Kertas Kerja Hari Sukan Negara

You might also like

You are on page 1of 6

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5,

35600 SUNGKAI, PERAK.

KERTAS CADANGAN

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

TARIKH : 14 OKTOBER 2017

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

DISEDIAKAN OLEH :

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

ms 1
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017 adalah bertujuan untuk
menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina
asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang
sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk
menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang
lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.


3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
3.3.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan warga sekolah.

4.0 SASARAN
Semua guru, kakitangan sekolah, murid dan masyarakat komuniti

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : 14 Oktober 2017
5.2 Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah

ms 2
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

6.0 TENTATIF PROGRAM

SABTU / 14 OKTOBER 2017

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Murid, guru dan staf berkumpul di Dewan
8.15 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi Senamrobik 1Malaysia
9.30 pagi Rehat dan jamuan
10.15 pagi Sukaneka
11.30 pagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
12.00 tengah hari Bersurai

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

-Rujuk lampiran 1-

8.0 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA PERBELANJAAN


1. Hadiah Sukaneka :
 Tempat Pertama RM30.00
 Tempat Kedua RM25.00
 Tempat Ketiga (Kumpulan) RM15.00
PERBELANJAAN KESELURUHAN : RM70.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

9.1 Kokurikulum = RM70.00

10.0 PENUTUP

ms 3
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun
ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini
dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan
dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SK
Besout 5.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

---------------------------------- ------------------------------------------
Noor Izzati binti Abdul Hanid Mohd Khairul Zaman bin Miswan
Penyelaras Hari Sukan Negara Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Besout 5 SK Besout 5

Disahkan oleh :

-------------------------------
Naseha binti Ahmad
Guru Besar
SK Besout 5

LAMPIRAN 1

ms 4
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS


PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH

BIL AJK NAMA BIDANG TUGAS


INDUK
1. PENASIHAT 1 Naseha binti Ahmad  Mengetuai jawatankuasa untuk
PENASIHAT 2 Mohd Khairul Zaman bin Miswan merancang dan melaksanakan
PENASIHAT 3 Fuad bin Ramli program.
PENASIHAT 4 Fadrussham bin Ajmain  Bertanggungjawab untuk
memantau perjalanan program.
2. PENYELARAS Mohd Farhan bin Mokhtar  Bertanggungjawab memastikan
perjalanan program dilaksanakan
mengikut perancangan.
3. SETIAUSAHA Noor Izzati binti Abdul Ganid  Menyediakan dan menyiapkan
kertas kerja program.
 Menyediakan dan menyiapkan
segala jenis surat yang diperlukan
oleh jawatankuasa kerja untuk
perjalanan program.
4. BENDAHARI Zalilah binti Mohamed Ali  Bertanggungjawab untuk membuat
perjalanan akaun program.
 Menyedikan kewangan untuk
membeli hadiah pertandingan.

BIL AJK KERJA NAMA BIDANG TUGAS


1. Pendaftaran Suhana binti Yusof  Menyediakan borang pendaftaran
program untuk semua murid, guru
dan staf.
 Menyediakan meja pendaftaran di
bahagian belakang dewan.
 Mengambil kehadiran peserta
program.
 Menyerahkan borang kehadiran
yang lengkap kepada
jawatankuasa dokumentasi.
2. Keselamatan/ Afifah binti Abdul Rahman  Memastikan guru berada bersama
Kawalan Murid murid dan disiplin murid berada
dalam keadaan terkawal semasa
program.
3. Flyer Zalilah binti Mohamed Ali  Mendapatkan maklumat
perjalanan program.
 Menyediakan flyer yang sesuai
dengan program.
4. Perakam Peristiwa Khadijah binti Mat Rashid  Merakam gambar sepanjang
program berlangsung..
5. Hadiah/Sijil Khairun Nisa bin Derani  Berbincang dengan GPK

ms 5
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

Khairunnisa Hadibba binti Abdul Kokurikulum dan membeli hadiah.


Rahman  Menyusun hadiah mengikut tentatif
program.
 Bertanggungjawab menyedia dan
menyimpan alas meja hadiah dan
dulang hadiah.
6. PA Sistem Noraffendi bin Mohd Nor  Memastikan peralatan audio
berfungsi dengan baik.
 Memasang peralatan audio lebih
awal.
 Bertanggungjawab mengambil dan
menyimpan peralatan audio
dengan selamat.
7. Makanan dan Siti Aishah bin Mohd Rejab  Memastikan makanan dan
Minuman minuman disediakan untuk peserta
program.
 Memastikan semua murid berada
di kantin semasa rehat.
8. Pengacara Siti Aisah binti Jamil  Memastikan program berjalan
Program dengan lancar.
 Pengendalian program yang
menarik dan menghiburkan.
 Menyampaikan maklumat terkini
dari semasa ke semasa.
9. Senamrobik/ Siti Salbiah binti Mohd Sani  Menyediakan peralatan sukaneka/
Sukaneka/ Shamsol Kamal bin Hamzah permainan sebelum program
Permainan bermula.
 Mengendalikan acara sukaneka/
permainan dengan baik.
10. Hakim Mohd Farhan bin Mokhtar  Menjadi hakim pertandingan acara
sukaneka.

11. Persiapan Tempat/ Norul Huda binti Alias @ Ruslan  Menyusun kerusi di tepi dewan.
Kebersihan  Mengemas semula dan
membersihkan dewan selepas
program selesai.

ms 6

You might also like