You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/2018

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDU, SIMUNJAN.

Tarikh : 7 Februari 2018

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sekendu, Simunjan.

Kehadiran :

1. En. Wan Mohamad Zen Bin Wan Saleh Guru Besar


2. En. Hazman Bin Musa PK Pentadbiran
3. Cik Lana Jelembai Lees Ketua Panitia
4. En. Franker Anak Jisem Setiausaha
5. En. Xavier Anak Liam PK Hem
6. En. Suhaili Bin Lasalem PK Kokurikulum
7. En. Parman Bin Mohamad Guru Prasekolah

AGENDA MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS SK SEKENDU BIL 1/2018

Agenda Mesyuarat:

1. Kata-kata aluan ketua panitia


2. Ucapan aluan PK Pentadbiran
3. Pembentukan AJK bagi sesi 2018
4. Perancangan tahunan Panitia Bahasa Inggeris
5. Hal-hal lain
1.0 KATA- KATA ALUAN KETUA PANITIA
1.1 Ketua Panitia merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran guru besar,
penolong kanan dan semua guru Bahasa Inggeris sesi 2018.
1.2 Berharap agar tahun 2018 panitia dapat menjalankan aktiviti/program yang akan
dirancang dengan jayanya supaya dapat meningkatkan prestasi akademik mata
pelajaran Bahasa Inggeris.

Tindakan Semua

2.0 UCAPAN ALUAN GURU BESAR


2.1 Guru besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris
kerana dapat hadir dalam mesyuarat kali ini.
2.2 Berharap agar semua pihak berkerjasama meningkatkan prestasi sekolah dari segi
akademik terutama Bahasa Inggeris.

Tindakan Semua

3.0 PEMBENTUKAN AJK BAGI SESI 2018


3.1 Keputusan pembentukan AJK Panatia Bahasa Inggeris sesi 2018:

Penasihat 1 : En. Wan Mohamad Zen Bin Wan Saleh Guru Besar

Penasihat 2 : En. Hazman Bin Musa PK Pentadbiran

Ketua Panitia : Cik Lana Jelembai Lees

Setiausaha : En. Franker Anak Jisem

AJK : En. Xavier Anak Liam PK HEM

AJK : En. Suhaili Bin Lasalem PK Kokurikulum

AJK : En. Parman Bin Mohamad Guru Prasekolah

Tindakan Semua

4.0 PERANCANGAN TAHUNAN PANATIA BAHASA INGGERIS


4.1 KP meminta guru-guru mencadangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
tahun.
4.2 Aktiviti/program panitia digabungkan dengan program HIP. Ini kerana enrolmen
sekolah kecil.
4.3 Program sepanjang tahun yang dijalankan adalah:
4.3.1 Token Activities
4.3.2 Language Wall
4.3.3 My Everday English Booklet
4.3.4 Assembly in English
4.4 Program Bulan Bahasa Inggeris juga turut dicadangkan pada bulan Julai, antara
cadangan aktiviti adalah:
4.4.1 Big Book – Aktiviti murid Prasekolah.
4.4.2 Readingthon
4.4.3 Spelling Bee
4.4.4 Poem recital
4.5 Format rancangan pengajaran harian diselaraskan.
4.5.1 Cara penulisan RPH berlandaskan format PdPc Abad 21. Edaran
mengenai cara menulis RPH akan dibuat oleh KP kepada semua guru
BI.
4.5.2 Aktiviti murid perlu dirancang mengikut prestasi murid.
4.5.3 Content Standard hanya ditulis kemahiran tetapi Learning Standard
perlu ditulis secara terperinci.
4.5.4 Uji murid mengikut kemahiran yang diajar.
4.6 PBS
4.6.1 Laporan offline PBS perlu diisi oleh guru dan perlu dihantar kepada
pentadbir setiap tahun untuk semakan.
4.7 DSKP & RPT
4.7.1 Salinan DSKP & RPT perlu dikemaskini dalam fail panitia.
4.7.2 Setiap guru perlu ada salinan mengikut mata pelajaran masing-masing.
4.8 LINUS
4.8.1 Saringan LINUS akan dijalankan 2 kali setahun.
4.9 Buku latihan murid
4.9.1 Guru perlu menetapkan jumlah buku latihan murid yang perlu
digunakan mengikut tahap dan kesesuaian.
4.9.2 Buku latihan murid perlu disemak.
4.9.3 Latih murid menggunakan tulisan berangkai (cursive writing) seperti
yang terdapat dalam kemahiran diajar untuk memperbaiki mutu tulisan
murid.
4.9.4 Pencerapan oleh PPD dan pentadbiran
4.9.5 Semakan buku murid juga akan dijalan sebulan sekali oleh KP.

Tindakan Semua

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 KP mencadangkan untuk menyediakan BBM/ABM dalam bentuk gambar
untuk dimasukkan ke dalam fail panatia.
5.2 Sistem fail perlu dipatuhi. Tambahan maklumat KSSR semakan perlu
dikemaskini.
5.3 Perlaksanaan PdPc Bahasa Inggeris Tahun 1 dan Tahun 2 dalam silibus baharu
iaitu CEFR.
5.4 Perbincangan berkaitan pengubalan bentuk/format soalan CEFR untuk Tahun 1
dan Tahun 2. Cadangan perbincangan 2 kali setiap penggal/semester untuk
membincangkan format penilaian kepada murid.
5.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 ptg.

Tindakan Semua

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________________ _______________________________

En. Franker Anak Jisem En. Wan Mohamad Zen Bin Wan Saleh

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar

SK Sekendu, Simunjan. SK Sekendu, Simunjan.

You might also like