You are on page 1of 2

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

“PROGRAM TRANFORMASI MINDA”


ANJURAN UNIT KOKURIKULUM
PADA 28 OKTOBER 2017

1. PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur terdiri daripada 40 orang murid dan 4
orang guru. Lawatan ini merupakan inisiatif Unit Kokurikulum untuk memberi
pendedahan kepada murid tahun 4, 5, dan 6 setelah selesai peperiksaan. Di
samping itu, lawatan ini merupakan hadiah kepada murid –murid yang telah
berjaya di dalam kokurikulum sukan / permainan dan kokurikulum akademik.
Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan kerana terdapat banyak tempat-tempat
menarik yang boleh memberi pengetahuan kepada murid-murid sepanjang
tempoh lawatan ini.

2. OBJEKTIF LAWATAN

2.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang keagungan ciptaan


Allah swt.
2.2 memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu bagi melahirkan
Pelajar yang berakhlak , berpengetahuan , kreatif dan dinamik.
2.3 Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam semua
bidang.
2.4 Memantapkan jati diri murid.

3. TARIKH DAN TEMPAT LAWATAN

Tarikh : 28 Oktober 2017

Tempat : Kuala Lumpur

4. SASARAN

Murid-murid Tahun 4, 5, & 6 = 40 orang

Guru pengiring = 4 orang

Jumlah = 44 orang

You might also like