You are on page 1of 5

SK RAJA DI HILIR EKRAM, JALAN PASIR PUTIH

31650 IPOH
PERAK

KOD SEK : ABB 2077

Kepada:

Semua guru Tarikh :21/7/2016


SK Raja Di Hilir Ekram
2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil 3/2016

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh /Hari : 28 Julai 2016 (Khamis)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali kedua
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan aktiviti PBS
5. Hal-hal lain

2. Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini adalah diwajibkan dan di dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah

………………………
(Faiza Bt. Kamaruddin)
Setiausaha Peperiksaan PBS
SK Raja Di Hilir Ekram

1
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PBS KALI KETIGA 2016

Tarikh : 28 Julai 2016 (Khamis)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran(Bilangan) : 22/22

Kehadiran guru

1. En. Ahmad Yusof b. Tarmuji (Guru Besar)


2. Pn. Norlela bt. Hanafi (PK Pentadbiran)
3. Pn. Che Nazlita bt. Jaafar (PK HEM)
4. En. Saiful Adzuan b. Ismail (PK Koko)
5. Pn. Hjh Azizah bt. Mohd. Ibrahim
6. Pn. Hazlida bt. Ab.Aziz
7. Pn. Faridah bt. Othman
8. Pn. Che Aini bt. Osman
9. Pn. Nurulaein bt. Mohd. Daud
10 Pn. Sharita bt. Shahruddin
11 En. Nizam b. Yusop
12 En. Che Muhammad Azahari b. Che Abdullah
13 En. Yeap Kah Soon
14 En. Lee Yew Seong
15 En. Mazali b. Ismail
16 Pn. Norhasikin bt. Alwi
17 Pn. Tan Jenny
18 En. Ahmad Sukri b. Zainon
19 Pn. Faiza bt. Kamaruddin (Setiausaha)
20 Pn. Norshidah bt. Omar
21. Pn. Siti Rohana bt. Bau
22. Pn. Nur Alina bt.Ishak

TIDAK HADIR: Tiada

2
AGENDA:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali kedua
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Aktiviti PBS
5. Hal-hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI
Mesyuarat mengambil maklum.
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dalam mesyuarat PBS kali ketiga.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK kerana dapat mengadakan
mesyuarat yang telah ditetapkan serta memaklumkan bahawa Mesyuarat PBS Sekolah
perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun sama seperti mesyuarat PBS daerah yang diadakan
4 kali.

1.3 Pengerusi menegaskan supaya guru-guru perlu mengadakan perbincangan setiap item
soalan bersama murid-murid selepas peperiksaan diadakan. Guru juga perlu memastikan
murid-murid membuat pembetulan.

1.4 Beliau menegaskan supaya kelas sentiasa berkeadaan kondusif yang menekankan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad ke 21

1.5 Beliau juga mengingatkan supaya guru menggunakan pelbagai cara semasa menjalankan
pentaksiran seperti kuiz, soal jawab serta menerapkan elemen KBAT dalam PdP.

1.6 Pencerapan guru-guru telah selesai untuk penggal pertama. Guru-guru dminta bersedia
untuk pencerapan kali kedua.

Tindakan : Semua Guru

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KETIGA


2.1 Setiausaha PBS telah membentangkan minit mesyuarat yang lepas
Dicadang oleh : En. Che Muhammad Azahari b. Che Abdullah
Disokong oleh : Pn. Che Aini bt. Osman

Tindakan : Makluman

3
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn. Sharita selaku guru Bimbingan dan Kaunseling memaklumkan bahawa Ujian
Aptitud Tahun 3 bagi tahun 2016 akan diadakan pada 1 – 30 Oktober 2016
manakala Ujian Aptitud Tahun 6 akan dijalankan pada 1 September 2016.

4.0 LAPORAN AKTIVITI PBS


4.1 Pentaksiran Pusat / Sekolah

4.1.1 Pn. Faridah bt. Othman selaku Setiausaha UPSR memaklumkan bahawa
pendaftaran calon UPSR telah selesai iaitu seramai 15 orang calon.
.
4.1.2 Pn. Faiza bt. Kamaruddin selaku Setiausaha Peperiksaan Dalaman
memaklunkan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan UPSR
berjalan dengan lancar. Post Mortem peperiksaan telah pun dijalankan
melibatkan semua guru Tahun 6.
Tindakan: Semua guru

4.2 Program Pembudayaan PBS

4.2.1 Pn. Norlela mengingatkan supaya ketua Panitia dapat melaksanakan


Penjaminan Kualiti (4P) dalam panitia masing-masing. Ketua Panitia
seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan semua ahli dapat
melaksanakannya.

Tindakan: Semua guru

4.3 Pemantauan Pencerapan

4.3.1 Kebanyakan guru mentaksir dengan merujuk kepada dokumen pentaksiran


iaitu PPPM dan DSKP serta objektif pengajaran yang dirancang serta
bertepatan dengannya.

4.3.2 Pemantauan yang dijalankan oleh pentadbir telah mencapai 100% bagi sesi
pertama.

4.3.3 Diharapkan agar guru-guru akan terus melaksanakan proses pentaksiran


dalam PdP sehingga bulan Oktober 2016.

4.3.4 SISC+ juga telah menjalankan pemantauan sebanyak 2 kali bagi


matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu.

Tindakan: Pentadbir dan semua guru

4.4 Pengesanan

4
4.4.1 Berdasarkan pemerhatian terhadap instrument pentaksiran yang dibina
didapati masih terdapat segelintir guru yang tidak menyatakan Tahap
Penguasaan yang ingin ditaksir.

4.4.2 Guru-guru tersebut diminta untuk membuat penambahbaikan pada


instrument pentaksiran yang ingin ditaksir. Semua guru amat digalakkan
untuk menulis Tahap Penguasaan bagi setiap instrument pentaksiran. Ini
bertujuan bagi memudahkan sesi pengesanan yang dilakukan oleh ketua
panitia atau pentadbir atau pemantauan dari luar apabila mereka membuat
penyemakan dan pengesanan. Selain itu ia juga dapat membezakan sama ada
latihan tersebut adalah latihan biasa atau pentaksiran

Tindakan: Semua guru

4.5 Pementoran

4.5.1 Terdapat segelintir guru yang masih kabur tentang kaedah perekodan
prestasi murid dalam aktiviti PAJSK, SEGAK, Ujian Psikometrik serta carta
alir kerja pentaksiran.

4.5.2 En Saiful Adzuan telah dipanggil taklimat oleh JPN/PPD berkaitan system
pelaporan PAJSK secara online. Beliau meminta guru-guru kelas Tahun 4, 5
dan 6 untuk mengambil maklumat murid berkaitan aktiviti kokurikulum dan
pencapaian dalam setiap bidang.

4.5.3 Slip PAJSK akan dijana dan dicetak oleh guru kelas masing-masing.

4.5.4 Slip Pelaporan PAJSK (termasuk SEGAK), Psikometrik dan juga slip
Pentaksiran Sekolah akan diserahkan kepada semua murid Tahun 6 semasa
penerimaan sijil keputusan UPSR

Tindakan: GPK dan Guru kelas Tahap 2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………. ….………………………………….
(PN. FAIZA BT. KAMARUDDIN) (EN. AHMAD YUSOF B. TARMUJI)
Setiausaha PBS Guru Besar
SK Raja Di Hilir Ekram SK Raja Di Hilir Ekram

You might also like