You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

SJK (T) LADANG CHANGKAT SALAK


BIL 1/2017

Tarikh : 28. 12. 2016 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi – 12.30 petang
Tempat : Bilik Pusat Sumber SJK (T) Ldg. Changkat Salak.
MESYUARAT PENGURUSAN SJK (T) LDG. CHANGKAT SALAK
BIL 1/2017

Tarikh : 28. 12. 2016 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi – 12.30 petang
Tempat : Bilik Pusat Sumber SJK (T) Ldg. Changkat Salak.
Pengerusi : Puan Selvarani M. Solaimuthu
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ldg. Changkat Salak
Kehadiran : 11/11

1) Pn. Selvarani A/P M.Solaimuthu (Guru Besar)


2) Cik. Sumathi A/P Muniandy
3) Pn. Mariammal A/P A Muniandy
4) Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam
5) Cik. Inthumathy A/P Talinyan
6) Pn. Kalaimani A/P Vengidasalam
7) Pn. Vijayalechumi A/P Maniam
8) Cik. Mohanasundari A/P Jeganathan
9) Cik. Puvaneswari A/P Vigiakumarian
10) Pn. Priyatarisini A/P Manokaram
11) Pn. Syalini A/P Manoharan

Nama Guru Yang Tidak Hadir: Tiada

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi Majlis.


2. Ucapan Penasihat
3. Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas.
4. Perkara Berbangkit
5. Hal - Hal Lain
6. Ucapan Penutup
1. Ucapan Tuan Pengerusi Majlis

Tuan Pengerusi Majlis telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir
semua yang hadir dalam mesyuarat Bil 1/2017.

2. Ucapan Penasihat

2.1 Guru besar mengalu- alukan kedatangan para guru dengan ucapan terima kasih.

2.2 Beliau mengharapkan mesyuarat Pengurusan Pendidikan ini dapat memfokuskan


masalah dan peluang yang ada untuk perancangan peningkatan prestasi
kurikulum & kokurikulum.

3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

3.1 Tiada.

4. Perkara berbangkit

4.1 Program transformasi daerah (DTP)


4.1.1 Beliau meminta guru-guru memberi kerjasama baik semasa SIP+ SISC+
memainkan peranan.
4.1.2 Beliau menyaran Tuan PPD melawat sekolah 1 minggu 10 buah sekolah
agar membimbing dan membantu sekolah dalam pengurusan.
4.1.3 Beliau memberitahu dialog PPD dengan PGB sebulan sekali. Tumpuan akan
diberikan kepada sekolah yang mendapat band 5, 6 dan 7.

4.2 SKPMg2
4.2.1 Beliau mengumumkan tarikh pengisian SKPM (sekolah rendah) 1 Nov – 27
Disember 2016.
4.2.2 Sekolah perlu mengisi kedua-kedua SKPMg2 (Sila rujuk dalam portal
Kementerian)
4.2.3 Skor keseluruhan SKPM perlu lebih tinggi untuk meningkatkan band.
4.3 Persediaan akhir tahun 2016 dan awal tahun 2017 oleh Penolong Pengarah Jabatan
Pendidikan Perak
4.3.1 Logo, visi dan misi KPM telah berubah. Guru-guru diminta rujuk portal Jabatan
Pendidikan Perak untuk maklumat lanjut.
Visi – Pendidikan berkualiti insane terdidih Negara sejahtera
Misi – melestarikan sistem pendidikan berkualiti
- Membangunkan prestasi individu
- Memenuhi aspirasi Negara
4.3.2 Pendaftaran Tahun 1/ 2017. Diminta APDM perlu dikey in dari hari pertama
sehingga hari ke- 14 perlu dikemaskini. Murid perlu disusun mengikut kelas.
Laporkan murid yang tidak lapor diri pada hari pertama. Selepas April 30
2017 akan dilabel sebagai daftar lewat.
4.3.3 Yuran PIBG perlu ditetapkan bagi setiap keluarga dan mesyuarat agung
tahunan perlu dilaksanakan sebelum berakhir 31hb Mac.
4.3.4 Jumlah hari persekolah yang sepatutnya ialah 190 hari. Jikalau kurang
daripada 190 hari perlu menggantikan hari persekolahan.
4.3.5 Cuti peristiwa tidak boleh melebihi 4 hari. Cuti peristiwa perlu ditetapkan lebih
awal dan dimohon sebulan awal. Simpan 1 hari untuk aktiviti sekolah
4.3.6 PCG yang baki perlu dihabiskan dengan pembelian keperluan 2016. PCG
tidak boleh digunakan bagi perbelanjaan utiliti.
4.3.7 Jadual waktu bagi tahun 2017 perlu disediakan sebelum 15 Disember 2016.
Sila ikut surat pekeliling ikhtisas Bil.11 Tahun 2002.
4.3.8 Data guru pemulihan mengajar pemulihan data guru pemulihan yang tidak
mengajar pemulihan perlu dikemaskinikan dan dihantar kepada PPD.
4.3.9 Pada minggu persekolahan pertama, semua pergerakan GB/PK/guru dan
kutipan yuran tidak boleh dilaksanakan.
4.3.10 Perhimpunan rasmi tidak boleh dilaksanakan pada hari pertama jika tidak
ditetapkan. Tiada hukuman disiplin dikenakan di perhimpunan (1st day &
week). Pengawas masuk p&p selepas perhimpunan. P & P pada hari
pertama wajib dijalankan.
4.3.11 Takwim sekolah bagi tahun 2014 perlu disediakan sebelum 15 Disember
2016. Pemantauan JPN, PPD akan dilaksanakan terhadap persiapan 2017.
4.3.12 Program Guru penyayang perlu dilaksanakan. Guru penyayang dikehendaki
mengisi borang 1) indeksi persepsi murid 2) indeksi persepsi guru 3)
instrument penilaian keberkesanan mentor-mentee.
4.3.13 Pelaksanaan Dasar 1M1S sepanjang tahun. Kejohanan olahraga harus
dijalankan selepas bulan Jun. Merentas desa/ sukantara digalakkan agar
dilaksanakan di sekolah.
4.3.14 Kehadiran guru baru perlu membuat pengesahan dalam system e-operasi.
Tindakan: Makluman

4.4 PERUTUSAN GPK 1 (CIK SUMATHI A/P MUNIANDY)

4.4.1 Cik Sumathi Muniandy membentangkan beberapa perkara seperti berikut:


1. Jadual tugas mingguan semua guru
2. Senarai Tugas Kurikulum tahun 2017
3. Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 2017
4. Carta Organisasi Kokurikulum 2017
4.4.2 Aku Janji UPSR dijangka akan dibuat pada awal Februari
Tindakan: Penyelaras Tahun 6
4.4.3 Mesyuarat PIBG dijangka akan dibuat pada 28 Januari 2017.
Tindakan: Pn. Syalini A/P Manoharan
4.4.4 Cik Sumathi A/P Muniandy mengedarkan jadual waktu mengajar dan kelas
kepada semua guru.
Tindakan: Makluman

4.5 PERUTUSAN GPK HEM (PN. MARIAMMAL A/P MUNIANDY)

4.5.1 Pn. Mariammal A/P Muniandy membentangkan Carta Organisasi Hal Ehwal
Murid untuk tahun 2017.
4.5.2 RMT berjalan sepertimana biasa. Bilangan murid RMT akan dimaklumkan
kemudian.
4.5.3 Untuk mendaftar APDM bagi murid tahun 1 perlu gunakan IC, Pn Kalaimani A/P
Vengidasalam.
4.5.4 Pn. Priyatarisini Manokaram membentangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan SPBT
Tindakan: Makluman
4.5.5 Orientasi bagi tahun 1 akan diadakan pada hari Khamis 29 Disember 2017.
Antara aturcara bagi majlis tersebut ialah taklimat ringkas daripada tuan Guru
Besar.
Tindakan: Pn. Selvarani A/P M. Solaimuthu

4.6 PERUTUSAN GPK KOKO (PN. SHARMILE NAIR A/P SUBRAMANIAM)

4.6.1 Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam membentangkan perkara-perkara yang


berkaitan dengan pengurusan Kokurikulum SJK(T) LCS bagi tahun 2017.
4.6.2 Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam membacakan dasar-dasar kerajaan yang
berkaitan dengan aktiviti Kokurikulum secara ringkas.
4.6.3 Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam membentangkan Carta Organisasi
KOKO bagi tahun 2017.
4.6.4 Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam membacakan senarai tugas KOKO untuk
tahun 2017.
4.6.5 Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam membentangkan laporan perjumpaan
KOKO bagi tahun lepas. Untuk tahun 2017 perjumpaan akan dibuat mengikut
kelas.
4.6.6 Pn. Sharmile Nair A/P Subramaniam membacakan program KOKO sepanjang
tahun 2017.
Tindakan: Makluman

5. Hal-hal lain

5.1 Tindakan guru


5.1.1 Guru-guru diminta mengambil tindakan disiplin mengikut peraturan yang
ditetapkan.
Tindakan: Semua guru
5.2 21st century classroom
5.2.1 Kelas-kelas perlu mempunyai ciri-ciri 21st century classroom. Contohnya
susunan meja, traffic light.
Tindakan: Semua guru kelas
5.3 PPPM
5.3.1 Gelombang kedua PPPM bermula pada tahun 2017.
Tindakan: Makluman
5.4 Peralatan Kelas
5.4.1 Peralatan kelas seperti penyapu, pengaut sampah dan buku kedatangan boleh
diambil di pejabat.
Tindakan: Guru Kelas
5.4.2 Undang-undang semasa membuat apa-apa program di luar sekolah adalah
sangat ketat. Ini termasuklah lawatan sekolah ke mana-mana tempat yang
menarik seperti di Kuala Lumpur dan sebagainya. Perlu patuhi peraturan dan
undang-undang.
Tindakan: Semua guru

6. Ucapan penutup

6.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,


…………………………… ………………………........ ………………………........
MOHANSUNDARI A/P JEGANATHAN

You might also like