You are on page 1of 2

Resepi Ayam Masak Bali

rata-rata orang yang sudah mencuba membuatnya bagi feedback sedap dan wangi. dari apa yang
saya nampak menu ini memang simple dan bahan-bahan tak banyak. saya gunakan 1/2 ekor
ayam saiz sederhana.

yang paling penting untuk membuat menu ini ialah serai kena lebih dan tak lupa daun kari. jom
langsung saja kita layan resepi ayam masak bali sedap dibawah.

Bahan-Bahan
 6 batang serai - ketuk
 1 camca besar kicap manis jalen
 4 pelepah daun kari
 1/3 cawan cili kisar
 1/2 cawan air
 garam secukup rasa
 1 camca besar rata gula atau secukup rasa
 1 camca teh penuh kunyit serbuk @
 1/2 ekor ayam saiz sederhana - potong selera, cuci bersih dan toskan @
 3/4 camca teh garam @ (tanda @ disatukan gaul rata dan perap sekejap)
Bahan Kisar Halus
 8 ulas bawang putih
 1/2 inci belacan
 4 biji bawang besar
 1inci halia
Cara Membuat Ayam Masak Bali
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam tadi hingga masak tapi ingat jangan
sampai garing caranya gunakan api sederhana. angkat dan toskan

2. kurangkan minyak dalam kuali hingga tinggalkan 1/4 cawan minyak. tumis serai hingga naik
bau kemudian masukan daun kari dan masak sebentar sahaja. masukan juga cili kisar bersama
bahan kisar halus. kacau rata hingga naik minyak dan agak garing.

3. masukan gula dan garam secukup rasa. masukan ayam yang sudah di goreng tadi dan
tambahkan air kacau sekali sekala dan biarkan hingga kuah pekat.

4. akhir sekali, tambahkan kicap lemak manis dan gaul hingga rata. masak sekejap dan bila sudah
masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.
bagaimana mudah sahaja kan resepi ayam masak bali ni. okay, sampai jumpa di resepi sedap
berikutnya.

You might also like