You are on page 1of 48

Monday, 1 April 2013

RINGKASAN PENDIDIKAN KHAS

1. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KHAS

1.0 KONSEP

Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas
juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan
yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini juga
sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-
keperluan khas bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi mired-murid yang mengalami
pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya.

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohanu, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkembangan optimium kanak-kanak dengan keperluan-keprluan pendidikan khas


agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan , boleh merancang,
mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi diri sendiri dan boleh menyesuaikan diri
dalam masyarakat.

1.3 OBJEKTIF
Objektif Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu
bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam
persekitaran biasa. Selain itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab
untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan
keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawab adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif
pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran dan sistem persekolahan. Selain
itu, hal ini juga bermatlamatkan untuk menyeimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-
murid khas dengan murid-murid normal dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal,
pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru , peluang-
peluang kenaikan seperti pangkat, juru teknik audiologi pendidikan

( educational speech therapist ), otientasi dan mobility pendidikan ( Orientation and Mobility
Instructor ), dan psikologi pendidikan ( eduicational psychologist ), dan sebagainya merupakan
Objektif Pendidikan Khas

1.4 VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah
kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara.

1.5 MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, bermutu, kepada pelajar berkeperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan
bakti kepada masyarakat dan negara.

1.6 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Terdapat pelbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang ( 2000 ) menyatakan
bahawa Pendidikan Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta masalah
dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang
lebih mencabar. Berlainan pula dengan pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor ( 1998 ) yang
menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi
penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar
terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental
skills )
Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah
penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. di bawah
rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid bermasalah
pembelajaran belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama. Mereka di ajar oleh
guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.

1.7 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Ø Bermasalah pendengaran ( hearing impairment )

Ø Bermasalah penglihatan ( visual impairment )

Ø Bermasalah pembelajaran ( learning disabililities )

Ø Bermasalah kerencatan akal ( mental Retadation )

Ø Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders & emotional disturbance )

Ø Bermasalah pertuturan atau bahasa ( speech or language impairment )

Ø Pintar cerdas ( gifted and talented )

Ø Bermasalah fizikal ( physical disabilities )

Ø Bermasalah kesihatan ( health impairment )

Ø Masalah bergabung ( multiple problem )

Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan
kepada kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-
kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills ). Pendekatan
baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan ( medical deficit
model ). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada
peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan dengan keperluan-keperluan khas adalah
seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan,
penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran
berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.

2. DEFINASI TAJUK

2.0 ORTHOPEDIC IMPAIRMENTS

Orthopedic impairments ialah masalah ketidakupayaan motor yang disebabkan oleh penyakit atau
kerosakan termasuk cerebral palsy, spina bifida, atau kecederaan disebabkan oleh kecederaan
trauma . hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian pakar dan perkhidmatan
sokongan untuk faedah dari program pembelajaran. Antara penyebab kepada masalah othopedik
impairment ini ialah :

· Disfungsi sistem saraf

· Strok

· Epilepsi

· Penyakit kardiovaskular

· Penyakit jantung koronari

· Arteri Reumatisme

· Kencing manis

· Dll

Cara lain untuk memeriksa kanak-kanak yang mempunyai orthopedic impairments ialah melalui
pembahagian masalah ini kepada :

a) Neuromotor impairment ( cerebral palsy, spina bifida, dan kecederaan tulang belakang )

b) Degeranerative disease ( distropi otot )

c) Ortophedic & musculouskeletal disorders ( kecacatan kaki dan tangan )

Orthopedic impairments boleh memberi kesan kepada keupayaan murid-murid di sekolah. Hal ini
boleh dibahagi kepada beberapa kategori dan memberi kesan kepada sosial, emosi, psikologi, dan
fizikal.

· Kemahiran motor yang lemah

Penggunaan tangan dan lengan yang lemah dalam masalah ini seperti tidak dapat menggunakan
peralatan menulis,membelek helaian buku, dan menyertai pelbagai aktiviti yang memerlukan
pergerakan yang pantas.

· Bahasa yang terbatas

Murid-murid yang mempunyai masalah pertuturan yang teruk boleh memberi kesan kepada
pembelajarannya kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik,tidak dapat untuk memberi
pandangan, serta tidak dapat untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.
· Faktor individu

Murid-murid mungkin mengalami beberapa faktor individu yang berlaku sebagai sebahagian
daripada ortopedhic impairmentsyang akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Sesetengahnya termasuk kesakitan dan ketidakselesaan,kepatahan, dan kuasa bertahan yang
terbatas.

· Faktor psikologi

Kanak-kanak yang mengalami kognitif dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan orthopedic
impairment akan mengalami kesukaran untuk belajar. Tambahan pula, sesetengah kanak-kanak akan
mengalami motivasi diri yang rendah, dan kesedihan akibat daripada masalah ini yang juga akan
menjejaskan penampilan.

· Suasana pembelajaran yang tidak efektif

Sesetengah sekolah mempunyai harapan yang rendah terhadap kanak-kanak yang mengalami
orthopedic impairments. Sokongan yang kurang akan menyebabkan kanak-kanak itu gagal dalam
hidup dan akan menyumbang kepada faktor psikologi seperti yang dijelaskan di atas.

2.1 MASALAH KESIHATAN

Masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas di mana serangan penyakit terhadap diri
mereka tidak menentu. Hal ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu kerana kesihatan
tidak stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama kerana terpaksa menerima rawatan di hospital.
Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas ialah :

Ø Sawan / epilepsy

Ø Lelah ( asthma )

Ø Hemophelia ( masalah darah )

Ø Jantung berlubang

Ø Haiper aktif

Ø Leukemia

Ø Sawan / epilepsy
Ø Lelah ( asthma )

Ø Hemophelia ( masalah darah )

Ø Jantung berlubang

Ø Haiper aktif

Ø Leukemia

Ø Alahan

3. KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

3.1 AUTISME

3.1.1 SEJARAH

Victor “Wild Boy of Aveyron” (1799) ditangkap di dalam hutan di selatan Perancis dan dibawa ke
Paris untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan cuba
mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas. Dalam pemerhatian Hard, Victor
memperlihatkan beberapa cirri-ciri yang abnormal. Antaranya ialah seperti tidak bercakap,
menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan bergatung kepada
sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian kepada sesuatu. Selain itu, ia juga tidak memandang objek
atau orang, tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakan dibelakang kepala, tetapi memberi reaksi
bila mendengar bunyi kulit kacang yang dilepaskan dengan perlahan. Di samping itu, ia juga tidak
suka bermain dengan alat permainan tetapi suka berain dengan air dan menunjukkan reaksi sentuh
kain, tangan dan muka yang mereka yang dikenali.

Sebelum Leo Kanner menjelaskan keadaan gangguan autisma pada tahun 1943, kanak-kanak yang
menunjukkan ciri-ciri autisma infatil dianggap mengalami psikosis yang bermula dalam usia yang
muda. Ada yang gangguan ini dianggap sebagai sejenis gangguan skizofrenia. Oleh sebab ganguan
skizofrenia memerlukan cirri-ciri gangguan fikiran dan setelah di sedari bahawa kanak-kanak belum
boleh bercakap dan perkembangan kognitifnya masih dalam fasa awal lagi, maka gangguan ini tidak
mungkin ada pada persamaan dengan gangguan skizofrenia. Satu daripada ciri yang penting dalam
skizofrenia adalah seperti mendengar suara ghaib, tidak mungkin akan dialami oleh kanak-kanak
yang belum boleh bertutur. Ekoran itu, Leo Kanner mengkategorikan gangguan yang dialami oleh
kanak-kanak ini sebagai gangguan autisme infatil.

Walau bagaimanapun, Kasper Hauser dilahirkan 1828 tiba di Nurenberg dengan membawa surat
untuk memohon kepada ketua askar untuk berkhidmat kepada raja. Beliau mengucapkan “I want to
be a horseman like my father was” dan mengulangnya berkali-kali dan cirri-ciri ini merupakan
autisme. Ciri-ciri sikap Kasper yang lain ialah cakap berulang, tidak faham apa yang dicakapkan
kepadanya, sukakan bilik gelap dan alat permainan, berupaya menurut perintah, minat menulis dan
melukis serta daya ingatan yang tinggi.
Selain itu, bagi Eugen Bleuler (1919) ialah orang yang pertama menggunakan perkataan autisme. Ini
merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.

3.1.2 DEFINISI AUTISME

Menurut Thevarthen Aitken, Papoudi dan Robert (1998) perkataan autisme merupakan gabungan
dua huruf Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa makna orientasi atau
keadaan. Oleh itu, autisme boleh didefinisikan sebagai kedaan seseorang yang tidak biasa dengan
dirinya.

Autisme berasal daripada perkataan Yunani bermaksud ‘autos’ atau tiada keupayaan dan tidak boleh
berinteraksi sosial. Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar akan keadaan persekitarannya
dan berada seolah-olah seperti di dalam dunianya.

Autisme adalah ketidakmampuan yang mungkin di derita seumur hidup oleh seseorang yang
menyebabkan ia tidak dapat mengerti tepat apayang mereka lihat, dengar dan juga melalui indra
mereka. Ini mengakibatkan masalah yang cukup berat pada hubungan sosial, komunikasi dan
perilaku.

Nama-nama yang lain yang diberikan untuk menjelaskan autisme bagi kanak-kanak adalah autisme
infatil, psikosi infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia kanak-kanak dan sindrom
skizofrenia kanak-kan

3.1.3 CIRI-CIRI FIZIKAL

Sekarang ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini
disebabkan ibu bapa lebih peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan
yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka
tidak seperti kanak-kanak lain.

Autisme adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk gangguan tingkah laku sosial dan
sukar untuk berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental retardasi.

Di Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia enam tahun
setelah mengalami pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa
telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme disebabkan tidak boleh berbicara
dan terdapat cirri-ciri kanak-kanak autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan.

Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari
penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang disebabkan gangguan
perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa.
Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk
memberi perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya ialah berlaku sebelum
berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar
berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar
memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak mengendahkan keadaan
sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia juga berkecenderungan kepada objek yang
bergerak, serang yang pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah
untuk mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari.

3.1.4 MASALAH KESIHATAN

Dalam Seminar bertajuk Autisma dan Penanganannya beberapa waktu lalu, Dr Melly Budhiman
(Ketua Yayasan Autisma Indonesia) menghuraikan autisma sebagai gangguan perkembagan yang
luas dan berat. Gangguan perkembangan tersebut mencakupi bidang kounikasi, interaksi dan
perilaku. Gejala ini timbul sebelum anak mencapai usia tiga tahun. Pada sebahagian anak, gejala
tersebut sudah nampak sejak lahir.

Penyebabya, gangguan pada perkembangan susunan saraf pusat yang mengakibatkan fungsi otak
terganggu. Autisma biasa terjadi pada sesiapa sahaja. Perbandingan antara lelaki dan perempuan
adalah tiga nisbah satu. Seseorang ibu yang sentiasa peka memantau perkembangan anaknya akan
mudah melihat beberapa keganjilan sebelum anak itu mencapai usia satu tahun. Perkara yang paling
menonjol adalah sangat kurangnya kontak mata.

Sebahagian kecil pesakit autisma sempat berkembang normal. Namun, sebelum mencapai usia tiga
tahun, perkembangannya terhenti. Kemudian mulai nampak gejala-gejala autisme. Biasanya gejala-
gejala tersebut kian jelas setelah anak mencapai usia tiga tahun.

Namun begitu, terdapat beberapa gejala yang boleh berlakunya autisma ini. Antara gejala-gejala
tersebut ialah terjadinya gangguan komunikasi verbal mahupun non-verbal seperti terlambat
berbicara, meracau, sering meniru, sering menarik tangan orang yang berdekatan agar melakukan
sesuatu untuknya. Selain itu, terjadinya gangguan interaksi sosial seperti menghindari tatapan mata
orang lain, lebih asyik bermain sendiri, dan menolak bila dipeluk.

Di samping itu, berlaku juga gangguan pada perilaku yang berlebihan, misalnya tidak boleh diam dan
mengulang-ulang gerakan tertentu.atau gangguan perilaku kekurangan, misalnya diam dengan
tatapan mata kosong atau bermain sambil menonton. Malah, terjadinya gangguan emosi iaitu tidak
ada atau kurangnya empati, tertawa-tawa, menangis atau marah-marah sendiri dan sering
memgamuk. Selain itu, terjadi juga gangguan persepsi sensoris seperti suka mencium-cium atau
menjilat-jilat benda apa saja, sukar untuk mendengar suara keras, dan tidak boleh diraba.

Untuk mendiagnosis autisme infatil, menurut Melly, tidak memerlukan pemeriksaan canggih seperti
CT-scan. Diagnosis ditegakkan berdasarkan gejala klinis yang tampak, yang menunjukkan
penyimpangan.
Dalam pada itu, mereka yang sedemikian hanya berminat tentang diri mereka sendiri dan sangat
menarik diri dari kenyataan. Pada anak-anak ini, kelainan perilaku ini terlihat dari ketidakmampuan
anak tersebut berhubungan dengan orang lain. Seolah-olah mereka hidup dalam dunianya sendiri
dan menggunakan bahasa atau ungkapan yang difahami oleh mereka.

Namun begitu,mereka menunjukkanciri-ciri seperti perkembangan terlambat, terutama dalam


perlakuan dasar hidup bermasyarkat. Mereka juga yang mengalami masalah ini suka bermain
sendirian atau tidak mahu berkumpul dengan anggota keluarga atau orang lain. Malah, mereka juga
lesu dan tidak pedulikan orang lain yang cuba untuk berkomunikasi dengannya.

Selain itu, mereka ini sedikit atau tidak mempunyai kontak mata. Di samping itu, mereka
mengerjakan sesuatu tanpa berfikir panjang dan berperangai buruk jika dilarang akan
membangkitkan kemarahan. Pada umumnya pertumbuhan jiwa terkebelakang seperti orang yang
cacat mental. Dari beberapa segi pula, anak tersebut mempunyai kelebihan tertentu dan sangat
pandai misalnya dalam menggambar, matematik, muzik atau melukis.

3.1.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Punca gangguan autisma ini masih belum di fahami begitu mendalam. Oleh itu, bentuk rawatan
untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan memberi kesan. Hanya yang boleh
diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja mengikut terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini bertujuan
menggalakkan perkembangan yang sihat dan seberapa normal yang boleh mengikut keperluan
setiap kanak-kanak autisma.

Yang paling penting sekarang adalah membuat diagnosis dengan teliti dan tepat bagi mengesahkan
sama ada kanak-kanak ini mengalami autisma atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada
ibu bapanya. Ini kerana rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan
didikan untuk membolehkan kanakkanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat
dilaksanakan sebelum berumur lims tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk pendidikan awal dan
terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.

Segala didikan perlu diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat bersama ahli lain,
seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan didapati lebih berkesan sekiranya
dilakukan dirumah sendiri atau di sekolah khas yang berdekatan dengan rumah kediamannya serta
sekumpulan murid autisma lain, tetapi tidak melebihi empat atau lima orang murid dalam setiap
kumpulan. Dari segi komunikasi pula, kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan kanak-
kanak normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak digalakkan duduk disekolah
berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan keadaan mereka, yang boleh menyebabkan
interaksi bersama-sama ahli keluarga mereka akan terjejas.

Manakala dari segi rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima sokongan emperikal adalah
modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan
tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti
peneguhan positif dan time outy, untuk menigkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti
komunikasi dan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih
kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian
setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga beberapa zat makanan pelengkap
dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak membantu kearah tingkahlaku yang baik dan terdapat
banyak laporan anekdot untuk menggalakan kemahiran komunikasi.

Selain itu, ada juga ubat-ubatan seperti Haloperidol untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini
boleh diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini terlalu lasak (hiperaktif) sehingga menganggu
tidurnya. Dari segi peranan ahli keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar kanak-kanak ini
tidak terabai. Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM (Nasional Autistic Society of
Malaysia) untuk membantu keperluan kanak-kanak autisma dan keperluan keluarga boleh
ditubuhkan. Kebanyakkan ibu bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli dalam pertubuhan
ini.

3.2 CEREBRAL PALSY

3.2.1. SEJARAH:

Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya yang
menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini tidak
terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia
bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran seseorang kanak-
kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi
penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas melahirkan anak.

Kekurangan oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya
Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan di otak. Bayi
yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan, biasanya mengalami
perkembangan yang lambat.

3.2.2 DEFINISI:

Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca daripada kecacatan
otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya yang bertajuk “Satu Projek
Klasifikasi Kecacatan” mengatakan Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau
tidak berupaya mengawal pergerakan otot-otot.

Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, “Pendidikan Khas dan
Pemulihan” mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu pergerakan
tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital Melaka, Cerebral
Palsy adalah gangguan pergerakan, posture, dan sebagainya yang disebabkan kerosakan atau
kegagalan perkembangan normal dalam otak.

Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam “Introduction To Special Education:
Teaching In An Age Of Challenge”, the term Cerebral Palsy literally means muscle paralysis whose
cause is in the brain. Exceptional Learners- Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan
James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is rather condition that is
nonprogressive and noninfectious…

Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy didefinisikan sebagai satu
pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan,
kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak.

3.2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL:

Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan tersentak-sentak dan kurang
berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal
pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba mengambil sesuatu
benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka kerenyot dan lidah yang terjulur.

Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur
meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olahcuba menstabilkan badan.
Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas
jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam.

Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu
bapanya atau mengeluarkan “babling sound”. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan
kepadanya. Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak
bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling
ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
3.2.4 CIRI-CIRI KSIHATAN:

Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini
sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit makanan yang
diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula.

Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang, dan bising.
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan
sering menangis.

Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak
pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak
berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Pergerakan psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk sendiri atau
menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar berjalantetapi ramai yang menggunakan kerusi
roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap
atau menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke tandas.

3.2.5 JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY:

3.2.5.1- Spastik

Kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan
kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi
pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya
akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna
dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang
menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.

3.2.5.2- Atetosis
Kerosakan berlaku pada bahagian “basal ganglion”. Atetosis dicirikan oleh pergerakan “writhing”
yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi
sasaran utama. Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang menyebabkan
pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah mengawal pengluaran
air liur.

3.2.5.3- Ataksia

Kerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan mengawal imbangan badan
yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan seseorang spastik. Pergerakan adalah kekok dan
teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan badannya.
Pendengarannya juga turut terjejas.

3.2.6 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:

3.2.6.1- Rawatan Pemulihan Anggota (fisioterapi)

Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan tangan
dengan bantuan alatan seperti ‘kaliper angkup’, ‘walking aid’, asut khas, kerusi perawakan (posture
chairs), ‘standing boxes’ dan ‘crawlers’. Latihan yang diberikan, kanak-kanak spastik dapat
mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan
otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.

3.2.6.2- Rawatan Pemulihan Pertuturan

Seseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama
kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua
kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang disebabkan oleh
kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan diberikan untuk mengembangkan
keupayaan untuk berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.

3.2.6.3- Rawatan Pemulihan Cara Kerja

Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan
kanak-kanak berdikari dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan
memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan tangan,
perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan melepaskan
sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk makan, menulis
dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti ‘hand splint’, sudu khas dan seumpamanya.

Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak pengalaman
seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga
keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam memperolehi
kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke tandas.
Aktiviti kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti vokasional
seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.

3.3 DISLEKSIA

3.3.1. DEFINISI:

Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud
‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’ dan jika diterjemahkan secara terus bermaksud
“kesukaran dengan perkataan bertulis”. Istilah lain yang digunakan untuk menunjukkan masalah ini
ialah “buta huruf”.

Perkataan Disleksia telah diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan
ophtalmotologist pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari sudut pengistilahan,
penggunaan perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah tersebut merujuk kepada murid-murid
yang mengalami kesukaan menguasai kemahiran membaca. Penulisan Barat mentakrifkan Disleksia
sebagai kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu
walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.

Manakala mengikut British Psychological Society (1999) “Dyslexia is evident when accurate and
fluent word reading or spelling develops very incompletely or with great diffculty”, iaitu Disleksia
terbukti wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan atau mengeja berkembang
secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran yang amat sangat.

Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes (1996) lebih cenderung menggunakan istilah
‘Specific Learning Difficulties’ (masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah belajar
disleksia. Pada mereka murid Disleksia bukan sahaja mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran membaca sahaja tetapi berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam
kemahiran ‘literasi’ dan ‘numerasi’.

3.3.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:

Secara umumnya tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain.
Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila dikaji mereka ada
perbezaan dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan. Mereka
juga fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan
berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.

Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut tidak
diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas atau bodoh.
Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka
membuat bising.

Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar
menggunaakn gunting terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil secara ganjil,
sukar mengikat tali leher.

Mereka juga sukar untuk melompat dan skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk
menangkap , membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain dan objek, selalu
menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar belajar menunggang basikal, sukar
menyiapakan meja makan, sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang menggunakan
perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang, undur atau maju serta sukar
belajar menari.

Setiap individu mungkin dominan pada bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid yang
mempunyai masalah literaliti bersilang menggunakan kedua-dua bahagian kiri dan kanan dalam
melakukan pekerjaan yang berlainan. Contohnya individu menyepak bola dengan kaki kiri tetapi
melihat melalui lensa kamera dengan mata kanan. Masalah ini juga boleh dilihat sewaktu kanak-
kanak menggunakan pen, pensil atau krayon.

3.3.3. JENIS-JENIS DISLEKSIA:

3.3.3.1- Disleksia Pandangan


Murid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi
atau mengingati erkataan yang dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca
langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai sukukata
yang banyak sahaja.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama, seperti beg
untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan seperti dig untuk big, kecenderungan songsang
contohnya spa untuk sap. Lukisanyang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting
ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang
kompleks. Kepayahan membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan dalam
aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan
pandangan.

3.3.3.2- Disleksia Pendengaran

Dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti
yang berkaitan dengan fungsi pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan
antara bunyi, mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu pengadunan bunyi untuk
menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini
akan menghadapi masalah dalam belajar membaca.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang
menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. Mempunyai masalah dengan
analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan perkataan
kepada sukukata atau bunyi tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan
menjadi satu yang lengkap.

Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi
huruf atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu. Ada kekacauan
dalam memahami bunyi secara berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis,
mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi. Darisegi
perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran
pandangan.

3.3.4. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:

Mereka yang menghadapi Disleksia biasanya susah untuk menguasai kemahiran membaca dan
menulis tetapi memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan
dalam caraotak memproses maklumat terutama sekali berkenaan dengan bunyi , simbol dan makna.
Kanak-kanak Disleksia cenderung menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik berfikir
dan cara belajar berlainan. Cara anak Disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu anugerah
bukan satu masalah.

Program kemahiran keibubapaan seperti Program Peningkatan Akademik. Sebelum persekolahan,


ibu bapa hendaklah peka dengan memerhatikan simptom-simptom Disleksia, beri bantuan bacaan
dan latihan pembelajaran sebelum tadika, perhatikan dan beri bantuan sosial, beri pengalaman
luaran meningkatkan pengetahuan seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain.

Ketika bersedia untuk memasuki alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan guru
besar dengan memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian psikologi dan
pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan menjelaskan masalah anak dan meminta
kerjasama membantu dan memahami masalah anak sepanjang persekolahan.

Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk mengajar dan membantu anak melalui mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan anak-anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang
dimiliki, cuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi serta memahami gaya
pembelajaran kanak-kanak Disleksia.

Selain itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil. Program ini dapat membantu
ibu bapa membantu anak mereka di rumah dengan menggunakan pendekatan secara bersama
dengan guru. Gunakan pelbagai deria seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh. Contohnya
menulis atas pasir, bina bentuk huruf., mengulang dengan kerap melalui cara yang berbeza-beza
untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.

Kaedah kumulatif di mana ia mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari dengan
menggunakan contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri seperti
menggunakan strategi ingatan atau hafalan seperti peta minda, lukisan dan carta. Kanak-kanak
Disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan beban kerja mereka. Kaedah yang lebih baik dengan
membaca hanya sebelah mata yang mengelakkan kedua-dua melihat huruf yang kelihatan bersilang
antara satu sama lain.

Di samping itu juga, mengadakan program kerjasama antara pelbagai disiplin. Termasuklah terapi
bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan
mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa
mengembang potensi anak-anak ini.

Individu Disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutama dalam pemikiran
kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik harus digunakan supaya mereka juga boleh
berjaya dalam bidang seni, sains dan teknikal. Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan
Disleksia termasuklah Thomas Edison, Leonardo De Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan
William Butler Yeats.

3.4 SPINA BIFIDA


3.4.1. DEFINISI:

Perkataan Spina Bifida berasal dari perkataan ‘Latin’ bermaksud ‘Split Spike’ atau tulang belakang
merebah iaitu pembentukan yang tidak lengkap atau selaput yang menonjol.

Sistem saraf pusat elemen utamanya ialah otak dan spina cord. Semua aktiviti
badan dikawal oleh otak dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan,
perasaan, deria rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33 cantuman tulang di sepanjang
belakang berfungsi pergerakan otot-otot dan melindungi spina cord. Tiub neural terbentuk antara
14-28 minggu. Spina terjadi disebabkan tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal bercantum
dengan lengkap.

3.4.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:

Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu perkembangan fizikal tidak
sempurna, kebolehan mental yang teruk, cara percakapan yang janggal, sukar berjalan mengikut
arah bunyi dan hanya menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi.

3.4.3. CIRI-CIRI KESIHATAN:

Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berair atau bernanah, kurap, selesema,
sakit tekak dan tonsilitus. Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk membuang air kencing,
kencing malam kerana mengalami masalah usus dan pundi kencing. Saraf-saraf menjadi tegang
terutama bahagian “lumber dan sacral”.

3.4.4. LANGKAH-LANGKAH PERUBATAN:

Wanita mengandung perlu mengambil asid folik pada kadar 0.4 mm setiap hari terutama ketika awal
mengandung. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini terhadap anak dalam kandungan.
Oleh itu, mereka perlu mendapatkan nasihat dan kaunseling perubatan daripada pakar genetik.

3.5 SLOW LEARNER

3.5.1. DEFINISI:

Slow Learner (lambat belajar) ialah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang di bawah
sederhana atau rencatan yang ringan. Mengikut Burt (1937) “Slow Learner who are unable to cope
with the work normally expected of their age group. In teaching backward children, the mentalage is
often taken as a guide to the levels of attainment to be expected of pupils. Thus, if a child’s mental
age is 10 years, we assume that his attainment age should also be at the 10 years level. On the
contrary, if his attainment age falls below his mental age, his is considered a slow learner”.

3.5.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:

Kanak-kanak ini menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya
dua tahun di bawah usianya. Lemah daya perhatian terhadap sesuatu kerja, tidak pandai bergaul
dengan rakan sebaya kerana mereka selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain dan
menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanak-kanak lain kepada mereka.

Selain itu, kekok pergerakan tangannya lalu menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini
kerana setiap kali guru menyuruh mereka menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan kerja
mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik
daripada kanak-kanak lain tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal
dalam uijan yang memerlukan banyak menulis.

3.6 EPILEPSY

3.6.1 SEJARAH

Dalam masyarakat melayu penyakit sawan memang sudah dikenali sejak dahulu lagi. Ia lebih popular
dengan gelaran “gila babi” atau “sawan babi” bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat cina pula,
mereka menggelarkannya sebagai “sawan kambing”. Kedua-dua gelaran ini jelas menunjukkan rasa
jijik masyarakat kita terhadap penyakit tersebut dengan mengaitkannya dengan nama binatang.
Panggilan-panggilan yang kejam ini adalah tidak berperikemanusiaan dan boleh menimbulkan kesan
negatif yang mendalam di dalam jiwa kanak-kanak tersebut.

Akibat kurangnya pengetahuan tentang penyakit tersebut, maka ada antara kita yang
mengaitkannya dengan rasukan syaitan ataupun hantu. Lantas, ada ibu bapa yang membawanya
berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan bukannya ke klinik atau ke hospital.
Ini disertakan pergerakan mereka sewaktu mengalami epilepsy tersebut. Secara tiba-tiba pesakit
akan terjatuh, badannya terketar-ketar, mulut berbuih dan kemudian akan tertidur keletihan.
Fenomena ini berlaku seperti dirasuk oleh syaitan.
3.6.2 DEFINISI

Menurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy bermaksud penyakit yang dating secara tiba-tiba
dan menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy adalah sawan
serius. Semasa pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada “Brain Wave”.

Epilepsy atau sawan terbahagi kepada dua iaitu sawan demam dan sawan bukan demam. Sawan
demam ialah sawan yang berpunca dari demam panas dan berlaku dikalangan kanak-kanak yang
berumur diantara enam bulan hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam ialah yang
berpunca bukan disebabkan oleh demam panas.

Namun begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah sawan grand mal, sawan
petit mal, dan sawan psikomotor. Sawan grand mal ialah yang ditandai dengan kehilangan ingatan,
kekakuan badan, menahan nafas, jatuh ke tanah melainkan jika ditahan, badan yang terketar-ketar
dan berakhir dengan kelesuan dan tertidur. Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan dan
mengantuk.

Selain itu, sawan petit mal pula ialah ditandai dengan sifat merenung jauh seolah-olah pesakit
sedang dilamun mimpi disiang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya beberapa kali secara
tiba-tiba atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka beberapa kali.

Manakala, sawan psikomotor pula ialah perlakuan-perlakuan yang disengajakan, tetapi tidak sesuai
dengan keadaan. Pesakit seolah-olah seperti dirasuk sambil mendecap-decapkan bibirnya beberapa
kali atau melakukan pergerakan bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin bangun secara
tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju. Ada juga yang bercakap sendirian dan
menggerak-gerakkan tangannya seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit
akan melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung hanya beberapa minit sahaja
dan tidak disertai oleh pengerakkan badan yang keterlaluan atau pun terjatuh.

3.6.3 CIRI-CIRI FIZIKAL

Secara umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak tidak mengira sama ada kanak-kanak
itu di dalam kategori sebagai kanak-kanak istimewa atau tidak. Di sini bermaksud kanak-kanak
normal juga ada yang mngidap epilepsy. Perkembangan fizikalnya adalah kognitif dan sosial.

Kanak-kanak yang mengalami terencat akal lazimnya juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua
pesakit epilepsy adalah terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy aktif seperti
kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi daripada kanak-kanak normal.
Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang
lain. Cuma semasa kanak-kanak tersebut mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan
kanak-kanak normal. Pada waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan mengingatinya. Keadaan
mereka agak lemah dan kepenatan seterusnya akan tertidur.
Bagi kanak-kanak epilepsy yang mengalami kerencatan akal pula mempunyai fikiran yang tidak
keruan dan merungsingkan. Tindakan mereka diluar kawalan dan tidak diduga seperti naik marah,
membaling barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan sebagainya. Emosi dan
fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang epilepsy.

Terdapat masyarakat yang memandang negatif terhadap kanak-kanak kerencatan akal dan dalam
masa yang sama juga mengalami epilepsy. Oleh kerana itu, pergaulan mereka agak terbatas. Ini
disebabkan, ada yang beranggapan epilepsy boleh berjangkit melalui air liur yang meleleh. Ibu bapa
kanak-kanak tersebut juga kadang kala tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan
masyarakat luar kerana merasa malu mempunyai anak epilepsy.

3.6.3 LANGKAH PENCEGAHAN

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada menghidap epilepsy ini.
Antaranya ialah jangan biarkan anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika
dibiarkan terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan anak-anak tersebut
mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu bapa segera membawanya ke klinik atau pun ke
hospital. Terdapat juga ibu bapa yang mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar
suhu badannya akan turun.

Selain itu, elakkan kepala daripada terhantuk dengan kuat terutama dikalangan kanak-kanak.
Hantukan dan pukulan yang kuat boleh menimbulkan masalah saraf di kepala. Masalah saraf di
kepala mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan hampir semua yang terencat akal mengalami
epilepsy.

Disamping itu, dapatkan makanan yang seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang
seimbang ini mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan membantu
pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula, kalsium, atau magnesium di dalam darah
boleh mengakibatkan epilepsy.

Malah, pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi sewaktu menyambut kelahiran. Ini
kerana epilepsy boleh berlaku dikalangan mereka yang lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun
ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar layanan-layanan yang kurang baik diberikan oleh pihak
hospital kepada ibu-ibu yang akan melahirkan anak. Sikap sambil lewa dan cuai ini kadang kala
menyebabkan si ibu bersalin seorang diri dan akibatnya ank tersebut lemas di dalam rahim atau pun
sewaktu dilahirkan.

Walau bagaimanapun, elakkan daripada terdedah dengan keracunan plumbum khususnya bagi ibu-
ibu yang mengandung. Keracunan plumbum ini termasuklah seperti terdedah dengan cat, petrol dan
sebagainya.

3.7 HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)


Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central nerves
system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktornya ialah
genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca
daripada keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan kepada
bahan kimia.

Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau
gurunya dan menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak
hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-
rayau, tidak boleh duduk diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang


lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka
sering terasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya
terpaksa menjaga empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima
perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kank-
kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan
tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Guru-guru
perlu sering meberikan peringatan kepada murid-murid ini sama ada isyarat atau mengetuk meja
untuk mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak perlu
memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh
menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah
aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan
cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau
ketawa. Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang
dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering mengamuk
bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta berinteraksi dengan rakan sebaya.

3.8 SINDROM DOWN

3.8.1 Apa itu Sindrom Down


Ramai telah mendengar namun, ramai juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan sejenis
penyakit yang moden atau orang kaya malah sindrom down (SD) tidak dikatakan penyakit. Sindrom
Down tidak boleh diubati dan ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan
mental dan fizikal kank-kanak sindrom down lambat berbanding dengna kanak-kanak biasa. Oleh itu
akank-kanak sindrom down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membawa mereka
berdikari. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Traslovation dan Mesiac. Tidak kira
jenis Sindrom Down, kanak-kanak Sindrom Dwon boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir
sama.

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai tiga salinan
kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21. Dengan erti kata
lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka dikategorikan Sindrom
Down dan lain-lain kromosom mereka adalah normal.

3.8.2 Apa itu kromosom

Kromosom adalah struktur yang terdapat nucleus sel-sel yang mengandungi maklumat yang di warisi
daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian
pertumbuhan dan fungsi sel.

Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu. Manakala
bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic yang unik (kecuali kembar
seiras)Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setipa individu yang berbeza-beza.

3.8.3 SEJARAH SINDROM DOWN

Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down dari Inggeris, tetapi baru
pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan pemeriksaan kromosom.
Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya
mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet
dan bujur ke atas.

Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya
tuntutan dari perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberian nama
tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama tersebut dengan Sindrom Down .

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara .Pada tahun 1866 ,
seorang ahli fizik berbangsa Inggeris , John Lagdon Down ( 1828 – 1896 ) telah menerbitkan
penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom
Down .Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejuene , seorang ahli fizik dari
Perancis . Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke -21 . Bagi orang
normal , bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom Down mempunyai 3
kromosom .Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom pertama yang dirajahkan secara
penuh .

3.8.4 CIRI – CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM DOWN

3.8.4.1 Sifat Pada Kepala , Muka , Dan Leher

Kanak –kanak Sindrom Down mempunyai ciri – ciri fizikal yang unik di mana mereka mempunyai iras
muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol . Mereka juga mempunyai pangkal hidung
yang kemek .Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam .Mata mereka
sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarya naik ke atas dan
terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata .

Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal , kasar ,
dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir .Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak
teratur .Paras telinga adalah lebih rendah . Kebiasaannya kepala mereka adalah lebih kecil dan agak
leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek .

3.8.4.2 Sifat Pada Tangan dan Lengan

Sifat- sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan jari
kelingking membengkok ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek .Kebiasaannya tapak tangan
mereka hanya terdapat satu garisan .Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta
berbonggol .

3.8.4.3 Sifat Pada Kaki

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki .
3.8.4.4 Sifat Pada Otot

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan
menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar .

3.8.4.5 Ciri-Ciri Lain

Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta
agak bongkok . Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut . Kebiasaanya, kanak-kanak
ini juga suka bermanja, bermain dan bergembira diamna mereka mudah mesra serta dapat bergaul
dengan baik . IQ mereka pula adalah di antara 30-80 . Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat
dikesan sebaik selepas lahir .

3.8.5 PUNCA-PUNCA KEJADIAN

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunayi risiko ynag lebih tinggi
untuk melahirkan anak Sindrom Down . Sembiloan puluh lima peratus ( 95%) Sindrom Down
disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 . Keadaan ini disebabkan oleh “kon-dysjustion” kromosom
yang terlibta itu adalah kromosom dua puluh satu di mana semasa proses pembahagian sel secara
mitosis pemisahan kromosom dua puluh satu tidak berlaku dengan sempurna .

Di kalangan lima peratus (5%) lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang
dinamakan “tranlocation”. Keadaan biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari
kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah
kesemua 46 kromosom.

Mekanisna ini biasanya berlaku apda ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda . Sebahagian kecil
Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mossic”.

3.8.6 JENIS-JENIS SINDROM DOWN

3.8.6.1 Trisomi
Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek
. Kanak-kanak jenis ini adalah berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada
kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47 .

Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah
kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran
bagi ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu ynag berusia 40 tahun nisbah
kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran . Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah
antara 50%-80% .

3.8.6.2 Translocation

Kelahiran jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom Down
(translocation) ini terjadi dalam dua cara .Cara yang pertama ialah apabila secebis kromosom
nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat
anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak
Sindrom Down adalah 3%-5%.

Cara kedua yanbg terjadi apabila secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor
yang sama . jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ini ialah di antara 50%-
80%.

3.8.6.3 Mosaic

Sindrom Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down .
Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.

3.8.7 MASALAH KESIHATAN

3.8.7.1 Masalah Jantung

Masalah jantung yang paling kuat berlaku adalah jantung berlubang seperti Ventricullar Septal
Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara arteri kiri dan kanan .

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis / PDA) .Bagi
kanak-kanak ini boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan
susah bernafas .
3.8.7.2 Masalah Usus

Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :

1. Salur esophagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian yang
tertentu esofagus. Biasanya ia dapat di kesan semasa ia berumur 1-2 hari di mana bayi mengalmai
masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktod atau jururawat kerana mereka tidak dapat
memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir .

2. Salur usus kecil duodenum yang tidka terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung
Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum . biasanya
bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut
membuncit dan susah untuk buang air besar .

3. Salur usus rektum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung
atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf
yang tidak normal di bahagian rektum . Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan
seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar .

3.8.7.3 Masalah Lain

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormone
tairiod . masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down .

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher


boleh menyebabkan berlakuany penyakit lumpuh di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-
kanak Sindrom Down . Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah
putih iaitu leukemia .

Selain itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selesema, radang tengkorok dan radang
paru-paru . Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan yang kurang
jelas
3.8.8.LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Walaupun Sindrom Down sejenis penyakit yang di anggap serius tetapi ia boleh di cegah . Terdapat
beberapa langkah dalam pencegahannya . Pencegahan tersebut meliputi ibu-ibu yang mengandung .

Para ibu sememangnya tidak digalakkan untuk mengandung setelah usia mereka mencecah atau
melebihi 35 tahun . Tetapi keadaan ini sememangnya menjadi masalah pada masa kini kerana
kebanyakkan golongan wanita lebih cenderung atau lebih mementingkan kerjaya daripada
memikirkan tentang rumah tangga . Oleh itu mereka telah mengambil langkah untuk berkahwin
lambat . Keadaan ini telah menyebabkan mereka lewat mengandung dan kesuburan mereka akan
terjejas . Oleh itu, terdapatnya pelbagai informasi yang disiarkan oleh media massa kita hendakklah
mengambil berat tentangnya kerana ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga .

Jika seseorang ibu pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat,
mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar . Cara yang sebegini adalah untuk mengetahui
punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down . Melalui pemeriksaan
ini juga , kita dapat mengetahui penyebabnya, seterusnya ibu itu boleh mengambil langkah
pencegahan yang segera . Kita amat mementingkan pencegahan adalah disebabkan kerana jika
kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawtanya tidak mungkin lagi dapat dijalankan
walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan serta ari-ari seseorang
seperti yang telah dinyatakan .

Disamping itu dengan adanya kemudahan teknologi yang cangggih dalam bidang perubatan
sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom
Down sebagai langkah pencegahannya . Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan yang boleh
dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh bulan pertama ketika kehamilan sedang
berlaku . Prosedur ini tidak mendatangkan kesan serta menyakitkan si ibu . Ia juga kurang
merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini juga tidak melibatkan pengmbilan cecair
dari dalam rahim ibu . Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan
anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia . Oleh itu,
prosedur yang terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau
FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down . Ujian
boleh dijalankan oleh ibu-ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya .

3.8.9 UJIAN MENGESAN ANAK YANG CACAT

Jika seseorang wanita itu menglami kehamilan, maka mereka boleh melakukan ujian untuk diuji
selnya bagi bayi yang sedang membesar dalam kandungannya . Ia merupakan satu kaedah yang baru
dan ia juga dinamai sebagai Penempelan Vilus Korion dan kaedah ini membolehkan seseorang
doktor mengambil sel ini pada minggu yang kelima kehamilannya .
Kaedah tersebut dilakukan dengan memasukkan, satu tiup pig yang halus serta melalui vagina ibu
seterusnya ke adlam uterus . Dengan bantuan Ultrasound juga, ia dapat memberikan gambaran
tentang kandungan uterus dan koroin, iaitu sau membran yang melingkumi bayi dalam kanduang
yang sedang membesar itu .

Seterusnya penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion, melaluinya
sambungan bak pokok bagi Korion dapat di lihat . Sel-sel ini dalah merupakan sel yang mengandungi
kromosom dan genetic ynag sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi pengesanan sebarang
kecacatan genetik . Contohnya, satu Kariotip akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan
pengidap Sindrom Down atau sebaliknya .

Di samping itu juga, terdapat dua lagi akedah ujian yang lain boleh digunakan untuk mengumpul sel
bagi melakukan ujian . Amniosentesis dilakukan pada kira-kira minggu keenam belas kehamilan si ibu
. Manakala bagi amniosentesis,. Sebatang jarum panjang yang digunakan untuk mengeluarkan
sedikit bendalir Amnium dan sel fetus . Selepas sel dikultus, maka analisis serta ujian kromosom yang
boleh mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan . Dalam fetoskopi, serta periskop yang kecil
denga satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus . Melalui
kaedah ini ia membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus di dalam dan mengambil sampel kulit
serta darah bagi tujuan untuk dilakukan ujian .

3.9 MURID PINTAR CERDAS

3.9.1 DEFINISI

Ahli biologi mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luarbiasa yang dimiliki oleh seorang
individu yang melakukan adaptasai dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran .
Sebagai contoh ialah sensitive dan juga diam .

Stanford Binet (1916) pintar cerdsa merupakan kepada keupayaan seseorang untuk memahami,
membuta pertimbangan dan penakulan denagn bijak . Manakala Lewis Terman (1916) pula
menyatakan bahawa pintar cerdas sebagai individu ynag berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu
lebih jauh daripada orang biasa .Mengikut pendapat Marland (1972) kanak-kanak yang dikenlapasti
oleh pihka yang berkelayakkan profesional sebagai individu ynag memiliki kebolehan tinggi dan
berkeupayaan mencapai kecemerlangan . Di samping itu, menurut pusat perkembangan kurikulum
Malaysia , pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju dalam pembelajaran dan menerima
pelajaran lebih awal dan cepat daripada kanak-kanak normal . Mereka dapat membuat kerja sekolah
dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang yang tertentu .

Kesimpulannya ialah pintar cerdas merangkumi satu kombinasi yang istimewa dan tinggi, (Superiol
General Abilities), pencapaian kreatif pada tahap yang lebih bermotivasi tinggi untuk belajar dan
berjaya .
3.9.2 PUNCA-PUNCA PINTAR CERDAS

3.9.2.1 Faktor Genetik

Perwarisan daripada ciri-ciri fizikal ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di lihat persamaan dan
perbezaan anak-naka dalam keluarga . Kebanyakkan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental
seseorang sememangnya diwarisi daripada ibu bapa . Namun begitu tiada alat yang dapat mengukur
kebenaran faktor genetik .

3.9.2.2 Faktor Persekitaran

Pengalaman melalui asuhan merupakan salah satu daripada factor yang lebih dominan dan
membnatu dalam perkembangan serta meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan sekeliling
seseorang individu yang membesar adalah faktor penentu untuk menentukna sejauhmana bakat dan
kepintaran yang diwarisi berkembang .

3.9.3 CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDAS

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalamai masalah fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai
semangat inkuiri dan perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk
mendapatkan jawapan yang terkini .

Mereka yang terdiri dariapda golongan ini juga berciri-cirikan seperti sangat kreatif teruatamyan
dalam menguasa dalam kemhairan yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak da
mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadang kala mereka di anggap pelik .

Di Samping itu, mereka juga bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh
orang lain . Mereka juga boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapan orang
dewasa pada peringkat umur yang awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang kemas . Selain
itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap penumpuan yang lama terhadap sesuatau perkara
terutamanya dalam aspek kemahiran dan mereka juga mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan
begitu aktif serta mampu bersesosial dengan cepat . Kanak-kanak yang diketegorakan dalam
masalah ini juga mempunyai daya keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-kanak normal
ynag biasa . Mereka juga turut mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta
“superior” di kalangan rakan sebaya .

3.9.4 MASALAH KESIHATAN

JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN ( DR.GARNER )

3.9.4.1 Verbal-Linguistik

Mereka berkebolehan dalam menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan
.Golongan ini juga amat peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutamanya kebolehan dalam
merangsang emosi .

3.9.4.2 Logik dan Matematik

Kebolehan dalam menakluk, menyelesaikan masalaah yang komplek, membuat perkaitan seperti
menyoal, kritis, cekap dalam membuat pengiraan dan perbandingan . Mereka juga cukup cekpa
dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan komputer .

3.9.4.3 Existentian

Kanak-kanak ynag terdiri daripada golongan pintar cerdas adalah amat berminat tentang hayat,
evolusi manusia dan kematian .

3.9.4.4 Visual-Ruang

Mereka berkebolehan dalam mengesan dan menggambar bentuk, ruang,warna dan garisan. Selain
itu mereka berkebolehan dalam mempersembahkan idea visual dan mengesan grafik . Berkebolehan
juga dalam bidang seni, kreatif dalam menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya
imaginasi yang kuat .
3.9.4.5 Muzik

Kanak-kanak dari masaalh pintar cerdas adalah amat berkebolehan dalam mengsan nada, melodi
termask kemahuan dalam mengenal logo dan mengubah tempo / irama dalam melodi yang mudah .
Mereka juga boleh merekodkan memori auditori . Murid yang mempunyai kecerdasan ini gemar
belajar dalam masalah pengjaran lisan dan suka akan aktiviti yang jenis bersifat tarian .

3.9.4.6 Interpersonal

Kebolehan dalam memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrta orang lain. Mereka boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan . Murid-murid ini
yang tergolong dalamkecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan lagi melalui pembelajaran
koorperatif, pengajaran dengan rakan sebaya akan penglibatan dalam perbincangan kelas .
Kebolehan dalam menjayakan sesuatu perhubungan dan kebolehan bersosialis. Selain itu, murid-
murid daripada masalah pintar cerdas ini juga berkebolehan dalam memahami diri sendiri dari segi
kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuk kemahiran yang membandingkan diri sendiri
dengan orang lain dan mengetahui bagaimana untuk mengawal perasaan . Mereka juga turut
berkebolehan dalam memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi
yang tinggi dan golongan pintar cerdas ini juga suka bekerja secara bersendirian .

3.9.4.5 Kinestetik

Berkebolehan dalam menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuki
menyelesaikan masalah termasuk masalah fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan
keseimbangan .Murid-murid pintar cerdas ini juga amat mahir dalam memanipulasi objek dan
aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar NATURALS.Di samping itu juga mereka juga
turut berkebolehan dalam mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan
haiwan serta berkebolehan dalam melihat perhubungan dan pula yang rapat antara tumbuhan dan
juga antara kehidupan haiwan .

3.9.5 Perkembangan Fizikal


Pada dasarnya kanak-kanak pintar cerdas mengalami pertumbuhan fizikal yang sama .

3.10 KERENCATAN AKAL

Golongan yang mudah mengalamai masalah kerencatan akal adalah terdiri daripada kanak-kanak
yang lewat dalam perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal . Kelewatan itu
bergantung kepada tahap ( degree ) iaitu sejenis kerencatan yang di alami oleh seseorang kanak-
kanak . Selain itu kelemahan mereka juga kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang
seumur dengan mereka .

Kanak-kanak terencat akan memerluikan masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal . Hanya sebahagian kecil sahaja , kanak-kanak yang
dilahirkan cacat atau tidak normal dan sebahagian besranya sihta dan normal . Sunggguhpun begitu
kanak-kanak yang sihat dan normal ini tidak semuanya akan mejadi orang dewasa yang normal .

Terdapat beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga ditempuhi oleh kanak-kanak ini semasa
membesar seperti bahaya biologi atau dari alam sekitar . Bahaya-bahaya ini boleh mengakibatkan
keadaan yang tidak normal ini lebih dikenali sebagai kanak-kanak khas .

Kanak-kanak khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dari segi ciri-ciri
fizikal dan psikologis . Program-program sekolah biasa di bentuk untuk kanak-kanak normal tidak
dapat memberi peluang penyesuaian dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak ini .
Mereka memerlukan pelajaran yang khas atau dalam kes-kes yang tertentu memerlukan khidmat
pembantu atau kedua-duanya sekali untuk mencapai taraf yang sepadan dengan keupayaan mereka
.

3.10.1 IMPLIKASI KERENCATAN AKAL TERHADAP

PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL, SOSIAL, EMOSI,

SAHSIAH DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN BAHASA.

1. Beberapa jenis kecacatan fizikal terdapat di kalangan mereka yang terencat akal . Antaranya
ialah kecacatan kederiaan, kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian daripada orang ynag terencat
akal akan mengalami kecacatan penglihatan atau pendengaran . Kecacatan motor yang mungkin
terdapat termasuklah spastisiti, ataksia dan atetosis . Epilepsi biasanya berlaku dalam kes-kes
kerencatan yang tinggi atau yang teruk sahaj iaitu apabila terdapat kerosakan otka yang jelas .

2. Dari segi perkembangan mental mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran yang tidka
menentu dan mereka mempunyai tahap intelektual ynag berbeza-beza. Mereka juga menunjukkan
prestasi yang rendah dalam semua jenis tugas seperti pembelajaran, ingatan, penggunaan konsep
dan penyelesaian masalah . Mereka mudah lupa akibta hilang ingatan seketika dan gemar bertanya
soalan yang berulang-ulang atau menceritakan sesuatu yang berulang kali .

3. Mereka yang mengalami kerencatan akal akan menghadapi kesulitan didalam perkembangan
sosial daripada perkara-perkara berikut seperti memahami hubungan sosial, membentuk tali
persahabatan, memahami fikiran dan perasaan orang lain dan mengekalkan hubungna mata .

4. Dari segi perkembangan emosi dan sahsiah, mereka yang mempunyai kerencatan akal
mempunyai tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah pembelajaran biasanya akan dipengaruhi
oleh kecenderungan hiperakif, gangguam perhatian, suka mengikut perasaan, ragam emosi yang
kuat berubah, kelemahan koordinasi pergerakan umum dan lambat memberi gerak balas . Mereka
juga menunjukkan tingkah laku yang bemacam-macam ragam dan pelik, selalu mengalami perasaan
takut dan cemas dan sentiasa mengelka drai bercakap dan bermain bersama rakan yang lain .
Mereka lebih suka bermain secara bersendirian .

5. Implikasi terhadap perkembangan pertuturan atau perolehan bahasa mereka ini mempunyai
tahap kefahaman bahasa yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut . Bahasa mereka
juga agak ganjil dan sukar difahami . Mereka yang terencat akal ini akan mengalami kesulitan dalam
memahami pertuturan, kesulitan memahami isyarat ( badan, tangan, mimik muka ), kesulitan dalam
mengguankan bahasa, lewat atau tiada langsung perkembangan bahasa dan terdapat juga echolalia
iaitu mengulang percakapan orang lain .

3.10.2 MASALAH KESIHATAN

Faktor-faktor yang membawa kepada berlakuanya kecacatan terencat akal ini ialah seperti berikut :

1. keadaan ganjil kromosom

2. vairus

3. penyakit kuning

4. encephalitis

5. otak dalam keadaan luar biasa ( Deformation ) dan bayi itu tidak sedakan diri apabila dilahirkan
.

* Kebanyakkan susah untuk mengesan apa yang menyebabkan kecacatan akal .

3.11 MASALAH TINGKAH LAKU


3.11.1 Apakah Tingkah Laku

Tingakah laku bermaksud perangai, gerakgeri, kelakuan, perangai atau perbuatan. Ia


dilakukan oleh individu atau seseorang apabila individu berkenaan apabila berasa mahu
melakukannya setelah menerima arahan-arahan dari sistem saraf pusat iaitu otak . Tingkah laku
merupakan gerakan-gerakan fizikal yang dapat diperhatikan . Tingkah laku juga dapat
menggambarkan keadaan emosi seseorang sama ada ia gembira, sedih atau sebagainya.

3.11.2 Apakah ‘Normal’

Normal pula membawa pengajaran sesuatu keadaan atau suasana yang biasa berlaku atau
perkara yang sememangnya sepatutnya terjadi sebagaimana yang dikehendaki mengikut norma-
norma yang tertentu . Jika sekiranya ia tidak berlaku, ataupun jika ia berlaku tetapi ia tidak
mengikuti garis panduan yang tersedia maka ia dianggap telah terpesong atau terkeluar dari
kebiasaanya ia berlaku .

3.11.3 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tingkah Laku Normal

Tingkah laku normal adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan gerakgeri yag kebiasaanya
dilakukan oleh setiap kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan dan pencapaiannya
yang berdasarkan kepada umur masing-masing .

Melalui pemerhatian tingkah laku yang telah dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran, maka dapat dilihat bahawa tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan
oleh mereka telah dianggap terpesong dari tingkah laku yang di anggap normal .

3.11.4 Apakah Tingkah Laku Terpesong

Keseluruhan semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah


pembelajaran ini juga dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain . Nmaun tingkah laku yang
dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dianggap terpesong kerana perkara-
perkara berikut :

Jangka Masa Tingkah Laku Berlaku


Tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran pada kebiasaanya memakan
tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak normal . Contohnya , Saiful kalau ia menangis
memakan masa untuk berhenti , malah kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain kerana ia
akan menjadi lebih marah . Berbeza dengan kanak-kanak normal ia berlaku sekejap sahaja dan akan
pulih bila ia dipujuk atau bila telah tertarik dengan perkara-perkara lain .

Kekerapan Tingkah Laku Berlaku

Bagi aknak-kaank yang bermasalah pembelajaran tingkahlaku-tingkahlaku yang bersifat negative


telah kerapberlaku dari tingkahlau yang bersifat positif. Umpamanya kanak-kanak bermasalah
pembelajaran lebih kerap mengalami ‘tantrum’ dari kanak-kanak normal . Ini disebabkan mereka
tidak dapat mmbuat altenatif lain untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku ke atas dirinya .
Terutama jika ia merupakan sesuatu masalah kepada mereka . Bagi mereka ini merupakan jalan atau
cara yang berkesan dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain .

Kesesuaian Dan Ketidaksesuaian Waktu Berlaku

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seringkali melakuakn tingkahlaku-tingkahlaku ini bersesuaian


dengan waktu, masa, ketika dan suasana . Contohnya dalam situasi pembelajran yang berlaku
sepatutnya saiful bolrh duduka beri tumpuan keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah
sebaliknya yang berlaku . Ataupun dalam suasana yang gembira, riang dan seronok contoh ketika
ada parti hari lahir, tiba-tiba saja ia boleh menjerit dan menangis dan sebagainya . Kanak-kanak ini
tidak dapat mengadaptasikan tingkahlaku yang akan dilakukannya deangna keadaan
persekitarannya . Mereka akan melakukan tanpa menghiraukan apa yang sedang terjadi di
persekitaranya .

Tingkahlaku Tidak Selaras Dengan Umurnya

Didapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalh pembelajaran ini tidak selaras
dengan umur mereka. Kebiasaanya walaupaun umur mereka telah mencapai 7, 8 ,dan 9 tahun ,
tetapi mereka masih lagi menunjukkan sikap atua sifat seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4
tahun . Mereka masih lagi manja tidak suka berdikari tiada perasaan marah ataiu bercakap sendiri
dan sebagainya yang sepatutnya tidak lagi dilakukan oleh mereka dalam usia sebegitu . Mereka juga
sering mengamuk bila kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya mereka telah dapat membezakan
antara yang baik dan yang buruk .
Lambat Memberikan Respon

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon kepada rangsangan-rangsangan


yang diberikan . Mereka tidak menunjukkan perasaan minat atua tertarik keapda sesuatu pada
pandangan kali pertama. Walaupun ia anggap menarik oleh mereka yang normal . Contohnya Saiful,
ia tidak akan memberikan perhatiannya kepada gurunya jika sekiranya gurunya tidak merangsang
dengan benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu .

Keadaan ini berlaku kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat berfungsi secara optimum kerana
telah mengalami masalah seperti kerencatan di bahagian yang tertentu,berlainan dengan otak
kanak-kanak yang normal. Oleh yang demikian ia tidak dapat memberikan maklumat yang tepat
kepada emosi dan tigkahlaku kanak-kanak berkenaan

3.12 MASALAH KECACATAN MULTIPAL ATAU MASALAH

BERGABUNG

Kanak-kanak jenis ini mempunyai dua atau beberapa kecacatan . Ini termasuklah cacat
penglihatan dan pendengaran iaitu buta dan pekak, terencta akal dan ‘cerebralpalsy’, ‘aphsia’ dan
pekak dan lain-lain gabungan kecacatan lagi . Gangguan psikologi adalah kecacatan tambahan lagi
kanak-kanak ini, yang timbul akibat dari kekecewaan disebabkan oleh kecacatan multipal itu . Di
antara kes yang serius ialah mereka yang mengalami kecacatan dua atau lebih daripada dua
pancarindera . Keadaan ini disebabkan sumber rangsangan kanak-kanak itu kurang berfungsi dengan
baik . Mangsa kecacatan ini yang sangat terkenal ialah Helen Keler .

Kanak-kanak perkembangannya dihalang oleh ‘cerebral palsy’ dan terencat sama ada
disebabkan buta atau pekak, mempunyai peluang yang terhad untuk mempelajari sesuatu perkara
dan tidak mampu untuk menolong diri mereka sendiri .

3.13 MASALAH PENDENGARAN

Seseorang yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai seorang yang normal kerana
kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana seorang yang Lumpuh, buta atau spastik.
Seseorang yang buta dan pekak menyatakan jika di beri peluang memilih di antara buta dan pekak ,
mereka lebih rela memilih sebagai sebagai seorang yang buta.

Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan pendengaran, dia akan mampu untuk bertutur.
Sebaliknya jika dia dilahirkan dengan cacat pendengaran, tentu perkembangan pertuturannya dan
bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin parah jika sekiranya kanak-kanak tersebut
langsung tidak mendengar dan sudah pastinya dia tidak akan dapat bercakap. Ini kerana sejak di
lahirkan, salah satu cara untuk kanak-kanak belajar mengenal alam sekeliling ialah melalai
pendengaran.Apabila umur semakin meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar bercakap dan
membentuk bahasanya sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran bertutur bukanlah di sebabkan
oleh alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka tidak dapat menyebutkan kerana tidak
pernah mendengar.

Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu;

1. Cacat Pendengaran Penerimaan

Kehilangan pendengran penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai ke bahagian dalam
telinga yang mungkin disebabkan lubang telingan tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak
mempunyai lubang telinga. Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan penggunaan
alat pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh memulihkan pendengaran yang rosak itu.

2. Kecacatan Pendengaran Pengamatan.

Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat deria selalunya lebih tenat. Ini di sebabkan oleh
kerosakan bahagian dalam telinga atau kecacatan saraf telinga yang menghantarnya utusan
kebahagian otak.

3. Cacat Pendengaran Pusat

Kecacatan pendengaran pusat pula apabila organ pendengaran berfungsi secara betul tetapi system
urat saraf pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera.

4. Cacat Pendengaran Psikogenik

Kecacatan pendengaran psikogenik ialah satu keadaan apabila organ-organ penerimaan termasuklah
urat saraf pusat berfungsi dengan baik tetapi pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana
gannguan emosi yang terpenda

Daripada huraian di atas, secara umunnya kecacatan pendengaran boleh di bahagikan kepada dua
kategori iaitu:

A. Pekak – mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi. Kecacatan ini dialami sama
ada sebelum atau selepas di lahirkan.
B. Separa pekak—walaupun deria dengar mereka rosak tetapi boleh berfungsi sama ada dengan
alat bantuan pendengaran atau tidak.

Terdapat berbagai-bagai darjah atau peringkat cacat pendengaran iaitu dari peringkat yang rendah
kepada peringkat yang tenat. Bagi mengetahui darjah pendengaran, sejenis alat mengukur yang
dipanggil audimeter digunakan. Unit yang di gunakan bagi menjelaskan kekuatan bunyi ialah desibel
(dB). Jika peringkat kecacatan pendengaran seseorang yang tenat, nilai desibelnya lebih tinggi.

Kadang-kadang cacat pendengaran pada pelajar tudak diketahui oleh ibu bapa sehinggalah kanak-
kanak bersekolah. Guru juga tidak menyedari keadaan ini dan mungkin menyalahkan anggap pelajar
itu mempunyai masalah pembelajaran perenggan baru.Cacat pendengaran boleh diklasifikasikan
seperti berikut

1. Ringan (mild)- kehilangan pendengaran 20-40(decibel)

2. Seherhana (moderete) – kehilangan pendengaran 40-70(decibel)

3. Teruk(severe) – kehilangan pendengaran 70-95(decibel)

4. Amat teruk (profound)- kehilangan pendengaran melebihi 95(decibel)

3.13.1 Kecacatan pendengaran ringan (mild) 20-40 (decibel)

Pada peringkat pendengaran ini menunjukkan kehilangan pendengara

yang sedikit. Mereka ini menghadapi masalah mendengar perbualan yang perlahan. Kanak-kanak ini
dapat menbentuk pertuturan dan bahasa yang normal jika mendapat amplikasi bunyi yang sesuai.

3.13.2 Kecacatan pendengaran sederhana (moderete) 40-70(dB)

Tahap sederhana pula ,kanak –kanak dapat memahani pertuturan

terutamanya apabila terdapat bunyi latar.Ini boleh menpengaruhi perkembangan pertuturan dan
bahasa jika mereka tidak dapat dipasang dengan alat bantuan pendengaran seawal mungkin. Apa
yang lebih penting pada tahap ini ialah perlunya ada latihan agar mereka dapat mengetahui
perbezaan bunyi pertuturan.
3.13.3 Kecacatan pendengaran teruk (severe) 70-95 (dB)

Tahap 70 ke 95 dB adalah tahap yang teruk. Pada tahap ini mereka tidak dapat mendengar bunyi
pertuturan yang normal. Dengan bantuan alat bantu dengar maka ia boleh membesar bunyi
pertuturan yang tertentu dan membantu memahami pertuturan. Mereka menghadapi masalah
mengenai pertuturan dan kualiti pertuturan.

3.13.4 Kecacatan pendengaran yang amat teruk (profound) melebihi 95 ke

atas

Tahap melebihi 95 dB ke atas pila ialah tahap kepekakkan yang sangat teruk sekali. Pada tahap ini
mereka menghadapi masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Keberkesanan penggunaan
alat bantu dengar ini bergantung kepada individu. Mereka ini menghadapi masalah yang teruk dalam
penguasaan pertuturan dan bahasa.

Sekerapan dimensa bunyi boleh disamakan dengan nada. Lagi lebih kekerapannya maka lagi
tinggilah nadanya. Inimpula diukur menggunakan cycles (bilangan getaran) dalam satu saat. Nada
yang rendah sekali dari piano mempunyai kekerapan 27 cycles satu saat dan nada yang tinggi sekali
ialah 4000 cycles sesaat. Walau bagaimanapun, telinga manusia boleh mendengar bunyi-bunyi yang
mempunyai kekerapan antara 20 hingga 20,000 cycles satu saat.

Dalam hal yang sedemikian, seseorang yang lemah pendengaran mungkin mendengar hanya
sebahagian daripada satu satu perkataan kerana vokal –vokal tergolong kepada bunyi kekerapan
jangka rendah dan oleh itu, senang untuk menbezakan melalui pendengaran. Manakala beberapa
konsonan yang mempunyai kekerapan tinggi misalnya ‘s’ akan melemahkan kefahaman pertuturan
kanak-kanak itu. Oleh itu, kehilangan pendengaran bagi seseorang itu boleh ditunjukkan di atas
audiogram mengikut keintensifannya (dalam unit decibel) dan kekerapan (beberapa cycles dalam
satu saat) dengan menggunakan alat jangka oudio ton jati.

3.13.5 TAHAP DAN CIRI PENDENGARAN

Tahap

dB

Ciri-ciri Pendengaran

0-24

Pendengaran normal
25-35

Sukar mengencam suara, diskriminasi

36-54

Masalah bunyi lembut, cakap jauh

55-69

Masalah suara kuat dan perlahan / perbualan telefon

70-79

Boleh kenal vokal tapi masalah konsonan

Boleh dengar jeritan kuat

Masalah pertuturan tanpa terapi

>90

Pekak teruk

Maalah bahasa dan pertuturan teruk

Kanak –kanak yang mengalami kehilangan pendengaran menunjukan tanda-tanda berikut

· Selalu kurang tumpuan .

· Selalu gagal bertindakbalas terhadap pertuturan orang lain, terutamanya dalam

situasi bising

· Selalu minta orang mengulangi apa yang telah di sebut

· Selalu maju rapat kepada penutur


· Selalu memberi perhatian kepada muka penutur.

· Selalu memberi jawapan yang tidak kena kepada soalan

· Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturnya atau menggantikan

bunyi-bunyi lain.

· Mempunyai suara yang terlalu lembut dan kuat.

· Berindakbalas lambat terhadap arahan

· .lemah tatabahasa.

· Menghadapi masalah mengulangi apa yang didengar

· Menghadapi masalah menentukan arah bunyi.

· Selalu menghahapi telinga berair, selsema, sakit tekak.

3.13.6 Langkah-Langkah Pencegahan

Langkah pencegahan bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan awal dapat
membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan. Langkah pencegahan
yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung. Rawatan ini berbentuk imunisasi
yang diberikan kepada semua golongan remaja dan wanita. Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi
Rubella. Ia disuntik kepada remaja yang berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan
daripada jangkitan Rubilla(German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama.
Pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan juga turut menyumbang kepada berlakunya
masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut menyebabkan
pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu dilahir normal namun itu
tidak menghalang daripada terjadinya masalah kehilangan pendengaran ini.

Faktor keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya masalah kehilangan
pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan Plumbum di dalam penghasilan
pensil dan cat air.penggunaan pewarna ini turut digunakan didalam penghasilan barang permaianan
kanak-kanak. Pendedahan yang berterusan kepada agen-agen kimia yang merbahaya ini boleh
mengakibatkan pelbagai implikasi.

Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan kepada deria
pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat sensitive.Ini kerana organ yang dikenali
koklea merupakan organ terpenting bagi membolehkan seseorang itu mendengar. Ia merupakan
organ yang kecil, sensitive, dan kedudukan yang hampir dengan otak dan saraf muka. Sebarang
kecederaan pada bahagian ini boleh mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun
,sekiranya seseorang itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh seperti normal. Salah
satu cara ialah menerusi implan koklea. Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran dan
meningkatkan kebolehan bertutur. Pengesan awal mampu membantu mereka bertutur berbanding
lewat diketahui. Jika lewat diketahui maka proses pemulihan agak sukar kerana tengkorak dan lidah
mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh menyebabkan ia menjadi keras dan tidak mampu
mengeluarkan bunyi untuk menghasilkan percakapan. Jika masalah pendengaran dikenalpasti
seawall tiga bulan, mereka diberikan alat bantuan pendengaran dan pembedahan koklea dalam
telinga mengikut tahap kecacatan pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya
pendedahan mengenai pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui golongan yang
menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.

3.13.7 SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN.

3.13.7.1 .Sejarah keluarga

Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh Hallahan dan
Kauffman(1977) iaitu sebelum, semasa, atau selepas kelahiran.

a) Sebelum Kelahiran

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan gejala ini berlaku sebelum kelahiran seperti factor
baka disebabkan oleh gen yang dibawa ibu bapa. Manakala factor bukan baka pula disebabkan oleh
jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Meningitis, campak, beri-beri, kencing manis, darah
tinggi dan sebagainya, pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan, mengandung yang terlalu
kerap dan Toksemia di peringkat akhir mengandung turut menyumbang kepada gejala ini.

b) Semasa Kelahiran

Faktor semasa kelahiran pula berlaku disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan,tekanan
yang terlalu kuat terutama pada bahagian telinga kerana kepala bayi terlalu lama dipintu rahim,
kecederaan semasa dilahirkan terutama dibahagian telinga, penyakit Homolisis yang disebabkan
oleh factor Rd darah, dan barat badan bayi semasa lahir kurang daripada 1.5 kilogram.

c) Selepas kelahiran

Bagi selepas kelahiran pula disebabkan oleh kemalangan yang mencederakan bahagian
telinga, pengambilan antibiotik seperti streptomein dll,terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat,
terdedah kepada bahan kimia seperti plumbum yang terdapat dalam pensil warna,dan penyakit
berjangkit yang dibawa oleh bacteria dan virus seperti begok, deman campak, demam panas,dan
sebagainya,
d) Hyperbilirubinaemia

Ianya berlaku melibatkan komplikasi yang terdapat dalam factor Rd darah iaitu kurang
merbahaya pada kandungan pertama seterusnya antibody mencukupi akan terbentuk pada
kandungan kedua atau ketiga untuk merbahayakan fetus( Fundenberg et al.,1980) mengakibatkan ,
erythroblastosisi fetalis akan berlaku iaitu sel darah fetal rosak. Ini membari kesan kepada otak bayi,
selain keadaan kepekaan, cerebral palsy, aphasia dan retardation juga boleh berlaku.

e) Meningitis

Penyakit teruk yang disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan tulang belakang menjadi
bengkak dan merah. Walaupun kebanyakan kes meningitis kehilangan pendengaran disebabkan
jangkitan bekteria, meningisti juga boleh disebabkan oleh virus. Kadar penyumbang meningitis
kepada kepekakan telah berkurangan namun mereka berisiko untuk mendapat kecacatan
neurological yang teruk selain daripada kepekakan.

3.14 Masalah Penglihatan

3.14.1 Definisi Masalah Penglihatan

Menurut Hewett (1974) Pengelihatan seseorang 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang
tidak sempurna berlaku apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70.
harifah Zaharah (1985) berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun iaitu
seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang.

3.14.2 Punca-Punca BermasalahPenglihatan

1. 47% disebabakan jangkitan semasa lahir

2. 33% akibat keracunan

3. 7-8% akibat kemalangan

3.14.3 Jenis-Jenis Masalah Penglihatan

1. Miopia (rabun dekat)

2. Hiperopia (rabun jauh)


3. Astigmatisme

4. Rabun malam

5. Rabun warna

3.14.4 Tanda-Tanda Timbulnya Masalah Mata

3.14.4.1 TINGKAHLAKU

i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.

ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan

kepala atau mendorong kepala ke depan.

iii)mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-

kerja lain yang memerlukan penggunaan mata dengan

rapi.

iv)mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya

atau mudah berasa jengkel apabila membuat kerja yang

memerlukan penglihatan rapi.

v) memegang buku rapat pada mata.

vi)tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.

vii)mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau

mengerutkan dahi.

3.14.4.2 RUPA

i) bermata juling.

Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat yang terlalu teruk
ataupun oleh penyakit barah.
ii)kelopak mata merah.

Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahun-tahun awal tumbesaran anak terutamanya
ketika berusia 4 dan 5 tahun.

iii)mata yang radang atau berair.

iv)Tembel yang timbul berulang kali.

3.14.3 KOMPELIN

i)mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal.

ii)tidak dapat melihat dengan jelas.

iii)pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya

(mual) berikutan daripada kerja yang banyak

memerlukan penglihatan rapi.

iv)penglihatan kabur atau berganda.

Bagi katarak, ia disebabkan oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan penglihatan
menjadikabur. Pada kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental (katarak sejak lahir)
danpenglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas. Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin
Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan mata diperingkat awal amat mustahak
kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia 10 tahun,rawatan yang diberikan mungkin
memakan masa kerana ia berkait rapat dengan perkembangan otak.Selepas 10 tahun,
perkembangan otak manusia sudah tetap jadi sukar untuk kita merawat penyakittersebut dengan
sepenuhnya."
4. KESIMPULAN

Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis kecacatan atau
kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan
tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu murid-murid
cacat pendengaran, cacat penglihatan, bermasalah pembelajaran, bermasalah tingkah laku,
bermasalah pertuturan, murid spastic, terencat akal, cerdas pintar dan cacat anggota.

Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanak-kanak dengan
kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu
bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka.
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di
Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya.
Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak
belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah
sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak
bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-
murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi
peluang murid-murid normal mengenali murid khas ini.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat diperlukan untuk
menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan ini
wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan pontensi gologan ini. Tetapi lebih
malang lagi masih terdapat gologan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada
kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan ini. Masyarakat perlu membuat segala
usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah
tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada
gologan berkerluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

5. BIBLIOGAFI

Jabatan Pendidikan Khas(1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur ; Kertas yang tidak
terbitkan.
Pekeliling kewangan Bil 2/91-KP 1573/17L jid 8(78) bertarikh 11 Februari 1991

Pekeliling kewangan Bil 3/1995 bertarikh 11 januari 1995

Surat Siaran Jabatan Pendidikan Khas, KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43)

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Skolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.


K.P.(BS)8502/5/PK/Jid. V26 bertarikh 18 januari 1986

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.


K.P.(BS)8502/5/PK/Jid V34 bertarikh 30 jun 1989

Peraturan-Peraturan Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS)1997 [KP(PUU)S 10075/07/I/ Jid.II,PN(PU2)569]

Sang,M.S,(2000).Pendidikan Di Malaysia .Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

You might also like