You are on page 1of 2

i) PERATURAN AM

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

2. Jangan bawa beg masuk ke dalam bengkel.

3. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.

4. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan cermat.

5. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera.

6. Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai menjalankan aktiviti.

7. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

8. Pastikan alatan, bahan dan perkakasan sentiasa diselenggara dan disimpan selepas digunakan.

ii) PAKAIAN DAN KESELAMATAN DIRI

1. Dilarang memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut.

3. Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau tudung dimasukkan ke dalam apron.

4. Fahami langkah kerja sebelum memulakannya. Tanya guru sekiranya terdapat sebarang keraguan.

5. Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel.

6. Cuci tangan selepas melakukan aktiviti.


iii) ALATAN TANGAN DAN BAHAN

1. Bahan-bahan dan alatan haruslah digunakan dengan berhemah dan cermat.

2. Semua alatan hendaklah disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur.

3. Alatan yang telah digunakan perlu dibersihkan dan disimpan di tempat asalnya.

4. Bahan-bahan yang berbahaya dan mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.

5. Sebarang kerosakan atau kehilangan alatan mesti dilaporkan kepada guru.

6. Pastikan alat-alat yang tajam, berat dan boleh mencederakan hendaklah digantung dengan kemas dan selamat.

You might also like