You are on page 1of 7

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

JALAN BATU ASAH


07000 KUAH
LANGKAWI, KEDAH.

KERTAS KERJA
PENUBUHAN PERSATUAN SAINS
KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

DISEDIAKAN OLEH:
NOOR ATIKAH BINTI ALLIAS
KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI
1.0 PENGENALAN

Sains merupakan mata pelajaran yang agak sukar dan berat bagi sesetengah
pelajar. Oleh itu, pelaksanaan penubuhan persatuan yang dirancang ini diharapkan dapat
menarik minat pelajar untuk memahami dan menguasai mata pelajaran ini seterusnya
melahirkan pelajar yang berketrampilan, kreatif, inovatif dan mampu bersaing dalam
pendidikan masa kini.

Selain itu, persatuan ini dapat mendedahkan pelajar dengan teknik yang menarik
dan cara yang betul dalam mata pelajaran Sains disamping mengisi masa lapang pelajar
dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

2.0 NAMA PERSATUAN

Persatuan Sains KVL

3.0 LOGO PERSATUAN

Keterangan Logo:

1. Bikar dengan pelbagai elemen melambangkan Sains yang kepelbagaian dan


menyeronokkan.
2. Perkataan SCIENCE yang bewarna warni dipegang oleh tangan-tangan
menunjukkan bahawa semua pelajar boleh menyertai persatuan ini.

Keterangan Warna:

1. Biru melambangkan ikatan perpaduan yang jitu oleh masyarakat kolej yang pelbagai.
2. Oren melambangkan perlaksanaan transformasi sistem pendidikan vokasional
negara.
3. Kuning melambang keceriaan, intelektual dan bertenaga.
4. Hijau membawa kesegaran dan kepelbagaian dalam setiap aktiviti yang di jalankan.
5. Ungu melambangkan keinginan dan perubahan yang dilakukan oleh pelajar.

4.0 OBJEKTIF PERSATUAN


Perancangan bagi penubuhan persatuan Sains ini adalah untuk:

i. Memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.


ii. Mewujudkan kesedaran kepentingan Sains dalam kehidupan.
iii. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam dunia sains teknologi.
iv. Membolehkan guru menjalankan aktiviti berkaitan mata pelajaran Sains dengan lebih
mudah.

5.0 GURU PENASIHAT DAN AHLI JAWATANKUASA

Keterangan bagi guru penasihat adalah seperti berikut:

i. Guru penasihat terdiri daripada guru Kolej Vokasional Langkawi.


ii. Guru penasihat perlu memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
iii. Guru penasihat mempunyai kuasa untuk merancang atau membatalkan aktiviti
mengikut keperluan.
iv. Guru penasihat perlu bersama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

Keterangan bagi ahli jawatankuasa adalah seperti berikut:

i. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


ii. Ahli yang hadir sahaja ketika proses perlantikan layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
iii. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.
iv. Ahli Jawatankuasa Persatuan terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Naib pengerusi
c. Setiausaha
d. Penolong setiausaha
e. Bendahari
f. Penolong bendahari
g. Ahli jawatankuasa (AJK) -mengikut keperluan

6.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Bil Jawatankuasa Tugas danTanggungjawab


I. Mempengerusikan semua mesyuarat atau perjumpaan.
II. Meneliti catatan minit mesyuarat dan mengambil
1 Pengerusi
tindakan atas semua keputusan yang telah diputuskan.
III. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
I. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
2 Naib Pengerusi tanggungjawab yang diberi.
II. Mengambil alih tugas mempengerusikan mesyuarat
atau perjumpaan semasa ketiadaan pengerusi.
III. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
3 Setiausaha I. Menguruskan hal surat menyurat.
II. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat atau
laporan aktiviti yang dijalankan.
III. Merekodkan kehadiran ahli persatuan.
IV. Menyimpan semua dokumen berkaitan persatuan
V. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
4 Penolong I. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala
Setiausaha tugas dan tanggungjawabnya.
II. Mengambil alih tugas setiausaha semasa ketiadaan
beliau.
III. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
5 Bendahari I. Menguruskan semua hal kewangan Persatuan
II. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat atau perjumpaan bersama ahli
jawatankuasa.
III. Menyediakan laporan kewangan untuk dibentangkan
dalam mesyuarat dan untuk di audit jika perlu.
IV. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

6 Penolong I. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu


Bendahari ketiadaan Bendahari.
II. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7 AJK I. Membantu menjalankan tugas semasa pelaksanaan
aktiviti atau program persatuan.
II. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.0 KEWANGAN

Sumber utama kewangan adalah melalui kutipan yuran tahunan sebanyak RM10.00 seperti
yang diputuskan. Kutipan wang atau sumbangan akan dijalankan sekiranya sumber
kewangan tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

8.0 KEHADIRAN
1. Ahli persatuan perlu menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.
2. Ahli yang gagal hadir sebanyak tiga kali berturut-turut perlu menulis surat tunjuk
sebab.
9.0 CADANGAN AKTIVITI PERSATUAN

Bil. Topik Cadangan Aktiviti


1 Pendaftaran, Suaikenal 1. Pendaftaran ahli baru.
2. Sesi suaikenal bersama guru penasihat.
3. Makluman berkenaan kadar yuran dan
perlembagaan persatuan.
2 Kemahiran yang perlu dikuasai Pelajar diajar cara mengendalikan
mesyuarat dan menulis laporan.
3 Membina taman mini berkonsepkan 1. Pelajar merancang membina taman mini
Sains sains dan melukis pelan taman sains di
atas untuk penilaian.
2. Pelajar dibimbing guru untuk membuat
anggaran kos untuk pembinaan taman
mini tersebut.
4 Kitar semula suratkhabar dan 1. Pelajar-pelajar diarahkan membawa
majalah lama – Secara pertandingan dan mengumpul surat khabar atau
majalah lama selama sebulan mengikut
tingkatan masing-masing
2. Semua bahan akan ditimbang dan
direkodkan mengikut tingkatan.
3. Setelah sebulan, pemenang akan
diumumkan semasa perhimpunan dan
diberi hadiah hamper.
5 Pameran Sains 1. Pelajar mempamerkan hasil kerja
mereka dalam pelbagai bentuk.
2. Pelajar didedahkan cara menguruskan
pameran dan membuat perancangan
sebelum, semasa dan selepas majlis.

10.0 PERATURAN-PERATURAN
1. Peraturan sekolah adalah dirujuk sebagai peraturan asas persatuan.
2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin.

11.0 TINDAKAN DISIPLIN


1. Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan
persatuan dan tidak mematuhi peraturan persatuan yang telah ditetapkan.
2. Tindakan disiplin akan dilakanakan berdasarkan beberapa kaedah iaitu amaran lisan
dan amaran bertulis.
3. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

12.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN


1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
4. Setiap pindaan yang telah diluluskan mestilah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengarah Kolej.

13.0 PEMBUBARAN PERSATUAN

Pengarah KVL diberikan kuasa membubarkan persatuan ini sekiranya didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.0 HAL-HAL LAIN

Setiap ahli perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing sepanjang aktiviti
persatuan dijalankan.

15.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Sains KVL merupakan satu langkah untuk


mengembangkan pengetahuan dan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sains.
Justeru itu, semoga cadangan ini dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
pengurusan sekolah.

Diluluskan oleh:
Disediakan oleh:

__________________________ ______________________________

(AHMAD AZWAN BIN AHMAD HULMI)


(NOOR ATIKAH BINTI ALLIAS)
Guru Panitia Sains, Pengarah,
Kolej Vokasional Langkawi.
Kolej Vokasional Langkawi.
Tarikh: 23 Januari 2017 Tarikh:
Disemak oleh:

__________________________

(NUR RAIDAH BINTI MUSTAPA)


Ketua Panitia Sains dan Matematik,
Kolej Vokasional Langkawi.
Tarikh:
RUJUKAN
KVL. (n.d.). Profil KVL. Retrieved from Portal Rasmi Kolej Vokasional Langkawi:
https://kvlangkawi.wordpress.com/about/
Lin, A. (n.d.). Kertas Kerja Persatuan. Retrieved from SCRIBD:
https://www.scribd.com/document/355071485/KERTAS-KERJA-PERSATUAN
Mimi, S. (n.d.). Identiti Persatuan. Retrieved from SCRIBD:
https://www.scribd.com/document/358063838/Identiti-Persatuan
Samsuddin, M. (n.d.). Penubuhan Persatuan. Retrieved from Slide Share:
https://www.slideshare.net/MeorSamsuddin/penubuhan-persatuan
Yusof, M. N. (n.d.). Perlembagaan Sains & Matematik. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/158049355/perlembagaan-sains-matematik

You might also like