You are on page 1of 10

Adabi Consumers Industries Sdn. Bhd.

(ACISB) merupakan syarikat induk yang salah


satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. Syarikat ini bertanggungjawab mencipta,
menghasil dan memasarkan produk di bawah penjenamaan Adabi. Syarikat ini adalah
sebuah syarikat yang menghasilkan serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran
tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman. Produk yang dihasilkan terutamanya
produk perencah dan rempah ratus yang telah menjadi pilihan utama di kalangan suri
rumah. Hai ini kerana ia memang memudahkan dan juga kelazatannya telah menarik
minat di kalangan suri rumah. Dato Syed Manshor Syed Mahmood adalah pengasas dan
pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Beliau membangunkan syarikat dan
peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Selain itu, beliau juga
pengerusi kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Yang berikut
merupakan anak-anak syarikat Adabi
1.Baktisan Pertama Sdn Bhd – Sungai Petani, Kedah.
2. Adabi Penang Distribution Sdn. Bhd. – Pulau Pinang.
3. Berkat Serbaguna Sdn. Bhd. – Ipoh, Perak.
4. Bekal Baru Sdn. Bdn. – Selayang, Selangor.
5. Alzas Edar Sdn. Bhd. – Kepong, Selangor.
6. Adabi Consumer Industries HTO Sdn. Bhd – Batu Caves, Selangor.
7. Adabi NS Trading Sdn. Bhd. – Senawang, Negeri Sembilan.
8. Nyala Satria Sdn. Bhd. – Muar, Johor.
9.Produk Optima Sdn. Bhd. – Johor Bahru, Johor.
10.Amalan Sanjung Sdn. Bhd. – Kota Bharu, Kuala Trengganu.
11. Adabi Distribution Sdn. Bhd – Mentakap, Pahang.
12. Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd – Kota Kinabalu, Sabah.
13. Stasuria Enterprise Sdn. Bhd. – Kuching, Miri, Serawak.
Terdapat cawangan syarikat Adabi di luar negara. Medan telah dipilih sebagai pintu
masuk utama produk-produk Adabi, yang mana Adabi bukan sahaja dikenali oleh
penduduk tempatan melalui pemancaran TV Malaysia. Permintaan untuk produk-produk
Adabi adalah menggalakkan dan pelbagai persediaan sedang dibuat untuk produk-produk
dapat diagihkan ke daerah-daerah Indonesia yang lain. Perniagaan beroperasi sebagai
pengimport produk-produk of ADABI untuk Indonesia. Semenjak itu pelbagai produk-
produk Adabi telah dibawa ke Indonesia, terutamanya ke Medan dan Sumatera. Dengan
menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut: serbuk
rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, sos, makanan dalam tin dan
minuman.
Senarai produk-produk Adabi
Kari dan Sup Sajian Katering Barangan Barangan Kicap dan Sos
Tepung Perencah
Kari ikan Kari ikan Tepung pisang P. nasi goreng Kicap manis
Kari daging Kari daging Tepung ayam P. bihun Kicap masin
kurma kurma Tepung G. goreng Sos cili Adabi
Kari udang Kerutuk serbaguna P. Tom Yam Sos tomato
ketam Kunyit Tepung ikan P. sayur goreng Sardin Adabi
Rendang Perencah sup bilis P. nasi G Kernal jagung
Kerutuk Bawang Tepung C. Hailam manis
Perencah sup Goreng udang P. ikan bakar Jagung M. ala
Sup bunjut P. tom yam Tepung C. P. mee krim
Sup tulang Asam jawa lemak manis bandung Kuah rojak
Sup tulang P. Tom Yam Madu
kunyit Kung Asam jawa
Serbuk sup
sayur
Serbuk mee
sup
Rempah
briyani

Produk Adabi adalah produk keluaran tempatan. Pelanggan-pelanggannya kebanyakan


adalah suri rumah, peniaga kantin, peniaga gerai makanan dan restaurant. Biasanya
produk-produk seperti kari ikan kari daging dan sup tulang lebih digemari di kalangan
orang melayu. Selain itu, barangan seperti, tepung, perencah dan kicap juga digemari
bagi kaum yang lain. Sehingga kini, ACISB kini mempunyai 10 kategori produk,
melibatkan lebih dari 80 jenis produk, yang merangkumi 206 unit menyimpan stok
(SKU). Produk ACISB merangkumi kari, sup, tepung, perencah, sos, makanan dalam tin,
kategori serbuk perasa (seasoning category), makanan haiwan jenama Power Cat, snek
berasaskan jagung menerusi jenama Flamitoz dan lain-lain. Beberapa rangkaian produk
Adabi turut menjadi pemimpin dalam pasaran, antaranya serbuk kunyit, perencah sup,
sup bunjut, perencah nasi goreng, Asam Jawa Xtra, tepung cucur dan lain-lain lagi.
Ketika ini keluaran Adabi dieksport ke China, United Kingdom, Thailand, Indonesia,
Singapura dan Brunei. Adabi juga mempunyai pejabat di Thailand dan Indonesia bagi
memudahkan lagi urusan mengeksport produk ke sana dan bagi negara lain pula, ia
dibawa masuk menerusi pengedar yang sah dilantik oleh syarikat.

Pelanggan adalah orang yang menjadi pembeli produk yang telah dibuat
dan dipasarkan oleh sebuah perusahaan, dimana orang ini bukan hanya sekali
membeli produk tersebut tetapi berulang-ulang. Unsur-unsur persekitaran mikro iaitu
pelanggan di mana pengguna yang membeli barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh organisasi. Pelanggan merupakan kumpulan yang menjadi sasaran utama
para pengusaha organisasi atau syarikat. Pelanggan dianggap “raja” kerana tiada
pelanggan, tiadalah perniagaan. Klasifikasi pelanggan terdiri daripada individu dan
kelompok masyarakat sama ada di sekolah, universiti, hospital atau pejabat kerajaan.
Selain itu, organisasi atau syarikat lain juga boleh menjadi pelanggan kepada organisasi
yang lain serta pelanggan oleh terdiri daripada dalam negara atau luar negara. Contohnya,
pasaran pelanggan bagi syarikat Adabi terdiri daripada pelanggan tempatan dan juga
yang berada di luar negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya.

Pesaing penting bagi sesebuah organisasi atau pengusaha mengenalpasti pesaing


dan memahami karenah serta aktiviti pesaing-pesaing. Menganalisa tahap persaingan
dalam industri tersebut. Pengusaha juga perlu mengetahui kelemahan dan kekuatan diri
dan juga kelemahan dan kekuatan pesaing. Organisasi atau syarikat perlu menggunakan
strategi-strategi tertentu yang berkesan untuk mengatasi pesaing. Contohnya, dari segi
harga, promosi, produk, pengedaran dan premis. Syarikat Adabi memulakan operasi
dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing terdekat iaitu Manggi, Rajas
dan Alagappah. Pihak ACISB telah memberikan komitmen padu untuk memastikan para
pelanggan memperoleh kualiti produk yang terbaik dengan menetapkan garis panduan
yang ketat terhadap proses dan kualiti bahan yang digunakan. Oleh itu, semua produk
Adabi dijamin 100% halal, bersih dan bermutu. Adabi telah menerima pelbagai anugerah
dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti
produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal
dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Unsur-unsur persekitaran mikro
memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen pesaing. Apabila pesaing menurunkan
harga jualan produk, organisasi atau syarikat perlu mengambil tindakan yang sama untuk
mengekalkan jualannya supaya dapat mengekalkan kedudukannya di pasaran. Dunia
pemasaran hari ini tidak tertumpu kepada pada pesaing dalam negara sahaja, tetapi
pesaing pada hari ini menjangkau sempadan negara. Inilah yang dikatakan globalisasi dan
dunia tanpa sempadan. Ini memberi kesan yang baik kepada perkembangan organisasi
atau syarikat unruk memantapkan lagi tahap pencapaian organisasi. Contohnya, Manggi
merupakan pesaing utama kepada Adabi. Oleh itu, strategik pemasaran yang baik dan
promosi produk dapat memantapkan lagi pemasaran dan jualan syarikat agar setanding
dengan syarikat-syarikat rempah yang lain.

Pembekal iaitu individu atau kumpulan yang menyalurkan input kepada organisasi
atau usahawan seperti bahan mentah, peralatan, mesin dan lain-lain. Pembekal yang baik
akan menawarkan kepada pengusaha atau organisasi bahan yang berkualiti, harga yang
rendah, penghantaran pada masa yang tepat serta tempoh bayaran yang lebih lama.
Contohnya, Syarikat Adabi membuka peluang kepada pasaraya, kedai runcit dan gerai
untuk menjadi pembekal makanan kepada pelanggan. Kini Adabi telah menghasilkan
lebih 80 produk di pasaran. Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas
organisasi iaitu elemen pembekal di mana firma atau individu yang membekalkan
sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat atau organisasi untuk mengeluarkan dan
menghasilkan produk serta perkhidmatan mula mengeksploitasi harga dan barangan.
Pembekal sebagai penghubung penting antara pembeli dengan syarikat atau organisasi
dalam sistem penghantaran nilai. Ia akan mempengaruhi dari segi harga di mana
pembekal berkuasa dalam menguasai naik turun harga barangan yang dibekalkan.
Keadaan ini menyebabkan harga dan nilai produk yang dihasilkan di pasaran tidak tetap
dan tidak kosisten kerana Nilai harga barang boleh mencapai pada tahap yang maksimum
atau minimum. Contohnya, pembekal berkuasa untuk mengurangkan kualiti produk dan
perkhidmatan yang ada di pasaran atau yang diperlukan oleh syarikat. Tambahan pula,
pembekal dengan kuasa tawar menawar mereka sendiri menjejaskan kerja dan struktur
kos industry.

Institusi kewangan merupakan punca luaran untuk mengembangkan perniagaan


yang sedia ada. Institusi kewangan membantu dalam hal pengurusan kewangan syarikat
seperti bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat insuran dan syarikat venture
capital. Kebanyakan organisasi atau pengusaha perlu sumber pembiayaan modal dari
institusi-institusi kewangan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. Unsur-
unsur persekitaran mikro memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen institusi
kewangan di mana walaupun institusi ini membantu kewangan organisasi, namun, faktor-
faktor seperti kadar faedah, jumlah pinjaman dan senang atau susah pinjaman yang
diberikan akan mempengaruhi perniagaan sesebuah organisasi. Pinjaman dari instutusi
kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk peniaga baru kerana tidak mempunyai
rekod tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana kesannya akan membebankan
organisasi atau peniaga baru. Contohnya, kepada organisasi atau syarikat yang baru
bermula dan memerlukan modal yang besar. Adalah sukar untuk syarikat atau organisasi
tersebut untuk mendapatkan kepercayaan daripada mana-mana badan institusi kewangan
yang ada.

Kerajaan atau agensi yang terlibat di mana mempengaruhi aktiviti organisasi


melalui pelbagai peraturan yang digubal untuk membantu menyelaras, menyokong dan
membangunkan organisasi atau syarikat. Pelbagai agensi juga yang memberi khidmat
nasihat, latihan, pinjaman, penyewaan premis dan lain-lain. Selain itu, kerajaan juga
menyediakan lesen, permit, mengutip pelbagai cukai dan duti kepada organisasi dengan
tujuan pemantaun terhadap organisasi. Organisasi atau syarikat perlu peka terhadap
implikasi cukai terhadap kos dan keuntungan syarikat kerana kerajaan mempengaruhi
aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi-polisi. Unsur-unsur persekitaran mikro
memberi kesan ke atas organisasi iaitu elemen kerajaan atau agensi yang berkaitan seperti
pelabur. Pelabur menyumbang modal dalam organisasi perniagaan bertujuan untuk
memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang ditetapkan oleh pelabur
telah mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah
organisasi. Sesetengah pelabur menyuntik modal yang besar dalam organisasi perniagaan
sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka
mempunyai kepentingan dengan perniagaan bersama organisasi tersebut. Pelabur tersebut
akan bergiat dalam perjalanan perniagaan organisasi yang telah dilaburkan. Kesannya
menyebabkan organisasi akan terikat dan di bawah kawalan pelabur. Keadaan ini
menyebabkan organisasi merasa tidak bebas dan setiap keputusan atau perancangan yang
ingin dilakukan perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Badan bukan kerajaan (NGO) di mana NGO boleh mempengaruhi organisasi


melalui pelbagai kempen dan publisiti serta mempengaruhi pengguna dan kerajaan.
Organisasi harus peka terhadap peranan badan-badan ini dan isu-isu yang sensitif pada
masyarakat seperti isu kebersihan, alam sekitar, kesihatan, keselamatan pengguna, status
halal dan haram serta lain-lain. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini sebagai
perantaraan di dalam pemasaran yang membantu syarikat untuk mempromosi, menjual
dan mengedar produk kepada pembeli. NGO juga membantu syarikat mencari pelanggan
atau membuat jualan kepada pelanggan. Unsur-unsur persekitaran mikro memberi kesan
ke atas organisasi iaitu elemen badan bukan kerajaan atau NGO di mana memberi kesan
yang positif dan negatif terhadap organisasi atau syarikat. Ini kerana, badan-badan bukan
kerajaan seolah-olah membantu pihak syarikat dalam membuat promosi mengenai
syarikat tersebut. Malah, daripada yang tidak mengetahui mengenai syarikat
menyebabkan masyarakat mula sedar akan kewujudan dan keistimewaan syarikat.
Contohnya, badan-badan bukan kerajaan dilihat dari pandangan positif apabila dilihat
turut membantu syarikat Adabi mempromosi dan memperkenalkan produk di mata
masyarakat dan dunia melalui iklan-iklan tertentu.

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pelanggan


atau pengguna di mana organisasi harus sentiasa menilai sama ada keluaran produk atau
peralatan dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Keluaran organisasi pelu
mempunyai inovasi, kreatif dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa
pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini. Contohnya, Adabi perlu
mengaturkan strategi untuk menjayakan promosi yang telah dijalankan. Perkhidmatan
yang diberikan perlu ditingkatkan supaya pelanggan tidak membuat aduan. Tujuan
syarikat adalah untuk memberikan kepuasan untuk pelanggan. Cadangan untuk
menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pesaing di mana organisasi atau
syarikat perlu mengetahui saiz dan perletakan iaitu tahap perkembangan industrinya
berbanding pesaingnya. Organisasi perlu membangunkan strategi yang memberi mereka
kadar pulangan yang lebih baik. Oleh itu, organisasi atau syarikat perlu mengetahui
kekuatan dan kelemahan mereka berbanding dengan pesaing. Ia dapat memudahkan
organisasi untuk menjalankan strategi-strategi bagi mengatasi pesaing. Contohnya,
strategi promosi yang diperkenalkan oleh syarikat Adabi dengan menonjolkan kelebihan
dan keistimewaan keluaran syarikat berbanding pesaing lain. Malah, kelemahan-
kelemahan yang ada pada syarikat perlu dipertingkatkan.

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen pembekal


di mana organisasi perlu mengenali pembekal, sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi
dengan pembekal. Malah, organisasi perlu mewujudkan dan memelihara hubungan yang
baik dengan pembekal kerana pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh
organisasi untuk dijadikan barang niaga yang boleh di jual dan memenuhi citarasa
pengguna. Interaksi di antara pembekal dengan organisasi banyak memberi kesan kepada
corak operasi dan kemajuan sesebuah organisasi. Hubungan baik dengan pembekal
adalah perlu untuk menjamin perjalanan atau operasi sesebuah organisasi tidak
terganggu. Contohnya, organisasi perlu menjalankan kajian ke atas pembekal seperti
siapa pembekal, apakah produk-produk pembekal, harga, terma-terma dan syarat-syarat.
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen institusi kewangan
di mana pihak berkuasa atau pihak yang terbabit seperti agensi-agensi kewangan perlu
bijak memainkan peranan masing-masing. Malah, syarat-syarat dan polisi-polisi yang
diamalkan sebelum ini perlu dilonggarkan berdasarkan tahap kemampuan sesebuah
organisasi atau syarikat. Selain itu, dalam menentukan mana-mana syarikat atau
organisasi yang layak mendapatkan sama ada pinjaman kewangan atau bantuan
kewangan, perlulah dilakukan dengan adil dan saksama.

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen kerajaan


atau agensi yang berkaitan di mana penekanan terhadap pemodal-pemodal ke atas
organisasi. Organisasi perlu mengambil tindak tanduk yang dapat memenuhi kehendak
pelabur pada jangka masa pendek dan juga pelabur pada jangka masa panjang. Selain itu,
cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran mikro iaitu elemen badan bukan
kerajaan atau NGO iaitu di mana kerajaan perlu memberi sokongan terhadap NGO yang
terdapat dalam negara kerana NGO mempunyai satu kuasa untuk mengawal dan
menguasai individu atau masyarakat dalam dunia pemasaran. Ini kerana NGO turut
memberi kesan ke atas jatuh dan bangunnya sesebuah organisasi atau syarikat. Pihak-
pihak NGO juga perlu bijak dalam memainkan sesuatu isu-isu dan memastikan setiap isu
yang disebarkan adalah benar dan sahih.

Pengurusan pemasaran bersifat dinamis dan mempunyai kitaran hayat yang


berbeza-beza. Setiap perubahan yang berlaku secara tidak langsung akan memberi impak
kepada sesebuah syarikat. Oleh yang demikian, syarikat yang berupaya mengatasi
halangan persekitaran akan mampu menempuh segala cabaran yang dihadapi supaya
sentiasa bersedia berdepan dengan perubahan persekitaran yang dinamis.
Di samping keutamaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan hubungan baik
dengan pelanggan, pemasaran juga perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan
hidup yang berdaya saing khususnya pada era globalisasi yang benar-benar mencabar.
Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang
strategik atau tidak berubah. Organisasi berada dalam satu persekitaran yang lebih luas.
Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal
yang akan memberikan peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau organisasi
untuk terus beroperasi. Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif
ataupun negatif kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan
berkembang, di samping mengekalkan urusniaganya dengan pembeli dan pengguna
sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran dan ia boleh berlaku secara
perlahan atau mendadak serta tidak menentu. Ini mampu memberikan kesan yang
mendalam kepada syarikat atau organisasi. Apa yang dapat dilihat, persekitaran mikro
terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di dalam dan di luar syarikat atau organisasi
secara kecil dan secara amnya tidak boleh diubah oleh tindakan syarikat atau organisasi
sahaja. Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran
ini, tetapi syarikat atau organisasi pula tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini.
Sesebuah syarikat atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu
diselaraskan agar syarikat atau organisasi boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat
atau organisasi tersebut terutama dalam berdaya saing. Persekitaran ini dilihat berhubung
secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi. Jelaslah di sini, untuk membuat
perancangan yang baik, syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran mikro. Ini
kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa
memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat atau organisasi perlu juga
mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang berkembang. Hill dan Jones
(1998) juga telah menyatakan bahawa untuk berjaya, sesebuah syarikat atau organisasi
perlu mematuhi strategi persekitaran syarikat atau organisasi atau di mana ia beroperasi
atau dapat membentuk semula syarikat atau organisasi tersebut dengan lebih baik melalui
pilihan strategi yang berkesan (Hill & Jones, 1998). Oleh itu, syarikat atau organisasi
dilihat gagal apabila strategi organisasi tidak sesuai dengan persekitaran di mana syarikat
atau organisasi beroperasi. Melalui kajian ini, apa yang dapat dilihat, persekitaran mikro
dilihat banyak mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah organisasi atau
syarikat dengan harapan usaha ini akan meningkatkan hubungan antara firma, pengurus
dan pelanggan dengan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.
Kesimpulannya, apa yang dilihat, setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan
pengaruh persekitaran mikro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan secara
langsung dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka
waktu pendek atau panjang dan menjadikan syarikat atau organisasi semakin kukuh atau
sebaliknya bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi.
Oleh itu, syarikat atau organisasi perlu mengawasi sebarang perubahan yang berlaku
dalam elemen-elemen tersebut.
(2655 patah perkataan)
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

http://produkadabi.blogspot.my/3

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0720&sec=Korporat&pg=ko_05
.htm

http://ceritacintunmimi.blogspot.my/2013/11/persekitaran-micro.html

https://www.scribd.com/doc/40380179/Marketing-Strategic

http://www.adabi.com/

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/misi-2016-adabi-giat-pelbagaikan-produk-baharu-
di-pasaran-1.483487

You might also like