You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEKOK


MINIT MESYUARAT PPDA
BILANGAN 1/2018

Tarikh : 3 JANUARI 2018


Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Bekok

Kehadiran : 6 orang

Penasihat : En Mohamad Din bin Abdullah


Pengerusi : En Mohd Harun bin Salim

AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi .


1.1-Pengerusi mengucapkan berterima kasih atas kehadiran AJK Unit
PPDA. Mesyuarat kali pertama ini adalah untuk membincangkan tentang
program yang akan dijalankan dan yang telah dijalankan.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa program Pendidikan Pencegahan
Dadah ini merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di sekolah
rendah dan menengah. Ia juga merupakan satu program yang telah
dirancang serta mempunyai pelbagai aktiviti dan program PPDa.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Penasihat.


2.1 En. Mohamad Din bin Abdullah selaku Penasihat mengucapkan salam
berterima kasih di atas kehadiran ahli Unit PPDA dan menasihatkan
jikalau ada masalah perlu mengadakan perjumpaan kecil bagi
menyelesaikan masalah yang berlaku.
2.2 Guru-guru harus seiring dengan perubahan zaman dan bersedia dengan
cabaran kerja yang terkini dalam dunia pendidikan.

Tindakan: Makluman

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat.


3.1. Tiada
4.0 Perkara Berbangkit
4.1Tiada

5.0 Program
En. Harun menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun
2018 ini. Berikut merupakan aktiviti tersebut:
5.1 Program 5 minit Antidadah
5.2 Minggu PPDa
5.3 Ceramah dan pameran Antidadah oleh AADK Cawangan Segamat.
5.4 Pengemaskinian dan penambahbaikan sudut PPDa di sekolah

Tindakan: Semua guru PPDa

6.0 Perlantikan Jawatankuasa Induk


6.1 Pengerusi telah melantik ahli mesyuarat seperti mana yang telah
disenaraikan sebagai Jawatankuasa Induk PPDa SK Seri Bekok bagi
sesi 2018 dengan sebulat suara dipersetujui oleh semua ahli
mesyuarat.

Tindakan: Makluman

7.0. Perancangan Takwim PPDa


7.1 Pengerusi bertanyakan mengenai Takwim PPDa untuk tahun 2018
dan S/U PPDa menyatakan bahawa takwim masih belum disiapkan
lagi namun akan dirancang dan disiapkan dalam tempoh yang
terdekat.

Tindakan: S/U PPDa


8.0 Hal-hal lain
8.1 En Harun bin Salim meminta guru-guru untuk bekerjasama
memperindahkan sudut PPDa sekolah.
8.2 Beliau juga berharap agar semua guru bekerjasama untuk menjadikan
sekolah bebas dadah dan program yang dirancang berjaya
dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

You might also like