You are on page 1of 2

9 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21
kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran
berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh
aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table 圍圈說


-有更多機會表達自己的意見-有機會聆聽別人的意見
• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas
yang sama.
• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah
2. Think-Pair-Share(思考—讨论—交流)
合作學習法策略 Think, Pair, Share(思論齊分享)
-界定問題-進行思考-二人討論-專項分析-小組分享
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
3. Hot Seat
• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
• 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklemasi Sajak / Nyanyian


• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri


• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
• Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan
menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay (三人行一人留 Three Stray , One Stay )


• Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
• Hasil kerja ditampal.
• Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan
dalam bentuk grafik.

You might also like