You are on page 1of 1

Latihan Asas Tatabahasa 1

A Garisi jawapan yang betul dalam kurungan (Tumpuan: kata pemeri dan kata nafi)
1 Mereka (adalah / ialah) jiranku.
2 Menara itu (adalah / ialah) yang tertinggi di negara kita.
3 Kejayaannya dalam peperiksaan itu (adalah / ialah) di luar sangkaan kami.
4 Kasut yang saya pakai ini (adalah / ialah) tidak berapa mahal.
5 Buku tebal ini (tidak / bukan) untuk dipinjam.
6 Dia (bukan / tidak) pandai menari.
7 Orang itu (bukan / tidak) sepupu saya.
8 Soalan Matematik ini (tidak / bukan) berapa susah.
9 Dato’ Lee Chong Wei (ialah / adalah) antara pemain badminton yang handal.
10 Tujuan projek ini dilancarkan (ialah / adalah) untuk membantu golongan miskin.

B Isikan kata berapitan meN...i atau meN...kan yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah
ini.
1 Hashim ___________ (kirim) sahabatnya sepucuk surat seminggu sekali.
2 Kami sudah ___________ (serah) Cikgu Rosli kerja rumah kami.
3 Saya ___________ (pinjam) buku-buku cerita kepada anak jiranku.
4 Dia ___________ (beri) pertolongan kecemasan kepada mangsa kemalangan itu.
5 Zamri ___________ (nama) anaknya Zaki bin Zamri.
6 Budak nakal itu ___________ (lempar) seketul batu ke arah anjing itu untuk menghalaunya.
7 Hakim itu ___________ (jatuh) pesalah itu hukum penjara selama lima tahun.
8 Ayah ___________ (hadiah) seutas jam tangan kepada adik.
9 Sultan itu ___________ (anugerah) pingat P.J.K. kepada pemimpin negara itu.
10 Tuhan ___________ (kurnia) Aminah seorang anak lelaki.

C Asingkan setiap ayat yang berikut kepada subjek dan predikat.


1 Pokok itu sungguh tinggi. [Subjek: ______________ Predikat: ____________________________]
2 Hadiah yang saya pegang ini untuk saudara. [Subjek: ______________ Predikat:
____________________________]
3 Mereka berjalan ke sekolah. [Subjek: ______________ Predikat: ____________________________]
4 Orang itu jiran saya. [Subjek: ______________ Predikat: ____________________________]
5 Surat ini daripada negara Jepun. [Subjek: ______________ Predikat:
____________________________]

D Garisi kesalahan tatabahasa atau ejaan dalam setiap ayat dan buat pembetulan di ruang yang
disediakan.
1 Pendidikan pra-sekolah penting juga. ________________
2 Dia membeli stem di pejabat pos itu. ________________
3 Para banduan bersenam setiap pagi. ________________
4 Setiap orang peserta diberi cenderamata. ________________
5 Kakak baharu balik dari pejabatnya. ________________
6 Apakah nama adikmu? ________________
7 Kami tinggal di calet semasa bercuti di Bukit Larut. ________________
8 Selsema ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. ________________
9 Mereka beristirehat di bawah pokok yang rendang itu. ________________
10 Ada pelajar-pelajar yang tidak gemar bersenam. ________________

You might also like