ketiga, saya mengumpul dokumen markah murid dari ujian topikal . Saya dapati

murid tersebut mendapat markah yang sangat rendah. 5 orang murid hanya pada paras

lulus. Paras lulus juga adalah pada aras rendah Ini menunjukkan mereka tidak berminat

dengan tajuk konduktor dan penebat elektrik.


Setelah memastikan masalah ini wujud, saya berazam untuk menyelesaikan masalah ini

dengan memilih untuk menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai sebagai intervensi.

Saya berharap pemilihan intervensi yang dapat menyelesaikan masalah murid.

Menurut Ting Len Siong, Ahmad Sabry bin Othman & Ting Hun Yong (2013), pemilihan

bahan bantu mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan dan sesuai

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi

oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran.

Penggunaan bahan bantu belajar adalah sebagai alat pemudahcara untuk membantu dalam

penyampaian pengajaran guru.

Ia bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan

murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan

cepat. Bahan bantu belajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di

kalangan murid-murid. Ini kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian

terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya bahan bantu belajar,

proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengawal disiplin murid dalam kelas.

Bahan bantu belajar yang dibina sendiri oleh guru dapat mencungkil kreativiti guru untuk

menjadikan proses pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Pelbagai aspek perlu

diambil kira dalam pemilihan bahan bantu belajar. Antaranya ialah, bahan bantu belajar

tersebut perlulah bersesuaian dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Ia perlu dititik

beratkan supaya objektif pelajaran dapat dicapai.

Bahan bantu belajar yang dipilih juga hendaklah mudah digunakan dan tahan lama. Ini

menjamin kelancaran penggunaan bahan bantu belajar seterusnya melicinkan proses

pembelajaran. Ketahanan bahan bantu belajar juga dapat menjimatkan kos kerana guru
tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli atau membina bahan bantu belajar itu

semula. Ia boleh digunakan berulang kali. Akhir sekali, pemilihan bahan bantu belajar

yang sesuai perlula dapat menarik minat murid. Apabila murid berminat, maka mudahlah

sesuatu isi pelajaran disampaikan kepada mereka. Sudah tentu fokusnya lebih terarah

kepada bahan bantu belajar yang dibawa oleh guru. Maka objektif pembelajaran mudah

untuk dicapai dengan jayanya.

Saya telah memilih untuk menjalankan kajian tindakan dengan menggunakan Lebah

Elektrik bagi menimbulkan minat murid dalam tajuk konduktor dan penebat elektrik.

Penggunaan lebah elektrik ini mampu menarik minat murid kerana rupanya yang cantik

seakan lebah serta penggunaannya juga mudah dikendalikan oleh murid. Penggunaan

lebah elektrik juga boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan murid untuk

mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik konduktor dan penebat

elektrik.

Tujuan penggunaan lebah elektrik ini adalah untuk menarik minat murid dan

memudahkan murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep

yang betul. Oleh itu, murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu

tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru memilih sesuatu bahan bantu belajar untuk

digunakan dalam pengajaran mereka, mereka seharusnya mempunyai pengetahuan

tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang

sesuai dalam proses pengajaran supaya dapat meninggalkan kesan.


Saya juga berpendapat dan yakin bahawa rawatan Lebah Elektrik bagi masalah minat

murid sesuai dijalankan berdasarkan beberapa kriteria penting dalam kajian tindakan

iaitu kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan

terhadap sekolah.

Dari aspek kebolehtadbiran, kajian ini mudah dilaksanakan kerana ketika ini saya

sedang mengajar murid tahun 4. Saya sentiasa bersemuka denga mereka. Tempoh masa

juga tidak begitu terhad. Bila-bila masa yang saya perlukan untuk kajian ini boleh saya

lakukan. Guru besar sekolah ini telah memberi kerjasama yang baik. Beliau

menggalakkan kajian tindakan dilakukan kepada murid agar dapat merperbaiki amalan

pengajaran guru dan dapat membantu murid supaya berjaya dalam pelajaran. Kajian ini

merupakan hasil kesedaran saya tentang masalah yang murid hadapi. Saya sedar tentang

kepentingan bahan bantu belajar dapat menarik minat murid dalam proses pembelajaran.

Faktor kepentingan terhadap kajian juga amat dititikberatkan. Kajian ini sangat penting

untuk mengelakkan murid dari terus dibelenggu masalah ini. Jika masalah ini dibiar

berterusan maka murid akan terus tidak meminati tajuk pelajaran itu dan ini boleh

mendatangkan kesan jangka panjang kepada murid pada masa depan mereka.

Seperti telah kita alami sekarang ini, dengan ledakan ilmu sains dan perkembangan

teknologi, negara kita terus membangun dan menuju negara maju. Kemajuan sesebuah

negara adalah disebalik kepesatan kemajuan sains dan teknologi. Jika dari peringkat

sekolah murid tidak berminat ini akan menjadi suatu masalah di masa hadapan nanti.

Faktor kebolehgunaan juga diambil kira dalam kajian ini. Hasil kajian yang diperoleh

boleh digunakan untuk menangani masalah yang sama. Kajian ini boleh dijadikan

panduan dan boleh diambil ikhtibar dari masalah yang berlaku supaya tidak berlaku lagi

dikemudian hari.
Saya telah dapat mengatasi masalah ini dengan beberapa aspek kawalan yang baik.

Antaranya ialah, saya sebagai guru yang mengajar murid ini sentiasa ada ketika waktu

mata pelajaran sains berlangsung. Murid-murid tersebut juga tidak bertukar-tukar. Mereka

tetap dalam kelas yang sama. Intervensi yang saya pilih juga berkenaan dengan bahan

bantu belajar. Ia mudah didapati di sekolah ataupun boleh dibina sendiri oleh saya jika

memerlukan.

Faktor seterusnya ialah, kolaboratif ataupun kerjasama. Kolaboratif sentiasa diadakan

tidak kira masa tertentu. Saya sentiasa berhubung dengan pensyarah pembimbing dengan

cara perbincangan mahupun melalui aplikasi-aplikasi internet masa kini. Kolaboratif juga

berlaku dengan rakan-rakan guru di sekolah saya dimana mereka bertindak sebagai

pemerhati dan membantu saya dalam membuat temubual bersama murid. Perbincangan

saya bersama guru matapelajaran lain bagi kelas tersebut juga sangat penting. Itu adalah

satu kolaboratif yang berguna untuk mendapatkan maklumat kumpulan murid yang

sedang dikaji.

Kajian ini sangat releven terhadap sekolah tambah-tambah lagi dengan galakan guru

besar. Kajian ini demi kepentingan anak murid dan masa depannya. Jika murid berminat

dengan tajuk ini maka mereka tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan prestasi

mereka dalam tajuk tersebut. Sedikit sebanyak ia membantu meningkatkan prestasi

mereka seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah umumnya. Minda mereka juga

lebih terbuka dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini juga tidak ketinggalan

di masa hadapan. Selain daripada itu, saya merasakan kajian ini sangat sesuai dengan

tugas saya sebagai seorang guru demi memperbaiki amalan profesional keguruan saya.
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Isu kajian tindakan saya ialah untuk menimbulkan minat murid dalam tajuk konduktor

dan penebat elektrik dengan menggunakan Lebah Elektrik. Saya memilih isu ini kerana

masalah ini telah menyebabkan objektif pelajaran saya pada hari itu tidak berjaya.

Minat adalah kesedaran seseorang terhadap suatu objek, suatu masalah atau situasi yang

berkaitan dengan dirinya. Kesedaran yang menyebabkan timbulnya perhatian disebut

sebagai minat . Berdasarkan pengertian tersebut minat adalah perhatian , rasa senang ,

harapan dan pengalaman yang dialami oleh murid. Minat terhadap proses pembelajaran

dengan menggunakan bahan yang kreatif dapat menambahkan rasa minat dan perhatian

murid.

Berdasarkan kajian Ab Latip Bin Idris (2005) definisi konsep minat belajar adalah pilihan

kesenangan dalam melakukan kegiatan dan dapat membangkitkan ghairah seseorang

untuk memenuhi kesediaannya dalam belajar. Minat belajar boleh diukur dari aspek

kesukaan, ketertarikan, perhatian dan keterlibatan. Minat sering dihubungkan dengan

keinginan atau ketertarikan terhadap sesuatu yang datang dari dalam diri seseorang tanpa

ada paksaan dari luar.

Christopher Lu Wei Wang (2009) mengungkapkan bahawa minat bermaksud sibuk,

tertarik, atau terlibat sepenuhnya dengan suatu kegiatan kerana menyedari kepentingan

kegiatan itu. Melalui rekaan Lebah Elektrik, ia sudah tentu dapat menarik minat murid

untuk menggunakannya. Ia juga dapat merangsang semangat ingin tahu dan

menyebabkan murid sentiasa ingin meneroka dengan lebih mendalam tentang

penggunaan Lebah Elektrik. Ia sudah tentu dapat mengekalkan perhatian murid dalam

proses pembelajaran. Ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid

dalam tajuk konduktor dan penebat elektrik


Melalui kajian yang dilaksanakan oleh Slameto (2006) minat adalah rasa suka dan rasa

perlu untuk menyertai aktiviti tanpa disuruh. Murid bermotivasi untuk mengambil

bahagian secara aktif. Minat akan menyebabkan mereka terus fokus untuk menjalankan

aktiviti walaupun tanpa disuruh. Hal ini menyebabkan murid akan melakukan aktiviti

secara sukarela.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Zainudin Abu Bakar , Dr Tuan Haji Meor

Ibrahim Kamaruddin dan Tan May Yang (2009) minat mempunyai hubungan yang jelas

dengan tumpuan belajar. Dengan kata lain, minat yang ada dalam diri murid akan

mendorong murid mempelajari pelajaran tersebut secara mendalam. Ia dapat dilihat

melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh murid di dalam kelas semasa pembelajaran.

Hasil dapatan kajian Zulzana Binti Zulkarnain e.t al.(2010). Minat dan sikap murid perlu

dipupuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya pencapaian murid lebih

memberangsangkan. Kesan dari minat dan sikap positif, mampu mendorong murid

berfikiran kritis, bersikap aktif di dalam kelas, boleh berkerjasama dalam kumpulan,

meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Hasil kajian beliau juga

menyatakan minat adalah suatu sifat semulajadi yang ditunjukkan melalui perubahan

tingkah laku murid dan seterusnya dapat mempengaruhi pencapaian akademik murid.

Dapatan kajian yang dijalankan oleh Siti Nurhanim (2006), minat belajar adalah satu

bentuk keaktifan seseorang yang mendorong untuk melakukan sesuatu perkara demi

memperoleh sesuatu perubahan tingkah laku. Seseorang yang memiliki minat terhadap

sesuatu objek, cenderung memberikan perhatian atau merasa senang terhadap objek

tersebut. Hal ini akan menyebabkan murid akan memberi perhatian apabila mereka

berminat terhadap sesuatu perkara.


Hasil dapatan kajian Ting Len Siong, Ahmad Sabry bin Othman & Ting Hun Yong (2013)

menyatakan bahawa, apa yang menarik minat seseorang mendorongnya untuk berbuat

lebih giat dan lebih baik. Minat mampu memberikan dorongan kepada seseorang untuk

berinteraksi dengan dunia luar yang sekiranya menarik untuk diketahui, menyebabkan

semangat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara

yang menarik minatnya.

Hasil dapatan kajian Norma Binti Haji Hassan (2004), juga secara jelas mengambarkan

bahawa minat yang wujud dalam diri murid akan dapat mengekalkan murid untuk terus

berfikir dalam bidang tersebut sehingga berupaya menguasai pelajaran itu. Ini bermakna

minat merupakan salah satu daya penggerak kepada menjamin kejayaan seseorang murid

dalam pelajarannya.

Kajian yang dijalankan oleh Adzman Bin Mohd Jani (2003) menyatakan bahawa

pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan murid dan salah satu

daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti

pembelajaran yang menarik. Salah satu aktiviti adalah dengan menggunakan kaedah

bermain dengan bahan bantu belajar yang bersesuaian kerana bermain dapat menarik

minat murid.

Berdasarkan kajian Charlie Anak Ungang (2008), melalui penggunaan bahan bantu

belajar dalam pengajaran, murid bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan

tetapi murid dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti

tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan

dapat menarik minat murid untuk belajar.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zakiah (2012), penggunaan bahan bantu belajar

dalam sesi pembelajaran yang digunakan sebaik mungkin dapat membantu mencapai
objektif dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid. Beliau

juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pembelajaran

menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Ini dapat

mengekalkan tumpuan murid terhadap sesi pembelajaran.

Oleh itu berdasarkan pembacaan tinjauan literatur telah terbukti bahawa penggunaan

lebah elektrik sebagai bahan bantu belajar dapat meningkatkan minat murid dalam tajuk

konduktor dan penebat elektrik.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian:

3.1.1 Meningkatkan minat murid dalam topik konduktor dan penebat elektrik

dengan menggunakan lebah elektrik ketika proses pembelajaran.

3.1.2 Meningkatkan kefahaman murid dalam topik konduktor dan penebat elektrik

dengan menggunakan lebah elektrik ketika proses pembelajaran.

3.2 Soalan Kajian:

3.2.1 Adakah penggunaan lebah elektrik dapat meningkatkan minat murid dalam

topik konduktor dan penebat elektrik?

3.2.1 Adakah penggunaan lebah elektrik dapat meningkatkan kefahaman murid

dalam topik konduktor dan penebat elektrik?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Bagi kajian tindakan ini, saya menyasarkan sekumpulan murid sekolah rendah tahun 4

yang mempunyai masalah tidak berminat dengan matapelajaran Sains. Mereka terdiri

daripada 5 murid tahun 4 Cerdas. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2

orang murid perempuan. Mereka semuanya berasal dari negeri Melaka dan tinggal di

kawasan Bukit Rambai dan Tanjung Minyak. Mereka dari keluarga yang berpendapatan

sederhana dan miskin. Ade juga diantara mereka yang anak yatim serta keluarga yang

bercerai-berai.

Prestasi matapelajaran sains pada umumnya dikategorikan sebagai lemah. Hanya 3 orang

sahaja lulus pada peperiksaan pertengahan tahun manakala 2 orang lagi gagal. Markah

yang tertinggi di kalangan mereka cuma 66% markah manakala gagal yang paling lemah

adalah sebanyak 20% markah.


5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Selepas melakukan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta mengenal pasti punca

sebenar masalah yang wujud, saya ingin mengambil inisiatif untuk menjalankan

intervensi dengan menggunakan Lebah Elektrik. Saya mendapat idea selepas menyelak-

nyelak buku teks Sains Tahun 4 dan terlihat manual pembinaan Kumbang Elektrik di

dalam buku teks tersebut. Saya terfikir untuk menggunakannya sebagai intervensi

tambahan pula masalah murid adalah berkenaan dengan tajuk konduktor dan penebat

elektrik.

Saya mengambil keputusan untuk menukarkan nama Kumbang Elektrik kepada Lebah

Elektrik kerana murid lebih mengenali lebah berbanding kumbang. Ini adalah kerana sifat

lebah itu sendiri sebagai binatang pemangsa yang biasa menonjolkan diri dan aktif serta

menarik. Berbeza pula dengan kumbang. Kumbang lebih bersifat pasif, selalu rebah dan

berpura-pura mati apabila diganggu pemangsa. Saya ingin menerapkan sikap aktif lebah

dalam diri murid supaya mencontohi kelakuan aktif lebah.

Lebah elektrik adalah alat untuk mengesan sesuatu bahan itu sama ada konduktor atau

penebat. Ia direka secara kreatif dimana murid suka melihatnya kerana ia berupa seekor

lebah yang comel.

Penggunaannya sangat mudah dan praktikal dimana murid boleh membawanya kemana-

mana sahaja untuk mengesan bahan konduktor dan penebat elektrik. Ia tidak perlu di buka

dan dipasang setiap kali ingin menggunakannya. Ianya sangat mudah dan dapat

menjimatkan masa untuk memasang satu litar lengkap bagi mengesan bahan konduktor

dan bahan penebat elektrik.


Cara penggunaan lebah elektrik adalah sangat mudah iaitu dengan menyentuhkan kedua-

dua hujung wayar iaitu sesungut lebah kepada bahan yang hendak diuji. Jika bahan itu

adalah bahan konduktor maka mentol pada kepala lebah akan menyala. Tetapi jika bahan

tersebut adalah penebat, mentol pada kepala lebah tidak akan menyala.

5.1 (a) Membina lebah elektrik

Kaedah rawatan yang pertama yang bakal saya lakukan ialah membina lebah elektrik.

Kaedah rawatan ini saya guna terlebih dahulu untuk menerangkan konsep litar lengkap

dalam lebah elektrik dan bagaimana ia berfungsi. Selain itu, murid dapat meneguhkan

konsep litar lengkap dalam pembinaan lebah elektrik. Murid perlu mengenal pasti

komponen-komponen dalam suatu litar supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.

Bil Bahan Kuantiti

1 Bateri Saiz D 5 biji

2 Wayar 3 meter

3 Plastisin 1 paket

4 Mentol 5 biji

5 Kertas warna 5 helai

6 Kerajang aluminium 1 gulung

Jadual 1

Jadual di atas menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina lebah elektrik.

Lebah elektrik akan dibina sebanyak 5 set untuk 5 orang murid. Murid akan membina

lebah elektrik itu sendiri berdasarkan manual pembinaan lebah elektrik. (Rujuk lampiran)

5.1 (b) Eksperimen


Rawatan kedua yang ingin saya jalankan ialah melaksanakan eksperimen untuk

mengenal pasti bahan konduktor dan penebat elektrik. Eksperimen ini dijalankan dengan

menggunakan lebah elektrik. Murid tidak perlu membina litar untuk menguji bahan-

bahan tersebut tetapi hanya menggunakan lebah elektrik sahaja. Murid dikehendaki

menyentuh sesungut lebah elektrik ke bahan-bahan yang hendak diuji dan melihat sama

ada mentol menyala atau tidak. (Rujuk lampiran)

Selepas mengetahui bahan konduktor dan penebat melalui eksperimen tersebut, murid

dikehendaki untuk mengumpulkan dan mengelaskan bahan-bahan tersebut mengikut

kumpulan dan mempersembahkan hasil eksperimen di hadapan kelas. Semasa

menjalankan eksperimen lebah elektrik, rakaman akan dibuat untuk melihat reaksi murid

sama ada berminat atau tidak.

5.1 (c) Permainan Ronda-Ronda

Rawatan yang ketiga yang ingin saya lakukan ialah Permainan Ronda-Ronda dengan

lebah elektrik. Permainan ini bertujuan untuk mencari dan mengumpulkan sebanyak

mungkin bahan kondoktor yang dijumpai disekitar sekolah dalam masa 5 minit. Murid

akan menerima kad arahan dan menerima seekor lebah elektrik bagi setiap murid. Murid

yang terlibat adalah 5 orang sahaja. Lebah elektrik akan di periksa terlebih dahulu

tentang kesediaan penggunaannya. Sekiranya tidak berfungsi mereka hendaklah

memeriksa dan membetulkannya terlebih dahulu. Berikut adalah kad arahan tugasan

yang akan mereka terima. Murid akan memulakan permainan ini selepas tiupan wisel

dan akan tamat setelah guru meniupkan kembali wisel tersebut. Murid yang

mengumpulkan bahan konduktor terbanyak dikira pemenang.


KAD ARAHAN TUGASAN

Anda dikehendaki untuk mengumpulkan bahan konduktor sebanyak


mungkin yang berada di sekitar sekolah dalam masa 5 minit dengan
menggunakan lebah elektrik.

Kad Arahan Tugasan

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Pelaksanaan kajian tindakan ini disempurnakan dengan pengumpulan data selepas

melaksanakan intervensi. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan dua kaedah

pengumpulan data. Kaedah tersebut ialah kaedah pemerhatian dan temubual.


6.0.1 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian semasa proses pembelajaran berlangsung.

Pemerhatian dalam kajian ini telah dijalankan dengan cara merakam video dan gambar

serta senarai semak . Pemerhatian ini dijalankan semasa proses pembelajaran dengan

menggunakan lebah elektrik. Seorang rakan guru telah membantu saya dalam mengambil

gambar dan membuat catatan pemerhatian. Video rakaman tersebut dilihat berulang kali

untuk melihat perubahan tingkah laku kelima-lima murid yang dikaji, sama ada berminat

dengan tajuk pelajaran hari itu. Guru menggunakan senarai semak individu untuk

memastikan sama ada mereka berminat atau tidak. Berikut adalah item-item yang

menunjukkan minat murid semasa proses pembelajaran.

6.0.1.1 Item Pemerhatian

1. Fokus dalam melaksanakan aktiviti.

2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti.

3. Berkeyakinan dalam menjawab soalan guru.

4. Berani berkongsi pendapat.

5. Bersungguh-sungguh melaksanakan ak

6.0.2 Temu Bual

Cara pengumpulan data yang kedua adalah berbentuk temubual berstruktur. Selepas

menjalankan intervensi, guru telah memanggil seorang demi seorang murid kajian untuk

ditemubual. Guru menyoal murid berdasarkan beberapa soalan yang telah disediakan.

Jawapan murid telah ditandakan di dalam borang temubual tersebut. Terdapat 8 soalan
yang perlu dijawab oleh murid. Soalan-soalan yang dibentuk adalah mudah untuk

difahami. Ia tidak membebankan murid untuk berfikir dengan mendalam semasa

menjawab soalan temubual ini. Temubual ini dibuat untuk mendapatkan maklum balas

murid mengenai lebah elektrik yang digunakan selepas intervensi dilaksanakan.(Rujuk

Lampiran).

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA INTERPRETASI

Dalam bahagian ini saya akan membincangkan tentang analisis data yang telah diperoleh

berdasarkan kajian ini.

7.1 Analisis Pemerhatian : Borang Senarai Semak


Pemerhatian ini telah dijalankan oleh guru yang berpengalaman iaitu ketua panitia sains

sekolah saya. Semasa aktiviti dijalankan, rakaman video dibuat supaya guru yang

memerhati dapat melihat berulangkali terhadap seorang demi seorang murid yang sedang

menjalankan aktiviti. Guru tersebut menggunakan borang senarai semak untuk melihat

sejauh mana minat mereka terhadap topik yang dipelajari. (rujuk lampiran 9).

Pemerhatian dibuat berdasarkan beberapa item dalam menentukan minat.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati penggunaan Lebah Elektrik telah

memberi kesan positif terhadap minat murid. Ini kerana sepanjang tindakan dijalankan

saya melihat mereka fokus dalam melaksanakan aktiviti. Tumpuan mereka terarah kepada

penggunaan Lebah Elektrik semasa proses pembelajaran. Melalui pemerhatian, saya juga

mendapati mereka menunjukkan minat untuk belajar sekiranya menggunakan bahan

bantu belajar yang menarik. Berikut adalah hasil analisis senarai semak pemerhatian

berdasar item

7.1.1 Analisis Item Senarai Semak No 1

Perkara Bilangan Murid

Ya Tidak

1. Fokus dalam melaksanakan aktiviti 5 0

Interpretasi Analisis Data Item No 1

Item senarai semak No 1 ini adalah berkenaan dengan fokus murid semasa melaksanakan

aktiviti dengan menggunakan Lebah Elektrik. Berdasarkan data di atas di dapati bahawa

kelima-lima murid tersebut fokus dalam menjalankan aktiviti. Ini menunjukkan reaksi

positif terhadap intervensi yang dijalankan.


7.1.2 Analisis Item Senarai Semak No 2

Perkara Bilangan Murid

Ya Tidak

2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti. 5 0

Interpretasi Analisis Data Item No 2

Item senarai semak No 2 ini menunjukkan penglibatan murid dalam aktiviti dengan

menggunakan Lebah Elektrik. Berdasarkan analisis tersebut didapati bahawa semua murid

kajian melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti. Ini menunjukkan apabila mereka

berminat maka mereka akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti.

7.1.3 Analisis Item Senarai Semak No 3

Perkara Bilangan Murid

Ya Tidak

3. Berkeyakinan dalam menjawab soalan guru 5 0

Interpretasi Analisis Data Item No 3

Item senarai semak No 3 ini menunjukkan keyakinan murid dalam menjawab soalan guru.

Berdasarkan jadual analisis di atas menunjukkan semua murid kajian berasa yakin dalam

menjawab soalan guru. Murid-murid ini juga bersungguh-sungguh menjawab soalan

berdasarkan aktiviti berkenaan. Ini menunjukkan mereka berminat dengan tajuk

konduktor dan penebat elektrik dengan penggunaan Lebah Elektrik.

7.1.4 Analisis Item Senarai Semak No 4


Perkara Bilangan Murid

Ya Tidak

4. Berani berkongsi pendapat 5 0

Interpretasi Analisis Data Item No 4

Item senarai semak No 4 ini menunjukkan keyakinan keberanian murid dalam berkongsi

pendapat. Berdasarkan jadual analisis di atas menunjukkan semua murid berani

menyatakan pendapat individu masing-masing. Murid-murid ini juga berebut-rebut untuk

memberi pendapat tentang aktiviti yang mereka lakukan. Ini menunjukkan mereka

berminat menggunakan Lebah Elektrik.

7.1.5 Analisis Item Senarai Semak No 5

Perkara Bilangan Murid

Ya Tidak

5. Bersungguh-sungguh melaksanakan aktiviti. 5 0

Interpretasi Analisis Data Item No 5

Item senarai semak No 5 ini menunjukkan kesungguhan murid dalam melaksanakan

aktiviti. Berdasarkan jadual analisis di atas menunjukkan semua murid bersungguh-

sungguh dan cuba melaksanakan aktiviti sebaik mungkin. Murid juga menunjukkan
kerjasama yang baik semasa aktiviti. Ini menunjukkan mereka berminat dengan tajuk

konduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan Lebah Elektrik.

Melalui rekod pemerhatian yang telah dijalankan saya mendapati bahawa kesemua item

pemerhatian yang menunjukkan minat berjaya dicapai oleh semua murid. Semua murid

berminat dengan tajuk konduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan Lebah

Elektrik. Semasa menjalankan intervensi murid-murid tersebut kelihatan fokus dan

melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti. Mereka juga menunjukkan keyakinan yang

tinggi dalam menjawab soalan guru. Ada juga murid yang kerap bertanya. Ini

menunjukkan ia dapat meningkatkan semangat ingin tahu murid.

Selain itu, mereka berani berkongsi pendapat tentang pengalaman yang baru mereka

tempuhi dan berjaya mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid.

Ini menunjukkan mereka memahami tajuk konduktor dan penebat elektrik. Kesungguhan

murid juga dapat dilihat melalui aktiviti yang dijalankan. Situasi seperti ini tidak mungkin

berlaku sekiranya saya tetap menggunakan kaedah pengajaran seperti sebelum intervensi

kerana murid tidak akan memberi perhatian terhadap sesi pembelajaran. Melalui

pemerhatian ini saya dapati bahawa penggunaan Lebah Elektrik berjaya meningkatkan

minat murid untuk mempelajari tajuk konduktor dan penebat elektrik. Ini telah dibuktikan

melalui datadata dalam analisis pemerhatian.

7.2 Analisis Temubual : Borang Senarai Semak

Temubual ini telah dibantu oleh ketua panitia sains sekolah saya. Temubual yang

dijalankan adalah secara temubual berstruktur dimana terdapat 8 soalan yang di


kemukakan. Guru bertanggungjawab untuk menandakan jawapan murid sama ada ya

atau tidak pada ruangan yang disediakan. Murid ditemubual secara individu oleh guru.

Contoh borang senarai semak temubual boleh dirujuk pada lampiran. Berikut adalah hasil

dapatan analisis temubual yang telah dilaksanakan.

Bil Item Temubual Bilangan Murid

Ya Tidak

1. Adakah kamu meminati tajuk pelajaran ini? 5 0

2. Adakah kamu merasa seronok semasa mempelajari tajuk ini? 5 0

3. Adakah kamu bermain ketika guru sedang mengajar? 0 5

4. Adakah kamu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran 5 0

kamu di dalam kelas?


5. Adakah kamu merasa bosan untuk mempelajari tajuk konduktor dan 0 5

penebat elektrik?
6. Adakah kamu berminat untuk menggunakan ‘Lebah Elektrik’ dalam 5 0

tajuk ini?
7. Adakah kamu yakin untuk mengendalikan sendiri ‘Lebah Elektrik’ 5 0

semasa melakukan aktiviti ini?


8. Adakah kamu memahami konsep konduktor dan penebat elektrik 5 0

dengan menggunakan ‘Lebah Elektrik’?

Interpretasi Analisis Data Item Temubual

Merujuk kepada jadual diatas, selepas intervensi dijalankan murid telah ditemubual untuk

mendapatkan maklum balas daripada murid tentang minat mereka terhadap tajuk

konduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan lebah elektrik. Berdasarkan item
temubual yang pertama iaitu pertanyaan berkenaan dengan minat didapati bahawa semua

murid kajian menyatakan bahawa mereka berminat dengan tajuk ini. Ada dikalangan

mereka menyatakan mereka ingin mengulangi aktiviti ini sekali lagi. Ini menunjukkan

mereka berminat dengan tajuk pelajaran ini.

Berdasarkan item temubual yang kedua iaitu berkenaan dengan perasaan mereka semasa

mempelajari tajuk konduktor dan penebat elektrik. Semua murid kajian menyatakan

mereka seronok malah ada diantara mereka yang menyatakan mereka sangat seronok

sehingga ingin meneruskan aktiviti ini walaupun peruntukan masa yang ditetapkan bagi

aktiviti tersebut sudahpun tamat. Ini menunjukkan mereka seronok semasa menjalankan

aktiviti.

Bagi item temubual yang ketiga pula, mereka ditanyakan tentang kelakuan mereka sama

ada mereka bermain atau tidak semasa aktiviti. Semua murid menjawab mereka tidak

bermain tetapi mereka menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh tanpa membuat

kerja lain. Mereka kelihatan komited dalam tugas masing-masing. Hal ini menunjukkan

betapa mereka berminat dengan tajuk pelajaran sehingga tidak pedulikan hal-hal lain yang

boleh menganggu mereka.

Item temubual yang keempat pula adalah berkaitan dengan tumpuan mereka semasa di

dalam kelas. Semua murid kajian menjawab bahawa mereka memberikan tumpuan yang

sepenuhnya ketika menjalankan aktiviti. Ini dapat dilihat semasa mereka sedang

menjalankan aktiviti. Mereka fokus dalam melaksanakan aktiviti dan menunjukkan sikap

positif di dalam kelas.

Bagi item temubual yang kelima pula, murid ditanya berkenaan dengan rasa bosan semasa

aktiviti. Dengan pantasnya, mereka menjawab mereka tidak bosan malah sentiasa peka dan

memberikan sepenuh perhatian pada aktiviti yang mereka lakukan. Ini jelas menunjukkan
bahawa apabila mereka berminat maka mereka tidak akan merasa bosan untuk

mempelajari tajuk ini malah sentiasa cuba untuk memahami tajuk ini dengan lebih

mendalam.

Item temubual yang keenam pula adalah berkaitan dengan penggunaan Lebah Elektrik.

Murid kajian menyatakan bahawa mereka berminat menggunakan Lebah Elektrik malah

ada yang menjawab bahawa mereka suka dengan Lebah Elektrik dan ingin memilikinya.

Ini menunjukkan Lebah Elektrik telah mendatangkan minat murid untuk mempelajari

tajuk konduktor dan penebat elektrik.

Item temubual yang ketujuh pula berkaitan dengan keyakinan mereka untuk

menggendalikan Lebah Elektrik. Mereka menyatakan bahawa mereka sangat berkeyakinan

untuk mengendalikan Lebah Eletrik malah berupaya memperbaikinya jika ianya tidak

berfungsi. Ini adalah kerana, mereka sendiri yang membinanya dan tahu menyelesaikan

masalah jika ia tidak berfungsi. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan minat murid untuk

menggunakan Lebah Elektrik malah dapat mengasah bakat kreativiti murid dalam

mencipta inovasi baru malah membuka minda murid bertindak untuk menyelesaikan

masalah.

Item temubual yang terakhir adalah tentang kefahaman konsep tajuk yang dipelajari.

Semua murid menyatakan bahawa mereka memahami konsep tajuk iaitu konduktor dan

penebat elektrik. Ini menunjukkan bahawa apabila mereka berminat dengan tajuk

konduktor dan penebat elektrik maka mereka akan fokus dalam pembelajaran. Ini akan

menyebabkan mereka mudah untuk menguasai tajuk tersebut. Ini dibuktikan apabila

mereka dapat menyebut kembali bahan konduktor dan penebat elektrik selepas sesi

pembelajaran.
8.0 RUMUSAN

Penggunaan Lebah Elektrik didapati telah mendatang kesan positif bagi meningkatkan

minat murid untuk mempelajari tajuk konduktor dan penebat elektrik. Melalui dapatan

saya setelah intervensi dijalankan minat murid telah menyebabkan banyak perubahan

tingkah laku yang positif telah ditunjukkan oleh murid. Ini membuktikan bahawa

penggunaan Lebah Eletrik telah meningkatkan minat murid tahun 4 dalam tajuk

konduktor dan penebat elektrik.

Melalui pemerhatian, saya dapati Lebah Elektrik bukan sahaja dapat meningkatkan minat

murid untuk mempelajari tajuk konduktor dan penebat elektrik malah telah berjaya

meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk ini. Ini adalah kerana setelah intervensi

dijalankan semua murid kajian telah boleh mengenalpasti bahan konduktor dan penebat

elektrik dan boleh mengelas bahan-bahan tersebut mengikut kumpulan konduktor atau

penebat. Mereka juga dapat menjawab soalan guru secara spontan.


Lebih membanggakan salah seorang murid telah merekacipta sebuah rumah berunsurkan

straw dan memasang litar elektrik bagi menyalakan sebiji mentol. Beliau telah

memasangkan jarum peniti sebagai penyambung wayar kepada bateri dan menyatakan

bahawa jarum tersebut boleh ditukar ganti dengan bahan konduktor yang lain seperti

paku, duit syiling dank lip kertas. Ini menunjukkan bahawa beliau telah memahami

sepenuhnya tentang konsep konduktor dan penebat elektrik. Ini membuktikan apabila

murid berminat mereka akan meneroka lebih jauh untuk menpelajari tajuk ini malah

boleh mengaplikasikan sendiri isi pelajaran dengan membuat rekacipta melalui idea

mereka sendiri.

Saya amat berpuas hati dengan kajian yang saya jalankan dan berdasarkan data analisis

saya mendapati bahawa penggunaan lebah elektrik telah berjaya meningkatkan minat

murid tahun 4 dalam topik konduktor dan penebat elektrik. Hasil kajian ini menunjukkan

bahawa objektif dan soalan kajian telah dapat dijawab. Soalan kajian saya ialah:

1) Adakah penggunaan Lebah Elektrik dapat meningkatkan minat murid dalam

topik konduktor dan penebat elektrik?

Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan intervensi, penggunaan Lebah

Elektrik telah berjaya meningkatkan minat murid dalam tajuk konduktor dan penebat

elektrik. Ini telah dibuktikan melalui senarai semak pemerhatian yang telah

dilaksanakan oleh guru pemerhati. Murid telah menunjukkan tingkah laku positif

semasa melakukan aktiviti dengan menggunakan Lebah Elektrik. Tingkah laku positif

yang dimaksudkan adalah murid kelihatan fokus dalam menjalankan aktiviti serta

melibatkan diri secara aktif. Murid juga menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam

menjawab soalan guru serta berani berkongsi pendapat masing-masing. Selain itu

mereka juga seronok dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan aktiviti. Ini


membuktikan bahawa murid berminat dengan tajuk konduktor dan penebat elektrik

dengan penggunaan Lebah Elektrik.

Selain itu, murid-murid turut memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya

menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini kerana mereka sangat teruja dengan

penggunaan Lebah Elektrik. Reaksi positif mereka telah membuktikan bahawa kajian

saya berjaya meningkatkan minat murid dalam tajuk konduktor dan penebat elektrik.

Motivasi murid untuk belajar turut meningkat kerana melalui pemerhatian yang

dijalankan murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dan sentiasa bekerjasama

sepanjang kajian dijalankan.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Semasa melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya mendapati terdapat beberapa aspek

yang boleh dipertingkatkan. Di masa hadapan saya masih berminat untuk menggunakan

Lebah Elektrik dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, saya berpendapat

bahawa terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki

segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam penyelidikan tindakan ini. Untuk

tujuan itu, saya mempunyai beberapa cadangan untuk kajian akan datang. Antaranya

ialah:

a. Mengukuhkan sambungan litar dalam Lebah Elektrik

Dalam penyelidikan tindakan ini, binaan Lebah Elektrik kerap kali mengalami kegagalan

fungsi kerana sambung antara mentol dan bateri tidak begitu baik. Oleh itu, pada masa

akan datang saya ingin menggunakan bahan lain sebelum menggunakan plastisin untuk
melekatkan mentol dan bateri. Hal ini penting untuk melancarkan penggunaan Lebah

Elektrik semasa melakukan aktiviti.

b. Membina Lebah Elektrik secara kekal dengan jumlah yang lebih banyak

Tajuk konduktor dan penebat elektrik sangat sinonim dengan ekperimen menguji dan

mengenal pasti bahan konduktor dan penebat elektrik. Oleh yang demikian, pembinaan

Lebah Elektrik secara kekal dengan jumlah yang lebih banyak akan memudahkan proses

pelaksanaan eksperimen tersebut. Penggunaannya lebih mudah, sangat fleksibel dan

murid mudah memahami tentang cara penggunaannya.

c. Mempelbagaikan aktiviti dengan menggunakan Lebah Elektrik

Selain itu, saya akan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih menarik untuk

memeriahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya laksanakan.

Contoh kaedah pengajaran adalah seperti, simulasi , kerja lapangan serta projek dan

tinjauan dengan menggunakan Lebah Elektrik. Ini akan menyebabkan murid lebih

seronok dan memahami tajuk yang dipelajari.


10.0 RUJUKAN

Dewan Bahasa & Pustaka. Buku Teks Sains Tahun 4. Putrajaya:Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ting Len Siong, Ahmad Sabry bin Othman & Ting Hun Yong (2013). Penyelidikan Tindakan
dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Christopher Lu Wei Wang (2009). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam
Pengajaran Subjek Sains Tahun 3: IPG Kampus Batu Lintang.

Norma Binti Haji Hassan (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dengan Minat Pelajar Tahun Lima. Universiti Perguruan Sultan Idris.
Lai Kim Leong (2007). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Matematik Di Sekolah Rendah. IPG Kampus Batu Lintang.

Ting Suh Ping (2009). Meningkatkan Minat Murid dan Pembelajaran Sains Murid Tahun
Tiga Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT. IPG Kampus
Batu Lintang.

Zakiah Binti Osman. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran.Politeknik Sultan Abdul Halim
Muad’zam Shah.

Charlie Anak Ungang. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian .
IPG Batu Lintang.

Mok Soon Sang.(2009).Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zulzana Binti Zulkarnain e.t al. (2010). Hubungan Antara Minat, Sikap Dengan Pencapaian
Pelajar Dalam Kursus CC301-Quantity Measurement.Politeknik Port Dickson.

Siti Nurhanim Binti Abdul Halim .(2006). Kajian Mengenai Aspek-Aspek Yang
Mempengaruhi Minat Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Kimia
KBSM Di Kawasan Bandar Dalam Daerah Kota Setar, Kedah. Universiti Teknologi
Malaysia.

Ab Latip Bin Idris .(2005). Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pencapaian Bacaan
Mekanis di Kalangan Murid Tahun Tiga. Universiti Pertanian Malaysia.

Nuraini Binti Mohamad Nasir & Mohd Rasid Bin Chik. Meningkatkan Minat Murid Tahun 5
Dalam Tajuk ‘Kitar Air’ Dengan Menggunakan Kit Pembelajaran “Ain Monopoly
Game”. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Zainudin Abu Bakar, Dr Tuan Haji Meor Ibrahim Kamaruddin, & Tan May Yang. (2009).
Pengaruh Sikap, Minat, Pengajaran guru, Dan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian
Matematik Pelajar.Universiti Teknologi Malaysia.

Nabilah Binti Yusof. Penggunaan Model Dolly Membantu Meningkatkan Kefahaman Dan
Minat Murid Tahun 4 Bagi Tajuk Proses Pernafasan Manusia. IPG Kampus Dato’
Razali Ismail.

Slameto .(2006). Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya. Cet. II Jakarta: Rineka
Cipta.

Adzman Bin Mohd Jani (2003). Penggunaan ABM Di dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pelajaran, Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Seremban
Timur. Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like