You are on page 1of 13

Kemahiran

Maklumat
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan


ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.
Mengenal pasti sumber pembelajaran, cara mendapatkan maklumat daripada
temu ramah, membuat rujukan, mengenal maklumat dalam buku, dan cara
merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada
kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid.

i. Definisi Maklumat

Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran,


fakta, keterangan, maklumat atau cerita
tentang sesuatu perkara atau seseorang.

ii. Definisi Kemahiran Maklumat

Keupayaan seseorang mengenal pasti


keperluan maklumat mencari dan
mengumpulkan, mengurus dan mengolah
maklumat dan membekalkan maklumat bagi
memenuhi keperluan tertentu.

25
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

iii. Mengenal Pasti Sumber Pembelajaran

Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton.
Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu:

x Sumber yang berasaskan manusia


(Contohnya: ibu bapa, guru, pakar bidang, rakan)

x Bahan bercetak (contohnya: akhbar, buku, majalah, ensiklopedia,


atlas, almanak, kamus, direktori, buku tahunan, buku panduan,
buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks).

x Bahan audiovisual (contohnya: piring hitam, radio, pita video,


kaset video, mikrofis, filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser).

x Sumber berasaskan komputer (contohnya: disket, CD ROM, dan


Internet).

Setiap sumber maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan


kelemahan sebagai akibat sifat fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaan
bahan tersebut. Walau bagaimanapun, faktor penentu ialah kuantiti dan
kualiti maklumat yang terkandung dalam sesuatu sumber.

iv. Jenis Sumber/Bahan

1..Jurnal 13. Buku Tahunan


2.Laporan 14. Almanak
3.Kertas Kerja 15. Indeks
4. Paten 16. Abstrak
5.Standard/Piawaian 17. Bibliografi
6.Tesis/Disertasi 18. Ulasan/Resensi
7.Katalog Perdagangan 19. Direktori
8.Ensiklopedia 20. Biografi
9.Kamus 21. Buku Panduan /Manual
10.Tesaurus 22. Pangkalan Data Dalam Talian
11.Atlas 23. Internet
12.Gazetiar 24. CD-ROM

26
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

v. Mengenal Pasti Masalah Dan Maklumat


Yang Diperlukan

• Memahami tugasan
• Menggunakan pelbagai sumber rujukan
• Membaca (secara imbasan dan luncuran)
pelbagai maklumat
• Membina soalan asas
• Menentukan maklumat yang diperlukan
• Mengenal pasti skop sumber
• Membuat sumbang saran untuk mentafsir
dan mentafsir semula masalah

vi. Menilai Dan Mengumpulkan Maklumat

• Gunakan teknik imbasan dan luncuran.


• Pilih bahan, baca, dengar dan tonton.
• Pastikan sumber sama ada sumber primer
atau sekunder.
• Mentafsir maklumat visual seperti graf,
peta dan carta.
• Kumpulkan buktii alasan dan butiran yang
dapat menyokong pandangan/hujah.
• Menilai sumber maklumat dan laman web
untuk mendapatkan yang tepat, boleh
dipercayai, diperakui, dan sesuai dengan
tugasan.

27
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

vii. Kemahiran Menemu Ramah

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu


seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan
atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

Tentukan maklumat yang diperlukan.


™

Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak


™
ditemu ramah.

Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan


™
maklumat yang dikehendaki (latar belakang
tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).

Buat temu janji dengan tokoh (tarikh, masa


™
dan tempat).

Sediakan dan susun soalan untuk


™
mencungkil maklumat yang dikehendaki.

Sediakan alat perakam, kamera dan


™
sebagainya mengikut keperluan.

28
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Tepati janji temu.


™

Beradab dan gunakan bahasa yang santun


™
(memperkenalkan diri, menggunakan gelaran
dan ganti nama diri yang betul, menyatakan
tujuan, dan mengucapkan terima kasih).

Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika


™
tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.

Adakan hubungan mata dan mendengar


™
dengan penuh perhatian.

Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah


™
suai soalan jika perlu.

Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam


™
buku catatan.

Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh


™
(gambar foto dan lain-lain).

™Teliti semula maklumat yang dicatat dan


dirakamkan.

™Rangka persembahan maklumat dan tulis


draf pertama.

™Lengkapkan persembahan dengan


mendapatkan maklumat tambahan
daripada sumber lain atau hubungi orang
yang ditemu ramah semula.

™Lengkapkan persembahan dengan bahan


grafik, gambar, lampiran dan senarai
rujukan.

29
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

viii. Kemahiran Membuat Rujukan

Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang


perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan
maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.

Kaedah Mengesan Maklumat & Merujuk


Bahan di Pusat Sumber Perpustakaan

dengan
menggunakan kad
katalog
dengan dengan
alat baca komputer
mikrofis OPAC.
yang berasaskan
sistem pengelasan
yang tertentu
misalnya Library of
Congress atau
Sistem Perpuluhan
Dewey

Menggunakan Laci Kad Katalog

x laci kad pengarang


Ada tiga jenis laci kad katalog x kad perkara
x kad judul

Anda boleh menggunakan satu daripada laci tersebut berdasarkan maklumat


yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara atau / dan judul.
Anda boleh menggunakan mana-mana laci yang anda ada maklumatnya.

30
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem


Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh
kelas maklumat iaitu:

000-099 Karya Am
100-199 Falsafah
200-299 Agama
300-399 Sains Kemasyarakatan
400-499 Bahasa
500-599 Sains Tulen
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian dan Hiburan
800-899 Kesusasteraan
900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi

ix. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman


judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar
kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu.

Pada kulit hadapan tertera tajuk buku dan nama Penterjamahan


pengarang. oleh
A.M.Mohd.Ali
Virginia M.
Hooker

Pada halaman judul terdapat maklumat tentang


judul buku, judul kecil, nama pengarang Sejarah
sepenuhnya, nama penyunting (jika ada) dan Melayu-Islam
nama penerbit. Virginia M.
Hooker

31
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Pada bahagian halaman verso (belakang halaman ISBN 983-622-2123-9


judul) terdapat maklumat hak cipta, tahun hak cipta,
Cetakan Pertama
tempat terbitan, catatan tentang halangan menyalin 1991
semula, alamat penerbit dan maklumat Karya –V.M. Hooker
pengkatalogan iaitu nombor kad katalog. Terjemahan: A.M.
Mohd.
Penerbitan: DBP
Dicetak oleh DBP

Bertentangan dengan halaman ini kadangkala


disertakan pengenalan atau kata aluan. Untuk
mengingati
guru-guruku.

Kandungan
Jadual kandungan ialah bahagian yang penting
dalam buku. Dalamnya terkandung nama bab, Pengenalan 1
nama tajuk, perincian tajuk dan halaman Masa Lalu dan Kini 3
yang selaras dengan tajuk. Dua Versi Teks 5

Bibliografi
Bibliografi terdapat selepas tajuk akhir sesebuah Asraf Wahab 1979.
buku atau pada akhir bagi setiap bab. Dalamnya “Rumusan Pola-pola Ayat
terkandung senarai pengarang, tahun penerbitan, Inti”, DBP 1979.
tajuk buku/majalah/jurnal, penerbit dan Brown C.C. 1956. Studies
tahun terbitan disusun mengikut urutan abjad. in Malay. London: Luzac.

Sesetengah buku memperuntukkan ruangan klausa


daftar kata atau glosari yang mengandungi satu unit rangkaian
perkataan yang
keterangan atau makna tentang istilah mengandungi satu subjek &
dan singkatan yang digunakan dalam satu predikat.
buku tersebut.
konsonan
bunyi-bunyi bahasa
penggalan...

32
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Sebelum kulit belakang terdapat ruangan Saka, 111


Salehah, 39
indeks sama ada indeks perkara atau indeks Sayid Umar, 53
pengarang yang disusun mengikut urutan Sejarah Bugis, 28,
abjad. Pada senarai perkara atau pengarang 32-4,
disertakan nombor halaman yang 39-40, 69
memperincikan maklumat tersebut. Universiti Riau,13
Universiti Leiden, 6
Universiti Malaya, 91

Pada kulit belakang kadangkala diberikan


maklumat tentang isi buku misalnya
sinopsis cerita dan biodata pengarang. Sinopsis Cerita
…………………………
…………………………
…………………………
……………………….

Biodata:
…………………………
…………………………
…………………………
……………………..

33
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

x. Kemahiran Merujuk Ensiklopedia

x Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku


dan CD ROM) yang mengandungi maklumat
bagi semua bidang ilmu pengetahuan.

x Maklumat ini termasuklah definisi,


keterangan, sejarah, perangkaan dan
bibliografi yang disusun mengikut urutan
abjad.

x Setiap edisi ensiklopedia biasanya


dibahagikan kepada beberapa jilid yang
berurutan.

x Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu


am dan khas.
- Contoh ensiklopedia am: Oldham’s
Encyclopedia Illustrated (ensiklopedia am
kanak-kanak) dan Oxford Junior
Encyclopedia.
- Contoh ensiklopedia khas: Encyclopedia
of Animals dan Encyclopedia of Art.

Mengesan Maklumat daripada Ensiklopedia

Perhatikan Ada ensiklopedia


barisan mempunyai jilid
ensiklopedia di maklumat umum atau
rak khas kasar yang disebut
dan lihat makro. Jilid yang
tulang menerangkan secara
belakang terperinci disebut jilid
setiap jilid. mikro.

Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau


huruf yang pertama yang berkaitan dengan
maklumat yang hendak dikesan.

Kata utama seperti SUNGAI, TOKOH,


TEMPAT, dan KEJADIAN dicap dengan huruf
besar diikuti keterangan tentang perkataan
tersebut.

34
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

xi. Kemahiran Merujuk Kamus

Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang


perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti
definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi,
penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yang
disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus iaitu:


x  Kamus umum
x  Kamus khas atau kamus istilah

Mengesan Maklumat Daripada Kamus


Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.

fabulous fast

Pada sudut atas kiri pada sudut atas


setiap halaman dalam kanan tertulis kata
kamus tertulis kata terakhir bagi
pertama. halaman tersebut.

Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama


kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat
halaman tersebut, cari perkataannya.

perkataan
Fabulous
keterangan makna perkataan
fabulous – wonderful,
a fabulous day
contoh frasa It was a fabulous week.
Everything went well.

contoh ayat

35
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

xii. Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet

SENARAI ENJIN PENCARIAN

1. Infoseek (http://www.go. com)


2. Alta Vista (http://www.altavista. com)
3. Yahoo (http://www.yahoo. com)
4. Google (http://www.google.com)
5. Lycos (http://www.lycos. com)
6. Cari (http://www.cari.com)

CARA MENCARI MAKLUMAT

1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netscape,


Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin
utama.

2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang


ditetapkan.

3. Taip kata carian (search word/ search term) yang berkait


Dengan perkara, topik atau tugasan yang dicari.

4. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tugasan tentang


keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilih menyediakan
versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada. Pilihan
Bahasa Melayu.

5. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-


laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan
dengan kata carian yang dimasukkan.

6. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk


menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan
maklumat yang dikehendaki.

7. Cuba kata carian yang lain sekiranya masih tidak memperoleh


maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.

36

You might also like