You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN
Budaya ialah sifat tertentu dalam sekumpulan atau golongan individu dalam sesebuah
kelompokmasyarakat yang mempunyai adat dan atur cara sama ada yang berkaitan dengan
bahasa, agama,makanan, tingkah laku sosial, muzik dan seni (Luthans, 2006). Dengan kata lain,
budaya seringdikaitkan dengan adat resam dan perilaku atau ritual yang dilakukan oleh
sesebuah negaramahupun kelompok masyarakat. Dalam arus perniagaan dan pasaran
antarabangsa, nilai-nilaidan keprihatinan terhadap budaya masyarakat setempat dan negara
perlu diambil kira danditekankan dalam organisasi tersebut. Syarikat-syarikat induk perlu
sensitif dan peka terhadapisu ini, kerana ia memainkan peranan yang penting dalam
kesinambungan arus perniagaan untukberjalan dengan lancar di peringkat antarabangsa
mahupun negara itu sendiri. Penerapan nilai-nilai budaya perlu selari dan seiring dengan norma-
norma masyarakat setempat.
Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya “terbawa” ke dalam
proses
komunikasi. Komunikasi adalah dinamik dan selalu berubah-ubah melalui interaktif
antarasumber dengan penerima (Leat, & El-Kot, 2009). Dalam proses komunikasi, sumber
danpenerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan
cubamempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi dalam budaya berlaku dalam konteks fizikal
dansosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan keamanan tempat komunikasi
berlaku.Konteks sosial ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan
danmusuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya. Komunikasi silang budaya
berlakuapabila terdapatnya interaksi diantara orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama,
tingkatpendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya boleh dilihat dalam pelbagai
konteksseperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang meghasilkan
mesej danorang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan
budaya.Disebabkan budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap,
agama,waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi
kegenerasi melalui usaha individu dan kelompok, budaya terbentuk daripada budaya objektif
dansubjektif (Gibson, et, al. 2011). Budaya objektif ialah budaya luaran yang jelas dan
mudahdikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk
rumah.Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar
dan sukardikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari
segi

2
pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hokum, adat istiadat dan kebiasaan. Budaya
akanmempengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam
komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi,
bahasa dan gaya bahasa yangdigunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang
dipegang. Nilai yang dipegang akan
membentuk tingkah laku yang akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses
komunikasi. Perilaku
dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa
perilakuterikat dengan budaya.Perbezaan budaya akan menyebabkan berlakunya salah faham.
Nilai Etnosentrikmemandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu perkara lain yang
dinilai berdasarkanrujukan kelompok sendiri (Connor, 2009). Etnosentrik dalam diri seseroang
akan menyukarkanproses memahami budaya orang lain yang disebabkan oleh bahasa dan nilai
yang berlainan.Tiada kompetensi budaya akan meningkatkan halangan komunikasi antara
budaya. Kitaselalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain. Kita akan
menggunakan budayasendiri sebagai standard untuk mengukur budaya orang lain. Apabila
berlakunya ketidaksehaluan dalam proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya.
Pemikiran etnosentrikyang terdapat pada seseorang akan membawa cabaran pertembungan
kepada sikap, pengharapandan gaya komunikasi (Nurul Komari & Fariastuti Djafar, 2013).
Halangan komunikasi dapatdiatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi
dengannya. Budaya terdiridaripada bahasa dan perilaku budaya orang lain. Pemahaman konsep
budaya dan faktor yangberkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi sangat
digalakkan. Dengan adanyafahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan
kita berkomunikasi dengan lebihlancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses verbal
dan bukan verbal.

Budaya adalah suatu simbol, keyakinan, sikap, harapan, norma tingkah laku yang dimiliki
bersama. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sesebuah kelompok manusia dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk
dari pelbagai unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat-istiadat, bahasa,
perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Masyarakat dunia mempunyai budaya yang
berbeza antara satu sama lain dan pandangan tentang suatu perkara juga adalah berbeza.
Contohnya, cara mereka mengambil keputusan, melakukan negosiasi, tanda-tanda non-
verbal, aspek sosial, legal dan etika, dan sebagainya. Dalam konteks budaya khususnya
bidang perniagaan, ianya melibatkan pendekatan dan pemahaman tentang budaya meliputi
segenap aspek kehidupan sama ada secara verbal atau non-verbal. Termasuklah fahaman,
worldview, ideologi, pegangan dan kepercayaan.

You might also like