You are on page 1of 3

Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat

Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-
guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian


pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi
perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan
pembelajaran kos rendah.

PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April
1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan
prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru
khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras
dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif PKG

1. Meningkatkan kualiti pendidikan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran

2. menjalankan aktiviti penyelidikan.

3. mengesan dan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran.

4. memupuk ikthiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan profesionalisme.

5. meningkatkan keterampilan guru-guru melalui program latihan.

6. menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.

7. merapatkan hubungan sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.

8. menyediakan kemudahan sosial dan teknikal kepada guru.

9. mengeratkan hubungan masyarakat setempat Pemangkin ICT setempat.

Fungsi PKG

Fungsi 1: membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan


mengumpul maklumat untuk pelaporan.
Fungsi 2: memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ict di sekolah.

Fungsi 3 : memberi khidmat sokongan pelaksanaan sekolah bestari dan pembestarian sekolah
mengikut kelompok.

Fungsi 4: membantu penyediaan danpenerbitan bahan pengajaran & pembelajaran dalam


pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan. (tidak berkaitan)

Fungsi 5: memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber.

Fungsi 6: mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan teknologi pendidikan


membantu proses

Fungsi 7: pengauditan penggunaan teknologi dalam p&p dan pengurusan sekolah. (tidak
berkaitan)

Fungsi 8: membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah

Perkhidmatan PKG

Khidmat Bantu
 Pemantauan PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
 Khidmat bantu PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
 Bengkel khidmat bantu Teknologi Pendidikan dalam mata pelajaran kritikal.
 Sesi Taklimat khidmat bantu dalam slot perkembangan staf di sekolah-sekolah ahli PKG dalam
bidang PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
 Pusat Rujukan dalam bidang PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
 Khidmat Bantu profesional.

Bahan Bacaan dan Rujukan
 Majalah, kamus dan eksiklopedia
 Buku rujukan, buku panduan berkaitan PSS, ICT.
 Buku Fiksyen dan bukan fiksyen.
 Jurnal, buletin, risalah dll.

Bahan Multimedia & Teknologi


 Koleksi CDRI, CD, DVD, berkaitan pengajaran dan pembelajaran dari KPM, BTP, TVP Smart
School, Bahan Inovasi.
 Alat rakam salin CD, DVD.
 Siaran Astro Kampus dan Eduweb TV
 Kamera digital dan Kamera video Digital
 Perhubungan Internet dan faksmili

Ruang
 Ruang rehat
 Bilik Seminar
 Bilik Mesyuarat
 Bilik Bengkel
 Perpustakaan
 Bilik Pegawai & staf

You might also like