You are on page 1of 6

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBHE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEMESTER MEI 2014
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan
yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan


menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 27hb - 29hb Jun 2014 atau Tutorial 4. Serahan
selepas 29hb Jun 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

1
PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

 Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
 Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
 Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.

2
SOALAN TUGASAN

Dalam mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan murid-murid sekolah, kebolehan dan
keupayaan seseorang individu untuk mengawal konflik dan stres adalah amat penting. Stres
bukan sahaja boleh mengganggu kesihatan tetapi juga mengurangkan tahap tumpuan atau
konsentrasi murid-murid. Kebanyakan stres berpunca daripada konflik dan ia akan
mengganggu kesejahteraan seseorang individu. Konflik dan stres jika tidak ditangani secara
betul dan bijak akan menyebabkan banyak kesan negatif terutama kepada murid-murid.
Murid-murid perlu didedahkan dengan kaedah yang betul untuk menangani konflik dan stres
oleh ibu bapa dan guru.

Berdasarkan penyataan di atas, sempena Kempen Gaya Hidup Sihat Minggu Kesihatan
peringkat sekolah, sebagai seorang guru Pendidikan Kesihatan anda dikehendaki :

i. Menghasilkan satu Buku Panduan tentang konflik dan stres yang merangkumi
faktor-faktor yang menyebabkan stres, kesan dan kaedah atau pendekatan yang boleh
diamalkan untuk mengelakkan atau mengurangkan konflik dan stres di kalangan
murid-murid sekolah untuk diedarkan kepada warga sekolah dan ibu bapa murid.
Buku Panduan yang anda hasilkan hendaklah ringkas dan padat serta mempunyai
grafik berwarna yang menarik. Buku panduan yang dihasilkan hendaklah
menunjukkan ciri-ciri mesra pengguna.

ii. Menghasilkan CD Interaktif dalam bentuk ‘power point’ yang mengandungi


bahan-bahan yang terdapat dalam Buku Panduan sebagai bahan untuk menyampaikan
ceramah berkaitan konflik dan stres semasa Kempen Gaya Hidup Sihat Minggu
Kesihatan peringkat sekolah anda. Penghasilan CD Interaktif hendaklah
mengintergrasikan semua elemen multimedia (teks, audio, grafik dan animasi) dalam
pakej penghasilan CD Interaktif. CD interaktif yang dhasilkan mestilah mempunyai
unsur mesra pengguna.

[Jumlah: 40 markah]

3
Rubrik Tugasan
HBHE1103 / SEMESTER MEI 2014
Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah
Kriteria Wajaran
0 1 2 3 4 Penuh

Muka surat 2.5 Penghasilan Penghasilan muka depan Penghasilan muka Penghasilan muka Penghasilan muka 10
depan dengan muka depan kurang menarik dengan depan agak menarik depan menarik dengan depan sangat
tema Konflik tidak menarik grafik yang kurang dengan grafik yang grafik yang bersesuaian menarik dengan
& Stres dengan grafik sesuai. sesuai. dengan tajuk. grafik yang amat
yang tidak bersesuaian
sesuai. Tema buku panduan Tema buku panduan dengan tajuk.
agak sesuai dengan menarik dan sesuai
Tema buku tajuk. dengan tajuk. Tema buku
panduan tidak panduan amat
sesuai dan tidak menarik dan sesuai
menepati tajuk. dengan tajuk.

Kandungan 3.75 Isi kandungan Isi kandungan yang Isi kandungan Isi kandungan buku Isi kandungan 15
Buku yang dipersembahkan kurang dipersembahkan agak panduan buku panduan
Panduan dipersembahkan jelas, kurang terperinci jelas, agak terperinci dipersembahkan dipersembahkan
tidak jelas, tidak dan tidak meliputi dan meliputi elemen dengan jelas, terperinci dengan sangat
terperinci dan semua elemen yang yang dikehendaki dan meliputi elemen jelas, sangat
tidak meliputi dikehendaki berserta berserta grafik yang yang dikehendaki terperinci dan
elemen yang grafik yang kurang agak menarik. berserta grafik yang meliputi semua
dikehendaki menarik. menarik. elemen yang
berserta grafik dikehendaki
yang tidak berserta grafik
manarik. yang sangat
menarik.
Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah
Kriteria Wajaran
0 1 2 3 4 Penuh

Penghasilan 3.75 CD Interaktif Tidak berjaya dalam Kurang berjaya dalam Berjaya dalam Sangat berjaya 15
CD Interaktif tidak disertakan menghasilkan CD menghasilkan CD menghasilkan CD dalam
Ceramah atau tidak Interaktif bahan Interaktif bahan Interaktif bahan menghasilkan CD
berfungsi. penyampaian ceramah penyampaian ceramah penyampaian ceramah Interaktif bahan
mengikut tajuk yang mengikut tajuk yang mengikut tajuk yang penyampaian
telah ditetapkan. telah ditetapkan. telah ditetapkan. ceramah mengikut
tajuk yang telah
Tidak berjaya Kurang berjaya Berjaya ditetapkan.
mengintegrasikan semua mengintegrasikan mengintegrasikan
elemen multimedia semua elemen semua elemen Sangat berjaya
dalam pakej penghasilan maultimedia dalam multimedia dalam mengintegrasikan
CD Interaktif. pakej penghasilan CD pakej penghasilan CD semua elemen
Interaktif. Interaktif. multimedia dalam
Tidak berjaya dalam pakej penghasilan
mengaplikasikan Kurang berjaya dalam Berjaya dalam CD Interaktif.
hyperlink dan action mengaplikasikan mengaplikasikan
button dalam pakej buku hyperlink dan action hyperlink dan action Sangat berjaya
panduan pengguna CD button dalam pakej button dalam pakej dalam
Interaktif. buku panduan buku panduan mengpalikasikan
pengguna CD Interaktif. pengguna CD hyperlink dan
Interaktif. action button
dalam pakej buku
panduan
penggunaan CD
interaktif.

JUMLAH MARKAH 40
PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:
1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan
oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh
yang tepat dan sesuai.
2. Buat pencarian di internet berkaitan konflik dan stres secara menyeluruh untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.
3. Buat pencarian di internet dan pelbagai bahan rujukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.
4. Membincangkan dengan guru-guru pendidikan kesihatan sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk
meningkatkan kualiti penghasilan buku panduan
5. Menggunakan grafik/gambar foto/lakaran untuk membantu anda melengkapkan buku panduan yang hendak dihasilkan.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penghasilan buku panduan konflik dan stres dan persembahan
grafik yang sesuai.

2. Mencadangkan kandungan buku panduan konflik dan stres yang sesuai.

3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut soalan tugasan.

5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan.

6. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.

You might also like