You are on page 1of 30

1|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB 1:

PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis

hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian

budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku

disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan

struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini

coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu

didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.

Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai

budaya.

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah

perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak

benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau

kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya

dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam

sekitar.

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan

Melayu, iaitu “budhi” dan“daya” (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan

“budhi” yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.

Perkataan “daya” pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan
2|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Mengikut

Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud

tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu

dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang

kaum, etnik dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak

akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian

daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan

diperturun pula kepada generasi akan datang (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi,

2005:1).

1.1 Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Maksud Ketidaksamaan menurut Kamus Dewan edisi ke-3 , boleh dikaitkan

dengan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Menurut Noran

Fauziah Yaakub ketaksamaan bermaksud keadaan di mana manusia tidak memperoleh

ganjaran sosial yang sama.Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang

berlainan, perbezaan darjat atau taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan

bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat. Penilaian tersebut adalah suatu yang

berterusan dalam suatu jangka masa panjang. Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke

genarasi yang lain yang memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan.

Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan pendidikan berasal daripada kata dasar

didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun

pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula bermaksud proses
3|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Maka,

jelasnya pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan

kepada seseorang.

Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan

dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, ia

berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, telah

ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 menyebutkan tentang Kebebasan

Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya iaitu hak mendapatkan pendidikan. Ia boleh

dilihat melalui konsep demokrasi yang mana demokrasi ini membawa maksud peluang,

tindakan atau proses berdasarkan defines mengikut kamus Dewan. Dalam konteks

pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti memberi peluang yang sama untuk semua

kanak-kanak mendapatkannya.

Justeru secara tuntasnya maksud ketaksamaan peluang pendidikan menerusi buku

Budaya dan Pembelajaran yang ditulis oleh Noriati A. Rashid,Boon Pong Yong, Sharifah

fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.Majid mendefinisikan Ketaksmaan peluang

pendidikan merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya

perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada

pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. Jadi

kesimpulanya ketaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang atau sesuatu

etnik untuk mengembangkan potensinya.


4|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB 2 :

ISU – ISU UTAMA KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.0 Pengenalan
5|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Terdapat tiga isu utama yang dikenalpasti menjadi punca ketaksamaan peluang

pendidikan di Malaysia iaitu isu – isu ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli,

pribumi dan murid di pedalaman.

2.1 Orang Asli

Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah Perlembagaan Negara di mana sama

kedudukannya dengan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai

hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini,

hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong

selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara ini.

Orang Asli Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di

dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang

Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar

dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti

kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula

jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka

mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara

pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan

mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu

Senoi,Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku

kaum.

Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan

berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Kebanyakkan orang Asli

masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yang kurang
6|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih

dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini

terhenti sebelum sampai keperkampungan orang Asli.

Bagi isu yang pertama yang dikenalpasti iaitu isu kurangnya infrastruktur dan

prasarana. Pihak kerajaan telah melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan infrastruktur

dan prasarana di sekolah pedalaman. Dari apa yang dipetik di Utusan Online bertarikh 7 Mac

2010, kerajaan akan melaburkan sebanyak RM150 juta untuk meningkatkan prasarana

penempatan Orang Asli. Di dalam peruntukan yang dinyatakan ini, kerajaan akan membuat

penempatan-penempatan baru kepada masyarakat Orang Asli. Penempatan-penempatan ini

akan dibina berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung. Selain penempatan, kerajaan

juga berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat

melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut,

kerajaan akan memilih seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke

luar Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli

yang cemerlang di sekolah untuk dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala

golongan belia pula akan diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara.

Kedua ialah berkenaan taraf sosio-ekonomi mereka yang agak rendah, penyediaan

tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi

pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian. Kemunduran orang Asli dikaitkan

dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA

(1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana

kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta

huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %).Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu
7|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil

hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah

sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam

serba kekurangan.

Isu ketiga ialah berkenaan persepsi dan amalan Ibu-bapa orang Asli. Amalan

hidup yang memburu, masuk ke hutan dan lain – lain membantutkan pembelajaran murid –

murid. Ibu-bapa Orang Asli juga tidak boleh sesuka hati membawa keluar anak mereka dari

sekolah untuk mencari hasil hutan sepanjang waktu persekolahan kerana ini mengganggu

tumpuan dan minat anak-anak belajar walaupun tidak dapat dinafikan bahawa mereka hidup

di bawah paras kemiskinan dan terpaksa meneruskan kehidupan. Untuk itu, infrastruktur

pendidikan, sistem serta model pembelajaran khusus, kemudahan asas dan bantuan kewangan

yang sewajarnya juga perlu disediakan dengan sempurna bagi membolehkan kanak-kanak

Orang Asli mudah dalam pembelajaran dan mempunyai akses ke sekolah

2.2 Indigenous/Pribumi

Indigenous merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak

. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat

dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat

23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei.

Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh. Penan dan

Kelabit. Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat danetnik yang

tinggal jauh di pendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.

Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari
8|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

dulu lagi. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious

kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem

belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.

Isu pertama ialah kurangnya infrastruktur dan prasarana di sekolah-sekolah

pedalaman. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-

sekolah kawasan Bandar. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu

berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman.

Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang

hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan

generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga

perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan

masyarakat-masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-

klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan

pelajar dan juga guru.

Seterusnya adalah isu berkenaan kurangnya tenaga pengajar. Isu ketaksamaan

peluang pendidikan yang jelas adalah berkenaan kurangnya guru terlatih. Antaranya terdapat

kurangnya guru dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris;

kurangnya guru berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan

masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih

(GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman. Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan

guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman

pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan
9|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-

tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan

lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

Isu ketiga ialah berkenaan ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat

pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang.

Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di

kawasan berkenaan. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman

juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses

kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan

pembelajaran dan guru. Guru harus cuba mempelajari dan menggunakan bahasa tempatan

bagi menarik minat mereka untuk belajar disamping meningkatkan tahap pencapaian

akademik mereka. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah,kaum

jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan

prestasi dan pencapaian murid,penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta

keciciranmurid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang

yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha

menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga

(RMK-3): merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya

dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-

sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama. Apabila segala kesulitan

ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk

menuntut ilmu.Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak
10 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.Sikap ibu bapa pendalaman

yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak

berpelajaran turut memberi kesan.

2.3 Pedalaman

” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar

bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara

mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus

pembangunan negara.”

YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan

kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan,

guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan

daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan

ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat

peluang pendidikan yang disediakan.

Isu pertama ialah isu tentang kekurangan guru terlatih dimana kekurangan guru

terlatih masih wujud di sekolah rendah di kawasan pedalaman dan luar bandar. Antaranya,

terdapat kekurngan guru terlatih dalam bidang - bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan
11 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Bahasa Inggeris. Selain dari kekurangan guru dalam bidang kritikal,kekurangan guru – guru

Pendidikan Khas, guru – guru lelaki mengikut opsyen dan bilangan guru sandaran yang tidak

terlatih yang masih ramai menjadi punca ketaksamaan peluang pendidikan berlaku.

Isu kedua ialah isu berkenaan kekurangan Infrastruktur. Sekolah luar bandar

mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah. Pada tahun 2005,

terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792 (39.0%) buah sekolah menengah di luar

bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan

infrastruktur serta kemudahan. Terdapat 5,951 (78.3%) sekolah rendah dan 870 (42.9%)

sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. (P

elan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010).

Isu ketiga ialah isu berkaiatan ketidaksamarataan daripada segi penempatan guru

terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu

tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding

dengan kualiti pendidikan yang disediakan.Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah

rendah dan 136,598 orang gurudi sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di

sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran. TidakTerlatih

(GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara. KPM menghadapi kesukaran

menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran

kritikal dikawasan luar bandar dan pedalaman. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,

2006-2010)

Isu keempat ialah jurang digital yang merupakan perbezaan daripada segi akses

kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran dalam kalangan pelajar dan
12 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

guru. Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buahsekolah rendah dan 28 buah sekolah

menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang

dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di

sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-

sekolah yang jauh dipedalaman.

Isu kelima ialah berkenaan dengan kekurangan motivasi untuk belajar dantiada

daya saing kerana bilangan pelajar yang sedikit. Ini ditokok tambah dengan taraf

sosioekonomi yang rendah dan ibu bapa yang mempunyai pendapatan rengah tidak mampu

menyediakan kelengkapan asas untuk anak – anak mereka. Juga, murid – murid di

pedalaman kurang minat belajar kerana ibu bapa mereka tidak menekankan kepentingan

belajar dalam diri anak – anak. Oleh itu, kerajaan berusaha merapatkan jurang pendidikan

antara masyrakat bandar dengan luar bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan

dengan adil dan saksama.


13 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

BAB 3:

PERANAN GURU MENANGANI ISU – ISU KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN DALAM BILIK DARJAH

3.0 Pengenalan

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu

ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya.

kelancaran dan penyampaian P & P yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan

minda murid dan menarik minat murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam

pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan budaya. Pelbagai

kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang

sama rata terhadap semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini

haruslah ditekankan untuk kelancaran sesuatu p&p.

3.1 Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai

Guru haruslah memahami budaya orang Asli, peribumi dan masyarakat

pedalaman. hal ini demikian kerana gaya pembelajaran meraka adalah berbeza daripada

masyrakat bandar dan budaya lain. Sekiranya guru silap dalam memilih kaedah pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah, hal ini akan menjadi piunca murid – murid ini kurang

berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran mereka.

Aspek – aspek seperti kurikulum yang tudak mesra budaya , ketidakhadiran murid

dan kadar pertukaran guru yang tinggi menyebabkan murid menghadapi masalah

pembelajaran, Maka, guur haruslah mendalami gaya pembelajaran dan kognitif murid –

murid orang Asli, pribumi dan murid pedalaman supaya meraka dapat mengajar dengan lebih
14 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

berkesan. Guru juga perlu berusaha menangani masalah komunikasi dalam bahasa ibunda

murid dan belajar adat resam mereka bagi memastikan salah paham sehingga menimbulkan

persepsi tidak baik pada pandangan mereka berlaku.

Kepekaan guru terhadap kepaercayan murid dengan alam semulajadi, keagamaan

dan kerohanian adalah amat penting. Justeru guru haruslah mengunakan kaedah

pembelajaran yang interaktif serta relerven dengan asyrakat orang Asli dan masyrakat

pribumi. Menurut Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran

visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu. hal ini demikian kerana masyrakat orang

Asli dan pribumi sangat suka bercerita tentang peristiwa lampau mereka. justeru

pembelajaran secara kontekstual amat berkesan dilaksanakan. Selain itu, pembelajaran

seperti koperatif dan kerja projek secara berkumpulan dalam persekitan yang agak bebas

mampu menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal ini

demikian kerana murid orang asli dan pribumi ini tidak suka akan kongkongan dan biasa

hidup dalam situasi bebas dalam kehidupan mereka seharian.

Untuk murid – murid orang asli yang kinestetik, pembelajaran holistik amat

berkesan di mana pembelajaran holistik adalah berkaitan dengan aktiviti sedia ada murid.

Pendekatan ini mampu merangsnag kreativiti dengan penggunaan visual ruang dan sentuhan.

walaubagaimanapun, mereka tudak suka bersaing.

Secara kesimpulanya, guru haruslah memahami tentang pedagogi pribumi iaitu

kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik yang terdiri daripada orang Asli

dan lain – lain kaum pribumi Sabah dan Serawak. Guru jugak harus menyesuaikan diri

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pengetahuan dan kemahiran yang

disampaikan dapat diterima oleh murid – murid orang asli dan pribumi.
15 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

3.2 Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama

Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas

yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan

dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekolah

rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu,

terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan

bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara.

Oleh itu, guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik

darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang

berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan

dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu

kaum, murid-murid lain akan menerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan

sekali gus akan mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara.

Akibatnya, masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti tiada kerjasama

dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Maka, rancangan

pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati

supaya guru dapat meminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi

kefahaman konsep
16 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik

darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah

pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman

dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan

tepat.

Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan

maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap murid yang

mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada

mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu menggalakkan murid-

murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan

berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka.

Selain itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang lemah

dari aspek akademik juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga

sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa

Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga. Dengan itu, guru

seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik

dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama.

Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka

dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan.

3.4 Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain.

Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai

pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan
17 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam

bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam

menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan

Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan

sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-

adab dalam setiap budaya di Malaysia.

Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut

dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu

kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-

masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman

antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi

mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan

dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendiri setelah

murid-murid dewasa kelak.

3.5 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid-murid

pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran pengajaran

dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-

murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan

menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru.

Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah

melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-
18 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah

terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah

tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan

perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara.

Jadi, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap

mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran

dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam

menghadapi masa akan datang.

3.6 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua

hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi

merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu

lain.

Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang

melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil

kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap

kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk

menjayakan tugasan yang diberi.

Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang

positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru

dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam

bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik
19 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid

yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan

baik sangka antara murid dalam bilik darjah.

3.7 Mengenalpasti Gaya Pembelajaran Murid

Gaya pembelajaran murid haruslah dikenalpasti bagi mengetahui kecenderungan

mereka. Guru haruslah mengesan gaya pembelajaran mereka dengan mentadbir ujian untuk

membantu murid mengenalpasti jenis pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang gaya, cara

ini amat bersesuaian untuk memastikan kesesuaian gaya pembelajaran murid dengan strategi

dan kaedah pengajaran guru.

Tinjauan literatur (Rasmussen et al., 2004) telah menunjukkan bahawa

kebanyakan orang Asli mempunyai kebolehan visual- ruang kerana cara hidup, latar

belakang dan persekitaran di tempat mereka berada. Di samping itu, murid – murid orang

Asli lebih cenderung terhadap pembelajaran interaktif dan kinestetik dalam modaliti visual,

kerja kumpulan dan suka bekerjasama. Masyarakat pedalaman dan masyarakat indigenous

serta masyarakat orang asli tinggal di kawasan pedalaman dan mereka harus mengimbas dan

mengingat maklumat visual – ruang untuk meninjau persekitaran selain berburu di dalam

hutan.
20 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

BAB 4:

AMALAN – AMALAN YANG DAPAT MENGHAPUSKAN KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

4.0 Pengenalan

Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagi

sesebuah peradaban adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadah pendidikan

ianya akan melahirkan manusia berilmu yang pasti beriman dan beramal dengan didikan

yang diperolehinya. Menyedari akan hakikat ini, pihak kerajaan dibawah Rancangan

Malaysia ke-9 telah merangka satu pelan serta bertungkus lumus bagi memajukan sektor

pendidikan di dalam mempersiap negara kita untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan

mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan dan memupuk perpaduan yang

harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan

nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah

bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guru-guru sekolah rendah amat

memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif

di dalam jiwa setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-

murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan
21 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh

bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain.

4.1 Menambahbaik infrastruktur dan prasarana sekolah yang sedia ada

Bagi langkah yang pertama, iaitu menambahbaik Program Pembangunan

Pendidikan Luar Bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi. Infrastruktur ini mestilah

setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang paling

penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan

elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan

elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga

beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik

mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah

akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan

kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat-masyarakat di

pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-

kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.

Kerajaan juga harus menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Di Malaysia,

sekolah yang bersaiz kecil adalah merujuk kepada sekolah kurang murid

(SKM) dengan yang bilangan murid yang kurang daripada 150 orang. Kebanyakan

sekolah‐ sekolah ini adalah sekolah luar bandar di pedalaman seperti sekolah orang asli dan

sekolah pedalaman di Sarawak.

Kewujudan sekolah bersaiz kecil ini sangat diperlukan terutamanya untuk

menyempurnakan tuntutan dan tanggung jawab sosial kerajaan yang perlu memastikan
22 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

bahawa setiap individu rakyat mendapat pendidikan percuma tanpa mengira perbezaan taraf

ekonomi, sosial, politik dan kaum

Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan

sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90

peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan

peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian

dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan

guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah

murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum

atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun

persekolahan.

Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang perlu ditangani di

sekolah luar bandar dan pedalaman. Pemahaman situasi sebenar di peringkat akar umbi serta

pengumpulan sumber adalah elemen yang perlu dalam menangani masalah jurang digital.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM

mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah

luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti

makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer komputer riba, projektor LCD dan

pelayan (server), membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi

membantu p&p, melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam

p&p dan melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah

menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga
23 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui

rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian

dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang

kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian

sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik

komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan

akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat

akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik

kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video

teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan

p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

4.2 Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran

Kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah sebanyak 96.0 peratus

bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus bagi

sekolah menengah atas. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan di

sekolah rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang Asli dan kaum minoriti.

Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif

dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah

melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah

sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi
24 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi

standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas.

Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan

sepanjang tempoh RMKe-8. Walau bagaimanapun, data yang ada menunjukkan jumlah

pelajar yang cicir dan terkeluar daripada sekolah di bawah KPM sahaja. Data tidak

mengambil kira pelajar yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di luar

KPM seperti di Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta, Sekolah

Antarabangsa atau ke luar negara.

KPM juga menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar kurang upaya yang

terdiri daripada pelajar bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Pelajar yang

dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah kognitif

ringan, masalah tingkah laku, autisme, sindrom down, Attention Deficit Disorder (ADD),

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran khususnya

disleksia. Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua

Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Vokasional (SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi.

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua

SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar

bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang upaya

memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4+ tahun, iaitu pada peringkat prasekolah

jika ada kekosongan. Kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun

mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah


25 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan

badan sukarela.

4.3 Memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pendidikan pada tahap

tertinggi.

Kerajaan haruslah memberi peluang pelajar mengikuti program – program pembelajaran

pada tahap yang tertinggi. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan telah berusaha dan

mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran

di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih

seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu,

kerajan juga berusaha untuk memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di

sekolah untuk dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula

akan diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara. Strategi sebegini adalah usaha

yang baik dan harus dikekalkan dan mungkin perlu diperluaskan untuk sekolah – sekolah

pedalaman yang lain dengan lebih meluas.

4.4 Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan

pedalaman

Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan

pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini

sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan

elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang
26 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan

mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

Pada pendapat saya, pihak kerajaan harus mewajibka guru baru berkhidmat di

kawasan peadalaman. Hal ini demikian adalah supaya guru tersebut diberi pendedahan awal

terhadap masalah – masalah pendidikan yang berlaku di sekolah pedalaman. Pengalaman ini

penting bagi guru – guru baru memantapkan lagi pengetahuan baru dalam opsyen mereka

dari semasa ke semasa. Disebabkan guru baru ini baru sahaja keluar dari institusi pendidikan

maka, ilmu yang mereka pelajari semasa belajar adalah baru dan terkini. Justeru adalah

sangat sesuai bagi mereka mempraktikan segala ilmu yang dipelajari disekolah di pedalaman.

Selain itu, guru – guru sedia ada haruslah diberi khusus tertentu bagi memperkaya

ilmu berkenaan opsyen mereka. Hal ini adalah penting kerana setiap beberapa tahun

kemungkinan terdapat penambahan dalam pengisian sesuatu mata pelajaran.

Bagi menarik minat dan keselesaan guru yang mengajar di pedalaman, pihak

kerajaan haruslah menyediakan rumah guru yang mempunyai kemudahan yang sempurna.

hal ini dalah kerana tidak semua guru mampu menyesuaikan diri dalam situasi tertentu.

Keperluan – keperluan asas seperti bekalan air, eletrik dan kemudahan internet wajar

disediakan. Hal ini adalah untuk guru sentiasa berhubung dengan dunia luar dan boleh

mencari maklumat terkini untuk disajikan kepada murid – murid mereka yang sangat

kekurangan ilmu.

4.5 Mempertingkatkan kemahiran ICT guru

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan

perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era masyarakat

bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan.


27 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya dalam kaedah

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari

segi penggunaan media pengajaran dan pembelajaran.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and

Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet, laman web

(web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah

mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat,

kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Kementerian Pendidikan juga

telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki dan

meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk menghadapi cabaran yang

mendatang.

Secara logiknya, guru haruslah mempelajari serta menguasai kemahiran ICT

dalam p&p. Hal ini adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara murid bandar dan luar

bandar. Apabila guru mahir dalam penggunaan ICT, hal ini mampu memberi peluang kepada

murid pedalaman atau luar bandar berkenaan isu – isu semasa dan meningkatkan daya

pemikiran murid kearah yang lebih urban dan meluas.

Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru dapat

menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses pengajaran dan

pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada gunanya jika

komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak

mendapat manfaat. Selain hanya tahu menggunakan computer dan ICT, guru perlu

memahirkan diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih

berkesan. Selain itu, guru mesti mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih seronok
28 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

belajar dengan menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan beberapa halangan

yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK)

Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung

dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat-

masyarakat peribumi untuk mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam

proses ini, golongan-golongan peribumi yang telah berjaya perlu memberikan motivasi dan

bimbingan kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup mereka yang

kolot tersebut. Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk

berubah. Apa yang paloin penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini

mestilah tidak lupakan daratan.


29 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Kesimpulan

Kesamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar

merupakan pembangunan pendidikan yang setara antara lokasi. Fenomena ini amat

membantu pelajar berkaitan serta meningkatkan perpaduan, pembangunan tenaga manusia,

keharmonian dan kemajuan negara. Pelbagai bantuan, dana dan program-program telah

dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati

peluang pendidikan yang sama bagi semua orang.

Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, mereka juga harus mendapat

pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO

mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu

masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan

dalan bidang pendidikan. Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu dalam

kita memajukan golongan ini. Anak-anak ini adalah asset negara pada masaakan datang.

Jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada majunya golongan muda-mudinya.

Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fokus membina masyarakat Malaysia

yang berilmu dan progresif tidak tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan

Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun2020.


30 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

You might also like