You are on page 1of 5

Selain hukuman mati, ini 5 perkara anda

perlu tahu tentang undang-undang dadah di


[Artikel asal ditulis oleh Joshua Tay, peguam di AmerBON Advocates. Click here for the English
version]

Di Malaysia, dadah berbahaya sentiasa dianggap sebagai ancaman kepada masyarakat.


Mahkamah sentiasa dipenuhi dengan kes dadah dimana seseorang suspek dituduh melakukan
pelbagai kesalahan berkaitan dadah - walaupun kebanyakan suspek juga menyatakan bahawa
penglibatan mereka adalah secara tidak sengaja ataupun telah ditipu. Oleh sebab itu, sangat
penting untuk anda mempunyai asas kefahaman tentang undang-undang dadah di Malaysia,
walaupun anda bukan seorang pengguna atau penyeludup.

Terima kasih kepada pengumuman di dalam pesawat kerana sering memaklumkan hukuman
mati menanti anda jika terlibat najis dadah namun, apa yang mungkin anda tidak tahu adalah…

1. Mengedar dadah bukan selalunya dijatuhkan


hukuman mati mandatori

Sebahagian daripada benteng Penjara Pudu. Imej dari Hype.my.

Pengunaan frasa ‘hukuman mati mandatori’ adalah kerana jika seseorang tertuduh didapati
bersalah mengedar dadah, mahkamah tidak mempunyai pilihan lain selain menghukum orang
yang tertuduh itu mati tanpa mengira tahap kebersalahan atau jumlah berat dadah yang dibawa;
seperti di dalam Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (Sebahagian pernyataan, tiada versi BM
rasmi):
(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak orang lain, sama ada atau
tidak seseorang itu berada di Malaysia -

(a)Mengedar dadah berbahaya

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1)


melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini dan jika disabitkan kesalahan hendaklah
dijatuhi hukuman mati.

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan apabila mengetahui hukuman mati tidak seharusnya
wajib... Perubahan dalam undang-undang hanya berlaku pada tahun 1983.

Sebelum ini, hukuman mati kerana mengedar dadah adalah mengikut budi bicara dimana
mahkamah mempunyai pilihan untuk menghukum pesalah dengan hukuman penjara selain dari
hukuman mati mengikut kesesuaian. Akta Dadah Berbahaya (ADB) telah dipinda pada tahun
1983 sebagai tanda dasar perangi dadah oleh kerajaan Malaysia yang mahukan masalah sosial
dan kesalahan berkaitan dadah ini dibasmi.

2. Terdapat tiga kesalahan dadah yang boleh


membabitkan anda.
Tiga kesalahan berkaitan dadah ini adalah kegunaan peribadi, pemilikan, dan mengedar. Setiap
daripada kesalahan ini mempunyai hukuman yang berbeza dan cara mahkamah menentukan
jika anda bersalah atau tidak juga berbeza.

(i) Kegunaan peribadi (Self-administration), yang diletakkan di bawah seksyen 15 ADB,


dianggap kesalahan yang kurang serius berbanding memiliki dan mengedar. Kesalahan ini
sering dibuktikan menerusi ujian kimia yang dijalankan ke atas air kencing atau sampel darah
orang yang dituduh dan ia membawa hukuman tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara
tidak melebihi 2 tahun.

(ii) Pemilikan diletakkan di bawah seksyen 6 atau seksyen 12(2) ADB bergantung pada jenis
dadah. Konsep legal bagi memiliki memerlukan tiga asas utama yang akan dibuktikan iaitu jaga,
kawal dan tahu. Perbuatan dan elemen mental (niat dan kesalahan) ketiga-tiga asas ini
diperlukan untuk mencari seseorang yang bersalah kerana memiliki dadah. Hukuman kerana
memiliki dadah boleh berbeza-beza daripada denda ke penjara seumur hidup dan sebatan;
bergantung kepada berat dadah berkenaan. Perkara ini akan dijelaskan lagi dalam point ketiga.

(iii) Kesalahan paling teruk di bawah ADB adalah mengedar dadah kerana ia membawa
hukuman mati mandatori, seperti yang dinyatakan dalam point kedua. Untuk membuktikan
kesalahan mengedar dadah, pertamanya pendakwaan perlu membuktikan bahawa anda
memiliki dadah berbahaya dan pemilikan itu bertujuan untuk mengedarkan dadah tersebut.

Jika selama ini kita bersangka bahawa mengedar dadah merujuk pada menyeludup dadah
melepasi pihak kastam, definisi legal bagi ‘mengedar’ telah diterangkan secara terperinci di
dalam seksyen 2 ADB (sebahagian):

" "mengedar" termasuk melakukan mana-mana perbuatan tersebut: perkilangan,


mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi,
menerima, menyimpan, mentadbir, mengangkut, membawa, menghantar, menyampaikan,
mendapatkan, membekal, atau mengedar mana-mana dadah berbahaya..."
3. Anda berkemungkinan tidak dibenarkan diikat jamin.
Tujuan ikat jamin digunakan adalah kerana perbicaraan mahkamah boleh mengambil masa yang
agak lama dan ketika proses tersebut, anda boleh dibenarkan balik ke rumah dengan jaminan
atau direman (ditahan di penjara) sehingga tamat perbicaraan. Namun, jika anda disabit
kesalahan memiliki sejumlah kuantiti (berat) dadah atau mengedar dadah, ikat jamin adalah tidak
dibenarkan.

Seksyen 41B(1) Akta Dadah Berbahaya:

"Ikat jamin tidak akan diberikan pada tertuduh yang melakukan kesalahan dibawah akta
ini-

(a) Jika kesalahan itu boleh dihukum mati; atau

(b) Jika kesalahan itu boleh dihukum penjara melebihi lima tahun; atau

(c) Jika kesalahan itu boleh dihukum hukuman lima tahun penjara atau kurang dan
Pendakwa Raya memperakui secara bertulis bahawa jaminan kepada tertuduh
bukan dalam kepentingan orang awam."

Seksyen 39A(1) dan 39A(2) di dalam ADB menyenaraikan peningkatan penalti jika dadah yang
dimiliki melebihi berat yang tertentu. Sebagai contoh:

 Jika anda didapati bersalah memiliki diantara 2-5 gram heroin, seksyen 39A(1)
menyatakan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara 2-5 tahun dan 3-9
sebatan.
 Di samping itu, jika anda didapati bersalah memiliki lebih dari 5 gram heroin, anda boleh
dijatuhi hukuman penjara 5 tahun hingga ke seumur hidup dan minimum 10 sebatan di
bawah seksyen 39A(2).

Hal ini bermaksud, jika anda bersalah memiliki dadah di bawah seksyen 39A(2) atau mengedar
dadah, mahkamah tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk melepaskan anda dengan
jaminan tetapi anda akan ditahan reman sehingga perbicaraan tamat. Tempoh tahanan reman
boleh menjangkau masa yang lama (tidak kurang dari setahun) kerana proses perbicaraan turut
memakan masa.

4. Mendakwa anda ‘tidak tahu dadah tersebut ada di


situ’ tidak memberi apa-apa kesan.
Dalam kebanyakan kes dimana orang ditangkap dengan najis dadah, mereka akan mendakwa
bahawa mereka tidak tahu dadah tersebut ada di situ. Jadi bagaimana pihak mahkamah
menentukan perkara itu sahih atau tidak? Bagaimana juga pihak mahkamah menentukan sama
ada anda bersalah kerana memiliki dadah atau lebih parah, mengedar dadah?

Jawapannya - Prasangka (presumptions).

Prasangka adalah pendirian legal yang membolehkan mahkamah untuk menganggap kewujudan
fakta tertentu berdasarkan bukti dan sokongan fakta lain. Anggapan yang paling biasa digunakan
dalam kes-kes dadah adalah prasangka memiliki/tahu dan prasangka mengedar. Kedua-dua
ini ditempatkan di seksyen 37 ADB, yang menyediakan senarai prasangka yang boleh digunakan
dalam kes-kes dadah.
Untuk meringkaskan bagaimana prasangka memiliki berlaku, bayangkan situasi ini:

Anda diminta untuk berhenti dan diperiksa ketika sedang membawa beg rakan. Malangnya, anda
tidak tahu bahawa ada dadah yang tersorok di dalam beg tersebut dan anda telah disabit salah
kerana memiliki dadah.

Dalam kes ini, Timbalan Pendakwa Raya hanya perlu membuktikan bahawa beg itu berada
dalam kawalan dan jagaan fizikal anda. Kemudian, prasangka boleh digunakan untuk
menganggap bahawa anda mempunyai pengetahuan tentang dadah di dalam beg tersebut dan
oleh itu, anda memilikinya.

Prasangka mengedar pula bergantung pada berat dadah berkenaan. Jika berat dadah yang
dijumpai pada anda melebihi berat sebenar yang ditetapkan dalam seksyen 37(da) Akta Dadah
Berbahaya, maka ia boleh dianggap bahawa anda sedang mengedar dadah tersebut. Seksyen
37(da) sebenarnya agak luas, jadi anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut di sini.

Oleh itu, apabila kedua-dua anggapan ini (memiliki dan mengedar) digunakan seiring, ia sangat
mudah untuk membuktikan kesalahan memiliki dadah atau mengedar dadah. Caranya:

1. Pihak pendakwa menunjukkan anda mempunyai jagaan fizikal dan mengawal dadah,
atau apa-apa di mana dadah tersebut telah berbungkus (seperti kotak, beg, parcel, dan
lain-lain). Hal ini membuktikan kesalahan memiliki dadah.
2. Jika berat dadah ini melebihi berat ambang (cth 15 gram heroin, 50 gram
Methamphetamine atau 200 gram Cannabis), maka kesalahan pengedaran dadah akan
terbukti.

Walau bagaimanapun, prasangka ini adalah boleh dihapuskan; dimana anda boleh membawa
bukti untuk menidakkan atau menafikan hakikat bahawa anda mempunyai pengetahuan tentang
dadah tersebut, atau anda tidak mengedar dadah berkenaan.

5. Rumah anda juga boleh disita (bersama barangan


lain)
Selain daripada hukuman yang dinyatakan di atas, terdapat sekatan lain yang anda mungkin
hadapi kerana kesalahan berkaitan dadah. Ini mungkin termasuklah pembekuan atau lucut hak
aset (seperti rumah atau akaun bank) di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta)
1988 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 jika ia boleh dibuktikan bahawa aset-aset ini adalah
digunakan untuk aktiviti haram yang ditetapkan di bawah undang-undang ini.

Anda juga mungkin menghadapi penahanan tanpa bicara di bawah Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, di mana seseorang boleh ditahan di bawah
perintah menteri bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun jika dikaitkan atau terlibat dalam
pengedaran dadah. Akta ini juga membenarkan menteri untuk menyekat pergerakan anda ke
kawasan yang tertentu melalui perintah sekatan.

Walau bagaimanapun, ini tidak terhad kepada hukuman keras. Undang-undang ini juga memberi
keperluan untuk penagih dadah melalui proses pemulihan dengan memberi tumpuan kepada
pembaharuan diri, melalui program pemulihan, rawatan dan pengawasan polis yang boleh
didapati di bawah Akta 1983 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).
6. Hukuman mati mandatori mungkin akan
dimansuhkan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa tokoh terkemuka di Malaysia telah
berpendapat terdapat keraguan terhadap keberkesanan hukuman mati mandatori dalam
menghalang pengedaran dadah dan - tidak berkaitan dengan artikel ini - membunuh. Pada tahun
2012, telah dihuraikan di Parlimen bahawa jenayah pengedaran dadah antara 2009 dan 2011
sebenarnya telah meningkat walaupun hukuman mati mandatori dijalankan. Ini juga
menimbulkan persoalan etika:

“No criminal justice system is perfect. You take a man’s life and years later, you find out that
another person did the crime. What can you do?" - Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, 2012, dipetik
dari The Star Online.
Terbaru, hukuman mati mandatori sekali lagi mendapat perhatian Menteri Perundangan Azalina
Othman yang menggesa kajian semula hukuman mati mandatori. Menurut beberapa laporan
berita, kerajaan dikatakan telah bersetuju untuk meminda undang-undang untuk memberikan
kuasa budi bicara pada mahkamah untuk mengenakan bentuk hukuman yang lain selain dari
hukuman mati.

"The cabinet agreed and decided that amendments be made to Section 39B of the Dangerous
Drugs Act by including additional cluses to give discretionary power tot he courts to bestow other
sentences, besides the mandatory death penalty, in certain situations." - Azalina Othman, March
2017, dipetik dari The Malay Mail Online.

Tips keselamatan tambahan


1. Berhati-hati dan sentiasa berjaga apabila orang yang tidak dikenali atau rakan meminta
bantuan anda menjaga atau membawa barangan mereka. Walaupun ia mungkin tidak
sopan untuk memeriksa barangan orang lain, undang-undang mengenakan kewajipan ke
atas anda untuk menyemak dan memeriksa jika terdapat barangan seludup.
2. Jangan meninggalkan barang-barang kepunyaan anda tanpa dijaga atau tanpa diperhati
di tempat awam.
3. Walaupun anda boleh menggunakan hak untuk berdiam diri semasa siasatan polis, anda
dinasihatkan untuk memberikan kenyataan dan memaklumkan kepada pihak polis
mengenai butir-butir bahan yang boleh digunakan untuk pembelaan diri walaupun tidak
secara khusus diminta oleh pegawai rakaman:

 Versi cerita anda


 Pengenalan dan hubungan orang yang menyerah/menerima bungkusan yang
mengandungi dadah.
 Apa-apa bentuk komunikasi diantara anda dan orang tersebut.
 Mana-mana orang lain yang mungkin mempunyai akses kepada dadah tersebut.
 Mana-mana orang yang boleh menyokong cerita anda

Butiran ini mungkin membolehkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci dan
juga boleh digunakan untuk menyokong pembelaan anda di mahkamah jika anda didapati
bersalah.

4) Segera maklumkan pada keluarga atau rakan-rakan anda dan dapatkan nasihat undang-
undang jika anda ditahan atau disiasat berhubung kesalahan berkaitan dadah.

You might also like