You are on page 1of 1

Penulisan Reflektif Tinjauan Literatur

Melalui tinjauan literatur, pengkaji memberi pengenalan awal kepada masalah yang
dihadapi iaitu fokus kajian pengkaji ialah meningkatkan penguasaan permainan corak irama
dalam meter lazim empatan yang melibatkan not krocet, kuaver dan tanda rehat krocet untuk
mengiringi lagu. Pengenalan konteks kajian menyertakan bukti yang khusus untuk
menggunakan pendekatan Orff dalam memainkan alat perkusi untuk mengiringi lagu iaitu “Orff
telah memperkembangkan sebuah ensemble yang terdiri daripada perkusi”. Pengkaji juga
membincangkan tentang kepentingan mempelajari irama.

Pengkaji menggunakan pendekatan Orff. Pengkaji juga telah memerihalkan secara


terperinci iaitu mempunyai 4 peringkat iaitu imitasi, eksplorasi, literasi dan improvisasi. Namun,
pengkaji dilihat memberi penekanan kepada aspek imitasi dan improvisasi dengan sokongan
dan hujah yang diberikan. Model yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini ialah Model
Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart. Melalui pembacaan saya, didapati pengkaji tidak
memerihalkan tentang model kajian yang digunakan.

Bagi dapatan kajian yang lalu, saya dapati pengkaji menganalisis kajian lalu dengan
jelas di mana Orff juga mampu merangsang emosi positif murid namun mampu meningkatkan
tahap kognitif yang membantu kepada penguasaan corak irama. Pendekatan ini juga boleh
digunakan kepada murid pendidikan khas dan ia didapati berkesan dimana sorotan artikel
tersebut menyatakan bahawa pertuturan irama dan penggunaan alat perkusi tidak berpic
membantu dalam penguasaan kurikulum muzik. Dapatan kajian yang lalu tidak melebihi 10
tahun dimana pengkaji mengkaji pada tahun 2015 dan dapatan kajian berada dalam lingkungan
2005-2015.

Secara rumusan, melalui pembacaan ini, ia dapat memberi pendedahan awal kepada
saya cara untuk membuat tinjauan literatur untuk mematuhi kaedah penulisan literature yang
telah diajar. Saya menghadapi kekeliruan apabila melihat pengkaji menggunakan kajian yang
melebihi 10 tahun pada bahagian (2.2.1) namun, setelah diteliti, hanya kajian lepas yang
berkaitan sahaja memerlukan pengkaji untuk memilih dapatan kajian yang tidak melebihi 10
tahun. Saya juga tertanya-tanya adakah saya perlu menyatakan model yang digunakan pada
bahagian tinjauan literature. Oleh itu, saya akan bertanya kepada pensyarah untuk
mendapatkan jawapan yang tepat.

You might also like