You are on page 1of 40

1

ABSTRAK

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke

dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana

mereka memasuki kelas aliran perdana dengan mengikuti sukatan pelajaran pelajar aliran

perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program

inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak

sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, kertas kerja ini adalah

bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Yuk

Chin, Tawau, Sabah.

Keistimewaan pelaksanaan program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid

bermasalah pembelajaran akan disertakan dengan seorang guru pendidikan khas atau kata

lain guru pendamping dimana guru ini akan membantu murid-murid tersebut. Guru-guru

kelas dan guru-guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-

murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari

Jabatan Pendidikan Khas dan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau (PPDT), Unit Pendidikan

Swasta dan Pendidikan Khas.

Melalui pendedahan ini, guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran akan dapat

menjalinkan kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping untuk membantu

pelaksanaan pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid bermasalah

berkenaan akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama

dengan rakn sekelas mereka dan dapat berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir.
2

1.0 PENGENALAN

Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar

bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan

khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja.

Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya

melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan

perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam

kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.

Tujuan program pendidikan inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang

kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik

dengan rakan aliran perdana. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar

tersebut menerima pengajaran dan pembelajaran serta menyertai semua aktiviti-aktiviti yang

terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-

pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek

kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan

menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang

menyumbang. (Mohd Siraj Awang. 1996).

Ramai yang tidak faham mengapa murid pendidikan khas perlu belajar bersama dengan

murid aliran perdana. Guru pendidikan khas dibayar elaun untuk mengajar mereka.

Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa

murid pendidikan khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakkan guru

yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut di dalam kelas mereka.
3

Tetapi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) tetap bermatlamat untuk memastian semua sekolah dan murid mempunyai peluang

dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti

dapat ditngkatkan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga

lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir

murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana

kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan

keyakinan ibu bapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang

berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu

dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak

menggagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun

pelaksanaan pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan

atau garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan Program

Pendidikan Inklusif di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin, Tawau, Sabah supaya ia

dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang

terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas

tersebut.
4

3.0 OBJEKTIF

a. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.

b. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini dalam persekitaran yang seakan normal

mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.

c. Pihak sekolah boleh menyesuaian panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru

dan sekolah masing-masing.

d. Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas

bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.

e. Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal

dan menyertai aktiviti yang disediakan.

f. Untuk mengelakkan daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang

telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

g. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid berkeperluan khas standing

dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.

4.0 TINJAUAN LITERATUR

4.1 Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa.

Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti

pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. ( Kamariah Jarji, 1994 )

Menurut Abraham. Morris and wald (1993) : “one in which children with and without

disabilities learn and play together”. Manakala menurut Abdul Rahim Selamat, 1994 pula,

pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
5

kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan

murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

4.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,

dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program

Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya

sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan,

masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang

boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid

berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu

daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi

pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa

kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

4.3 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan

matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun

terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara

sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber

yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya

(Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau
6

pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan inklusif mendapati cabaran dan isu

yang sering dihadapi termasuklah :

Ø Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama

kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam

kelas inklusif.

Ø Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa

dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran

daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan

kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

Ø Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas

pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang

ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-

murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Ø Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas yang

jauh terasing, atau di tempat yang tidak selesa. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak

mencukupi.

Ø Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang

mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan

ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru

Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu, mereka diberikan tugas lain seperti menjadi

Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

Ø Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa kurang

menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak

datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa. Hal ini adalah disebabkan
7

ibu bapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang

dijalankan untuk anak-anak mereka.

4.4 Badan-badan Bukan Kerajaan Yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,

persatuan dan badan-badan sukarelawan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-

Govermental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata

tempat di Negara kita. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan

pendidikan khas ialah :

a) Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan

intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

b) Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas

kemahiran hidup serta kemahiran social.

c) Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-

kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16

tahun.

d) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited

kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di

bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak

sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.


8

5.0 MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS

Bagi Sekolah Jenis Kebangasaan (Cina) Yuk Chin, terdapat beberapa murid yang telah

disahkan oleh doktor pakar bahawa mereka merupakan murid-murid berkeperluan khas.

Murid-murid ini merupakan murid Tahun 4 dan mereka pernah mengikuti program

pemulihan khas pada tahun 2011, tetapi malangnya pada tahun ini, mereka terpaksa

mengikuti pelajaran mereka di kelas arus perdana. Seorang daripada mereka pula merupakan

murid Tahun 3 sekarang dan masih dalam program pemulihan khas. Walaupun murid ini

masih dalam program pemulihan khas, tetapi masa untuk pembelajaran adalah terhad

disebabkan guru perlu mengajar di kelas arus perdana juga. Murid-murid berkeperluan khas

ini terdiri daripada :-

a) Murid bermasalah pembelajaran – Slow Learner

Di SJK (C) Yuk Chin, murid yang mengalami masalah pembelajaran akan ditempatkan ke

dalam Program LINUS yang juga menjadi antara program pendidikan inklusif yang

dilaksanakan di hampir setiap sekolah di seluruh negara. Program yang dilaksanakan ini

bertujuan untuk membantu mengatasi masalah kemahiran 3M dalam kalangan murid

berkeperluan khas iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran

mengira. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diikuti oleh murid berkeperluan

khas ini, modul pengajaran yang digunakan oleh guru adalah modul LINUS yang telah

disediakan oleh pihak sekolah. Ini bermakna bahawa program pendidikan inklusif yang

dilaksanakan di SJK (C) Yuk Chin Tawau ini memerlukan setiap murid berkeperluan khas

yang mengalami masalah pembelajaran khususnya masalah kemahiran 3M untuk mengikuti

program pendidikan inklusif yang dilaksanakan di sekolah.


9

http://panitiapemulihan.files.wordpress.com/2012/01/bezalinus.jpg

b) Murid bermasalah pembelajaran - Disleksia ( Dyslexia)

Perkataan Disleksia berasal daripada gabungan 2 perkataan Greek/Yunani iaitu dys yang

bermaksud kesukaran/kesusahan dan lexis yang bermaksud bahasa atau pertuturan. Jadi
10

apabila ia digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam bahasa.

Secara literalnya, dyslexia bermaksud kesukaran dalam bahasa.

Murid-murid disleksia menghadapi masalah kesukaran mengeja, membaca dan mnulis.

Mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada

dalam bentuk huruf, suku kata atau perkataan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh

kecelaruan pada otak di bahagian bahasa.

Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk

menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama

bulan dan sifir.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh.

Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang

normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

6.0 KEPERLUAN LOGISTIK

Keperluan logistik adalah sangat penting. Dalam memastikan program pendidikan inklusif di

SJK (C) Yuk Chin Tawau dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan lancar, terdapat

beberapa keperluan logistik yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan KPM. Kesemua

keperluan logistik ini bertujuan untuk membantu menjayakan pelaksanaan program

pendidikan inklusif. Antara keperluan logistik yang perlu ditambah di SJK (C) Yuk Chin

Tawau ialah:-

6.1 Tenaga Pengajar

Tanggungjawab dan peranan guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran dalam

menjayakan Program Pendidikan Inklusif adalah : -

Ø Layanan dan bimbingan yang adil.


11

Ø Merancang dan melaksanakan penilaian.

Ø Dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Ø Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

6.2 Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas

Ø Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.

Ø Bahan rujukan / peralatan tambahan - atas kebijaksanaan / inisiatif pihak sekolah.

Ø Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.

Ø Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.

Ø Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan

kaunseling.

6.3 Bahan Bantu Mengajar dan Kemudahan Pengajaran

Salah satu faktor kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif adalah penyediaan

bahan bantu mengajar kepada guru untuk diaplikasi di dalam kelas. Kemudahan bahan bantu

mengajar dan bahan bantu belajar juga perlu disediakan dalam setiap pelaksanan ativiti

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai bahan pembelajaran ini adalah sebagai

salah satu cara yang boleh digunakan dalam merangsang minat dan kecenderungan kanak-

kanak menjalankan aktiviti pembelajaran.

Memandangkan murid yang terlibat dalam program pendidikan inklusif ini adalah mereka

yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas, maka bahan bantu mengajar dan

kemudahan pengajaran lain juga perlu selari dengan masalah yang dihadapi oleh murid

berkeperluan khas. Contohnya seperti murid yang mengikuti Program LINUS yang mana

guru perlu dibekalkan dengan modul pengajaran program LINUS.

Selain itu, guru juga perlu bijaksana dalam menyediakan pelbagai bahan pengajaran mereka.

Contohnya seperti mereka bentuk pelbagai bahan bantu mengajar yang bercirikan fizikal dan

interaktif yang dapat digunakan oleh guru dan murid semasa melaksanakan aktiviti
12

pengajaran dan pembelajaran. Kebergantungan guru terhadap modul pengajaran yang

disediakan oleh KPM akan menghadkan aktiviti pengajaran guru. Sebaliknya, kemahiran dan

kebijaksanaan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar akan dapat membantu guru

untuk mempelbagai bahan bantu mengajar mereka dan seterusnya akan dapat membantu

meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Ini juga akan mempengaruhi perkembangan

akademik dalam kalangan murid berkeperluan khas.

7.0 SOKONGAN ORGANISASI LUAR

Seperti mana yang telah dibincangkan di atas, program pendidikan inklusif di SJK (C) Yuk

Chin masih tidak dapat dilaksanakan dengan sempurnanya kerana kekurangan pendedahan

tentang Program Pendidikan Inklusif dan juga kekurangan tenaga pengajar. Walaupun guru

pemulihan khas sedang menjalankan tugasnya, tetapi tenaganya adalah terhad.

Selainnya, terdapat juga sokongan daripada ibu bapa khususnya dalam memantau

perkembangan yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka di rumah, namum ianya masih tidak

mencukupi sekiranya program pendidikan inklusif ini tidak mendapat sokongan daripada

pihak luar.

8.0 KESIMPULAN

Dengan cadangan kertas kerja ini, pelaksanaan program pendidikan inklusif ini perlu dibuat

bagi memastikan kejayaanya dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima

pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan

khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru-guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu

memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti

bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul.
13

Guru-guru yang terlibat dalam kelas pendidikan inklusif hendaklah bersedia untuk

menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar

untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang

dirancangkan. Di samping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu

bekerjasama dan menerima kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai pelbagai

perbezaan individu.

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan

program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan inklusif memberi peluang ke arah

pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di Negara kita.

9.0 RUJUKAN

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas

Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak

diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kamariah Jalil. ( 1995 ). Ke Arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.

Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,

Terengganu

Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Ke Arah
14

Pengisian Wawasan Pendidikan Untuk Semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Dr Abdullah Yusof, Safani Bari, Mohd Mokhtar Tahar.(2011). HBSE1103 Pengenalan

Pendidikan Khas. Hak cipta © Open University Malaysia (OUM)

http://id.scribd.com/doc/40873869/KERTAS-KONSEP

http://norazmaniismail.blogspot.com/

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html

http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html

http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/01/program-pendidikan-inklusif.html
15

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas

Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:

David Fulton Publisher.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.

Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas

Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak

diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and

Inclusion. London: SAGE Publications Inc.

Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :

Thomson Wadsworth .

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas
Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach
Resort,Terengganu.
Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:David
Fulton Publisher.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan
Inklusif.Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and
Inclusion. London: SAGE Publications Inc.
Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA
:Thomson Wadsworth .
16

Cadangan

Berdasarkan kepada rumusan daripada hasil kajian terdapat faktok-faktor positif yang

terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi pelaksanaan Program Pendidikan

Inklusif murid autistik.Oleh itu beberapa cadangan dikemukan bagi perkembangan Program

Pendidikan Inklusif di masa akan datang.

Cadangan untuk Sekolah

Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan

perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu

peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya

tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini

dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid autistik tidak banyak memberi

impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah. Penerangan dan pemantauan

yang berterusan dari pihak Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil

perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh

pihak sekolah ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua

warga sekolah ini.

ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan

matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun

terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara

sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber

yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya

(Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau
17

pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan inklusif mendapati halangan dan

rintangan yang sering dihadapi termasuklah :

a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama

kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam

kelas inklusif.

b. Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa

dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran

daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan

kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas

pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang

ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-

murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

d. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas yang

jauh terasing, atau di tempat yang tidak selesa. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak

mencukupi.

e. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang

mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan

ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru

Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu, mereka diberikan tugas lain seperti menjadi

Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

f. Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa kurang

menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak

datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa. Hal ini adalah disebabkan

ibu bapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang

dijalankan untuk anak-anak mereka.


18

RUJUKAN

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th
ed.). Boston: Allyn and Bacon.

THURSDAY, MAY 7, 2009


PENDIDIKAN KHAS PRASEKOLAH
APAKAH PENDIDIKAN KHAS PRASEKOLAH?
PENGENALAN
Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai
definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikan khas di
Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan bagaimana ia mempengaruhi

perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian


Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai
perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang.
Kanak-kanak yang
belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai ‘kanakkanak
berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak
bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai
pengenalan kepada topik-topik seterusnya.
APAKAH PENDIDIKAN KHAS? TOPIK 1
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai
anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi
sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah
rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan
khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-pakar
dalam bidang:
�� Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. ��
19

Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program pengajaran khusus yang direka


bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan, peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.
�� Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan
dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
�� Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran,
�� Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:
SIAPA? – Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang
psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas,
pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli
psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar
ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan
tujuan membantu.
APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada
kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan
atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu
memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar
kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri,
membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul
dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk
mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu.
DI MANA? – Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam
kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau
sekolah berasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan
khas masih dipertikaikan [Kita akan membincang isu ini dengan lebih mendalam
Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri
tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.
Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama
ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat
belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata
lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
20

upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam


perkembangan pendidikan khas.
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak
buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau
Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah
dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)
bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah
Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian
Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas
Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand
yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]
2. Pada tahun 1959,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia
dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang
menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan
bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang
khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui
Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini
menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela
dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan
memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan
menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya.
Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah
Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.
Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
21

· Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah


penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran
(terencat akal) yang boleh dididik.
· Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan
kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk
serta kanak-kanak spastik.
· Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat
awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran
1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus
mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan
bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai
‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka
kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa
kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas
dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada
subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui
peraturan-peraturan menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
menerima pendidikan khas;
(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud
topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang
ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
.
Jabatan Pendidikan Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di
bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang
berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya
empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila
berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf
kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain
Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki
oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran
masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan
berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:
�� Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan
keperluan
Khas
.
22

�� Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan
keperluan
khas.
�� Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan
keperluan
khas.
�� Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan
terkini.
�� Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas.
Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi
kepada tiga bahagian dan satu unit:
(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar
Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan
khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan
menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan
dasar-dasar mengenai pendidikan khas.
(b) Bahagian Pengurusan Sekolah
Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan
menyelaras kurikulum dan kokurikum.
(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi
khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang,
mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan
sokongan (seperti bahan Braille).
(d) Unit Pengurusan
Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan
kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga
pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.
Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan
�� Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.
�� Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di
sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh
pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh
dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah
mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah
penglihatan dan 25
23

sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah
pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di
sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kirakira 99 guru pendidikan
khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru
pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara.
Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program
pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri
daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5%
bermasalah penglihatan.
.
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,
pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan
sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),
ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran
daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas
tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu
serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai
pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan
yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
�� Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan
intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
�� Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas
kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
�� Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi
kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara
umur 6-16 tahun.
�� Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang
komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.
PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di
barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,
berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan
maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapat
membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di
Malaysia.
Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan
1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Manakala di
Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan
24

khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada
Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta
kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat
terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan
penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita
akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Amerika
dan di Britain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar
terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah memasuki
universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap
seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang
berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an. Pada 29
Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142
yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat
(Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap
individu di
antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran
yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini
memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan
pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak
dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-
kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau
biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan
didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap
sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public
Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in menunjukkan
betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:
�� Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada
kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini
bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap
persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada
sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak
ini.
�� Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak
menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive
environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada
dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas
boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa.
Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”
�� Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam
penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan
dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini,
25

penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada
kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.
�� Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-
kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.
�� Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap
murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru
merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa
tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan
kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam
pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa,
kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang
pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak
diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima
kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak
pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh
kerana IDEA, kini program
intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan
pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia
menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka.
Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan
masingmasing
yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar
dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan
pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-
kanak
berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep
‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian pendidikan’ diperkemaskan dan ibu bapa
yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan
pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang
membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa
depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam
pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Britian
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock
ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock
yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan
pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan
itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam
pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam
akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. Umpamanya, sebelum laporan ini
26

dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan


kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep
percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang
dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif
menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa
dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan
sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam
melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan
peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989
(Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua
perubahan yang ditekankan.
�� Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang
sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu,
diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut
kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke
atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian
terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas,
akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam
menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
�� Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas
diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar
bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta
(Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira
cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di
Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar
semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan
khas di Britain.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dinamakan ‘children with
exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’. Pelbagai istilah lain telah
digunakan untuk ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanak-kanak
istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (children
with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal
(abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan kanakkanak
terbantut pertumbuhan atau perkembangan.
Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang
dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar
daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan
khas. Mereka juga berlainan. Lihat Rajah 1.6 yang membentangkan tiga kes pelajar
berkeperluan khas yang berlainan. Pelajar X boleh ditakrifkan sebagai bermasalah fizikal,
Pelajar Y ditakrifkan sebagai bermasalah mental dan Pelajar Z boleh ditakrifkan sebagai
bermasalah emosi dan tingkah laku. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak
berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan
27

persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanakkanak


berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori.
Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan
langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.
(a) Bermasalah Fizikal
Tidak semua murid-murid berkeperluan khas boleh dikenal pasti melalui pemerhatian
fizikal. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kelihatan seperti
kanak-kanak biasa dari segi fizikalnya. Kanak-kanak ini mampu bergerak dan mengurus diri
seperti kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yang menghadapi penyakit tulang
belakang atau lumpuh perlu sokongan atau kerusi roda untuk bergerak. Mereka sukar
bergerak seperti kanak-kanak biasa, malahan sesetengah daripada mereka tidak boleh
mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis
masalah fizikal yang dihadapi oleh
kanak-kanak berkeperluan khas.
(b) Bermasalah Mental
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis pada
tahap kanak-kanak normal mungkin menghadapi masalah keupayaan mental yang rendah.
Secara umum, mereka mempunyai keupayaan intelek atau IQ yang rendah. Mereka terdiri
daripada kanak-kanak yang menghadapi kerencatan mental. Dari segi fizikal, sesetengah
antara mereka kelihatan sama seperti kanakkanak biasa. Sebaliknya, perbezaan dari segi
fizikal dapat dilihat dengan ketara seperti mereka yang menghadapi sindrom Down.
(c) Bermasalah Emosi
Kanak-kanak bermasalah emosi kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini boleh
dikenal pasti melalui pemerhatian dari segi emosi, hubungan sosial dan tingkah laku
mereka. Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah emosi ialah; gelisah dan bergerak ke sana
sini, suka merosakkan harta benda sendiri dan orang lain, kerap bergaduh, tidak disukai
oleh rakan, risau mengenai perkara yang kecil, berbahasa kasar, dan sebagainya.
Senaraikan perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah
mental dan bermasalah emosi.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah kelas biasa,
kamu akan dapati kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain, ada diantara
mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah matematik, manakala ada yang lebih
cepat menguasai kemahiran membaca. Lazimnya, setelah melalui suatu program
pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimana pun, terdapat
sekumpulan kecil kanak-kanak yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka
berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau
pendidikan yang khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional
children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-
kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada
norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan
pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya
mereka dapat merealisasi potensi mereka (Heward, 2003).
Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar
biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa
28

boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai
keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat
kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan
mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada
kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria
(melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku
(mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri
sendiri). Walaupun istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua
istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.
(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu
ekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu
seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik yang
mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa
kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah
melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang
kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah
menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.
Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang menghalang
seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal. Sesuatu
kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu kekurangan yang
menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.
(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi
oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling. Sesuatu jenis
kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi tidak menjadi
penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak
mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah
dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika
dalam makmal sains.
(
PERANAN PAKAR PERUBATAN DAN PAKAR PENDIDIKAN
KHAS
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalamai
kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan
terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami.
Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran
dan melatih mereka bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas
kanakkanak
buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan
teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar
perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas
(exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri
perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa
atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
29

1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri, kawasan


berhampiran,melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital.
2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mengumpul
maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan kanakkanak pendidikan khas
(KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.
3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi dan latar
belakang murid.
4. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan masalah
kesihatan dan cadangan penempatan.
5. Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
6. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke sekolah atau
kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7. Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa.
8. Merekod pendaftaran.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan
yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada
pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau
kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan
diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah
perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada
seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat
memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada
murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada
seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam
pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang
memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak
berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai
keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah.
Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-perkara berikut:
(a) Penyampaian
Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar buta.
(b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya.
(c) Peralatan
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-
kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.
(d) Bilangan Pelajar dalam Kelas
Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid.
(e) Guru Pendidikan Khas Terlatih
Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau kanak-
kanak bermasalah penglihatan.
(f) Pengubahsuaian Kurikulum
Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya yang diajar.
(g) Aktiviti Kokurikulum
Disesuaikan dengan jenis murid khas.
30

KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan
oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan
khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan
kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk
memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan.
(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran
Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan
berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran
dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas
dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh
mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran
pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada
90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh
mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi
kesan ke atas kebolehan membaca,
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas
bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).
(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja
iaitu:
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk
objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan
rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih
apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan
melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah
diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu
ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan
tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak
mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak
yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk
berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku yang
dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille
(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental
Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat
belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang
normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain
kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih
daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran
sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja.
Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun
(d) Kurang Upaya Fizikal
31

Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak,
otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian.
Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan
kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud
disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan.
Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak.
Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina
bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini
menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular
dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah.
Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa
menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai
remaja
(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa
Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai
kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,
morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa
mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah
berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu
bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka
akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini
akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila
bercakap
(f) Kurang Upaya Pembelajaran
Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanak-
kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental
yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami
mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan
pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah
pembelajaran dianggap berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat.
(g) Gangguan Emosi
Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan
sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada
keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain
pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi
keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal
yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang
mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berjalan
dalam kelas, menjerit,
mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri,
berkhayalan dan sebagainya
(h) Pintar Cerdas
32

Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai
pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya imaginasi yang luas,
kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran memimpin, mempunyai
bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru
sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi
perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar
telah mereka fahami. Mereka
sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .
Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas memiliki
ciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang sama.
Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran berkongsi
ciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimana
pun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap
individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang
dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau
ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak-kanak
ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga dengan kanak-kanak
yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari
segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus. Memahami persamaan dan
perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-
kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu,
guru seharusnya memberi
layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.
INTERVENSI AWAL
Definisi
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas
sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran
motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus
selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh
merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif
bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan
mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.
Mengapa
amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-
kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan
pendidik
enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar
mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk
mengaitkan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan
lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-
kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan
akhirnya gagal
untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia]
33

(sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca
pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi
lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran
menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan
menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan
untuk memberi
tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan
pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki
mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa
tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang
menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk
membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru
tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka
harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Pentingnya Intervensi Awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-
kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan
untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi
(IDEA, 1990). Mengapa?
�� Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
�� Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga
dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran
terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam
sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak
berkeperluan khas (Lerner, 2003).
�� Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak.
Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan
bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka
peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
�� Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti
perasaan kecewa.
�� Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.
Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada
peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan
perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh
meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan
bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang
kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan
pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk
pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan
34

perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan


pendidikan.
Perlaksanaan Intervensi Awal
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru
atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi
tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini
bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik
mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
(a) Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan
utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang
menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi
arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan
guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.
(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal
tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh
mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar
dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari,
bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran
dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan
utama tetapi masih mendapat
bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-
prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan
cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.
(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses
intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran
kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan
golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi
daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan
individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi
berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?
PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).
35

Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar


dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan
mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan
untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan
kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung
kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan
Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki mengalami
kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu
intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi
pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran
digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.
Penyaringan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak
ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan
pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh
ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah
kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu,
penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang
singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan
dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai.
Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan
pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan
merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
Pengujian Diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau
beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk
untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis
masalah yang
dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan
terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu
menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).
(a) Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian
tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan
lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti
berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti
mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap
perkembangan motor seseorang kanak-kanak
.
(b) Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti
kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau,
merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan.
Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia
36

ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda


perkembangan kognitif.
(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,
pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang
lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi.
Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan
mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
(d) Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan
tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut
giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan
dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan
tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
(e) Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran
adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap,
menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan
dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap
kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.
Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur
tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang
patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan
boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa
kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak
yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan
menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran
berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan
permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).
KOMPETENSI SOSIAL
Apa Kompetensi Sosial?
Dalam beberapa dekad yang lampau, terdapat bukti-bukti penyelidikan yang mengatakan
iaitu, sehingga kanak-kanak mencapai kompetensi sosial minima pada umur 6 tahun,
kemungkinan besar mereka menghadapi masalah apabila dewasa (Ladd, 2000).
Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang berinteraksi
dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu lain. Menurut
Hartup (1992), kebolehan kanak-kanak bergaul dan bukan pencapaian akademik yang
menentukan kejayaan sebagai dewasa. Kanak-kanak yang agresif dan tidak disukai oleh
rakan-rakannya, tidak dapat mengekal hubungan rapat dengan kanak-kanak lain.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengambil pensel seorang kanak-kanak lain tanpa
meminta kebenaraan menunjukkan kompetensi sosial yang rendah. Kanak-kanak ini tidak
peka terhadap perasaan orang lain.
37

Oleh kerana perkembangan sosial bermula sejak lahir dan berlarutan sehingga ke akhir
hayat, adalah jelas bahawa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak harus diberi
peluang yang cukup untuk memperkembangkan kompetensi sosial mereka. Contoh tingkah
laku yang mempamerkan kompetensi sosial ialah keupayaan menunjuk empati, merunding
untuk menyelesai sesuatu masalah, menunggu giliran, mengambil kira perasaan orang lain,
sanggup bertolak-ansur, berkompromi, mudah berkawan dan sebagainya. Kompetensi
sosial diperolehi melalui pembelajaran dan dipamerkan melalui tingkah laku lisan
(pertuturan) dan tingah laku bukan lisan (gerak-geri anggota badan). Bagi kanak-kanak
berkeperluan khas pula,
penguasaan kompetensi sosial menjadi lebih mencabar. Mereka menghadapi kesukaran
berinteraksi dengan orang lain, enggan menyatakan perasaan mereka, tidak dapat berasa
empati, tidak mahu menerima pendapat orang lain, bersifat agresif dan anti-sosial, tidak
cekap menyelesai masalah dalam kumpulan dan tidak cekap merancang masa depan
(Vaughn, 2003). Contohnya, kanak-kanak autistik kerap memencilkan diri.
Strategi Mempertingkatkan Kompetensi Sosial
Pelbagai strategi telah digunakan bagi mempertingkatkan kompetensi sosial. Bagaimana
pun strategi yang digunakan bergantung kepada umur kanak-kanak dan masalah yang
dialami. Satu strategi yang kerap digunakan ialah latihan kemahiran sosial (social skills
training). Kemahiran yang lazim diajar ialah tolong-menolong, perkongsian dan
bekerjasama. Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar cara bagaimana memasuki sesuatu
kumpulan, bagaimana menjadi peserta yang berkesan dalam kumpulan, pentingnya
menunggu giliran dan mematuhi peraturan dan bagaimana berbual dengan dengan rakan
sebaya.
Kemahiran-kemahiran lain boleh diajar ialah seperti pengurusan kemarahan, resolusi
konflik dan penyelesaian masalah (mengenal pasti masalah, mewujudkan alternatif,
pemilihan penyelesian). Sesuatu kemahiran sosial boleh diajar secara individu atau secara
kumpulan kecil. Sesuatu kemahiran itu diperkenalkan dan kanak-kanak diberi peluang
membincang tentang kemahiran berkeaan. Kemudian, kanak-kanak menonton sesuatu
filem pendek atau mendengar cerita yang mengilustrasi penggunaan kemahiran
berkenaan. Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktik kemahiran yang
diajar melalui drama atau main peranan bersama dengan kanak-kanak lain dalam
kumpulan. Guru memandu penggunaan kemahiran tersebut sambil pengukuhan dan
maklum balas positif supaya kemahiran itu dipamerkan secara spontan.
PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam
pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah
mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang
upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka
mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah
sangat berfaedah sekiranya
guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas
mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan
khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan
keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juha berpendapat bahawa pihak
38

sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun,
guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah
pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun
80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah
berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di
antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.. Program
pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga
pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam
pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan
penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan
khas perlu mengambil langkah-langkah berikut:
(i) Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa
Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin
merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi
mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada
konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu
menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak
mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad,
intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)
(ii) Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa
Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif apabila
mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti
guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka
mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan
yang teratur.
Contohnya:
�� “Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?”
�� “Ini bukan salah anda”
�� “Anak anda berkemampuan untuk lebih maju”
(iii) Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa
Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia perlu
mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini, dia
dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.
(iv) Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa
Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa perlu
diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru
mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.
(v) Meyakinkan Ibu Bapa
Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka
merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin
bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah
melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak
sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin
berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin
lebih berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran
39

tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha
mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas atau kurang upaya
PENDIDIKAN INKLUSIF
Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana harus
di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa. Contohnya, pelajar
yang mengalamai kerencatan mental sederhana atau pelajar penglihatan terhad
ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal. Pendidikan inklusif (inclusive
education) ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama
dengan pelajar biasa atau normal. Lihat Rajah 2.8 yang menunjukkan pelbagai kaedah
penempatan pelajar kurang upaya. Pelajar kurang upaya yang tidak teruk diintegrasikan
dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang mengalami masalah yang teruk diasingkan.
Dengan perkataan lain, pelajar diasingkan menurut tahap keterukan masalah yang
dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk
ditempatkan dalam institusi atau hospital khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang
sama mungkin ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah
penglihatan atau bermasalah pendengaran.
Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan inklusif
berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam
satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang sama,
gurupendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini menghasilkan
pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan bahawa
mengasingkan pelajar kurang upaya dan menempatkan mereka dalam kelas khas atau
sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic,1995; Sailor, 1991). Pelajar-pelajar kurang upaya
yang diasingkan ditakrifkan sebagai ‘berlainan’ dan ini telah menjejaskan harga diri dan
semangat mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun, penyelidikan yang menyokong pendapat-
pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini akan terus dipertikaikan.
RUMUSAN
1. Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan sekumpulan kecil
kanak-kanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada kanak-
kanak biasa.
2. Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami kesukaran belajar dan memerlukan program
pendidikan khas.
3. Kurang upaya (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu kekurangan menghad
individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja.
4. Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesusatu masalah atau penghalang yang
dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.
5. Pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas adalah untuk
memulih atau mengubati kecacatan yang dialami
6. Intervensi awal (early intervention) diaturkan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
sejak dilahir hingga 6 tahun kerana sangat penting.
7. Kajian-kajian menunjukkan iaitu intervensi awal membawa kesan positif kepada
kanak-kanak kurang upaya dan berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan
jangka masa panjang.
8. Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
40

seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.


9. Sebelum program intervensi hendak dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan.
10. Penyaringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara dengan
cepat dan mudah dan melibatkan bilangan pelajar yang ramai.
11. Pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada
seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan
dirinya
.
12. Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang
berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu
lain.
13. Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar
berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal.

You might also like