You are on page 1of 17

PENERAPAN ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


DI SEKOLAH MENENGAH LEMBAH KLANG

OLEH

FATHIYAH BINTI MOHD FAKHRUDDIN

Tesis dikemukakan ke Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia,


untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Doktor Falsafah

September, 2010
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia
sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah

PENERAPAN ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
DI SEKOLAH MENENGAH LEMBAH KLANG

Oleh

FATHIYAH BINTI MOHD FAKHRUDDIN

September, 2010

Pengerusi : Nor Hayati binti Hj. Alwi, PhD

Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal untuk membangunkan insan secara

menyeluruh meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Dalam konteks

pengajaran Pendidikan Islam di sekolah, isu pembangunan diri secara menyeluruh

lebih-lebih lagi ditekankan memandangkan terdapat peningkatan pelajar terjebak dalam

tingkah laku berisiko. Berdasarkan hakikat ini, kajian berbentuk kualitatif bagi meneliti

pengalaman guru menerapkan Falsafah Pendidikan Islam dalam pengajaran perlu

dijalankan. Terdapat dua persoalan penting yang diteliti. Pertama, apakah elemen

falsafah pendidikan Islam yang diterap dalam pengajaran ? Kedua, bagaimana

penerapan elemen tersebut dalam pengajaran? Data dikumpul menggunakan kaedah

temu bual mendalam ke atas lapan orang guru Pendidikan Islam yang memenuhi ciri

yang ditetapkan sebagai data utama. Triangulasi data disokong oleh pemerhatian dan

analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam elemen Falsafah

ii
Pendidikan Islam yang diterap dalam pengajaran iaitu elemen keimanan, ilmu, amalan,

penghayatan, akhlak dan ikhlas. Walau bagaimanapun, penerapan elemen-elemen

tersebut tidak seimbang. Hanya tiga elemen : ilmu, amalan dan akhlak yang diberi

tumpuan oleh guru-guru. Dalam proses perancangan, ia lebih tertumpu kepada

perancangan bahan pengajaran. Proses penerapan elemen secara khusus pula tertumpu

kepada aktiviti seperti memberi penjelasan, perbincangan, melibatkan pelajar dalam sesi

amali, latih tubi dan menyediakan pelajar untuk menjawab soalan ujian dan

peperiksaan. Dalam masa yang sama, proses menerapkan elemen-elemen tersebut

dilihat kurang dimaksimakan dalam konteks kehidupan. Proses penilaian pula

tertumpu kepada aktiviti memberi bimbingan akademik berdasarkan pencapaian

akademik pelajar. Proses ini akan lebih berkesan sekiranya guru-guru mempunyai

atribut seperti sabar, profesionalisme, menilai diri dan pengajaran serta memiliki

pergantungan yang kuat dengan Allah s.w.t. Jalinan kerjasama dengan rakan kongsi

seperti ibu bapa dan guru-guru lain yang mengajar pelajar juga berpotensi untuk turut

menyokong proses penerapan tersebut. Kajian ini mengemukakan satu model

penerapan elemen Falsafah Pendidikan Islam dalam pengajaran Pendidikan Islam yang

akan menghasilkan pengajaran berkesan. Implikasi untuk pemilihan guru, latihan yang

relevan dan sistem sokongan yang sesuai dikemukakan bagi meningkatkan kerjaya dan

profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam. Adalah dijangkakan latihan yang

mengambilkira penerapan elemen Falsafah Pendidikan Islam mampu melahirkan pelajar

yang seimbang daripada segi fizikal, spiritual, emosi dan intelek.

iii
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in partial
fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

INCULCATION OF ISLAMIC EDUCATION PHILOSOPHY ELEMENTS


IN TEACHING OF ISLAMIC EDUCATION
IN KLANG VALLEY SECONDARY SCHOOLS

By

FATHIYAH BINTI MOHD FAKHRUDDIN

September, 2010

Chair : Nor Hayati binti Hj. Alwi, PhD

Faculty : Faculty of Educational Studies

The National Philosophy of Education is aimed at developing individuals in a holistic

way encompassing physical, spiritual, emotional and intellectual. The issue of holistic

self-development is doubly emphasized since there has been an increase in students

being involved with at-risk behavior. Based on this fact, a qualitative study to observe

teachers’ experiences in inculcating Islamic Education philosophy in teaching needs to

be conducted. Two important research questions were examined. First, what is the

Islamic Education philosophy being inculcated in teaching ? Second, how are those

elements being inculcated in teaching ? Data was gathered from eight Islamic

Education teachers who fulfilled the required criteria using the in-depth interview

method as the main data. Data triangulation was supported by observation and

document analysis. Findings of the study showed there are six Islamic Education

philosophy elements being inculcated in teaching which include faith, knowledge, deed,

iv
internalization, morality and sincerity. However, the inculcation of these elements is

not balanced. Only three elements : knowledge, deed and morality are given focus by

teachers. In the planning process, these elements are more focused on planning the

teaching materials. The process of inculcating specific elements is focused on

activities such as giving explanation, discussion, getting students involved in practical

sessions, drills and preparing students to answer tests and examination questions. At

the same time, the process of inculcating these elements is seen not highly maximized

in real-life context. The evaluation process is focused on providing academic guidance

activity based on students academic achievement. This process would be more

effective if teachers possess attributes such as patience, professionalism, reflection on

self and teaching as well as having strong dependence on Allah s.w.t. Collaboration

with partners such as parents and other have the potential to also support the inculcation

process. This study proposes a model of inculcation Islamic Educational philosophy

elements in teaching Islamic Education which will result in effective teaching.

Implications for teacher selection, relevant training and suitable support system are also

proposed to increase Islamic Education teachers’ career and professionalism. It is

expected that effective training that considers inculcation of Islamic Education

philosophy elements is capable in producing well-balanced students physically,

spiritually, emotionally and intellectually.

v
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya,

penulisan tesis ini berjaya disempurnakan. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga

dirakamkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan, Dr. Nor Hayati Hj Alwi yang

bersabar membimbing dan memberi tunjuk ajar. Tidak dilupakan Prof. Dr. Azimi

Hamzah dan Dr. Lukman Abd. Mutalib yang tidak jemu menyemak, menilai dan

memberi cadangan kepada penambahbaikan penulisan tesis.

Ucapan ribuan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan pensyarah yang mengajar

kerja kursus yang diperlukan untuk bergraduat. Juga tidak dilupakan Dekan Fakulti

Pengajian Pendidikan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa

dan Kemanusiaan serta rakan-rakan pensyarah dan tutor yang banyak bertanya khabar

serta membantu penulis dalam mengharungi perjuangan menyiapkan tesis. Seterusnya,

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga tercinta, mak; Wan

Rafidah, abah; Mohd Fakhruddin, adik-adik; Izzuddin dan Faizah, suami; Zul Azli,

anak-anak; Atif Fakhri, Arif Irfan dan Zayyin Insyirah yang sentiasa memberi

dorongan, motivasi dan doa untuk penulis. Akhirnya, tidak dilupakan rakan-rakan

seperjuangan yang saling berbahagi rasa suka dan duka sepanjang perjalanan meraih

Phd. Sesungguhnya perjalanan ini menuntut kita semua mempelajari makna kesabaran.

Hanya Allah s.w.t. yang mampu membalas jasa, pengorbanan, pengertian dan doa

individu-individu yang hadir dalam kehidupan penulis.

vi
Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah berjumpa pada
30 September 2010 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Fathiyah binti Mohd
Fakhruddin bagi menilai tesis beliau yang bertajuk ”Penerapan Elemen Falsafah
Pendidikan Islam dalam Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Lembah
Klang” mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Perlembagaan
Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998. Jawatankuasa tersebut telah
memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah Doktor Falsafah

Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut :

Abdul Rahman Md. Aroff, PhD


Profesor
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)

Asmawati Suhid, PhD


Profesor Madya
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)

Habsah Ismail, PhD


Profesor Madya
Jabatan Asas Pendidikan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)

Sidek Baba, PhD


Profesor
Institut Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(Pemeriksa Luar)

___________________________

SHAMSUDDIN SULAIMAN, PhD


Profesor dan Timbalan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia

Tarikh :

vii
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima
sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa
Penyeliaan adalah seperti berikut :

Nor Hayati Alwi, PhD


Pensyarah
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)

Azimi Hj Hamzah, PhD


Profesor
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)

Lukman Abd. Mutalib, PhD


Pensyarah
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)

_______________________________

HASANAH MOHD GHAZALI, PhD


Profesor dan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia

Tarikh :

viii
PERAKUAN

Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan
dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui
bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak
dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain.

______________________________________

FATHIYAH BINTI MOHD FAKHRUDDIN

Tarikh : 30 September 2010

ix
DAFTAR ISI

HALAMAN

ABSTRAK ii
ABSTRACT iv
PENGHARGAAN vi
PENGESAHAN vii
PERAKUAN ix
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI KEPENDEKAN xvii

BAB

1 PENGENALAN 1
Pendahuluan 1
Latar Belakang Kajian 3
Pengenalan Falsafah 4
Peranan Falsafah Pendidikan Islam kepada
Pendidikan Islam 5
Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam
Dan Permasalahannya 7
Peranan Guru dalam Menerapkan Elemen
Falsafah Pendidikan Islam 9
Pernyataan Masalah 11
Persoalan Kajian 13
Objektif Kajian 14
Kepentingan Kajian 14
Skop Kajian 16
Limitasi Kajian 17
Definisi Operasional 18

x
Elemen Falsafah Pendidikan Islam 18
Falsafah 20
Falsafah Pendidikan Islam 20
Kurikulum 21
Pendidikan Islam 22
Penerapan 23
Proses Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam 23
Pengajaran 24

2 SOROTAN LITERATUR 25
Pendahuluan 25
Konsep Falsafah Islam 26
Pengenalan 26
Persoalan Ketuhanan 26
Persoalan Alam 28
Persoalan Kehidupan 29
Persoalan Insan 30
Konsep Falsafah Pendidikan Islam 31
Pengenalan 31
Tujuan Pendidikan Islam 32
Matlamat Pendidikan Islam 36
Bidang Pembelajaran Pendidikan Islam KBSM 37
Tujuan Pendidikan Islam KBSM 38
Matlamat Pendidikan Islam KBSM 40
Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Islam 40
Pengenalan 40
Elemen Keimanan dan Penerapan Keimanan 43
Elemen Ilmu dan Penerapan Ilmu 46
Elemen Amalan dan Penerapan Amalan 48
Elemen Penghayatan dan Penerapan Penghayatan 50
Elemen Akhlak dan Penerapan Akhlak 52

xi
Elemen Ikhlas dan Penerapan Ikhlas 54
Medium Penerapan Elemen
Falsafah Pendidikan Islam 56
Pengenalan 56
Analisis Sifat-sifat Guru Pendidikan Islam 56
Analisis Peranan Guru Pendidikan Islam
Berasaskan Konsep 5 Mim 59
Kajian Lepas Berhubung dengan Penerapan Falsafah
Pendidikan Islam 62
Proses Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam
dalam Pengajaran Subjek Pendidikan Islam 64
Pengenalan 64
Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Sidek Baba (2006) 65
Teori Perkembangan Kurikulum atau Proses Kurikulum 69
Pengajaran sebagai Satu Proses 73
Model Pendidikan Menurut Rasulullah s.a.w. 76
Teori dan Model Pembangunan Insan Kamil dalam
Pengajaran Sains oleh Nor Hayati Alwi (2003) 90
Metodologi Pendidikan dan Pemantapan Jiwa Menurut
Al-Ghazali (1998) 94
Kerangka Teoretis Kajian 96
Kerangka Konseptual Kajian 98

3 METODOLOGI 100
Pendahuluan 100
Reka bentuk Kajian 100
Pengkaji Sebagai Instrumen Kajian 101
Pemilihan Subjek Kajian 104
Pengumpulan Data 106
Temu bual 108

xii
Protokol atau Panduan Temu bual 111
Proses Temu bual 111
Soalan-soalan Temu bual 113
Pemerhatian 114
Catatan Lapangan 116
Analisis Dokumen 117
Kesahan 118
Kesahan Dalaman 118
Kesahan Luaran 120
Kebolehpercayaan 122
Triangulasi 123
Kajian Rintis 124
Kaedah Analisis Data 125
Analisis Data Temu bual 126
Analisis Data Pemerhatian 127
Analisis Dokumen 127
Analisis Data Secara Keseluruhan 128

4 DAPATAN KAJIAN 132


Pendahuluan 132
Profil Subjek Kajian 133
Elemen Falsafah Pendidikan Islam yang Diterap dalam Pengajaran 134
Pengenalan 134
Elemen Keimanan 136
Konsep Keimanan 136
Keimanan Merujuk kepada Tauhid Rububiyyah 141
Keimanan Merujuk kepada Tauhid Uluhiyyah 142
Elemen Ilmu 142
Ilmu Tidak Terpisah daripada Aspek Amalan 143
Ilmu Tidak Terpisah daripada Aspek Penghayatan 144
Sumber-sumber Ilmu 145

xiii
Pembahagian Ilmu 147
Elemen Amalan 149
Konsep ibadah khusus yang dilaksanakan menurut syariat 149
Pelaksanaan ibadah khusus dalam kehidupan pelajar 152
Elemen Penghayatan 155
Penekanan kepada Konsep Kesedaran pada Diri Pelajar 156
Penekanan kepada Perubahan pada Diri Pelajar 157
Elemen Akhlak 159
Akhlak ialah perbuatan yang lahir daripada dalam diri
dan menjadi tabiat sehari-hari 159
Sumber Akhlak 162
Masalah Akhlak Pelajar 163
Elemen Ikhlas 166
Keselarasan keyakinan, perkataan dan perbuatan bagi
mendapatkan keredaan Allah s.w.t. 167
Kerelaan hati melakukan sesuatu bagi mendapatkan
keredaan Allah s.w.t. 168
Proses Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam dalam Pengajaran 170
Pengenalan 170
Proses Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam
Secara Khusus 170
Proses Penerapan Elemen Keimanan 170
Proses Penerapan Elemen Ilmu 178
Proses Penerapan Elemen Amalan 194
Proses Penerapan Elemen Penghayatan 201
Proses Penerapan Elemen Akhlak 205
Proses Penerapan Elemen Ikhlas 212
Proses Penerapan Elemen Secara Umum 218
Proses Perancangan 218
Proses Penilaian 225
Ciri-ciri Guru 230

xiv
Sokongan Kepada Proses Penerapan 249
Ibu bapa 249
Guru-guru lain 252

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI


DAN CADANGAN 255
Pendahuluan 255
Perbincangan Dapatan Kajian 255
Elemen Falsafah Pendidikan Islam yang diterap 256

Elemen Keimanan 256


Elemen Ilmu 259
Elemen Amalan 262
Elemen Penghayatan 263
Elemen Akhlak 265
Elemen Ikhlas 268
Proses Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam dalam Pengajaran 270
Pengenalan 270
Proses Penerapan Elemen Secara Khusus 270
Proses Penerapan Elemen Secara Umum 289
Ciri-ciri Guru 294
Sokongan Kepada Proses Penerapan 297
Perbincangan Model Penerapan Elemen Falsafah
Pendidikan Islam dalam Pengajaran 300
Kesimpulan 303
Implikasi Kajian Terhadap Aspek Praktikal 306
Implikasi Kajian Terhadap Aspek Teori 309
Saranan untuk Kajian di Masa Akan Datang 311
BIBLIOGRAFI 314
LAMPIRAN 329
BIODATA PELAJAR 362

xv
SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

2.1 : Peringkat-peringkat dalam Pengajaran sebagai

Satu Proses 74

2.2 : Kerangka Teoretis Kajian 97

2.3 : Kerangka Konseptual Kajian 99

5.1 : Model Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan Islam

dalam Pengajaran 300

5.2 : Dinamik Proses Penerapan Elemen Falsafah Pendidikan

Islam dalam Pembangunan Jati diri Pelajar

Sekolah Menengah 305

xvi
SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantu Mengajar

BPI Bahagian Pendidikan Islam

CL Catatan Lapangan

ISTAC International Institute of Islamic Thought and Civilization

JAPIM Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PP Pemerhatian Pengajaran

S.A.W. Salla Allah `Alaih Wa Sallam

SBP Sekolah Berasrama Penuh

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

S.W.T. Subhanahu Wa Ta`ala

TB Temu bual

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Ust Ustaz

Ustzh Ustazah

xvii

You might also like