Guru Resos Dan Bilik Resos Bagi Murid Bermasalah Penglihatan

You might also like

You are on page 1of 7

GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

1. GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN LATAR BELAKANG

Pendidikan khas dibentuk bagi memenuhi murid keperluan pendidikan murid dengan keperluan
khas supaya murid khas dapat mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang
memuaskan. Program pendidikan khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran bermula sebelum merdeka di mana Sekolah Rendah Princess Elizabeth dibuka di
Johor pada tahun 1948 khusus untk murid bermasalah penglihatan dan bagi masalah
pendengaran ,Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang dibuka tahun 1054.
Seterusnya perkembangan dan akses bagi pendidikan khas semakin meluas sehingga ke hari ini.
Dengan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, tertubuhnya Unit Pelajaran Khas di
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 atau lebih dikenali sebagai
Jabatan Pendidikan Khas pada masa kini. Sekolah khas ditubuhkan khas untuk murid-murid
kelainan upaya dengan kepelbagaian keperluan khas yang disediakan seperti peruntukan dan
bantuan. Penyediaan segala kemudahan untuk murid berkeperluan khas dalam program
pendidikan khas adalah dalam persekitaran tidak terhad dan setaraf dengan murid normal supaya
murid khas tidak terasing daripada murid normal. Program Pendidikan Khas Bermasalah
Penglihatan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu murid-murid yang
bermasalah dalam penglihatan dengan keperluan khas yang disediakan. Menerusi program ini
murid yang mengalami masalah penglihatan akan menerima pendidikan yang selesa dan
bersesuaian dengan kemampuan mereka. Program integrasi bermasalah penglihatan ini
ditempatkan di sekolah-sekolah pendidikan khas dan di sekolah-sekolah harian biasa menerusi
Program Pendidikan Khas Integrasi. Murid-murid boleh mengikuti program pendidikan khas
integrasi di sekolah harian biasa di mana mereka akan belajar sepenuh atau separuh masa
bersama-sama murid normal lain yang sebaya dengan mereka di dalam kelas dengan mengikuti
kurikulum yang sama. Seperti murid normal yang lain, murid program pendidikan khas integrasi
ini juga diajar oleh guru-guru aliran pendana bagi setiap mata pelajaran yang diambil kerana
menggunakan pendekatan inklusif. Ini betujuan untuk memberi peluang kepada murid
bermasalah penglihatan untuk berinteraksi dalam aspek sosial dan akademik dengan aliran
perdana. Perbezaannya pembelajaran murid bermasalah penglihatan dan murid normal adalah
dari segi kaedah pembelajaran di mana murid bermasalah penglihatan akan didedahkan dengan
penggunaan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian supaya memperoleh pencapaian yang
optimum. Jadi, guru-guru perlu sedar bahawa perkembangan murid khas dan murid normal
adalah berbeza kerana kelainan keupayaan mereka. “Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu
usaha yang bertersuan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan proaktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan”-Falsafah Pendidikan Khas Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Khas, setiap kanak-kanak mempunyai hak dan ekuiti yang sama untuk mendapatkan pendidikan
tanpa mengira ketidakupayaan mereka. Hal ini kerana kanak-kanak perlu diberi peluang untuk
mengembangkan potensi mereka melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang
berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup. Jadi, semua kanak-kanak berkeperluan khas
berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai dengan keupayaan
mereka. Adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk menghantar kanak-kanak yang kurang
upaya untuk mendapat pendidikan di sekolah yang disediakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan. Di sekolah, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana murid khas diajar berdasarkan
kebolehan dan keperluan mereka bukan kepada kategori dan jenis kecacatan mereka. Namun
bagi murid yang berpotensi sebolehnya perlu ditempatkan secara inklusif di sekolah aliran
perdana supaya dapat mengembangkan potensi diri ke tahap optimum dan lebih berdaya
berdaya saing.

DEFINISI GURU RESOS DAN BILIK RESOS


Menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, guru resos ialah Guru Pendidikan Khas yang ditempatkan di sekolah harian
biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Manakala bilik resos merupakan bilik
yang disediakan untuk menjayakan Program Pendidikan Khas Integrasi. Bilik resos digunakan
sebagai tempat pengajaran dan pengukuhan pembelajaran murid, menyimpan peralatan dan
bahan pendidikan khas serta tempat di mana guru-guru resos menjalankan tugasan mereka.

2. PERANAN GURU RESOS TERHADAP MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

1. Pengajaran dan Pembelajaran


a. Guru Resos perlu mengajar murid bermasalah penglihatan secara individu atau berkumpulan di
Bilik Resos sama ada sebelum atau serentak atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di kelas
biasa bagi topik-topik tertentu yang sukar diikuti oleh murid bermasalah penglihatan selaras dengan
keperluan individu murid
b. Guru Resos perlu mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran aliran perdana untuk tujuan
pengukuhan dan pengayaan pada murid semasa pengajaran dan pemebelajaran di Bilik Resos
c. Guru Resos perlu mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan setiap
perkembangan semasa dalam aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan
kepentingan murid bermasalah penglihatan
d. Guru Resos perlu menjalankan tugas seebagai guru pendamping di kelas biasa bagi aktiviti amali
dan fizikal untuk mata pelajaran dan topik-topik tertentu
e. Guru Resos perlu mengajar kemahiran membraille kepada murid yang memerlukannya
f. Guru Resos perlu menjalankan latihan penglihatan terhad (low vision) bagi murid yang masih ada
sisa penglihatan
g. Guru Resos perlu menjalankan latihan orientasi dan mobiliti
h. Guru Resos perlu menjalankan latihan kemahiran hidup hariaan
i. Guru Resos perlu menjalankan latihan penggunaan deria sentuhan, pendengaran, bau dan rasa
j. Guru Resos perlu memperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya 12
waktu seminggu bagi sekolah menengah dan 15 waktu seminggu bagi sekolah rendah
k. Guru Resos boleh menganjalkan waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan murid
dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan

2. Pengurusan
a. Guru Resos perlu membraille bahan-bahan cetakan biasa seperti buku-buku teks, soalan-soalan
ujian dan bahan tambahan mengikut keperluan dan kesesuaian
b. Guru Resos perlu menulis pindah bahan-bahan braille yang dihasilkan oleh murid untuk diperiksa
oleh guru mata pelajaran
c. Guru Resos perlu menyediakan gambar rajah timbul secara manual atau dengan bantuan komputer
d. Guru Resos perlu menyediakan bahan-bahan cetakan besar dan gambar rajah khas untuk muird
penglihatan terhad (low vision)
e. Guru Resos perlu merakamkan pelbagai bahan audio bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran murid di luar masa belajar atau di rumah
f. Guru Resos perlu menyelenggara peralatan pendidikan khas
g. Guru Resos perlu bekerjasama dengan guru lain di sekolah untuk membantu murid bermasalah
penglihatan dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

3. Kelas Bimbingan dan Aktiviti- aktiviti Tambahan


a. Guru Resos perlu mengadakan bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan
umum
b. Guru Resos perlu membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan
komunikasi atau ICT
c. Guru Resos perlu membaca bahan-bahan bercetak yang sesuai kepada murid
d. Guru Resos perlu mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti kelab pembaca di sekolah
e. Guru Resos perlu melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar
sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah penglihatan

OBJEKTIF GURU RESOS TERHADAP MURID BERMASALAH PENGLIHATAN


1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap murid-murid
khas
2. Membimbing murid-murid khas dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal pelajar
3. Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berseuaian dengan murid-murid khas khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran 4. Membantu dalam proses perkembangan dan potensi diri

KAJIAN LITERATUR
Bardin (2006) menyatakan, pencapaian akademik murid bermasalah penglihatan adalah lebih rendah
berbanding dengan murid normal walaupun berada dalam bilik darjah yang sama. Hal ini kerana
mereka memerlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu topik pembelajaran berbanding
murid normal disebabkan oleh kekangan visual. Namun, murid bermasalah penglihatan ini masih
menghadirkan diri ke sekolah dan memberi perhatian dalam pembelajaran di dalam kelas, mengambil
bahagian dalam kurikulum, menjalankan aktiviti yang diberikan oleh guru dan menunjukkan usaha
yang gigih semasa berada di sekolah (Fredricks et al, 2004). Ini menunjukkan bahawa walaupun murid
ini menghadapi masalah penglihatan namun mereka sentiasa memperlihatkan sikap dan tingkah laku
yang positif semasa di sekolah. Bardin dan Lewis (2011) mendapati sokongan dan dorongan guru
resos adalah penting dalam menyumbangkan keterlibatan murid dalam akademik di sekolah. Jadi,
guru resos berperanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid supaya mereka sentiasa
aktif kerana guru resos merupakan guru khas bagi murid bermasalah penglihatan yang ditempatkan
di sekolah aliran perdana. Murid akan lebih aktif apabila mereka berasa diri mereka diberi perhatian
dan dorongan sewajarnya oleh guru ibarat ibu bapa kedua kepada murid apabila berada di sekolah.
Jadi, guru resos dan guru biasa di aliran perdana perlu menggunakan kaedah kolaboratif dan koperatif
supaya murid bermasalah penglihatan yang ditempatkan di sekolah aliran perdana dapat
menyesuaikan diri dan turut sama melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di
sekolah (Ahmad Zailani, 2011). Gabungan kepakaran dan resos oleh guru resos dan guru biasa aliran
perdana dapat memenuhi keperluan murid bermasalah penglihatan.
CABARAN GURU DAN MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
1. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Jannah et al (2015), pengetahuan pedagogi guru lebih
kepada keperluan ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan dan bukannya dari segi subjek.
Tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap isi kandungan subjek Matematik sangat lemah di
mana guru sukar menyampaikan sesuatu topik dengan berkesan kepada murid bermasalah
penglihatan. Menurutnya lagi, guru yang mengajar subjek matematik tidak mempunyai opsyen dalam
mata pelajaran tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak berupaya mengajar dengan baik dan tidak
cekap menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan bagi mata pelajaran matematik untuk
murid bermasalah penglihatan.

2. Ketidaksesuaian modul Modul yang disediakan oleh pihak kementerian mempunyai aras kemahiran
yang terlalu tinggi dan kurang mengambil kira ketidakupayaan murid bermasalah penglihatan. Murid
bermasalah penglihatan yang belajar di sekolah aliran perdana menghadapi kesukaran dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mereka turut menggunakan modul yang sama seperti murid
normal yang lain. Kekangan penglihatan yang dihadapi menyebabkan murid bermasalah penglihatan
ini tidak mampu belajar dnegan pantas seperti murid normal terutamanya dalam subjek sains dan
matematik. Malah buku teks dan buku aktiviti yang disediakan tidak bersesuaian dengan murid
bermasalah penglihatan menyebabkan pencapaian murid khas ini adalah rendah kerana mereka
masih belum berada di tahap KBAT.

3. Buku teks braille terhad Seperti sedia maklum bahawa penyediaan buku untuk murid bermasalah
penglihatan sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah adalah dibawah kelolaan Bahagian
Pendidikan Khas. Namun pembekalan buku teks dan rujukan yang menggunakan medium braille
adalah terhad menyebabkan akses murid bermasalah penglihatan hanya kepada buku teks yang
dibekalkan sahaja.. Isu ketidakcukupan bekalan alat bantu mengajar guru menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar kerana guru tidak dapat menyediakan
alatan untuk kegunaan murid secara keseluruhan.

4. Kecacatan sampingan murid selain buta dan rabun, berlaku peningkatan bilanagan murid
bermasalah penglihatan yang mempunyai kecacatan sampingan yang boleh mengganggu
pembelajaran murid seperti lembab, hyperactive, autism dan pekak. Kecacatan sampingan ini
menyebabkan cabaran guru dalam menghadapi murid bermasalah penglihatan semakin hebat. Murid
juga didapati sukar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
ALATAN DI BILIK RESOS UNTUK KEGUNAAN GURU DAN MURID
1. Brailler Mesin taip untuk menaip huruf-huruf braille
2. Mesin Thermofom Menyalin rajah timbul dari kertas asal menggunakan kertas brailon
3. Mesin Embosser Mencetak titik timbul dalam penterjemahan seperti buku untuk dijadikan buku
braille
4. CCTV Mesin membantu pelajar rabun membaca kerana boleh membesarkan huruf
5. Gambar Rajah Timbul Kemudahan pelajar untuk menyentuh dan merasai sesuatu bentuk
6. Buku Teks Braille Khusus untuk murid bermasalah dalam penglihatan kerana sukatan pelajaran
adalah dalam bentuk Braille
7. Al-Quran Braille Kemudahan murid bermasalah penglihatan untu membaca al-quran
8. Tongkat Digunakan dalam pembelajaran orientasi mobiliti dan pergerakan murid
9. Goalball Bola berbunyi khas untuk murid bersukan dan bermain di gelanggang
10. Blind Fold Alat penutup mata semasa bersukan
11. Jam Digital Jam bersuara memudahkan murid bermasalah penglihatan
12. Braille Ruller dan Geometry Set Pembaris timbul dan alat geometri khas untuk murid bermasalah
penglihatan
13. Globe
14. Peta Dunia
15. Kalkulator bersuara
16. Al-quran digital

Kesimpulan
Guru resos mempunyai peranan sangat penting dalam mengembangkan potensi murid bermasalah
penglihatan. Guru resos perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan
supaya dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan dan sistematik agar murid bermasalah
penglihatan dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik. Guru berperanan dalam
meningkatkan keterlibatan murid bermasalah penglihatan dalam akademik. Sebagai guru resos bagi
murid khas, guru perlu bijak menukarkan halangan yang wujud dengan membentuk strategi supaya
murid bermasalah penglihatan tidak berasa tercicir semasa berada di sekolah Alatan di bilik resos bagi
kegunaan guru dan murid bermasalah penglihatan tidak tertumpu dalam jadual di atas sahaja.. Malah
banyak lagi kelengkapan dan alatan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk keperluan yang
berseuaian untuk kegunaan guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelaharan. Alat
pengurusan diri, alat kemahiran hidup, alat permainan dan kepelbahaian jenis kertas turut disediakan
di bilik resos. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap perkembangan murid khas
dan sanggup mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk memenuhi keperluan murid khas.

Rujukan

Ahmad Zailani. (2011). J-Qaf Pendidikan Khas. Pendidikan Inklusif. Bardin, J.A. & Lewis, S. 2011.
General education teachers’ rating of the academic engagement level of students who read Braille: A
comparison with sighted peers. Journal of Visual Impairment & Blindness: 479-492. Bardin, J.A. 2006.
Academic Engagement of Students with Visual Impairments in General Education Language Arts
Classroom. Dissertation. Florida State University Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk
kanak-kanak istimewa. Bentong. PTS Professional Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Surat
pekeliling ikhtisas bil 6/2007: Garis panduan bidang tugas dan tanggungjawab guru resos program
pendidikan khas intergrasi bermasalah penglihatan. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Khas Manisah
Mohd Ali & Noorfaziha Hassan. 2014. Perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan
murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2): 109-114 Nor Jannah,
Safani, Norshidah & Muhammad Ismail. 2015. Cabaran pengajaran matematik murid bermasalah
penglihatan di Malaysia. Persidangan Serantau Siswazah Pendidikan, Melestarikan pendidikan:
Membangun Sumber Daya Manusia.

You might also like