You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN
TAHUN 2018

TARIKH:
28 MEI 2018

TEMPAT:
MUZIUM
1.0 PENGENALAN

Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada
murid terutamanya berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Kami berbangga
kerana terpilih sebagai salah sebuah daripada 192 sekolah di seluruh Malaysia untuk menyertai Kajian
Utama Programme for International Student Assessment (PISA) 2018. Kajian ini turut disertai oleh 81
buah negara di seluruh dunia dan akan dilaksanakan pada bulan April 2018. Kajian PISA ini dianjurkan
oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) untuk mentaksir murid yang
dilahirkan pada 2002. Sebanyak 35 murid yang akan dipilih untuk pentaksiran tiga domain iaitu Literasi
Bacaan (domain utama), Literasi Matematik dan Literasi Sains.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1 Memohon kebenaran menganjurkan lawatan sambil belajar.


2.2 Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor.

3.0 RASIONAL

Selaras dengan hasrat negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung
kepada 35 sampel PISA. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan
masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada 35 sampel PISA untuk
meneroka masa depan yang lebih baik.

4.0 MATLAMAT

4.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang tempat-tempat yang
dilawati di samping memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan dari segi
ekonomi melawat
4.2 Mendidik murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, berdikari, bersosial
dengan rakan dan masyarakat.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menimba pengalaman melalui lawatan yang diikuti.


5.2 Memberi pengetahuan sejarah kepada murid- murid.
5.3 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.
5.4 Mengeratkan hubungan silaturahim di antara peserta yang terlibat.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

6.1 Tarikh : 28 Mac 2018


6.2 Masa :
6.3 Tempat :
7.0 SASARAN :

35 orang murid Tingkatan 3/4 yang terpilih untuk PISA


4 orang guru

8.0 TENTATIF PROGRAM :


-Rujuk lampiran 1-

ANGGARAN PERBELANJAAN :

35 murid X RM 10.00 = RM 350.00 sehari X 6 hari = RM 500.00

PENUTUP :

Program ini adalah diharap dapat meningkatkan kemahiran literasi bacaan dalam kalangan murid-murid
untuk menjawab soalan-soalan berbentuk KBAT.

Sekian, terima kasih.

You might also like