You are on page 1of 98

1

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

LAPORAN AKHIR

PA31006 LATIHAN PRAKTIKUM

TAJUK: KEBERKESANAN PENGGUNAAN FLASH CARD DALAM


ASPEK PENGECAMAN NOMBOR 1 HINGGA NOMBOR 10 KE
ATAS KANAK-KANAK SLOW LEARNER : SATU KAJIAN KES DI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG DI PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI

PENSYARAH AKADEMIK: PN. NOORMA RAZALI

NAMA NO. MATRIK


NUR IEN BINTI MAT ASRI BP13110297
1

MUKA SURAT
PERHARGAAN
BAHAGIAAN A (ORGANISASI) 1-3
1.0 Pendahuluan 2
1.1 Latihan Praktikum 2
1.2 Objektif Umum Latihan Praktikum 2-3
1.3 Status Dan Jam Kredit 3
1.4 Tempoh Latihan Praktikum 3
1.5 Tempat Latihan Praktikum 3
1.6 Alamat Tempat Praktikum 3

2.0 Latar Belakang Organisasi 4-10


2.1 Sejarah Sekolah Kebangsaan Tawang 4
2.2 Sejarah Program Pendidikan Khas Integrasi 4-5
2.3 Visi Sekolah Kebangsaan Tawang 5
2.4 Misi Sekolah Kebangsaan Tawang 5
2.5 Visi Program Pendidikan Khas Integrasi 6
2.6 Misi Program Pendidikan Khas Integrasi 6
2.7 Objektif Program Pendidikan Khas Integrasi 6
2.8 Aktiviti Utama/ Deskripsi Tugas/Tanggungjawab 6-8
2.9 Jenis Perkhidmatan 8
2.10 Pencapaian Organisasi 8
2.11 Carta Organisasi 9-10

3.0 Penilaian Pelajar Terhadap Organisasi 11-12


3.1 Organisasi Mencapai Matlamat Organisasi 11
3.2 Fungsi-Fungsi Jabatan 11
3.3 Prestasi Organisasi 11
3.4 Organisasi Bertindak Menangani Kes Sosial 11-12
3.5 Menilai Kelemahan Dan Kekuatan Organisasi 12
1

MUKA SURAT
BAHAGIAAN B (KAJIAN KES) 13-50
1.0 Pendahuluan 14-15
2.0 Permasalahan Kajian 16-17
3.0 Kepentingan Kajian 18
4.0 Objektif Kajian 18
5.0 Kajian Lepas 19-21
6.0 Teori Pembelajaran Jean Piaget 22-24
7.0 Kaedah Kajian 25--26
7.1 Reka Bentuk Kajian 25
7.2 Latar Belakang Klien 25
7.3 Lokasi Kajian 25
7.4 Alat Kajian 25
7.5 Analisis Data 26
7.6 Bilangan Sesi 26
8.0 Pengenalpastian Maklumat Klien 27-29
8.1 Latar Belakang Klien 27-28
8.2 Sejarah Perubatan 28
8.3 Sejarah Perkembangan 28
8.4 Perkembangan Pembelajaran 29
8.5 Perkembangan Sosial Dan Hubungan Rakan Sebaya 29
9.0 Tatacara Kajian 30-35
10.0 Sesi Ujian Pra, Intervensi Dan Ujian Pasca 36-41
10.0.1 Ujian Pra 36-37
10.0.2 Intervensi 38-40
10.0.3 Ujian Pasca 41
11.0 Hasil Kajian 42-45
12.0 Justifikasi Skala 46
13.0 Perbincangan 47-48
14.0 Kesimpulan 49
15.0 Cadangan Dan Saranan 50
16.0 Limitasi Kajian 50
1

BAHAGIAAN C (LAMPIRAN)
Gambar Pemerhatian Sebelum Intervensi
Gambar Pra Ujian
Gambar Intervensi
Gambar Ujian Pasca
Concent Letter
Concent Form
Inform Concent
Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card
Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke
Atas Kanak-Kanak Slow Learner. (Pemerhatian Sebelum
Intervensi)
Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card
Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke
Atas Kanak-Kanak Slow Learner. (Ujian Pra)
Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card
Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke
Atas Kanak-Kanak Slow Learner. (Ujian Pasca)
Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card
Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke
Atas Kanak-Kanak Slow Learner. (Intervensi)
1

PERHARGAAN

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Tawang terutamanya
kepada guru besar iaitu En. Mohd Zohan Deraman, En. Mohd Zain bin Mamat merupakan
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rohana bt. Ismail adalah Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan En. Shamsul Hadi bin Daud merupakan Penolong Kanan Ko-Kurikulum serta
Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En. Noorazman Zawawi kerana telah memberi
peluang kepada saya untuk menjalankan kajian untuk melengkapkan tugasan tersebut yang
berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pendidikan khas yang banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menjalani latihan praktikum. Di
samping itu, memberi pendedahan mengenai kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
masalah. Saya dapat pengalaman dan pengetahuan yang lebih mendalam dalam mengenai
masalah kanak-kanak. Pemerhatian terhadap kanak-kanak membolehkan saya membuat
pemerhatian secara langsung terhadap kanak-kanak. Tingkah laku kanak-kanak dapat
diperhatikan secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada saya.

Di samping itu, saya jutaan terima kasih juga diucapkan kepada organisasi atau sekolah
kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian kes di sekolah tersebut.
Sekolah turut membantu memberi pendedahan dan maklumat berkaitan dengan kajian yang
saya jalankan. Terdapat banyak maklumat yang saya peroleh bagi melengkapkan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu saya
dalam menjayakan kajian kes. Rakan-rakan yang memberi sokongan dan dorongan untuk
dalam menyiapkan kajian kes. Sokongan dan dorongan amat penting kepada saya kerana
kajian ini memerlukan kekuatan untuk menjalankan kajian kes. Dorongan yang positif dapat
mendorong saya untuk lebih berkeyakinan dan sentiasa positif.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan klien turut membantu saya dalam menjayakan
kajian kes. Kajian kes dapat disiapkan dengan bantuan dan kerjasama daripada mereka.
Kerjasama daripada sangat penting bagi memperoleh keputusan dan data yang tepat dalam
pengumpulan data dalam kajian kes.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan kajian kes.
1

BAHAGIAN A:
ORGANISASI
2

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan
menawarkan lima program iaitu Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga (HA20), Psikologi
Industri Dan Organisasi (HA13), Psikologi Belia Dan Komuniti (HA16), Psikologi Kaunseling
(HA19) Dan Kerja Sosial (HA52). Setakat ini, kesemua program telah mengeluarkan graduan
sejak konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan September 1999.
Melalui penstrukturan semula program akademik UMS pada tahun 2014, SPKS telah
digabungkan dengan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) membentuk
Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP).

1.1 Latihan Praktikum

Latihan praktikum adalah salah satu syarat bagi memenuhi syarat pengurniaan Ijazah
Sarjana Muda Psikologi Bagi Semua Program FPP. Latihan praktikum dilaksanakan pada
semester akhir pengajian bagi setiap pelajar yang mendaftar sebagai sepenuh masa di
Universiti Malaysia Sabah.

Bagi pelajar-pelajar yang mengikut program psikologi kanak-kanak dan keluarga, Latihan
Praktikum adalah pelengkap dan keperluan bagi pengurniaan Ijazah Sarjana Muda. Latihan
Praktikum ini sebenarnya merupakan latihan amali di situasi sebenar untuk
mengintegrasikan ilmu teori yang diperoleh. Latihan Praktikum ini selaras dengan hasrat
Universiti Malaysia Sabah

1. Menyediakan graduan menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang akademik


mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang
tinggi
2. Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan sesuai
dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap dan bermutu
tinggi

1.2 Objektif umum

Objektif latihan praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia
Sabah sendiri, khususnya:

 Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam


program pelbagai bidang
3

 Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk


pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan
negara
 Mengadakan program-program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang
berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara
 Menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat lagi berguna antara Universiti Malaysia
Sabah dengan sektor perindustrian, kerajaan, swasta, badan-badan profesional dan
masyarakat dalam dan luar negara

1.3 Status dan jam kredit

Latihan praktikum ini merupakan satu alternatif wajib kepada pelajar di bawah program ini
yang mana pelajar boleh memilih untuk tidak menjalani Latihan Praktikum tetapi dengan
menggantikannya dengan Latihan Ilmiah. Latihan Praktikum diperuntukkan sebanyak 6 jam
kredit. Prestasi pelajar dalam Latihan Praktikum akan dikira dalam PNGK semasa proses
pengijazahan.

1.4 Tempoh

Tempoh Latihan Praktikum ini tidak kurang dari 12 minggu bagi program pengajian tiga
tahun yang dijalankan pada semester akhir di penghujung sesi.

1.5 Tempat Latihan Praktikum

Sekolah Kebangsaan Tawang

1.6 Alamat Tempat Praktikum

Sekolah Kebangsaan Tawang, 16320 Bachok, Kelantan.


4

2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Sejarah sekolah kebangsaan tawang

Sekolah Kebangsaan Tawang ditubuhkan pada tahun 1925 di Tawang Bachok, Kelantan.
Sehingga kini 19 orang guru besar telah menerajui sekolah ini sehinggalah tiba giliran Tn.
Hj. Mazlan bin Mat bermula September 2011 hingga Mei 2016.

Sepanjang tempoh itu, Sekolah Kebangsaan Tawang terus dikenali dan menempa pelbagai
kejayaan yang dicapai bermula peringkat daerah hinggalah peringkat kebangsaan.Ini
terbukti dengan lahirnya ramai tokoh yang berkaliber dalam pelbagai bidang seperti ahli
perniagaan, ahli politik, golongan profesional, pengurusan kewangan dan sebagainya.

Kejayaan ini semakin menyerlah di bawah pentadbiran Tn. Hj. Mazlan yang mana
pencapaian akademik dan kokurikulum begitu membanggakan. Hasil usaha beliau bermula
2012 banyak pertambahan kelas dan pelbagai prasarana dibangunkan untuk kemudahan
guru, staf sokongan dan murid.

Dalam tempoh pentadbiran beliau juga jumlah guru bertambah sehingga 60 orang seiring
dengan pertambahan kelas Arus Perdana, PRA dan Pendidikan Khas.

2.2 Sejarah Program Pendidikan Khas Integrasi

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras
dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan Tawang telah menubuhkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
bagi memberi didikan dan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.
Program Pendidikan Khas Integrasi ditubuhkan pada 2 Januari 2008. Pada masa itu,
Program Pendidikan Khas Integrasi tidak diwujudkan lagi, maka Program Pendidikan Khas
Integrasi terpaksa ditangguhkan dahulu.

Pada 13 Julai 2008, Program Pendidikan Khas Integrasi telah diberikan satu ruang kelas
yang dahulunya digunakan oleh Guru Kaunseling. Dengan itu, kelas ini dapat dibuka pada 3
Ogos 2008.
5

Guru Program Pendidikan Khas Integrasi yang pertama pada ketika itu adalah Muhammad
Arif bin Majid dengan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Puan Wan Norazila
binti Wan Hassan dan diikuti oleh Abdul Jalil.

Pada 1 Januari 2008 seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah dihantar ke sekolah
ini. Kini, Sekolah Kebangsaan Tawang di Program Pendidikan Khas Integrasi mempunyai
lapan guru dan tiga pembantu.

2.3 VISI SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG

Berazam menjadikan sekolah ini sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan berkesan
dalam semua bidang bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar, masyarakat, agama,
dan negara.

Sepasukan Cemerlang Dan Berkesan

Memenuhi kualiti dan piawaian semasa setanding dengan pencapaian Sekolah -sekolah di
Malaysia.

2.4 Misi Sekolah Kebangsaan Tawang

1. Menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkesan dalam bidang
akademik, kokurikulum, moral dan disiplin.
2. Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar dan
dipelajari serta mengamalkannya dengan berkesan.
3. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat agar pelajar merasa
seronok dan negara
4. Untuk melahirkan insan yang sedia berbakti kepada ibu bapa, masyarakat, agama,
bangsa dan negara
5. Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan di antara sekolah dengan komuniti
setempat.
6. Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berdikari.
7. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam sukan, taat
pada ajaran agama, kasih sayang dan hormat kepada ibu bapa dan cinta kepada
negara Malaysia.
6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG

2.5 VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan


khas untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai
3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

2.6 MISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk
melahirkan insan yang dapat berdikari berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan
bakti kepada masyarakat dan Negara.

2.7 OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG

1. Bimbingan yang berterusan mengikut keupayaan dan kemampuan murid.


2. Mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing-masing.
3. Murid mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna.
4. Proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang yang merangsang dan
mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.
5. Murid mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan
untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

2.8 AKTIVITI UTAMA/ DEKSRIPSI TUGAS/TANGGUNGJAWAB

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru


menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai
keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat
memastikan murid terlibat secara aktif, juga membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

1. PENDEKATAN TUGASAN

Pendekatan analisis tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa


komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid.
7

2. PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

Pendekatan belajar melalui bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini melakukan
penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan merasa gembira
dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif
dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta
mengendalikan emosi.

3. PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA

Pendekatan pengajaran bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran

4. PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN

Pendekatan pembelajaran pengalaman adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan


individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi
peluang menilai keupayaan diri sendiri.

5. PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI

Pendekatan pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan


pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan pendidikan
berkualiti.

PENDEKATAN KOLABORASI

A. LATIHAN KEMAHIRAN KERJA

Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri,
komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan
kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja luar

B. BENGKEL TERLINDUNG

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan
pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang
8

beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan
agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak
mementingkan tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan
pengalaman bekerja individu, menanam minat memenuhi keperluan sosial dan memberi
kemahiran inter-personel.

2.9 JENIS PERKHIDMATAN

1. Perkhidmatan Pendidikan Asas iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris,


Multimedia, Agama, Islam, Seni Muzik, Gerakan Badan, Drama, Sains Sosial atau
Alam Sekitar.

2. Aktiviti Luar Bilik Darjah iaitu lawatan, perkhemahan, kem motivasi dan perkelahan.

2.10 PENCAPAIAN ORGANISASI

Pencapaian sekolah yang dapat di analisis secara keseluruhan melalui pencapaian Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu dari tahun 2013 hingga tahun 2015 adalah
meningkat jumlah A yang diperoleh oleh pelajar iaitu pelajar yang mendapat 5A pada tahun
2013 adalah 36 orang dan menurun pada tahun 2014 dan meningkat pada tahun 2015 iaitu
sebanyak 26 orang dan 41 orang.

Pencapaian sekolah dalam aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tawang pada tahun
2015 untuk pencapaian dalam badan uniform adalah rendah iaitu pencapaian hanya di
peringkat Pejabat Pendidikan Daerah dan hanya mendapat sagu hati. Pencapaian dalam
kelab dan persatuan iaitu mencapai pencapaian kebangsaan dan mendapat johan
kebangsaan. Manakala sukan dan permainan mencapai tahap pencapaian kebangsaan
9

2.11 CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG 2016

PENGERUSI

EN. MOHD ZOHAN BIN DERAMAN

(GURU BESAR)

TIM.PENGERUSI

EN. NOORAZMAN BIN ZAWAWI

(PK. PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II NAIB PENGERUSI III

EN.MOHD ZAIN BIN MAMAT PN. ROHANA BT. ISMAIL


EN. SHAMSUL HADI BIN DAUD
i
(PK. PENTADBIRAN) (PK. HAL EHWAL MURID)
(PK. KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA BENDAHARI

TUAN MOHD FAIRUS BIN TUAN YUNI FAZLINA BT. MD. YUSOF
ABDULLAH

MUHAMMAD ARIF BIN MAJID NIK ROHANI BT. NIK MAHMOOD MOHD RASNILA BIN AWANG
SEMAN
(PENYELARASAN KURIKULUM) (PENYELARAS HAL EHWAL
MURID) (PENYELARAS KOKURIKULUM)

KSSR/PBS DISIPLIN SUKAN/ PERMAINAN

TUAN MOHD FAIRUS MOHD RASNILA MOHD RASNILA

DATA/EMK REKOD KEHADIRAN PENGAKAP (PPKI)

MUHAMMAD ARIF BIN MAJID NIK ROHANI BT. NIK MAHMOOD TUAN MOHD FAIRUS
10

ERRPI KEBAJIKAN/ KESIHATAN TERAPI RENANG

SITI AMIZA BT. RESADI NORIZAN BT. MOHD YAZID NIK ROHANI BT. NIK
MAHMOOD

PROGRAM LINUS PAPAN KENYATAAN TERAPI BERKUDA

NIK ROHANI BT. NIK NIK ROHANI BT. NIK TUAN MOHD FAIRUS
MAHMOOD MAHMOOD

PROGRAM INKLUSIF BUKU TEKS TERAPI FUTSAL

MUHAMMAD ARIF BIN YUNI FAZLINA BT. MD. YUSOF MOHD RASNILA
MAJID

SAMBUTAN HARI LAHIR TERAPI BOWLING


PASR/ UJIAN DALAMAN

SITI AMIZA BT. MD. RESADI YUNI FAZLINA BT.


SITI AMIZA BT. MD. RESADI
MD. YUSOF

PEMBANTU PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN


MURID MURID MURID

PN. MARLINI BT. ZAKARIA EN. ASRULAFENDI BIN PN. WAN NOR AZILA BT.
MOHAMED NOR WAN HASSAN
(STOK & INVENTORI)
(BUKU BANK) (SISTEM FAIL)
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN)
KEBERSIHAN & KECERIAAN KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN
11

3.0 PENILAIAN PELAJAR TERHADAP ORGANISASI

3.1 ORGANISASI MENCAPAI MATLAMAT PERKHIDMATAN

Kaedah dan teknik organisasi atau sekolah dalam mencapai matlamat perkhidmatan dengan
menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Organisasi juga
memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk membina bakat-bakat yang
ada untuk diaplikasikan dalam kehidupan di masa hadapan. Guru-guru diberi tugasan
mengikut tugasan masing-masing dalam sesuatu jawatan agar organisasi mencapai tahap
kecemerlangan.

3.2 FUNGSI-FUNGSI JABATAN/UNIT TERTENTU

Fungsi-fungsi jabatan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Tawang ialah terdiri daripada
peringkat rendah, pra sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Bilangan murid-
murid di arus perdana adalah seramai 737 iaitu bilik darjah sebanyak 30 buah kelas
manakala pra sekolah sebanyak 3 kelas. Guru-guru di arus perdana seramai 66 orang dan
staf sokongan seramai 22 orang

Program Pendidikan Khas Integrasi bermasalah pembelajaran yang terdiri daripada 4 buah
kelas iaitu murid seramai 30 orang. Guru-guru di Program Pendidikan Khas Integrasi
seramai 8 orang dan seramai 3 orang pembantu pengurusan murid.

3.3 PRESTASI ORGANISASI

Prestasi sekolah yang dapat di analisis secara keseluruhan melalui pencapaian Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kokurikulum. Prestasi sekolah yang dapat dilihat
dari pencapaian UPSR yang diperoleh oleh pelajar adalah meningkat dari tahu ke tahun iaitu
tahun 2013 sehingga tahun 2015. Prestasi dalam bidang kokurikulum juga mengalami
peningkatan yang mana pertandingan yang melibatkan kelab, persatuan dan badan uniform
telah mencapai peringkat kebangsaan.

3.4 ORGANISASI BERTINDAK MENANGANI SESUATU KES SOSIAL

Sekolah akan bertindak untuk menangani kes sosial pelajar dengan melaksanakan tindakan
disiplin ke atas pelajar yang melakukan kesalahan. Di samping itu, kaunselor akan mengenal
pasti pelajar yang bermasalah untuk mengadakan sesi kaunseling. Kes sosial yang dapat
dilihat di sekolah seperti kes ketidakhadiran atau ponteng. Cara atau kaedah untuk
mengatasi pelajar yang ponteng oleh pihak sekolah adalah mengenal pasti pelajar yang
12

tidak hadir dan rekod jumlah ketidakhadiran ke sekolah. Antara intervensi yang dijalankan
oleh pihak sekolah dengan kerjasama daripada guru-guru, kaunselor dan guru besar adalah
dengan pertama, mengadakan lawatan ke rumah yang mempunyai masalah ketidakhadiran.
Kedua, perjumpaan dengan ibu bapa murid yang bermasalah. Ketiga, motivasi pagi tentang
kehadiran. Keempat, memberi bimbingan dan kaunseling dengan mengadakan kaunseling
individu dan kelompok dan terakhir, memberi hadiah galakan kepada kelas yang terbaik
peratus kehadiran pada siang bulan.

3.5 MENILAI KELEMAHAN DAN KEKUATAN ORGANISASI SECARA KRITIS DAN MEMBINA

KELEMAHAN ORGANISASI

Kelemahan organisasi yang dapat di nilai dan diperhatikan ialah sistem penyelarasan yang
kurang sistematik. Penyelarasan tugasan dan kerja yang tidak diperbaharui dan tidak ditukar
kerana masih kekal dengan tugasan yang lama. Hal ini menyebabkan kekeliruan pada
murid-murid, guru-guru dan ibu bapa apabila ingin merujuk sesuatu perkara yang penting.
Profil guru dan pelajar tidak dipaparkan di sudut maklumat pelajar dan guru menyebabkan
sukar untuk melihat profil apabila ingin merujuk sesuatu yang berkaitan dengan pelajar dan
guru seperti profil murid mengenai penyakit yang dialami. Sistem perfailan tidak tersusun
menyebabkan berlaku kesukaran untuk merujuk maklumat yang penting.

KEKUATAN ORGANISASI

Kekuatan organisasi yang dapat dinilai ialah sudut maklumat pembelajaran di dalam kelas
tersusun dengan sistematik. Sudut maklumat dilengkapkan dengan semua subjek supaya
murid-murid dapat belajar, membaca dan mengira. Keceriaan organisasi sangat memuaskan
kerana terdapat maklumat yang hendak disampaikan kepada murid-murid, guru-guru, ibu
bapa dan orang awan. Guru-guru berdisplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan seperti
waktu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
13

BAHAGIAN B:

KAJIAN KES
14

1.0 PENDAHULUAN

Daniel P. Hallahan & James M. Kauffman dalam buku Exceptional Children Introduction to
Special Education (1980), iaitu kanak-kanak berkeperluan khas adalah mereka yang
memerlukan pendidikan khas yang boleh merealisasikan potensi mereka. Mereka
memerlukan pendidikan khas kerana mereka adalah berbeza dengan kanak-kanak lain.
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam
pembelajaran dan pengubahsuaian dalam kurikulum. Mereka mungkin mempunyai masalah
terencat akal, masalah pertuturan atau bahasa, pendengaran, penglihatan dan talent atau
pintar cerdas.

Samuel Kirk (1963), mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai kelewatan


perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan,
pengiraan atau mata pelajaran. The Individual with Disabilities Education Act (IDEA, 1997),
mendefinisikan masalah pembelajaran disebabkan masalah dalam satu atau lebih daripada
proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada
pertuturan atau penulisan yang mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan
mendengar, bertutur, berfikir dan membaca tidak sempurna. Masalah ini tidak termasuk
kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor,
kerencatan akal, gangguan emosi, atau kekurangan dalam persekitaran.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menunjukkan pelbagai jenis


simptom yang sangat luas julatnya seperti masalah membaca, mengira, pemahaman,
penulisan, pertuturan atau kebolehan penaakulan. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk belajar
disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah
matematik atau dengan kata lain kelemahan menguasai 3M iaitu kemahiran membaca,
mengira dan menulis.

Slow learner ialah kanak-kanak yang mempunyai tahap normal yang rendah,
lemban atau bonderline retarded (Igram & Christine, P. 1953). Kanak-kanak slow learner
atau lembam merupakan kanak-kanak yang mempunyai Intelligent Quotient (IQ) di bawah
paras purata. Intelligent Quotient (IQ) kanak-kanak normal secara puratanya adalah
100. Skor ujian IQ bagi Slow learner berada antara 70 dan 90. Jika skor IQ kurang daripada
70, kanak-kanak tersebut dikategorikan sebagai terencat akal atau mental retardation
(Eastmead, 2004)
15

Ujian IQ bukanlah satu bentuk ujian untuk mendiagnosis kanak-kanak atau


mengkategorikan kanak-kanak sebagai kanak-kanak slow learner tetapi skor pencapaian,
gred, penilaian guru, laporan ahli psikologi dan peperiksaan doktor adalah penting untuk
membuat analisis terhadap kanak-kanak bagi mendiagnosis masalah kanak-kanak tersebut.

Lebih kurang 1 daripada 5 orang kanak-kanak yang dilahirkan adalah slow learner.
Kanak-kanak ini biasanya lambat berjalan dan lambat bertutur. Antara penyebab slow
learner adalah kecederaan teruk pada kepala, meningitis, penggunaan alkohol atau dadah
oleh ibu semasa mengandung (Eastmead, 2004).

Masalah pengecaman nombor oleh kanak-kanak slow learner boleh dikaitkan


dengan masalah diskalkulia. Ulf Traff (2013), masalah mengenal nombor dalam mengira
dan pembelajaran matematik untuk memahami konsep nombor, kekurangan kefahaman
intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor. Nombor
merupakan konsep asas dalam pembelajaran Matematik. Konsep nombor merujuk kepada
bilangan yang terdapat dalam sesuatu kumpulan dan diadaptasikan dalam bentuk angka
atau simbol untuk mewakili konsep nombor.

Intervensi yang dijalankan dengan menggunakan flash card dapat membantu kanak-
kanak untuk mengecam nombor, mengenal nombor dan memahami konsep nombor
dengan lebih cepat melalui pembelajaran flash card. Kesan penggunaan flash card juga
mampu memperkembangkan kognitif kanak-kanak untuk mengecam nombor. Flash card
juga dapat merangsang kanak-kanak untuk mengecam nombor dan minat untuk menguasai
konsep nombor.
16

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kanak-kanak mengenali nombor secara semula jadi melalui pengalaman dalam kehidupan
seharian (Ginsburg,1977). Nombor merupakan konsep asas dalam pembelajaran Matematik.
Konsep nombor merujuk kepada bilangan yang terdapat dalam sesuatu kumpulan dan
diadaptasikan dalam bentuk angka atau simbol untuk mewakili konsep nombor.

Kajian mengenai pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 dijalankan dalam kajian


kes kerana kebanyakan pelajar tidak dapat mengecam nombor asas iaitu nombor 1 hingga
nombor 10 walaupun umur kanak-kanak tersebut sudah mencapai umur sembilan tahun di
Sekolah Kebangsaan Tawang. Kanak-kanak hanya mempunyai kemahiran menghafal dan
mengingat nombor 1 hingga nombor 10 secara tersusun. Kanak-kanak tidak dapat
menyebut dan mengingat nombor 1 hingga nombor 10 secara rawak. Kebanyakan kanak-
kanak tidak dapat mengecam nombor dan keliru untuk membezakan nombor yang hampir
sama. Contohnya nombor 1 dan nombor 7, nombor 6 dan nombor 9.

Kanak-kanak juga tidak dapat membuat pengecaman nombor dan tidak mengetahui
bentuk nombor kerana mereka hanya didedahkan dengan teknik pengajaran dan
pembelajaran melalui teknik nyanyian dalam hafalan nombor. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam pengecaman nombor akan mempunyai masalah dalam mata
pelajaran matematik iaitu tidak dapat mengira dan tidak dapat membeza operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi.

Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap pelajar


melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, menemu bual
guru-guru dan pembantu pengurusan murid untuk mengetahui permasalahan pelajar
dengan lebih teliti. Setelah itu, pengkaji telah mengenal pasti seorang pelajar yang berumur
9 tahun yang mempunyai masalah slow learner yang mana kanak-kanak tersebut tidak
dapat mengecam nombor dan hanya boleh menyambung titik-titik untuk membentuk
nombor.

Hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji melalui
beberapa aktiviti untuk menguji kemampuan “klien A” yang mana pengkaji telah menguji
“klien A” supaya menulis nombor 1 hingga nombor 10 di kertas A4, penggunaan flash card
untuk pengecaman nombor 1 hingga nombor 10, memadamkan nombor 1 hingga nombor
10 dengan menggunakan flash card di A4 black mounting board dan aktiviti membentuk
17

nombor 1 hingga nombor 10 dengan menggunakan play doh serta aktiviti mengira objek
dan melabelkan nombor 1 hingga nombor 10 yang sesuai berdasarkan bilangan objek.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui beberapa aktiviti, pengkaji dapat


mengenal pasti masalah “klien A” yang mana “klien A” tidak dapat menulis dan membentuk
nombor serta membilang objek kerana tidak dapat membuat pengecaman nombor serta
tidak dapat membezakan nombor. “Klien A” juga tidak dapat membeza nombor 1 dengan
nombor 7 dan nombor 6 dengan nombor 9. “Klien A” juga boleh dikategorikan sebagai
diskalkulia kerana “klien A” dilihat mempunyai masalah dan kesukaran untuk memahami
nombor dalam mata pelajaran matematik. Pengkaji telah meneliti permasalahan “klien A”
yang mana pengkaji telah memilih flash card sebagai salah satu kaedah yang berkesan
untuk membantu “klien A” untuk membuat pengecaman nombor 1 hingga nombor 10.
Pengkaji akan melaksanakan intervensi dengan menggunakan flash card nombor iaitu
nombor 1 hingga nombor 10 untuk membantu klien mengingat dan membezakan nombor
serta mengecam nombor.
18

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan dalam menjalankan kajian kes antaranya ialah untuk membantu kanak-kanak
dalam pengecaman nombor 1 hingga nombor 10. Di samping itu, meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pengecaman nombor 1 hingga nombor 10.

Nombor memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untuk


mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Nombor juga membantu untuk meningkatkan
daya ingatan atau memori kanak-kanak dalam pencapaian pembelajaran. Intervensi yang
dijalankan oleh pengkaji dengan menggunakan flash card nombor dapat membantu kanak-
kanak untuk mengecam nombor 1 hingga nombor 10. Selain itu, Penggunaan flash card
nombor dapat membantu pelajar-pelajar slow learner dalam meningkatkan pengetahuan
untuk pengecaman nombor.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan flash card dalam aspek
pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 ke atas kanak-kanak slow learner .

Penggunaan flash card untuk pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 dalam


intervensi yang dijalankan dapat membantu proses pembelajaran bagi meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pengecaman nombor dalam pembelajaran
akademik dan pembelajaran sosial.

Selain itu, peningkatan pengetahuan kanak-kanak yang slow learner dalam


pengecaman nombor bagi membantu mereka mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
atau dalam pelbagai situasi.
19

5.0 KAJIAN LEPAS

Menurut jurnal Katie Bagdon, T. F. McLaughlin, Kimberly P. Weber, Jessieanna Blecher


(2016) yang bertajuk Effects of a modified di flashcards for number recognition 1 through
10 for a preschool child with developmental delays. Metodologi kajian yang dijalankan oleh
pengkaji jurnal ini ialah melalui kaedah pemerhatian dan eksperimen. Alat kajian yang
digunakan dalam kajian ini adalah flash card .

Kepentingan dalam kajian jurnal tersebut adalah penguasaan pengecaman nombor


merupakan kemahiran penting yang diperlukan untuk tahap yang lebih maju atau ke
hadapan. Penguasaan pengecaman nombor membolehkan pelajar memberi tumpuan
kepada komponen kritikal lain semasa menyelesaikan masalah matematik seperti
penambahan dan penolakan.

Ketepatan pelajar mengecam nombor membolehkan proses pembelajaran


mengecam nombor berlaku dengan lebih cepat dan awal dalam matematik pada kadar yang
lebih cepat. Pembelajaran nombor 1 hingga nombor 10 membolehkan kanak-kanak dapat
mengingat dan mengecam nombor di samping dapat menyelesaikan sesuatu perkara sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah yang berkaitan dengan nombor. Nombor merupakan
pengenalan untuk komponen asas kepada pelajar untuk matematik. Ketidakbolehan
mengenal nombor akan menyebabkan pelajar akan mengalami beban kognitif yang tinggi
dalam penyelesaian matematik.

Arahan langsung melalui flash card adalah salah satu daripada beberapa kaedah
atau teknik pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelajar. Melalui pembelajaran
dengan menggunakan flash card, pelajar diarahkan untuk menyebut nombor yang terdapat
pada flash card tersebut. Flash card menyediakan satu prosedur pengajaran yang secara
langsung menyasarkan kemahiran pelajar untuk belajar. Flash card sesuai digunakan
kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran untuk mengecam nombor.

Menurut jurnal Claire Kane, T. F. McLaughlin, Sarah Mortensen (2015), yang


bertajuk The effects of DI flashcards with and without match to sample with edibles on
number recognition using reduced set size and DI discrimination training: a case report.
Metodologi kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah pemerhatian dan eksperimen. Alat
kajian yang digunakan oleh pengkaji jurnal tersebut adalah flash card.

Kepentingan kajian yang terdapat dalam jurnal tersebut ialah kajian penggunaan
flash card untuk mengecam nombor adalah berkesan untuk mengajar pelajar di program
20

pendidikan khas. Kesukaran dalam pembelajaran matematik dalam kalangan kanak-kanak


kurang upaya. Walau bagaimanapun, masalah ini juga turut wujud dalam kalangan kanak-
kanak normal apabila pelajar tersebut tidak dapat memahami konsep akademik yang di
belajar.

Penggunaan flash card adalah berkesan untuk mengajar pelajar dalam beberapa
kemahiran akademik. Penggunaan flash card dalam pengajaran kemahiran matematik amat
sesuai digunakan untuk mengajar pelajar. Dalam pengajaran matematik, guru perlu
menyediakan flash card kepada pelajar semasa mengajar supaya pelajar lebih memahami
perkara atau sesuatu yang dipelajari. Ujian pra yang dijalankan kepada pelajar dengan
menggunakan flash card untuk menentukan dan mengenal pasti item sama ada mengenal
atau tidak mengenal sesuatu perkara yang diajar. Penggunaan Flash card amat berkesan
dalam pengajaran fakta matematik iaitu dari segi perkataan, warna, bentuk dan nombor
untuk mengajar pelajar.

Pengajaran dengan menggunakan flash card menunjukkan prestasi pelajar


meningkat berbanding dengan pelajar yang belajar dengan menggunakan kaedah biasa
atau kaedah tradisional. Penggunaan flash card dan Direct instruction Discrimination
digunakan untuk membuat pengecaman nombor untuk pelajar pendidikan khas.

Menurut jurnal Mustafa Al-Dahri, T. F. McLaughlin, K. Mark Derby, Jessieanna


Belcher, Kimberly P. Weber (2013) yang bertajuk An Evaluation of the Direct Instruction
Model-Lead-Test Procedure and Rewards on Rote Counting, Number Recognition and
Rational Counting with a Preschool Student with Developmental Delays. Metodologi kajian
yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian dan eksperimen. Alat kajian
yang digunakan oleh pengkaji jurnal tersebut adalah flash card.

Kepentingan kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah Penyelidikan terkini
menunjukkan keberkesanan menggunakan flash card untuk mengajar kanak-kanak kurang
upaya. Penggunaan flash card juga telah berkesan dalam pembelajaran fakta matematik
(Erbey, McLaughlin, Derby, & Everson, 2011). Menurut Stein, Kinder, Sinder, Silbert dan
Carnine (2006), kemahiran mengira bukan sahaja penting untuk diri mereka sendiri tetapi
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Memahami konsep matematik merupakan
perjuangan bagi kanak-kanak pendidikan khas untuk memahami konsep tersebut.

Menurut jurnal Bobby Ojose (2008), Applying Piaget’s Theory of Cognitive


Development to Mathematics Instruction. Menurut jurnal tersebut, Jean Piaget merupakan
21

pelopor kepada teori pembelajaran kognitif. Piaget juga menggunakan kaedah perbualan
atau percakapan untuk mengkaji pemikiran kanak-kanak. Pembelajaran matematik dalam
perkembangan teori Piaget yang mana kanak-kanak belajar konsep matematik. Peringkat-
peringkat dalam teori Piaget dapat menentukan tahap pemikiran kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran.

Menurut jurnal Najmal Iqbal Malik, Ghazala Rehman dan Rubina Hanif (2012) yang
bertajuk Effect of Academic Interventions on the Developmental Skills of Slow Learners.
Menurut jurnal tersebut, analisis kuantitatif mendedahkan intervensi akademik adalah amat
berkesan dalam meningkatkan perkembangan kognitif untuk kanak-kanak slow learner.
Akademik pelajar slow learner dikenal pasti berdasarkan skor pencapaian dalam ujian
kecerdasan dengan Intelligent Quotient (IQ) 75 hingga 89. Pelajar slow learner tidak dapat
memenuhi purata standard akademik dalam keupayaan pembelajaran. Skor ujian
kecerdasan mereka adalah rendah daripada purata markah ujian. Walau bagaimanapun ,
skor ujian kecerdasan tidak terlalu rendah bagi kanak-kanak slow learner untuk kemasukan
perkhidmatan pendidikan khas.
22

6.0 TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET

Teori pembelajaran kognitif oleh Jean Piaget (1950), yang berpendapat bahawa kesediaan
belajar adalah amat penting kerana kanak-kanak dilihat tidak akan memahami sesuatu
konsep jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Selain itu, kesediaan mental,
fizikal dan afektif (emosi dan sikap) juga amat perlu agar pembelajaran berlaku dengan
lebih berkesan. Kognitif adalah kesediaan pelajar mengikut umur mental kanak-kanak bukan
umur kronologi, kebolehan dan keupayaan belajar.

Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui


interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Kedua, melalui
pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda atau perkara.
Pengetahuan ini diperoleh melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan
dan segi empat, keras dan lembut, panas dan sejuk. Ketiga, melalui logikal-matematik yang
meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian (Nor Hashimah
Hashim & Yahya Che Lah, 2005: 12).

Terdapat empat peringkat dalam teori Jean Piaget ialah peringkat deria motor iaitu 0
hingga 2 tahun, peringkat pra operasi iaitu 2 hingga 7 tahun, peringkat operasi konkrit iaitu
7 hingga 11 tahun dan peringkat operasi formal iaitu 11 tahun ke atas.

Pada peringkat deria motor iaitu 0 hingga 2 tahun. Kanak-kanak banyak


menggunakan pancaindera seperti pendengaran, pemerhatian dan aktiviti motor untuk
meneroka persekitaran. Pergerakan kanak-kanak banyak bergantung pada gerak balas
spontan. Kanak-kanak menggunakan deria motornya untuk berinteraksi dengan
persekitarannya. Contohnya, bayi mula menangis apabila tidak dapat melihat ibunya kerana
menyangka ibunya telah hilang. Pada akhir tahun kedua, kanak-kanak dapat
memperkembangkan pemahaman bahawa objek dan manusia tidak akan hilang, hal ini
kerana kanak-kanak tidak dapat melihat objek dan manusia tersebut. Kanak-kanak mula
memahami tentang ketetapan objek dan mereka akan mula bertutur. Kanak-kanak slow
learner juga akan mengalami proses yang sama cuma mereka lambat dari segi
perkembangan kognitif.

Pada peringkat kedua iaitu pra operasi iaitu 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak mula
menguasai bahasa dan konsep dengan cepat serta berinteraksi dengan persekitarannya
23

secara simbolik iaitu imej atau perkataan. Selain itu, mereka bersifat egosentrik yang mana
mereka melihat dunia hanya perspektif dirinya. Pemahaman mereka bergantung pada ciri-
ciri utama yang dilihat adalah nyata dan bukan daripada proses pemikiran logik atau
rasional. Contohnya, kanak-kanak menggunakan objek-objek seperti bongkah kayu dengan
mengandaikan sebuah kereta. Piaget juga berpendapat pemahaman kanak-kanak pada
peringkat pra operasi masih lemah. Hal ini disebabkan kanak-kanak pada peringkat ini tidak
dapat menguasai konsep pengekalan yang melibatkan pengekalan jisim, isi padu dan
nombor. Pengekalan objek adalah satu istilah yang digunakan oleh Piaget untuk
menunjukkan satu kesedaran, walaupun terdapat perubahan pada bentuk sesuatu jasad,
kuantiti fizikal jasad itu masih kekal

Peringkat ketiga ialah peringkat operasi konkrit iaitu 7 hingga 11 tahun boleh
menggunakan pemikiran-pemikiran logik bagi memahami perkara konkrit. Pada masa ini
mereka telah memahami konsep pengekalan, menerima pendapat orang lain,
mengklasifikasikan dan menyusun objek-objek pelbagai dimensi serta memahami konsep
perhubungan. Namun mereka tidak boleh memahami perkara yang abstrak dan menaakul
secara logik tetapi hanya memahami secara konkrit dan literal.

Peringkat keempat ialah peringkat operasi formal iaitu 11 tahun ke atas. Pemikiran
kanak-kanak tidak lagi terikat pada benda-benda konkrit yang konkrit dan boleh
diperhatikan. Malah mereka sudah dapat berfikir tentang proses hipotetikal dan peristiwa
secara logik, memahami isu-isu kompleks yang memerlukan taakulan abstrak serta juga
boleh membuat ramalan, merancang dan menyelesaikan masalah yang timbul.
Perkembangan fizikal kanak-kanak slow learner adalah normal seperti kanak-kanak yang lain
namun perkembangan mental mereka terbantut disebabkan kerosakan di dalam otak atau
saraf atau faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan kematangan kanak-kanak ini agak
lewat dan terbantut.

Berdasarkan keempat-keempat peringkat dalam teori Jean Piaget (1950). Kanak-


kanak yang mempunyai masalah slow learner iaitu masalah pembelajaran yang mana Piaget
menyatakan kanak-kanak slow learner hanya di peringkat Pra operasi. Kanak-kanak yang
slow learner akan mengalami masalah yang teruk untuk memahami pengekalan jisim, isi
padu dan nombor berbanding kanak-kanak-kanak yang normal kerana kanak-kanak normal
juga sukar memahami dan menguasai konsep pengekalan jisim, isi padu dan nombor pada
peringkat pra operasi.
24

Pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak telah memasuki alam persekolahan


namun bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mungkin perkembangan mental mereka
masih berada pada tahap pra operasi. Hal ini disebabkan keupayaan dan kesediaan kognitif
mereka adalah berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Contohnya, kanak-kanak
bermasalah pembelajaran yang berumur 11 tahun berkemungkinan masih belajar pada
tahap pembelajaran asas. Hal ini menunjukkan bahawa perkembangan umur mental mereka
yang lambat.
25

7.0 KAEDAH KAJIAN

7.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian juga melibatkan pemerhatian dan
pengajaran yang mana pengkaji akan mengajar klien untuk mengecam nombor dan
menyebut nombor 1 hingga nombor 10.

7.2 Latar Belakang Klien

Pelajar yang di pilih dalam kajian ini merupakan seorang pelajar perempuan yang bernama
Arfa Nabila binti Lukman yang berumur 9 tahun dan sedang menuntut di Sekolah
Kebangsaan Tawang di Program Pendidikan Khas Integrasi. Pelajar ini mempunyai masalah
slow learner iaitu masalah pembelajaran.

7.3 Lokasi Kajian

Sekolah Kebangsaan Tawang (Program Pendidikan Khas Integrasi)

7.4 Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah concent letter dan concent form, inform
concent, flash card dan A4 black mounting board .

Penggunaan flash card untuk membuat pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 ke


atas klien yang mana pengkaji akan menunjukkan flash card kepada klien, seterusnya klien
akan membuat pengecaman terhadap nombor dan menyebut nombor yang ditunjuk oleh
pengkaji.

Concent letter adalah surat rasmi fakulti yang diberikan kepada ibu bapa atau
penjaga untuk menjalankan kajian kes ke atas klien manakala concent form adalah borang
kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk di tandatangan sebagai persetujuan bagi
menjalankan kajian kes ke atas klien. Inform concent merangkumi pengenalpastian
maklumat klien, permasalahan klien, sejarah perubatan, sejarah perkembangan,
perkembangan pembelajaran, perkembangan sosial dan hubungan dengan rakan sebaya,
perkembangan emosi dan sejarah keluarga. Selain itu, pengkaji juga merujuk rekod dan
profil maklumat klien untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang klien yang
dikaji.
26

7.5 Analisis Data

Analisis Borang Senarai Semak Keberkesanan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner bagi ujian pra dan ujian
pasca selepas menjalankan intervensi pengajaran dan pembelajaran menggunakan flash
card.

7.6 Bilangan sesi

Kajian ini dijalankan selama lima minggu iaitu minggu pertama adalah untuk pemerhatian,
minggu kedua adalah ujian pra, minggu ketiga dan keempat adalah intervensi, minggu
kelima adalah ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan selama enam sesi yang
mengambil masa 30 minit untuk satu sesi. Intervensi yang dijalankan selama dua minggu
iaitu sebanyak 12 sesi dan mengambil masa selama 30 minit.
27

8.0 PENGENAL PASTIAN MAKLUMAT KLIEN

8.1 Latar Belakang Klien

Pelajar yang di pilih dalam kajian ini merupakan seorang pelajar perempuan yang bernama
Arfa Nabila binti Lukman yang berumur 9 tahun dan sedang menuntut di Sekolah
Kebangsaan Tawang di Program Pendidikan Khas Integrasi. Pelajar ini mempunyai masalah
slow learner iaitu masalah pembelajaran.

“Klien A” di lahirkan pada 28 Disember 2007 yang berketurunan Melayu dan


beragama Islam. “Klien A” menetap di Jln Masjid, Kg. Baru, Tawang, 16320 Bachok
Kelantan. ”Klien A” tinggal bersama-sama dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain iaitu
abang, kakak dan adik. Ibu bapa “klien A” telah merujuk “klien A” ke hospital untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh “klien A”. Rujukan doktor yang telah dibuat oleh
ibu bapa “klien A” dan menunjukkan “klien A” menghadapi masalah slow learner iaitu
masalah pembelajaran.

Nama bapa “klien A” ialah Lukman bin Awang yang berumur 48 tahun manakala
ibunya ialah Suzilawati binti Sulaiman berumur 38 tahun. Bapa “klien A” bekerja sendiri
manakala ibunya adalah suri rumah. Semasa melahirkan “klien A”, ibu “klien A” ketika itu
berumur 29 tahun. “Klien A” mempunyai lima orang adik-beradik dan “klien A” merupakan
anak keempat. “Klien A” mempunyai seorang abang, dua orang kakak dan seorang adik
lelaki. Abang sulungnya bernama Amirr Muhazzab berumur 18 tahun merupakan pemegang
kad Orang Kurang Upaya (OKU). Abang Arfa Nabila mempunyai masalah autisme yang
mana beliau tidak dapat mengurus diri sendiri dan mempunyai masalah tumbesaran iaitu
pembesaran terbantut. Kini beliau telah dimasukkan ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Kakaknya bernama Amsyar Nabihah berumur 14 tahun dan masih bersekolah


menengah di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor. Kakak yang ketiga bernama Amalin Naylie
berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tawang di Program Pendidikan
Khas Integrasi. Kakaknya yang ketiga juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya
(OKU) dan mempunyai masalah slow learner iaitu masalah pembelajaran. Adik lelaki “klien
A” bernama Adam Nazmi yang berumur 3 tahun.

“Klien A” boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan.


“Klien A” juga boleh berinteraksi sosial semasa belajar dan bermain di dalam dan di luar
kelas. “Klien A” dilihat seorang yang sensitif, beremosi, sukar bagi perhatian. “Klien A” juga
28

dilihat seorang yang periang dan seronok apabila melakukan sesuatu semasa aktiviti belajar
dan aktiviti senaman.

8.2 Sejarah Perubatan

Sejarah perubatan “klien A” adalah “klien A” tidak mempunyai masalah penyakit. “Klien A”
juga tidak mempunyai masalah yang serius seperti penyakit, kemalangan dan kecederaan
dan tiada tarikh kemasukan hospital yang dinyatakan. “Klien A” tidak memerlukan rawatan
perubatan yang biasa kerana tidak mempunyai masalah penyakit. Di samping itu, “klien A”
juga tidak mengambil ubat-ubatan berkala kerana tiada masalah yang berkait dengan
penyakit yang dialami. Selain itu, “klien A” tidak mempunyai masalah penglihatan dan
pendengaran. “Klien A” tidak mempunyai masalah alahan yang boleh memberi kesan
terhadap kesihatan terhadap dirinya. Pakar kanak-kanak atau pakar perubatan keluarga
yang merawat “klien A” ialah Dr. Teoh Szeteik. Tarikh terakhir membuat pemeriksaan fizikal
adalah 30 November 2014.

8.3 Sejarah Perkembangan

Semasa mengandungkan “klien A”, ibu “klien A” tidak mempunyai masalah seperti
mengalami kecederaan, tekanan emosi dan kemurungan. Berat badan “klien A” semasa lahir
adalah 2.99 kilogram. Ibu bapa “klien A” menggambarkan “klien A” semasa bayi adalah
normal dan tidak mempunyai masalah. Ibu bapa “klien A” mula perasan “klien A” mengalami
masalah semasa “klien A” di sekolah tadika dan “klien A” telah dibawa berjumpa dengan
pakar perubatan untuk mengesahkan bahawa “klien A” tersebut telah menghadapi masalah
slow learner iaitu masalah pembelajaran. Kanak-kanak atau “klien A” mempunyai masalah
dalam perkembangan psikomotor. Masalah motor halus yang dapat dilihat adalah kesukaran
menulis dan melukis. Dari segi warna, “klien A” boleh mewarna tetapi tidak dapat mewarna
sepenuhnya lukisan yang diwarnakan. “Klien A” boleh melakukan aktiviti motor kasar tetapi
dengan bimbingan ibu bapa atau guru kerana “klien A” tidak berkeupayaan di bahagian
kaki.

Umur “klien A” boleh tersenyum dan mengenali orang iaitu satu tahun, makan
sendiri dengan sudu ketika berumur dua tahun, duduk tanpa sokongan daripada orang atau
duduk sambil memegang objek yang boleh memberi sokongan untuk duduk semasa
berumur sepuluh bulan, minum menggunakan cawan semasa berumur lapan belas bulan,
berdiri dengan sendiri ketika berumur tiga belas bulan, menunggang basikal menggunakan
roda tiga semasa berumur dua tahun dan berjalan sendiri ketika berumur empat belas
tahun.
29

“Klien A” tidak mempunyai masalah bahasa dan boleh berkomunikasi dengan ibu
bapa, guru-guru dan orang sekeliling. Umur “klien A” boleh memahami dan perkembangan
bahasa adalah coo atau boleh mengeluarkan bunyi dan suara dan babble atau celoteh
semasa berumur lapan belas bulan, menggabungkan dua perkataan semasa berumur dua
tahun, boleh bercakap semasa berumur dua tahun, mudah mengikut arahan semasa
berumur dua tahun dan menamakan orang dan perkara atau objek semasa berumur tiga
tahun. Ibu “klien A” tidak dapat mengingat umur “klien A” boleh menggunakan pernyataan
pendek atau ayat pendek dan pada masa itu, ibu “klien A” hanya dapat mengingat yang
“klien A” boleh menyebut ayat pendek seperti “nak air”. “Klien A” tidak mempunyai masalah
berpeluh atau sweating pada waktu siang dan pada waktu malam. Ibu “klien A” melatih
“klien A” menggunakan tandas semasa berumur tiga tahun. “Klien A” juga tidak mempunyai
masalah tidur atau gangguan tidur pada waktu malam.

8.4 Perkembangan Pembelajaran

Perkembangan pembelajaran “klien A” dapat dilihat dari segi mengenal warna, mengenal
abjad, mengira, mengecam nombor, membaca dan memahami masa atau waktu jam.
Berdasarkan borang penilaian dan maklumat pelajar yang dinyatakan oleh ibu bapa “klien
A”. “Klien A” dapat mengenal warna, menyambung tulisan dan mengingat maklumat. “Klien
A” tidak dapat mengira, menulis, membaca, memahami perkara yang dibaca, operasi
tambah, tolak dan darab serta mengecam nombor dan abjad.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tingkah laku “klien A” di sekolah menunjukkan


tingkah laku yang boleh dikawal, tidak mempunyai masalah tingkah laku, boleh
berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru-guru.

8.5 Perkembangan Sosial Dan Hubungan Rakan Sebaya

Hobi “klien A” adalah gemar ‘bermain masak-masak’ dan ‘bola’. Semasa bermain, “klien A”
lebih gemar memilih rakan sepermainan yang dewasa. Dalam aktiviti bermain, “klien A”
akan menjadi pengikut kepada rakan-rakan semasa bermain. “Klien A” juga seorang yang
periang.
30

9.0 TATACARA KAJIAN

Kajian dimulakan dengan melakukan pemerhatian dan screening terhadap kanak-kanak di


Sekolah Kebangsaan Tawang di Program Pendidikan Khas Integrasi dan mengenal pasti
kanak-kanak yang bermasalah. Pemerhatian dilakukan dengan melihat perkembangan
mereka di dalam kelas dan di luar kelas terhadap pengecaman nombor 1 hingga nombor 10
ke atas klien yang hendak dikaji. Pemilihan klien dengan mendapat pendapat dan bimbingan
daripada penyelia lapangan praktikum untuk mendapat klien yang sesuai. Temu bual
dengan klien untuk membuat pemerhatian dan penilaian terhadap intervensi. Meneliti,
mengenal pasti dan menyemak laporan perubatan di dalam profil pelajar sebelum
memulakan kajian kes. Selepas kanak-kanak dipilih, surat persetujuan dikeluarkan dan
meminta kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga untuk menjadikan kanak-kanak
tersebut sebagai kajian kes. Surat dikeluarkan adalah concent form, concent letter dan
inform concent kepada ibu bapa sebagai persetujuan dan mengenal pasti maklumat klien
daripada ibu bapa klien. Akhir sekali, merancang intervensi yang sesuai digunakan untuk
kanak-kanak tersebut. Intervensi akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan
selepas dibincangkan dengan penyelia lapangan praktikum dan guru yang mengajar klien.

Kajian ini dijalankan selama lima minggu. Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan
mendapatkan dahulu maklum balas persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga klien
berdasarkan borang persetujuan yang telah diberikan.

Pada minggu pertama, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap klien sebelum
intervensi dijalankan selama dua hari yang mengambil masa selama 30 minit setiap hari.
Pada hari pertama, pengkaji akan menjalankan ujian pengecaman nombor 1 hingga nombor
10. Pengkaji telah memberi sehelai kertas A4 dan pensel kepada klien untuk menulis
nombor 1 hingga nombor 10. Di samping itu, pengkaji akan menunjukkan flash card nombor
dan klien akan mengecam dan menyebut nombor tersebut. Pengkaji juga menjalankan
aktiviti memadamkan nombor 1 hingga nombor 10 menggunakan flash card di A4 black
mounting board.

Pada hari kedua, pengkaji telah menjalankan aktiviti membentuk nombor 1 hingga
nombor 10 menggunakan play doh. Selain itu, pada hari itu juga, pengkaji telah membuat
aktiviti mengira objek dan melabelkan nombor di tempat yang sesuai. Pemerhatian yang
dilihat telah di rekod dengan menggunakan Borang Senarai Semak Pengecaman Nombor 1
Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
31

Selepas pemerhatian, sebelum intervensi dijalankan, pengkaji akan menjalankan


intervensi yang bertujuan untuk membantu dan membimbing kanak-kanak untuk mengecam
nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji mengambil masa selama dua minggu iaitu bermula
minggu ketiga hingga minggu keempat untuk melakukan intervensi tersebut. Intervensi ini
dijalankan tiga kali seminggu untuk mengelakkan kanak-kanak bosan untuk melakukan
intervensi tersebut. Intervensi juga dijalankan berselang-seli selama tiga kali selama
seminggu. Pengkaji akan membimbing kanak-kanak untuk mengecam nombor dan
menyebut nombor dengan sebutan betul. Kanak-kanak diajar untuk membezakan nombor
berdasarkan bentuk nombor tersebut.

Pengkaji telah memilih flash card untuk menjalankan intervensi ke atas klien.
Penggunaan flash card adalah berkesan dan menunjukkan kesan yang positif untuk
mengajar klien untuk lebih mengecam nombor. Penggunaan flash card yang dilihat mampu
meningkatkan pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 selepas pemerhatian yang
dijalankan oleh pengkaji ke atas klien dengan menggunakan flash card.

Pada minggu kedua, pengkaji menjalankan ujian pra kepada klien dengan
menggunakan flash card. Pengkaji akan menunjukkan flash card kepada klien dan klien
hendaklah menunjukkan tindak balas terhadap pengkaji. Ujian pra dijalankan selama tiga
kali seminggu iaitu 6 sesi. Masa yang diambil adalah 30 minit. Keputusan yang diperoleh
akan di rekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Pada minggu ketiga, pengkaji menjalankan intervensi dengan klien. Pengkaji akan
mengajar klien untuk mengecam nombor dan menyebut nombor dengan sebutan yang
betul. Aktiviti pengajaran menggunakan flash card nombor supaya klien mudah memahami
dan mengecam nombor. Intervensi dijalankan adalah tiga kali seminggu iaitu 6 sesi dan
masa yang diambil adalah 30 minit.

Seterusnya, pada minggu keempat, pengkaji menjalankan intervensi dengan kanak-


kanak. Klien akan mengecam dan menyebut nombor melalui flash card nombor yang
ditunjukkan oleh pengkaji. Semasa intervensi dijalankan, pengkaji akan memberi bimbingan
dan tunjuk ajar kepada klien untuk mengecam nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji telah
memberi bimbingan dan mengajar untuk mengecam nombor selama dua minggu kepada
klien. Intervensi yang dijalankan adalah 3 kali seminggu iaitu 6 sesi manakala tempoh yang
diambil adalah 30 minit. Pengkaji menjalankan intervensi selama 2 minggu iaitu 12 sesi dan
mengambil masa selama 30 minit bagi setiap satu sesi yang dijalankan.
32

Setelah dua minggu menjalankan intervensi mengecam nombor 1 hingga nombor 10


menggunakan flash card bersama klien, pengkaji akan membuat pemerhatian sekali lagi
iaitu melalui ujian pasca untuk memastikan sama ada intervensi yang dijalankan mampu
membantu atau tidak terhadap pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 melalui
penggunaan flash card. Ujian pasca dijalankan selama tiga hari selama 30 minit bagi setiap
satu hari. Pada hari pertama, kedua dan ketiga, pengkaji akan menunjukkan flash card
nombor kepada klien sama ada klien dapat mengecam nombor atau tidak pada tiga hari
ujian pasca yang dijalankan. Setelah ujian pasca tersebut dilakukan, pengkaji akan
membuat perbandingan sebelum dan selepas intervensi tersebut dijalankan berdasarkan
data yang diperoleh. Keputusan selepas intervensi akan di rekod dalam Borang Senarai
Semak Keberkesanan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10
Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner. Jadual kajian kes ini dijalankan seperti berikut:

MINGGU AKTIVITI CATATAN


Pertama Pemerhatian sebelum - Pengkaji akan membuat
intervensi dijalankan pemerhatian terhadap proses
pengecaman nombor 1 hingga
nombor 10.
- Pada hari pertama, aktiviti pertama,
pengkaji telah memberi sehelai
kertas A4 dan pensel kepada klien
untuk menulis nombor 1 hingga
nombor 10.
- Aktiviti kedua, pengkaji juga
menjalankan aktiviti penggunaan
flash card kepada klien.
- Aktiviti ketiga ialah aktiviti
memadamkan nombor 1 hingga
nombor 10 menggunakan flash card
di A4 black mounting board.
- Pada hari kedua, aktiviti keempat
ialah membentuk nombor 1 hingga
nombor 10 menggunakan play
doh.
- Aktiviti kelima ialah aktiviti mengira
33

objek dan melabelkan nombor yang


sesuai di A4 mounting board
- Masa 2 hari (30 minit)
- Skor yang diperoleh telah di rekod
dalam Borang Senarai Semak
Pengecaman Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak
Slow Learner.
Kedua Ujian pra - Pengkaji telah memilih flash card
untuk membuat intervensi kepada
klien untuk mengecam nombor 1
hingga nombor 10.
- Pengkaji menyediakan flash card
nombor kepada klien
- Pengkaji menunjukkan flash card
nombor kepada klien untuk
mengenal pasti sama ada klien
mengecam atau tidak mengecam
nombor 1 hingga nombor 10.
- Masa 3 kali dalam seminggu (30
minit).
- 6 sesi
- Skor yang diperoleh telah di rekod
dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman
Penggunaan Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak
Slow Learner.
Ketiga Intervensi - Pengkaji melakukan aktiviti
pengecaman nombor 1 hingga
nombor 10 iaitu dengan
menunjukkan flash card nombor
kepada klien.
34

- Masa 30 minit (3 kali seminggu)


- 6 sesi
- Pengkaji akan membimbing klien
untuk mengecam nombor 1 hingga
nombor 10.
- Skor yang diperoleh telah di rekod
dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman
Penggunaan Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak
Slow Learner.
Keempat Intervensi - Pengkaji melakukan aktiviti iaitu
menunjukkan flash card nombor
kepada klien.
- Masa 30 minit (3 kali seminggu)
- 6 sesi
- Pengkaji membimbing klien untuk
mengecam nombor 1 hingga
nombor 10.
- Skor yang diperoleh telah di rekod
dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman
Penggunaan Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak
Slow Learner.
Kelima Pemerhatian selepas - Pengkaji akan membuat
intervensi dijalankan pemerhatian setelah intervensi
atau ujian pasca dijalankan.
- Klien akan menyebut flash card
nombor 1 hingga nombor 10 yang
ditunjukkan oleh pengkaji dan
menunjukkan flash card nombor 1
35

hingga nombor 10 kepada pengkaji.


- Masa (3 hari: 30 minit)
- 6 sesi
- Skor yang diperoleh telah di rekod
dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke
Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Rajah 1: Jadual waktu kajian kes

Carta aliran tatacara kajian:

Fasa 1: Pemerhatian sebelum menjalankan kajian kes.


Pemerhatian dalam kelas dan di luar kelas.
Mengenal pasti sampel kajian.
Menjalankan pemerhatian melalui beberapa aktiviti
Menjalankan ujian pra.

Fasa 2: Menjalankan intervensi.

Fasa 3: Menjalankan ujian pasca.


Mengumpul data.
Menganalisis data.
36

10.0 SESI UJIAN PRA, INTERVENSI ATAU UJIAN SEMASA DAN UJIAN PASCA
YANG DIJALANKAN KE ATAS “KLIEN A”

10.0.1 UJIAN PRA

Pengkaji membuat ujian pra kepada “klien A” sebanyak 6 sesi untuk tiga kali seminggu dan
mengambil masa selama 30 minit

Sesi Ujian Pra


Sesi 1 Pengenalan
Pengkaji telah memperkenalkan diri kepada “klien A”. Pengkaji
menggalakkan “klien A” memperkenalkan diri dan menyesuaikan diri
dengan suasana. Pengkaji juga telah membina hubungan baik dengan
“klien A” supaya “klien A” selesa bersama-sama pengkaji dalam
menjalankan intervensi yang seterusnya. Pengkaji telah menyediakan
flash card nombor 1 hingga nombor 10 kepada “klien A” dan
memperkenalkan flash card kepada “klien A”. Pengkaji akan
menerangkan kepada “klien A” mengenai flash card yang mana flash
card ini hanya terdapat nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji akan
memberi arahan kepada “klien A” yang mana “klien A” perlu menyebut
nombor yang terdapat dalam flash card apabila pengkaji menunjukkan
flash card tersebut. Pengkaji akan mengenal pasti nombor 1 hingga
nombor 10 sama ada “klien A” dapat mengecam atau tidak dapat
mengecam. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 2 “Klien A” kelihatan takut dan tertekan kerana tidak selesa dengan
pengkaji. “Klien A” juga tidak selesa dengan suasana kerana intervensi ini
dijalankan di bilik khas yang mana di dalam bilik tersebut hanya ada
pengkaji dengan “klien A”. Pengkaji akan berusaha untuk membina
hubungan baik dengan “klien A”. Pengkaji telah menyediakan flash card
kepada “klien A”. Pengkaji akan menunjukkan flash card kepada “klien A”
dan “klien A” akan menyebut nombor yang terdapat dalam flash card
tersebut. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor
1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
37

Sesi 3 Pengkaji telah membina hubungan baik dengan “klien A” namun “klien A”
tetap berasa tidak selesa dengan suasana dengan pengkaji. Klien telah
meminta pengkaji supaya pembantu pengurusan murid untuk menemani
klien semasa menjalankan intervensi. Setelah itu, pengkaji telah
menyediakan flash card dan menunjukkan flash card untuk klien
menyebut nombor. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Flash Card Penggunaan Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 4 “Klien A” tidak lagi menunjukkan perasaan takut atau tertekan kerana
pembantu pengurusan murid telah menemani klien semasa menjalankan
intervensi. Pengkaji cuba membina hubungan baik dengan “klien A”.
Pengkaji menunjukkan flash card dan “klien A” akan menyebut nombor
yang terdapat dalam flash card. Pengkaji akan merekod dalam Borang
Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow
Learner.
Sesi 5 Pembantu pengurusan murid akan membantu pengkaji untuk menemani
“klien A” supaya “klien A” tidak berasa takut dan tidak selesa dengan
pengkaji. “Klien A” kelihatan gembira untuk menyebut nombor yang
terdapat dalam flash card. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai
Semak Keberkesanan Flash Card Penggunaan Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 6 “Klien A” kelihatan boleh menyesuaikan diri dengan pengkaji. Pengkaji
telah membina hubungan dengan baik dengan “klien A” sepanjang sesi
ujian pra yang dijalankan sebanyak tiga kali selama seminggu. Pada sesi
enam, pembantu pengurusan murid masih menemani klien dalam sesi
intervensi tersebut. Pengkaji menunjukkan flash card kepada “klien A”
dan “klien A” menyebut nombor yang terdapat dalam flash card tersebut.
Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan
Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
38

10.0.2 Intervensi

Pengkaji menjalankan ujian semasa kepada “klien A” sebanyak 12 sesi untuk dua minggu
selama 30 minit

Sesi Ujian Semasa


Sesi 1 Pengkaji akan menjalankan intervensi bersama “klien A” terhadap
pengecaman nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji akan mengajar “klien
A” untuk mengecam nombor 1 hingga nombor 10. Pembantu pengurusan
murid akan bersama-sama dengan pengkaji dan “klien A” semasa
menjalankan intervensi tersebut. Klien mula membina hubungan baik
dengan pengkaji. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 2 Setelah satu minggu pengkaji bersama-sama dengan “klien A” dalam
menjalankan intervensi. “Klien A” dapat menyesuaikan diri dengan
pengkaji walaupun pembantu pengurusan murid tidak bersama-sama
semasa melakukan intervensi. “Klien A” juga selesa dengan suasana dan
tidak lagi berasa takut. Malah, ”klien A” berasa seronok untuk belajar
untuk mengecam nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji akan merekod
dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card
Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-
Kanak Slow Learner.
Sesi 3 “Klien A” dapat membina hubungan baik dengan pengkaji. “Klien A”
gembira dan seronok belajar dengan pengkaji. Pengkaji akan mengajar
“klien A” untuk mengecam nombor 1 hingga nombor 10 dengan
menggunakan flash card. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai
Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 4 Pengkaji akan menunjukkan flash card kepada “klien A” dan mengajar
“klien A” nombor 1 hingga nombor 10. Semasa intervensi dijalankan,
“klien A” kelihatan kurang fokus semasa belajar. “Klien A” juga menjadi
kurang fokus apabila kawan-kawan mereka ada bersama dengannya.
Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan
Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga
39

Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.


Sesi 5 Pengkaji akan mengajar “klien A” untuk mengecam nombor 1 hingga
nombor 10. “Klien A” kelihatan kurang minat dan bosan terhadap
pengajaran yang diajar pengkaji. “Klien A” kelihatan kembali bersemangat
belajar untuk pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 apabila pengkaji
memberi reward kepada “klien A”. Pengkaji akan merekod dalam Borang
Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow
Learner.
Sesi 6 Pengkaji akan membina hubungan baik dan memberi reward kepada
“klien A” supaya “klien A” bersemangat dan seronok untuk belajar
pengecaman nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji mengajar “klien A”
untuk mengecam nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji akan merekod
dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card
Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-
Kanak Slow Learner.
Sesi 7 Setelah beberapa sesi dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti masalah
“klien A” terhadap pengecaman nombor yang mana “klien A” hanya dapat
mengecam, mengenal dan bentuk nombor 8. “Klien A” juga tidak dapat
membezakan nombor 1 dan nombor 7 serta nombor 6 dan 9. Nombor 2,
3, 4, 5, 10 dapat mengecam tetapi masih lagi tidak dapat mengecam
sepenuhnya. Pengkaji telah mengajar “ klien A” untuk membezakan
nombor 1 dan nombor 7 serta nombor 6 dan nombor 9. Di samping itu,
mengajar nombor 1 hingga nombor 10 supaya dapat mengecam nombor.
Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan
Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 8 Pengkaji mengajar “klien A” mengecam nombor 1 hingga nombor 10.
Pengkaji mengajar “klien A” untuk membezakan nombor 1 dan nombor 7
dan nombor 6 dan nombor 9. Pengkaji akan merekod dalam Borang
Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow
Learner.
Sesi 9 Ada peningkatan dalam membina hubungan dengan “klien A”, “klien A”
40

mula seronok untuk belajar mengecam nombor 1 hingga nombor 10.


Pengkaji tidak lagi memujuk “klien A” untuk menjalankan intervensi
kerana “klien A” sudah mula selesa dengan pengkaji. Pengkaji akan
merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas
Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 10 Pengkaji akan mengajar “klien A” untuk mengecam nombor 1 hingga
nombor 10. Pengkaji akan memberi reward kepada “klien A” untuk
mengelakkan “klien A” bosan. Pengkaji akan merekod dalam Borang
Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow
Learner.
Sesi 11 Setelah beberapa sesi yang dijalankan, “klien A” sudah mula dapat
mengecam dan membezakan nombor 1 dan nombor 7. Manakala nombor
6 dan nombor 9, klien masih lagi keliru dan tidak dapat membezakan.
Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan
Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 12 Pengkaji membina hubungan baik dengan “klien A”. Klien menunjukkan
minat untuk belajar nombor. “Klien A” berasa seronok dan gembira untuk
belajar nombor dengan pengkaji. Pengkaji akan merekod dalam Borang
Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow
Learner.
41

10.0.3 Ujian Pasca

Pengkaji menjalankan ujian pasca kepada “klien A” sebanyak tiga 6 sesi selama seminggu
dalam tempoh 30 minit untuk setiap satu sesi.

Sesi Ujian Pasca


Sesi 1 Pengkaji menunjukkan flash card nombor 1 hingga nombor 10 kepada
“klien A”. “Klien A” akan menyebut nombor yang ditunjukkan oleh
pengkaji. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 2 “Klien A” semakin seronok dan gembira terhadap intervensi yang
dijalankan. Pengkaji menunjukkan flash card kepada “klien A” dan
merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas
Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 3 “Klien A” juga dapat membina hubungan dengan baik dengan pengkaji.
Pengkaji memberi reward supaya “klien A” lebih bersemangat untuk
menjalankan pengecaman nombor 1 hingga nombor 10. Pengkaji akan
merekod dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash
Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas
Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 4 Pengkaji menunjukkan flash card nombor kepada “klien A” dan merekod
jumlah skor yang betul dalam Borang Senarai Semak Keberkesanan
Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga
Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
Sesi 5 “Klien A” menunjukkan minat terhadap pengecaman nombor kepada
pengkaji. Jumlah skor nombor yang betul telah di rekod dalam Borang
Senarai Semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow
Learner.
Sesi 6 Pada sesi terakhir, “klien A” akan menyebut nombor yang ditunjukkan
oleh pengkaji. Pengkaji akan merekod dalam Borang Senarai Semak
Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
42

11.0 HASIL KAJIAN

Ujian Pra Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1
Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Ujian Pra Sesi Bilangan Skor Nombor Betul


Ujian Pra 1 Sesi 1 6/10
Sesi 2 6/10
Ujian Pra 2 Sesi 3 7/10
Sesi 4 4/10
Ujian Pra 3 Sesi 5 6/10
Sesi 6 5/10
Jumlah Skor Betul Yang Diperoleh 34
Rajah 2: Jadual Jumlah Skor Betul ujian pra Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam
Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Ujian Pasca Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1
Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Ujian Pasca Sesi Bilangan Skor Nombor Betul


Ujian Pasca 1 Sesi 1 8/10
Sesi 2 7/10
Ujian Pasca 2 Sesi 3 7/10
Sesi 4 6/10
Ujian Pasca 3 Sesi 5 8/10
Sesi 6 7/10
Jumlah Skor Betul Yang Diperoleh 43
Rajah 3: Jadual Jumlah Skor Betul ujian pasca Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam
Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Ujian Pra Dan Ujian Pasca Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman
Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Ujian Ujian Pra Ujian Pasca


Jumlah Skor Betul 34 43
43

Rajah 4: Jadual Jumlah skor betul ujian pra dan ujian pasca Keberkesanan Penggunaan
Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak
Slow Learner.

Ujian Pra Dan Ujian Pasca

50
45
40
35
30
25
Series1
20
15
10
5
0
ujian pra ujian pasca

Rajah 5: Graf menunjukkan Jumlah skor betul ujian pra dan ujian pasca Keberkesanan
Penggunaan Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas
Kanak-Kanak Slow Learner.

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca, “klien A” telah menunjukkan
peningkatan jumlah skor betul yang diperoleh iaitu ujian pra adalah 34 manakala ujian
pasca adalah 43. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan sebanyak tiga kali seminggu iaitu
enam sesi selama 30 minit. Skala yang diperoleh oleh “klien A” semasa ujian pra adalah
sederhana manakala ujian pasca adalah tinggi.
44

Intervensi (Ujian Semasa)

Intervensi atau ujian semasa Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.

Intervensi (Ujian Semasa) Sesi Bilangan Skor Nombor Betul


Intervensi 1 Sesi 1 7/10
Sesi 2 5/10
Intervensi 2 Sesi 3 9/10
Sesi 4 10/10
Intervensi 3 Sesi 5 9/10
Sesi 6 10/10
Intervensi 4 Sesi 7 6/10
Sesi 8 5/10
Intervensi 5 Sesi 9 8/10
Sesi 10 6/10
Intervensi 6 Sesi 11 9/10
Sesi 12 8/10
Jumlah Skor Betul Yang Diperoleh 92
Rajah 6: Jadual Jumlah Skor Betul intervensi Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam
Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner.
45

Intervensi (Ujian Semasa)

12

10

6
Series1
4

0
sesi 1sesi 2sesi 3sesi 4sesi 5sesi 6sesi 7sesi 8sesi 9 sesi sesi sesi
10 11 12

Rajah 7: Graf menunjukkan bilangan skor nombor betul untuk Keberkesanan Penggunaan
Flash Card Dalam Aspek Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak
Slow Learner.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh bagi sesi intervensi yang telah dijalankan
selama dua minggu iaitu 12 sesi selama 30 minit. Intervensi yang dijalankan untuk
meningkatkan perkembangan kognitif terhadap pengecaman nombor 1 hingga nombor 10.
Intervensi yang dijalankan ke atas klien menunjukkan peningkatan dan penurunan terhadap
pengecaman nombor. Pada minggu pertama intervensi dijalankan, klien telah menunjukkan
peningkatan dalam sesi yang dijalankan. Setelah minggu kedua, klien menunjukkan
penurunan pada sesi tetapi pengecaman nombor masih lagi stabil dan tidak mengalami
penurunan yang teruk.
46

12.0 JUSTIKASI SKALA

Hasil daripada jumlah skor nombor betul yang diperoleh oleh klien yang telah di rekod
dalam borang senarai semak Keberkesanan Penggunaan Flash Card Dalam Aspek
Pengecaman Nombor 1 Hingga Nombor 10 Ke Atas Kanak-Kanak Slow Learner telah
dibahagikan mengikut skala. Skala dikategorikan berdasarkan sesi, bilangan hari dan
bilangan nombor iaitu 6 sesi, 3 hari dan 10 nombor.

Cara pengiraan skala:

10 × 6 = 60
60 ÷ 3 = 20

Skala dibahagikan kepada tiga skala iaitu 0-20 adalah rendah, 21-40 adalah sederhana
manakala 41-60 adalah tinggi.

Skala Kategori
0-20 Rendah
21-40 Sederhana
41-60 Tinggi
47

13.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh melalui borang senarai semak dan ujian yang
dijalankan ke atas “klien A” terhadap keberkesanan penggunaan flash card dalam aspek
pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 ke atas kanak-kanak slow learner telah berlaku
peningkatan terhadap jumlah skor yang betul pada ujian pasca. Berdasarkan graf tersebut
terdapat perbezaan jumlah skor betul pada ujian pra dan ujian pasca setelah menerima
intervensi dengan menggunakan penggunaan flash card.

Berdasarkan bilangan skor nombor betul untuk ujian pra yang diperoleh oleh “klien
A” untuk pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 menunjukkan tahap sederhana
manakala ujian pasca adalah pada tahap tinggi. Walaupun berlaku peningkatan tetapi “klien
A” masih tidak dapat mengecam beberapa nombor daripada 10 nombor tersebut.
Ketidakmampuan untuk membuat pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 menjadi
kesukaran bagi “klien A” dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menulis,
mengenal, menyebut dan membentuk nombor. Hal ini menunjukkan tahap perkembangan
kognitif “klien A” masih di tahap yang rendah kerana tidak dapat mengecam nombor asas
walau pun umur “klien A” berumur sembilan tahun. Menurut Piaget (1950), kanak-kanak
masih di di peringkat pra operasi walaupun umur mereka di peringkat operasi konkrit. Hal ini
menunjukkan tahap perkembangan kognitif yang mengalami kelewatan.

Jumlah skor betul yang diperoleh oleh “klien A” untuk ujian pra adalah 34 skor betul
manakala jumlah skor yang betul diperoleh oleh “klien A” untuk ujian pasca adalah 43 skor
yang betul. Berdasarkan jumlah skor betul yang diperoleh oleh “klien A” adalah meningkat
untuk ujian pasca berbanding ujian pra. “Klien A” dapat mengecam beberapa nombor
daripada nombor 1 hingga nombor 10. Peningkatan jumlah skor nombor betul selepas
intervensi yang dijalankan oleh pengkaji ke atas “klien A” menggunakan flash card. Menurut
Morrisson (1995), Kanak-kanak juga aktif membina pengetahuan mereka ketika
menjalankan aktiviti bersama bahan konkrit.

Intervensi yang dijalankan oleh pengkaji kepada “klien A” menunjukkan peningkatan


dan penurunan bagi bilangan skor nombor yang betul yang diperoleh oleh “klien A”. Semasa
intervensi yang dijalankan, pengkaji dapat melihat perkembangan “klien A” dari segi daya
ingatan, fokus dan minat untuk belajar. Dalam intervensi yang dijalankan ke atas “klien A”
tahap pemikiran kanak-kanak masih lagi tidak mencapai tahap operasi konkrit dan kurang
fokus semasa intervensi yang dijalankan. “Klien A” turut mengalami kekeliruan dalam
pengecaman nombor yang mana tidak dapat membezakan nombor yang hampir sama
48

seperti nombor 1 dan nombor 7, nombor 6 dan nombor 9. Pengkaji akan mengajar “klien A”
untuk meningkatkan pengecaman nombor asas supaya dapat belajar ke peringkat
seterusnya. Menurut teori Piaget (1950) , kanak-kanak boleh belajar sekiranya mereka
bersedia untuk belajar dari segi mental, fizikal dan afektif namun kanak-kanak masalah
pembelajaran harus dibantu agar bersedia menerima pembelajaran.

Skala jumlah skor yang diperoleh oleh “klien A” dalam ujian pra adalah sederhana.
Apabila intervensi yang dijalankan ke atas “klien A”, “klien A” menunjukkan pencapaian
kognitif dan tahap pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 meningkat. Ujian pasca
dijalankan ke atas “klien A” menunjukkan skala tinggi dalam pengecaman nombor 1 hingga
nombor 10 dengan menggunakan flash card. Penggunaan flash card juga mampu
mempengaruhi “klien A” untuk lebih mengecam nombor 1 hingga nombor 10 dengan
berkesan dan cepat menguasai pengecaman nombor. Keberkesanan penggunaan flash card
adalah berkesan untuk mengajar kanak-kanak slow learner untuk mengecam nombor.
Menurut Herberg, McLaughlin, Derby, dan Gilbert (2011), penggunaan flash card berkesan
dan amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan dalam
perkembangan.

Penggunaan flash card adalah berkesan kepada kanak-kanak slow learner untuk
mengecam nombor 1 hingga nombor 10. Penggunaan flash card juga mempengaruhi
kemampuan kognitif kanak-kanak slow learner untuk mengecam nombor 1 hingga nombor
10. Kanak-kanak menunjukkan minat dan seronok untuk belajar pengecaman nombor
menggunakan flash card. Penggunaan flash card adalah tidak membosankan dan menarik
minat kanak-kanak untuk belajar. Hasil positif yang diperoleh daripada penggunaan flash
card membolehkan kanak-kanak dapat belajar mengenai susunan nombor dan pemahaman
konsep nombor. Menurut Karp & Voltz, (2000), menyatakan penggunaan flash card
digunakan untuk menguasai konsep terutamanya dalam matematik dan penggunaan flash
card banyak digunakan dalam bidang pendidikan khas (Maccini & Gagnon, 2000).
49

14.0 KESIMPULAN

Keberkesanan penggunaan flash card adalah berkesan dan positif untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam pengecaman nombor bagi kanak-kanak slow learner. Penggunaan flash
card mampu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dalam pembelajaran yang
mana kanak-kanak dapat belajar dengan cara cepat dan berkesan. Kanak-kanak akan
mudah memahami konsep nombor, bentuk nombor dan susunan nombor. Kanak-kanak
memahami susunan nombor sama ada secara rawak atau tidak tanpa teknik nyanyian dan
hafalan. Penggunaan flash card membantu kanak-kanak slow learner untuk tidak
bergantung pada teknik nyanyian supaya kognitif kanak-kanak dapat berkembang dan
meningkatkan pengetahuan terhadap nombor asas. Kesan penggunaan flash card mampu
memperkembangkan kemampuan kognitif kanak-kanak dengan baik dan sempurna.
Perkembangan kognitif harus sesuai dengan tahap pencapaian perkembangan mental
kanak-kanak.

Ramai dalam kalangan kanak-kanak yang bergantung kepada teknik nyanyian dan
hafalan nombor. Hal ini menyebabkan kanak-kanak hanya dapat mengingat dan tidak dapat
mengenal, mengecam dan membentuk nombor. Perkembangan kognitif merupakan salah
satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak dan ianya sering
dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Komponen perkembangan
kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan
kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak juga dapat
menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai
jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan
kognitif kanak-kanak tersebut. Pengajaran yang berkesan adalah penting untuk kanak-kanak
belajar supaya mereka dapat memahami dan menyimpan maklumat tersebut untuk jangka
masa yang panjang. Pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat
meningkatkan daya ingatan kanak-kanak.

Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan menunjukkan peningkatan
untuk kanak-kanak slow learner. Intervensi yang dijalankan kepada kanak-kanak dengan
menggunakan penggunaan flash card mampu merangsang kognitif kanak-kanak untuk
berkembang terhadap pengetahuan dalam pengecaman nombor. Pengecaman nombor asas
bagi kanak-kanak slow learner adalah berkesan kerana aktiviti pengajaran dengan
menggunakan flash card adalah tidak membosankan berbanding pengajaran yang formal di
dalam kelas seperti menulis nombor di dalam buku latihan.
50

15.0 SARANAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji dapat memberikan beberapa cadangan iaitu
untuk meningkatkan kemampuan mengecam nombor bagi kanak-kanak slow learner boleh
menggunakan flash card sebagai salah satu kaedah dalam pembelajaran. Penggunaan flash
card untuk meningkatkan kemampuan kognitif mengecam nombor 1 hingga nombor 10.
Penggunaan flash card sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
kemampuan untuk mengecam nombor asas bagi kanak-kanak slow learner.

Penggunaan flash card untuk mengetahui kemampuan kognitif mengecam nombor 1


hingga nombor 10 agar dapat memberikan rangsangan yang sesuai dengan kemampuan
kanak-kanak. Penggunaan flash card yang menarik dengan gambar- gambar dan berwarna-
warni untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar nombor.
Proses pembelajaran menggunakan flash card adalah menyeronokkan yang mana dengan
menggunakan media yang menarik minat bagi kanak-kanak agar kanak-kanak tidak merasa
bosan. Penggunaan flash card perlu diterapkan dari awal lagi supaya kanak-kanak mudah
memahami dan membiasakan diri dengan penggunaan flash card untuk membantu mereka
dalam proses pembelajaran.

16.0 LIMITASI KAJIAN

Limitasi kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah “klien A” mudah berasa bosan semasa
sesi intervensi yang dijalankan. “Klien A” juga sukar untuk membina hubungan baik dengan
pengkaji. “Klien A” dapat membina hubungan baik dengan pengkaji apabila pembantu
pengurusan murid ada bersama dengan “klien A” semasa menjalankan intervensi tersebut.
“Klien A” mudah hilang fokus dan tumpuan semasa menjalankan intervensi. “Klien A” juga
boleh hilang tumpuan atau fokus apabila terdapat rakan-rakannya semasa intervensi
tersebut. Pengkaji akan memberi reward kepada “klien A” semasa menjalankan intervensi
pengecaman nombor 1 hingga nombor 10 supaya “klien A” dapat memberi kerjasama dan
seronok belajar nombor di menggunakan flash card.
51

RUJUKAN

Abraham & Wilard. (1964). The Slow Learner. New York: The Center for Applie: Research in
Education, Inc.

Bagdon, K., Mclaughlin, T. F., Weber, K. P., Blecher, J. (2016). Effects of a modified di
flashcards for number recognition 1 through 10 for a preschool child with
developmental delays. World Wide Journal of Multidisciplinary Research and
Development, 2, 59-65.

Eastmead, D. (2004). What is a slow learner. Wolf River Circle Germantown.


Ebery, R. , Mclaughlin, T. F. , Everson, M. (2011). The effects of using flashcards with
reading racetrack to teach letter sounds, sight words, and math facts to
elementary students with learning disabilities. International Electronic Journal of
Elementary Education,3, 213-226.

Ginsburg, H. (1977). Children's arthmetic: The learning process. New York: D Van Nostrand.
Hallahan, P. D., & Kauffman, J. M. (1980). Exceptional Children Introduction to Special
Education ( 2nd ed.). Prentice Hall, Englewood Cliffs, New Jersey: University of
Virgina.

Herberg, K., McLaughlin, T. F., Derby, K. M., & Gilbert, V. (2011). The effects of direct
instruction flashcards on shape recognition and recall for two preschool students
with disabilities. Academic Research International, 3 , 55-59.

Individuals with Disability Education Act Amendments of 1997 [IDEA]. (1997). Retrieved
from http://thomas.loc.gov/home/thomas.php
Ingram & Christine P. (1953). Education of the Slow Learning Child. The Ronald Co.

Jean Piaget. (1950). The Psychology of Intelligence. New York: International University
Press.

Karp, K. S., & Voltz, D. L. (2000). Weaving mathematical instructional strategies into
inclusive settings. Intervention in School and Clinic, 35, 206–215.

Kane, C., McLaughlin, T. F., Mortensen, S. (2015). The effects of DI flashcards with and
without match to sample with edibles on number. International Journal of
Multidisciplinary Research and Development, 2, 224-231.
52

Kirk, S. (1963). Learning Disability. Chicago.

Maccini, P., & Gagnon, J. C. (2000). Best practices for teaching mathematics to secondary
students with special needs. Focus on Exceptional Children, 32, 1–22.

Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Daud & Zainuddin Mohd Isa. (1963). Masalah Pembelajaran.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Zuri Ghani. (1967). Pendidikan Kanak-kanak: Berkeperluan Khas. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Morrisson, G.S (1995). Early childhood education today. New Jersey: Prentice-Hall.

Mustafa Al-Dahri, McLaughlin, T. F., Derby, K. M., Belcher, J., Weber, K. P. (2013). An
Evaluation of the Direct Instruction Model-Lead-Test Procedure and Rewards on
Rote Counting, Number Recognition and Rational Counting with a Preschool
Student with Developmental. International Journal of Basic and Applied Science,
2, 98-109.

Najmal Iqbal Malik, Ghazala Rehman dan Rubina Hanif (2012). Effect of Academic
Interventions on the Developmental Skills of Slow Learners. Pakistan Journal of
Psychological Research, 27, 135-151.

Nor Haslimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Pra Sekolah. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ojose, B. (2008). Applying Piaget’s Theory of Cognitive Development to Mathematics


Instruction. The Mathematics Educator, 18, 26-30.

Stein, M., Kinder, D., Silbert, J., & Carnine, D. W. (2006). Designing effective mathematics
instruction: A Direct Instruction approach (4th ed.). Upper Saddle River, NJ:
Pearson Education, Inc.

Traff, U. (2013). The contribution of general cognitive abilities and number abilities to
different aspects of mathematics in children. Journal of Experimental Child
Pychology, 116, 139-156.

Urquijo, J. (2012). Improving Oral Performance Through Interaction Flash cards. Centro
Colombo Americano.
53

BAHAGIAN C:

LAMPIRAN
54

GAMBAR-GAMBAR MENJALANKAN KAJIAN KES KE ATAS KLIEN

PEMERHATIAN SEBELUM INTERVENSI

MENULIS NOMBOR 1 HINGGA NOMBOR 1O PENGGUNAAN FLASH CARD UNTUK


DI KERTAS A4 PENGECAMAN NOMBOR 1 HINGGA NOMBOR
10

AKTIVITI MEMADAM NOMBOR 1 HINGGA AKTIVITI MEMBENTUK NOMBOR 1 HINGGA


NOMBOR 10 MENGGUNAKAN FLASH CARD NOMBOR 10 MENGGUNAKAN PLAY DOH DI
A4 BLACK MOUNTING BOARD
55

AKTIVITI MENGIRA OBJEK DAN MELABELKAN NOMBOR 1 HINGGA NOMBOR 10 YANG


SESUAI BERDASARKAN BILANGAN OBJEK
56

UJIAN PRA
57

INTERVENSI
58

UJIAN PASCA
59

ALAT KAJIAN

FLASH CARD A4 BLACK MOUNTING BOARD


60

CONCENT LETTER
61

CONCENT FORM
62

INFORM CONCENT
63
64
65
66
67
68
69

PEMERHATIAN SBELUM INTERVENSI


70
71
72
73

UJIAN PRA
74
75
76
77

UJIAN PASCA
78
79
80
81

INTERVENSI
82
83
84
85
86
87
88
89

AKTIVITI ORGANISASI

LAWATAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN BERSAMA PELAJAR


TARGET 6 A

UJIAN UPPK KAFA


90

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN SEKOLAH PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

SAMBUTAN HARI RAYA SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG


91

SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAWANG 2016

SULTAN MAHMUD BRIDGE INTERNATIONAL RUN 2016


92

AKTIVITI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

AKTIVITI TERAPI AIR YANG DIJALANKAN DI PERDANA RESORT PANTAI CAHAYA BULAN
BERSAMA-SAMA GURU-GURU DAN MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI

AKTIVITI TERAPI BERKUDA YANG DIJALANKAN DI YAYASAN ORANG KURANG UPAYA


(YOKUK) BERSAMA-SAMA GURU-GURU DAN MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI
93

AKTIVITI TERAPI MUZIK YANG DIJALANKAN DI YAYASAN ORANG KURANG UPAYA (YOKUK)
BERSAMA-SAMA GURU-GURU DAN MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI

TERAPI MINDA KIDZOONA

You might also like