You are on page 1of 15

22

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pembelajaran Koperatif

Menurut Effandi Zakaria (2011), pembelajaran koperatif adalah satu strategi

pengajaran di mana pelajar- pelajar saling membantu di antara satu sama lain di

dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara

berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah dan

memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan

daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan prestasi kumpulan dan

kadang-kadang berdasarkan gred individu. Kumpulan dalam pembelajaran koperatif

ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam

kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa

minggu (Sharan, 1980).

Pensri (2006) menyatakan pembelajaran koperatif selalunya di dalam bilik

darjah yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang

berlainan. Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar

bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain

daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea bekerjasama, kaedah ini

juga memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan

pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen

yang diperluas (Slavin, 1990).


23

2.2 Prinsip asas dalam pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai

beberapa prinsip asas (Johnson, Johnson dan Holubec, 1990). Prinsip asas adalah

seperti berikut:

2.2.1 Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.


Asas ini memberikan persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah

serupa dan mereka saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai

sesuatu matlamat yang sama.


2.2.2 Interaksi secara bersemuka
Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu

sama lain secara bersemuka. Peluang dan masa perlu diberikan kepada

pelajar-pelajar untuk berbincang sesame mereka bagi menyelesaikan sesuatu

masalah.

2.2.3 Akauntabiliti individu

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan

koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan

sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan

menjadi individu yang lebih berkebolehan.

2.2.3 Kemahiran koperatif


Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan

dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Kemahiran

koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud

secara automatik apabila ia diperlukan tetapi perlu diterapkan dari semasa ke

semasa.

2.2.5 Pemprosesan kumpulan


24

Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang

dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meminta

ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh manakala kumpulan mereka telah

mencapai matlamatnya dan juga setakat manakala hubungan baik untuk

bekerjasama telah dikekalkan kea rah mencapai matlamat tersebut. Semasa

pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulan akan menghuraikan

tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yang tidak

membantu kumpulan mencapai matlamatnya.

2.2.6 Kemahiran sosial


Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai kemahiran sosial untuk membolehkan

kumpulan koperatif berjalan dengan jayanya. Kemahiran sosial sangat

penting dan ini dibuktikan oleh Kagan (1992) yang menyatakan bahawa lebih

ramai pelajar lepasan sekolah gagal mendapat kerja kerana kekurangan

kemahiran sosial berbanding dengan pelajar yang kekurangan kemahiran

teknikal. Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka

juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana kerja

berpasukan adalah amalan biasa.

2.2.7 Interaksi serentak


Interaksi serentak berlaku apabila bekerja atau melibatkan diri secara serentak

dalam kumpulan koperatif. Pelajar melibatkan diri secara aktif semasa

pembelajaran dan ini akan meningkatkan potensi belajar mereka.

2.3 Teori-teori Pembelajaran Koperatif

Dua teori yang menyumbang ke arah pencapaian kaedah pembelajaran koperatif

ialah teori motivasi dan teori kognitif (Slavin, 1990). Dalam perspektif motivasi,
25

setiap ahli kumpulan yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif saling

membantu antara satu sama lain dan memberi galakan kepada rakan-rakan untuk

mencapai matlamat akademik (Slavin, 1990).

Dalam perspektif kognitif pula, pembelajaran dianggap sebagai satu proses

pemikiran dan pembinaan. Pelajar terlibat secara aktif dalam proses integrasi

pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada untuk mencapai objektif

pembelajaran yang dijangkakan. Mengikut Slavin ( 1990), fungsi utama STAD ialah

kumpulan pelajar yang mengikut keadah pembelajaran koperatif memberi sokongan

kepada ahli kumpulan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Interaksi dalam

kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang dan mensistesis idea

untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang

lebih bermakna.

2.4 Kelebihan Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif mempunyai kelebihan tersendiri seperti menerapkan nilai

kerjasama di antara pelajar. Semasa proses pembelajaran, pelajar akan membantu

rakan-rakan memahami dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Ini membantu

mengembangkan sikap positif dikalangan pelajar. Johnson (1991) menyatakan

bahawa pembelajaran koperatif dapat meningkatkan persefahaman antara satu sama

lain, komunikasi secara berkesan, memberi sokongan dan menerima idea secara

terbuka dan meningkatkan tahap pemikiran kritis di antara ahli kumpulan.

Peningkatkan komunikasi di dalam kelas dapat mengurangkan konflik secara

peribadi. Gan,T.H (2002) menyatakan pembelajaran koperatif dapat mengurangkan

masalah etnik, perkauman dan halangan sosial yang lain.


26

Selain itu, pelbagai nilai kehidupan dapat diterapkan semasa pengajaran

koperatif. Antara yang paling penting adalah mendengar dan menerima pandangan

orang lain, berkomunikasi secara efektif, menyelesaikan pelbagai kanflik dan

bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Menurut Slavin (1988), pengajaran dan

pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang

mencabar dan berkesan. Pengajaran tersebut berpasukan pelajar yang memberi

peluang kepada pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati

proses pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar yang lemah dapat belajar

daripada pelajar berkebolehan tinggi dan pelajar berkebolehan tinggi mempelajari

strategi baru melalui pengalaman mengajar dan membimbing rakan yang lemah

(Lew, 2001). Menurut Gan Teck Hock (2008), pengajaran sebaya memainkan

peranan yang penting dalam pembelajaran koperatif tetapi pelajar dari apa yang

diajarkan kepada rakan-rakan.

Menurut Kagan (1992), kebaikan pembelajaran koperatif kepada pelajar adalah

seperti berikut:

I. Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja

mencapai kejayaan untuk diri sendiri tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan

juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas

dan akan meningkatkan tahap pembelajaran.


II. Pelajar dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang

untuk melihat model pelajar lain yang mempunyai strategi yang lebih

berkesan.
III. Perhubungan interpersonal bertambah baik disebabkan oleh kemahiran

bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.
IV. Suasana sekolah dan pembelajaran yang baik mampu menarik pelajar untuk

ke sekolah dan seterusnya belajar bersungguh-sungguh.


27

V. Ahli-ahli daripada kumpulkan berlainan dalam masyarakat dapat bekerjasama

menuju ke satu matlamat yang sama.


VI. Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula

pemikiran mereka. Misalnya, meringkas, menjelas dan memberi contoh.

Penyusunan semula kognitif ini dapat melahirkan pelajar yang berfikiran

matang.

2.5 Strategi Pembelajaran Koperatif

Terdapat pelbagai strategi pembelajaran koperatif, antaranya ialah Student Team

Achievement Division atau STAD (Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar BPPP),

Team-Games Tournament atau TGT (Pertandingan Permainan Pasukan ), Jigsaw

(Kaedah Susun Suai), Group Investigation atau GI (Inkuiri dalam Kumpulan), Team

Accelerated Instruction atau TAI (Pasukan Arahan Cepat) dan Coperative Integrated

Reading and Composition atau CIRC (Strategi Baca Dan Karang Sama).

2.5.1 Pendekatan Koperatif Model Jigsaw

Model ini telah dibina oleh Aronson, 2011 merupakan kumpulan-kumpulan yang

bekerjasama terhadap bahan-bahan akademik. Slavin (1992) telah membuat

modifikasi kepada model Aronson dan menamakanya jigsaw II. Pendekatan yang

diperkenalkan dalam model ini ialah akan berada dalam kumpulan empat hingga

lima orang. Setiap pelajar dalam kumpulan akan menerima topik – topik yang

tertentu untuk mereka menjadi mahir. Pelajar-pelajar dalam kumpulan lain, yang

mempunyai topik yang sama akan bertemu untuk berbincang, kemudian pelajar

kembali ke kumpulan asal untuk menyampaikan maklumat yang diperolehinya.


28

Setiap pelajar akan menjalani kuiz secara individu. Melalui kaedah ini pelajar

diharapkan akan menjadi ‘pakar’ dalam bidang yang dipelajarinya. Pelajar yang

‘pakar’ itu akan kembali ke kumpulan asal bagi menerangkan dan berbincang dengan

ahli- ahlinya yang lain secara bergilir.

2.5.2 Pendekatan Koperatif Model Student Teams-Achievement Division

(STAD)

STAD adalah sangat sesuai bagi pengajaran yang mempunyai objektif yang jelas

seperti pengiraan dan aplikasi dalam matematik, konsep sains dan kemahiran peta

dan bahasa geometri. Sains kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang. Setiap

ahli dalam kumpulan terdiri daripada pelbagai jantina, bangsa dan pencapaian. STAD

mengandungi empat aktiviti utama, iaitu penyampaian daripada guru, perbincangan

dalam kumpulan, kuiz atau ujian diberikan secara individu dan pengiktirafan kepada

kumpulan (Slavin , 1992). Penggunaan STAD untuk memberi motivasi kepada

pelajar supaya memberi bantuan dan galakkan kepada rakan-rakannya.

2.5.3 Pendekatan Koperatif Model Teams-Games- Tournament (TGT)

Teams-Games- Tournament adalah serupa dengan STAD (Slavin, 1992) tetapi ia

tidak melibatkan kuiz secara individu, digantikan dengan permainan mingguan.

Pertandingan ini diadakan di antara tiga orang yang mempunyai pencapaian tinggi

dalam setiap kumpulan. Tiga orang dalam pencapaian rendah turut bertanding

sesama mereka dan seterusnya. Pelajar yang mempunyai pencapaian tinggi akan

bergerak ke atas dan bertanding pada minggu berikutnya. Pelajar yang mendapat

pencapaian rendah akan turun ke bawah. Tujuannya untuk memastikan bertanding


29

adalah setara di antara kumpulan tersebut. Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan

yang mempunyai pencapaian tinggi.

2.5.4 Pendekatan Koperatif Model Teams Assisted Individualization (TAI)

Model Teams Assisted Individualization (TAI) adalah kombinasi pembelajaran

kumpulan dan individu (Slavin, 1990). TAI adalah sesuai untuk peringkat sekolah

rendah. Saiz kumpulan adalah empat hingga lima orang dan pelajar ditempatkan di

unit yang sesuai berdasarkan ujian diagnostik. Pelajar belajar mengikut set unit yang

telah ditetapkan dan mereka diberi peluang untuk memilih pasangan yang sesuai.

Ujian akan diberikan dan skor ujian yang dikumpulkan selama seminggu akan

dijadikan skor kumpulan. Kumpulan yang mendapat pencapaian tinggi akan

diberikan pengiktirafan seperti sijil.

2.5.5 Pendekatan Koperatif Model Learning Together

Model Learning Together oleh Johnson dan Johnson membentuk saiz kumpulan

empat hingga lima orang dalam satu kumpulan (Slavin, 1990). Pelajar bekerjasama

sewaktu sesi pembelajaran sehingga ke beberapa minggu. Perbincangan berlaku

selepas helaian tugasan diberikan. Hasil tugasan yang diberikan hendaklah dihantar

kepada guru bagi mewakili usaha kumpulan mereka. Sekiranya tugasan yang

diberikan memuaskan, pengiktirafan akan diberikan.

2.6 Kajian Lepas Dalam Negara


30

Gan Teck Hock (2002) mengaplikasikan dua teknik Pembelajaran Koperatif iaitu

Teams-Games Tournament (TGT) dan Number Heads Together (NHT) dalam kajian

beliau. Kajian bertajuk ‘Menangani Masalah Penguasaan Kemahiran Asas Matematik

Melalui Pembelajaran Koperatif ’ dijalankan ke atas 31 orang pelajar darjah lima

yang majoritinya lemah dalam subjek matematik. Temu bual terhadap pelajar

mendapati mereka sangat suka bekerja dalam kumpulan. Hal ini demikian kerana

pelajar berasa seronok dapat berbincang bersama- sama dengan rakan dalam suasana

yang bebas dari tekanan. Mereka berpeluang belajar sambil berjenaka dan saling

membantu antara satu sama lain. Mereka juga menganggap TGT dan NHT sebagai

satu aktiviti yang menyeronokkan. Pemerhatian dalam bilik darjah menunjukkan

pelajar aktif dan melibatkan diri semasa pertandingan diadakan. Secara amnya, TGT

dan NHT didapati sesuai untuk diaplikasikan bagi menangani masalah pelajar dalam

asas matematik.

Cheah Tong Tiat dan rakan-rakan (2006) dalam kajian mereka pula mengkaji

tentang keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pembelajaran bacaan

pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kalangan murid SJK(C) dan

SJK(T). Kajian ini melibatkan seramai 160 orang pelajar. 80 orang dari SJK(C) dan

80 lagi dari SJK(T). kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam

pencapaian ujian antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional. Hasil kajian

juga menujukkan bahawa pencapaian bacaan pemahaman teks bagi kedua-dua

kumpulan homogenous dan heterogenous di SJK(C) dan SJK(T) telah meningkat.

Namun begitu, peningkatan pencapaian ujian pemahaman teks bagi kumpulan

koperatif yang heterogenous adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan

koperatif yang homogenous.


31

Ali, M. F., Salleh, N., & Junaidi, J. (2007) mengkaji hubungan di antara

pembelajaran koperatif (kemahiran generic) dengan kemahiran menggunakan e-

pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek telekomunikasi dan

rangkaian di fakulti pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Dalam kajian ini data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik.

Populasi kajian ini terdiri daripada 145 orang pelajar yang dipilih secara rawak.

Dapatan kajian ini menunjukkan keempat-empat objektif iaitu mengenalpasti

kemahiran komunikasi di kalangan pelajar, mengenalpasti kemahiran bekerja dalam

kumpulan, mengenalpasti kemahiran menyelesaikan masalah dan pengaplikasian

kemahiran generik terhadap pelajar berada pada tahap yang tinggi. Tambahan pula,

daripada analisis korelasi pearson telah menunjukkan terdapat hubungan di antara

pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-

pembelajaran di kalangan pelajar.

Muhammad Syafiq dan Marzuki (2014) mengkaji tentang penggunaan

pembelajaran koperatif-visual dalam meningkatkan pemahaman bagi tajuk

kemandirian spesies untuk membantu lemah murid tahun 5 Bestari di Sekolah

Kebangsaan Gong Tok Nasek. Sampel kajian ini adalah sebanyak enam orang

pelajar. Dalam kajian ini 3 instrumen yang digunakan untuk menganalisis data iaitu

ujian pra dan pasca, soal selidik dan pemerhatian. Kesimpulannya, intervensi kaedah

pembelajaran Koperatif-Visual ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar tahun 5

Bestari unutk tajuk Kemandirian Spesies. Kaedah pembelajaran ini diolah dengan

mengabungkan beberapa perkara yang dapat membantu mengoptimumkan

pembelajaran pelajar dalam kelas. Kaedah pembelajaran koperatif yang

diintegrasikan dengan bahan bantu mengajar yang konkrit, penggunaan persembahan

power point, video, gambar 2D dan 3D, kertas mahjong dan sebagainya.
32

Zahara Aziz dan Zuleha Bustam (2011) mengkaji tentang kesan strategi

pembelajaran koperatif terhadap pencapaian geografi tingkatan satu- topik tumbuhan

semula jadi dan hidupan liar. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan

pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran geografi di sekolah menengah rendah

dengan struktur Jigsaw, Group Investigation dan Student Teams Achievement

Division (STAD). Sampel kajian terdiri daripada 25 orang pelajar tingkatan satu di

Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Kaedah

pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, ujian pra dan pasca dan soal

selidik untuk mengukur sikap pelajar terhadap Geografi sebelum dan selepas

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Kesimpulannya, pengajaran dan

pembelajaran koperatif amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Pemerhatian guru terhadap perubahan tingkah laku pelajar yang mendorong kepada

nilai bekerjasama juga telah menunjukkan tindak balas yang positif ke arah

kecemerlangan pencapaian pelajar.

Hafizah Husain (2006) mengkaji tentang kesan kaedah pembelajaran

koperatif teknik Jigsaw dalam kursus isyarat dan sistem. Sampel kajian melibatkan

52 orang pelajar dari kursus Isyarat dan Sistem (KL2093) dari program kejuruteraan

elektrik dan elektronik. Hasil kajian adalah terdapat perbezaan yang ketara dari aspek

pencapaian pelajar. Hasil ujian ANOVA mengukuhkan hipotesis yang menunjukkan

terdapat kesan positif terhadap pembelajaran koperatif Jigsaw.

Wong Lee Leng (2014) mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif

(STAD) terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah

menengah. Jumlah sampel kajian adalah sebanyak 50 orang pelajar sekolah

menengah. Data dikumpul dengan menggunakan ujian pencapaian dan soal selidik.
33

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam ujian pasca bagi kumpulan

rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan.

Azizi dan Swee Choo (2011) mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran

Jigsaw ke atas tahap pencapaian konsep pembolehubah matematik pelajar tingkatan

dua dalam topik ungkapan algebra. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. Kajian ini juga untuk meninjau persepsi pelajar

terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif Jigsaw. Jumlah sampel kajian adalah

sebanyak 61 orang pelajar. Soal selidik ditadbir kepada kumpulan experiment bagi

mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif

terhadap Jigsaw. Dapatan kajian ini menunjukkan pembelajaran Jigsaw berkesan

dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Keputusan skor min menunjukkan

signifikan setelah pelajar menghadiri kelas Jigsaw.

2.7 Kajian Lepas Luar Negara

Kajian Nesrin OZSOY dan Nazli YILDIZ (2004) berkaitan tentang keberkesanan

teknik pembelajaran koperatif terhadap pencapaian murid dalam matematik telah

dijalankan di Balikesir, Turkey. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan

signifikan dalam pencapaian murid antara kumpulan koperatif dan kumpulan

tradisional. Kajian juga menunjukkan peningkatan matematik bagi pelajar kumpulan

koperatif lebih tinggi berbanding kumpulan tradisional. Pada akhir kajian mereka

mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif akan dapat dijalankan dengan lebih

efektif lagi jika adanya suatu makmal matematik yang sesuai untuk kerja kumpulan.
34

Effandi Zakaria dan rakan-rakannya (2011) pula menjalankan kajian di

Sekolah Menengah di Pekanbaru, Indonesia. Kajian bertujuan meninjau

keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian matematik pelajar. Selain

itu, persepsi pelajar terhadap kaedah koperatif turut dikaji. Dapatan kajian

menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif boleh meningkatkan kefahaman dan

keyakinan murid dalam pembelajaran matematik. Walaubagaimanapun, masih

terdapat pelajar yang tidak menyukai pembelajaran koperatif.

Kajian Zahara Aziz dan Md Anowar Hossain (2011) yang bertujuan untuk

meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sikap dan

pencapaian matematik telah dijalankan di salah satu sekolah menengah di

Bangladesh. Pengkaji turut membandingkan pencapaian dan sikap terhadap

matematik antara lelaki dan perempuan. Mengikut kajian mereka, kumpulan

koperatif menunjukkan perbezaan signifikan iaitu pancapaian matematik meningkat

jika dibandingkan dengan kumpulan tradisional. Dapatan kajian menunjukkan murid

lebih minat untuk belajar matematik dengan cara perkongsian maklumat di antara

ahli kumpulan. Selain itu, kajian juga mendapati tiada perbezaan pencapaian dan

sikap terhadap matematik di antara lelaki dan perempuan.

Fajri dan Martini (2012) mengkaji tentang upaya peningkatan proses dan

hasil belajar kimia materi koloid melalui pembelajaran koperatif tipe TGT dilengkapi

dengan teka-teki silang bagi siswa kelas XI IPA 4 SMA di Surakarta, Indonesia.

Sampel kajian adalah sebanyak 28 orang pelajar. Hasil kajian adalah penerapan tipe

TGT yang dilengkapi dengan teka-teki dapat meningkatkan markah pelajar kelas XI

IPA 4 SMA.
35

Margana (2009) mengkaji tentang kaedah pembelajaran koperatif tipe

Numbered Heads Together terhadap hasil belajar matematik ditinjau dari kemampuan

awal siswa kelas X SMA negeri di Surakarta, Indonesia. Jumlah sampel kajian

adalah sebanyak 102 orang pelajar. Hasil analisis adalah signifikan dan ini

menunjukkan terdapat pengaruh penggunaan kaedah pembelajaran koperatif terhadap

hasil belajar matematik pada siswa kelas X. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran

koperatif tipe NTH menghasilkan hasil belajar matematik siswa lebih baik daripada

kaedah pembelajaran konvensional.

2.7 Rumusan

Secara keseluruhannya, kaedah Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan dan

menarik minat pelajar untuk menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan oleh guru.

Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat persahabatan di antara pelajar.

Berdasarkan dari tinjauan literatur yang lepas, terdapat peningkatan dari segi minat

dan pencapaian murid yang diajar menggunakan kaedah koperatif berbanding dengan

pengajaran yang lain. Wujud kesan positif terhadap pelajar dari segi minat,

keseronokan belajar, peningkatan pencapaian dalam kemahiran menyelesaikan

masalah dan aktiviti metakognitif.

Dengan ini juga dapat disimpulkan bahawa selain dapat menarik minat murid,

kaedah koperatif juga adalah satu alat yang boleh digunakan oleh para guru untuk

merapatkan jurang pendidikan antara murid pandai dengan murid yang sederhana

dan lemah. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengeratkan persaudaraan

antara kaum dan bangsa di negara kita.


36

You might also like