You are on page 1of 12

Diri Saya

Nama saya Rita. Umur saya tujuh


tahun. Saya belajar di tahun 1
Mawar. Saya suka makan kek
coklat dan roti.

Keluarga saya
Nama saya Lina. Nama bapa saya
ialah Encik. Razak. Nama Ibu saya
ialah Puan Salma. Saya ada
abang dan kakak.

Bilik Darjah saya


Ini bilik darjah saya. Dalam bilik
darjah saya ada meja dan kerusi.
Di hadapan bilik darjah ada
papan putih. Saya duduk ditepi
pintu.

Pergi ke sekolah

Nama kawan saya Mary. Dia


belajar tahun 1. Dia ada seorang
abang. Mary dan abang pergi ke
sekolah setiap pagi.

Pagi
Nama saya Adam. Setiap
pagi saya makan roti kaya. Saya
pergi ke sekolah dengan menaiki
bas. Sebelum saya pergi, saya
salam ibu.

Kucing saya

Nama kucing saya Didi. Ia


berwarna putih. Kucing saya cantik
dan comel. Ia tidur di dalam bakul.

Keluarga Encik Ali

Ini keluarga Encik Ali. Encik Ali


membaiki kereta. Puan Timah di
taman. Anak-anak menolong
mereka.

Berjoging

Nama saya Kumari. Setiap


petang saya pergi berjoging. Saya
memakai kasut sukan. Saya
berjoging di padang.

Guru Saya

Ini guru saya. Nama guru saya


ialah Encik Hadi. Beliau mengajar
Bahasa English. Beliau seorang
yang rajin.

Ibu saya
Ini ibu saya. Setiap pagi ibu
saya pergi ke pasar. Beliau menjual
makanan di kantin. Makanan ibu
sangat sedap.

Kawan saya

Kim Seng kawan baik saya. Umur


dia tujuh tahun. Dia suka makan
epal dan betik. Hobi dia ialah
membaca buku. Dia pandai dan
rajin.

Kawan karib
saya

Amir adalah kawan karib


saya. Dia tinggal sebelah rumah
saya. Kami selalu bermai bersama.
Kami bermain badminton.

Ayah saya
Nama ayah saya ialah Dr. Rosli.
Beliau
seorang doktor. Ayah saya
berkerja di
klinik. Beliau pergi ke klinik dengan
kereta.

Farid dan Farida


Farid suka makan biskut. Dia
tidak
suka makan kek oren. Farida suka
makan ayam goreng. Dia tidak
suka makan gula-gula.

Rumah Saya

Rumah saya besar dan


cantik. Rumah saya rumah batu.
Ada enam bilik besar. Ada taman
yang cantik. Saya suka rumah
saya.

Kucing Fatin

Fatin ada dua ekor kucing.


Seekor kucing berwarna putih.
Seekor lagi berwarna hitam.
Kucing suka makan ikan dan
susu. Kucing saya suka main bola.

Sekolah saya

Saya belajar di Sekolah


Kebangsaan
Indera Mahkota. Sekolah saya
berhampiran dengan rumah.
Sekolah saya besar dan cantik.
Ada padang yang luas. Sekolah
saya bersih.

Kantin sekolah

Saya di kantin sekolah. Saya beli


nasi
lemak. Saya suka makan nasi lemak
panas. Harga makanan di kantin
murah. Kantin sekolah saya bersih.

Padang sekolah Saya

Sekolah saya ada padang.


Padang itu besar dan bersih.
Budak suka main bola di padang.
Padang itu di belakang sekolah.

Hobi Saya
Hobi saya ialah berenang.
Saya berenang dengan kawan
saya. Kami berenang di kolam.
Air di kolam itu bersih. Saya
berenang pada hari sabtu.

Bermain bola

Adam bermain bola pada


waktu petang. Dia memakai
seluar pendek dan kasut sukan.
Dia bermain bola dengan
kawan. Mereka bermain di
padang.

Rumah Raju
Ini rumah Raju. Rumah Raju
ada dua pintu. Pintu pagar
rumah berwarna hitam. Rumah
Raju ada taman yang cantik.

Kakak Saya
Nama kakak saya ialah
Anita. Dia berumur sepuluh
tahun. Anita belajar di tahun
empat. Dia memakai baju
merah. Dia hendak pergi ke
kedai.

Bas sekolah
Ini bas sekolah saya. Pemandu
ialah Encik Tan. Nombor bas ialah
CAB 1234. Bas sekolah saya
berwarna kuning. Ia bersih dan
cantik.
Guru saya
Guru saya ialah Puan Azizah.
Beliau tinggi dan cantik. Beliau
datang ke sekolah dengan
menaiki bas. Beliau seorang yang
baik hati. Suka menolong orang
lain.

Pasar
Saya dan ibu saya pergi ke pasar.
Ibu beli sayur, ikan dan betik. Dia
bawa bakul. Saya menolong ibu
bawa bakul.

Beg saya
Ini beg sekolah saya. Ada
banyak barang dalam beg. Saya
simpan kotak pensel, pembaris dan
pensel warna dalam beg. Ada
juga buku latihan dalam beg. Saya
bawa beg ke sekolah.
Kotak
Saya ada kotak. Kotak ini
berwarna hijau. Ia berbentuk segi
empat tepat. Dalam kotak ada
dua puluh biji guli merah.

Hari Jadi Saya


Hari ini hari jadi saya. Ibu bapa
saya kek hari jadi saya. Ada tujuh
lilin atas kek. Saya sangat gembira.

Selamat Pagi
Selamat Pagi dan cuci muka.
Saya sikat rambut saya dengan
kemas. Saya ucapkan “Selamat
Pagi” kepad ibu bapa saya.
Kemudian, kami bersarapan pagi.

Kedai Buku
Sekolah saya ada kedai buku.
Saya beli pensel dan pemadam.
Saya juga beli buku latihan. Kedai
buku itu kecil dan bersih.

Malam
Makanan malan sudah
dimasak. Saya makan bersama ibu
bapa saya. Selepas itu, saya
minum air. Kami menonton
televisyen.

Pusat sumber
Saya suka pergi ke pusat
sumber. Ada banyak buku di sana.
Saya suka baca buku cerita. Kita
mesti senyap di pusat sumber.

Hadiah hari jadi


Hari ini hari jadi saya. Bapa
saya beri seekor arnab. Ia
berwarna putih. Arnab suka makan
lobak merah. Saya sayang arnab
saya.
Makan tengah hari
Setiap tengah hari saya
makan nasi. Saya suka makan ikan.
Saya makan sayur sawi. Saya juga
suka makan ayam dan telur.

Pokok mangga
Ada pokok mangga di tepi
rumah. Saya suka duduk di bawah
pokok. Kucing saya panjat pokok
mangga. Ada banyak buah
mangga di pokok.

Datuk saya
Datuk saya seorang nelayan.
Setiap pagi, pergi ke laut. Dia
menangkap ikan. Datuk jual ikan di
pasar.

Tandas
Saya hendak pergi ke tandas.
“ Cikgu izinkan saya ke tandas”.
“Ya, boleh” kata cikgu. Saya pergi
ke tandas.

Pergi ke Zoo
Pada cuti sekolah keluarga
saya pergi ke zoo. Ada banyak
haiwan di sana. Saya melihat
harimau, singa dan monyet. Saya
rasa gembira.
Monyet
Monyet suka makan pisang.
Monyet juga suka makan kacang.
Ia ada empat kaki dan ekor
panjang. Monyet tinggal di hutan.

Van sekolah
Saya pergi ke sekolah
dengan van sekolah. Encik Velu
memandu van ini. Dia memandu
dengan berhati-hati.

Jalan raya
Saya melintas jalan raya. Saya
melihat kiri dan kanan. Tiada
kereta baru lintas jalan. Saya
berhati-hati melintas.

Kereta Ayah
Ayah saya ada kereta. Kereta
ayah berwarna merah. Ayah guna
kereta Proton Saga. Ayah hantar
saya ke sekolah dengan kereta.

Cuti sekolah
Saya suka cuti sekolah. Pada cuti
sekolah saya menonton telivisyen.
Saya suka main dengan kucing
saya. Saya rindu cikgu dan kawan-
kawan saya.

Siti tolong ibu


Ibu Siti mencuci kain pada
waktu pagi. Dia sidai di ampaian.
Siti tolong ibu untuk melipat kain.
Siti simpan kain di almari.

Ikan Merah
Saya suka makan ikan merah.
Ibu saya masak ikan kicap. Saya
juga suka makan ikan goreng,
bubur ikan dan ikan kukus. Ayah
suka makan kari ikan.

Durian
Saya suka makan durian. Isi
durian berwarna kuning. Isi durian
sangat sedap dan manis. Durian
ada banyak duri tajam.

Di mana cikgu saya?


Saya cari cikgu saya. Di mana
cikgu saya? Beliau tidak di kantin.
Tiada di pusat sumber. Beliau ada
di bilik guru.

Kipas
Tolong tutup suis kipas. Saya rasa
panas. Kipas ada tiga sayap. Kipas
rumah saya baru. Rumah saya ada
lima kipas.

Taman Bunga saya


Saya ada taman bunga yang
kecil. Ada banyak pokok bunga di
tanam. Di taman saya ada bunga
matahari dan bunga raya. Bunga
itu sangat cantik. Ada lebah dan
burung atas pokok.

You might also like