You are on page 1of 5

3.

Sebagai seorang guru yang menitikberatkan keberkesanan dalam


pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan Bahasa Melayu
anda dikehendaki merujuk dan membaca beberapa buah buku, artikel,
jurnal, majalah, internet dan sebagainya yang berkaitan. Berdasarkan
pembacaan tersebut, anda dikehendaki menulis satu rencana yang
berkaitan dengan isu dan permasalahan dalam pendidikan pemulihan di
sekolah.

Pengenalan.

Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan.


Ini bertitik tolak dari tinjauan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun
1967, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada sembilan buah sekolah
dan berterusan hingga tahun 1970.
Bermula tahun 1980 Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR)
mengetengahkan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,
pemulihan dan pengayaan. Ini jelas dilihat bahawa pemulihan merupakan satu
daripada unsur istimewa KBSR. Tahun 1986 Kementerian Pelajaran Malaysia
mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas
pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing.
Program pemulihan menjadi agenda penting Kementerian Pelajaran
Malaysia mulai tahun 1998. Antara tindakannya ialah melatih guru Bahasa
Melayu untuk mengadakan pemulihan ringan dalam bilik darjah dan menambah
guru pemulihan khas yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Bulan
November 1998 KPM menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program
pemulihan khas. Ianya menjadi sumber penting guru pemulihan khas dan guru
bahasa Melayu.
Program pemulihan khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira. Masalah yang dihadapi oleh murid-
murid ini mungkin berupa masalah yang ringan dan boleh dilakukan oleh guru
kelas biasa. Murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka
akan dikelolakan oleh guru pemulihan khas di kelas pemulihan.

Program pemulihan di sekolah jika dikaji dan diteliti terdapat beberapa isu
yang boleh dibincangkan untuk renungan bersama. Terdapat beberapa faktor
yang menjadi Isu dalam pendidikan pemulihan di sekolah iaitu seperti faktor
guru,murid, pihak pengurusan, peruntukan yang diberikan, bahan bantu
mengajar yang digunakan, penglibatan ibu bapa dan akhir sekali kemudahan
fizikal. Dalam membincangkan isu pemulihan di sekolah ini apa yang penting
dan jelas dilihat ialah masalah guru, murid dan ibu bapa.

Dari segi faktor guru isu yang paling penting ialah sekolah tidak
mempunyai guru pemulihan khas. Tiap-tiap buah sekolah masa kini sudah
mempunyai guru pendidikan khas tetapi hakikat sebenarnya guru yang dilantik
bukannya guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan
pemulihan.walaubagaimanapun guru-guru ini bernasib baik kerana sentiasa
menghadiri kursus-kursus berkaitan sehingga guru ini faham pendidikan
pemulihan yang sebenar.

Kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru pemulihan khas diminta


mengajar di kelas-kelas biasa. Guru pemulihan khas juga dibeban dengan tugas
menggantikan guru-guru lain dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan
mengajar. Sesetengah guru kurang berminat untuk mengajar murid-murid
pemulihan khas Sikap negatif ini merupakan satu masalah yang dihadapi oleh
pengurusan sekolah

Guru adalah tenaga pendorong yang besar untuk membangkitkan minat


belajar murid. Kaedah pengajaran yang jitu, penggunaan peralatan mengajar
yang berkesan, pendekatan pengajaran yang tepat, alat komunikasi yang sesuai
untuk mempercepatkan pemerolehan ilmu dan lain-lain dapat membantu guru
membuat pemulihan dengan berkesan. Masalah yang timbul di sini ialah sikap
guru yang gemar membuat jangkaan yang rendah terhadap pelajar pemulihan.

Permasalahan pemulihan di sekolah juga dapat dilihat dari faktor murid.


Murid kerap ponteng sekolah. Apabila perkara ini berlaku mereka akan
ketinggalan dalam pengajaran guru dalam kelas berbanding dengan rakan yang
lain. Hal ini bukan sahaja menyukarkan guru pemulihan tetapi masa hadapan
pelajar

Masalah pelajar yang lemah ini juga dihubungkan dengan latar belakang
sosio ekonomi yang kurang baik, masalah keluarga, masalah persekitaran,
pergaulan dan sebagainya. Faktor-faktor ini boleh mendorong pencapaian
rendah seseorang pelajar. Kelemahan penguasaan bahasa mungkin disebabkan
daripada latar belakang sosio ekonomi , kerencatan mental atau fizikal seperti
kurang pendengaran dan sebagainya.

Kekurangan perbendaharaan kata menjejaskan perkembangan


pembelajaran kanak-kanak. Hal ini disebabkan sekatan persekitaran iaitu
kurangnya bahan ransangan seperti buku, gambar, lukisan , mainan dan
sebagainya. Selain itu kurangnya sekatan pengalaman iaitu kurangnya
pengalaman untuk membuat tinjauan, lawatan, kunjungan dan sebagainya yang
boleh meransang pertumbuhan daya fikiran. Kurangnya pergaualan atau
interaksi dengan orang-orang yang lebih dewasa terutama ibu bapa dan orang-
orang yang boleh dianggap menjadi model kepada pertuturan yang baik dan
betul.

Terdapat juga bilangan murid pemulihan khas yang terlalu ramai


bilangannya berbanding dengan seorang sahaja guru pemulihan. Apabila
bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan guru untuk memberi pendidikan
pemulihan yang terbaik. Hal ini juga menyebabkan sukar untuk melaksanakan
program pemulihan dengan berkesan.

Selain dari itu penglibatan ibu bapa adalah penting. Isu ini juga
merupakan satu masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program
pemulihan di sekolah. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting
dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak seharusnya
membiarkan anak-anak ini di rumah tanpa hadir ke sekolah. Ibu bapa juga tidak
memberi kerjasama kepada pihak sekolah seperti berbincang masalah anak,
mengambil berat tentang pelajaran dan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh
guru. Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap pelajaran, pemakanan dan
kesihatan anak-anak menyebabkan masalah pelaksanaan pemulihan di sekolah
kurang berkesan.

Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak seperti mana yang


disangkakan. Ia memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk
mendidik murid pemulihan supaya boleh menjadi insan yang membanggakan
suatu hari nanti. Di sinilah peranan guru dituntut untuk memilih kaedah
pengajaran yang benar-benar sesuai bagi pelajar-pelajarnya berdasarkan
kecenderungan, bakat, saiz kelas, daya pemerolehan pelajar dan cara belajar
murid-murid ini.

You might also like