You are on page 1of 20

GARIS PANDUAN PELAKSAAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF?

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan
yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994).

Abraham, Morris and Wald (1993): “one in which children with and without disabilities learn and
play together”.

Bowe (1995):“ an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities)
are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”.

2.0 PENCALONAN

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di
program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana

Bersosialisasi

Menduduki peperiksaan awam

3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada:

i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan

ii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.

iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi.

iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/“childcentered”.


4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.

II. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal
mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.

III. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek
kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal.

IV. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang
setanding dengan rakan-rakan yang normal.

V. Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

VI. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

I. Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar.

II. Penerapan nilai-nilai murni.

III. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka
Cipta.

IV. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain.

V. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan.

VI. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan.

VII. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.


6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian


kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.

II. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke
kompleks.

III. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi.

IV. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan.
Sediakan aktiviti P&P yg menarik.

V. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.

VI. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah
sama.

VII. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .

VIII. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.

IX. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di
program pendidikan inklusif.

X. Penilaian:

· Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian
formatif dan sumatif dari aspek:

Tingkah laku

Sosial

Akademik

· Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program
pendidikan inklusif.

· Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan
kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

7.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa


pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.

Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru
pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau
tingkahlaku.

Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

7.2 Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.

Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.

Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.

Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.

Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung
kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau
sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1.Model A –Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan
strategi P&P.

2.Model B – Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

3.Model C – Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber.

4.Model D –Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelas“Satellite” di sekolah


biasa.(OctopusModel)

5.Model E– Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.

6.Model F– Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.


9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.

2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.

3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.

4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.

5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.

6. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.

7. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat


setempat.

8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

I. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.

II. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar
pendidikan khas.

III. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru
aliran perdana.

IV. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.

V. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.

VI. Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas
inklusif.

VII. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran.

VIII. Kurang kerjasama dari ibu bapa.

IX. Jurang yang besar dalam kurikulum .


11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF

Peranan Dan Tanggungjawab

Pengetua/Guru Besar

i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.

ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program


pendidikan inklusif.

iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif.

iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program


pendidikan inklusif di sekolah.

v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan
inklusif di sekolah.

vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif
di sekolah.

vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)

i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.

ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program


pendidikan inklusif.

iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif .

iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program


pendidikan inklusif di sekolah.

v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program
pendidikan inklusif di sekolah.

vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program
pendidikan inklusif di sekolah.

vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif.

Guru Kelas
i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .

ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
semasa .

iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.

iv. Membuat penilaian.

v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Mata pelajaran

i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .

ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
semasa .

iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.

iv. Membuat penilaian.

v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)

i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .

ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata


pelajaran.

iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif.

iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif

v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas


Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.

vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas


pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.

viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan
ke progran pendidikan inklusif.

Murid Berkeperluan Khas


i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).

ii. Tiada masalah tingkah laku berat.

iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana.

iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

E. Rakan pembimbing

i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas.

ii. Rakan Pembimbing.

iii. menjadi ‘role model’.

F. Ibu bapa

i. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas.

ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas.

iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah.

iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti
program pendidikan inklusif dari aspek :

Kurikulum perdana

Masa pembelajaran

Asas kemahiran

13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF

Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:


Pengerusi: Pengetua/Guru Besar

Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Setiausaha: guru pendidikan khas

Ahli jawatankuasa:

i. Guru kelas

ii. Guru mata pelajaran

iii. Guru pembimbing (guru pendidikan khas)

iv. Guru bimbingan dan kaunseling

v. Ibu bapa / penjaga

2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian

pelajar berkeperluan khas.

3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa

4. Merancang dan membina instrumen penilaian.

5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar

berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF

14.1 Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .

2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar


berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-
guru yang telah dipertanggungjawabkan.

3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas
dan PPM .

5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru
aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan
mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut.

6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan
tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta
menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di kelas biasa.

7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.

8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama
dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas.

9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada
perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak
fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi
Program Inklusif dijalankan.

11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau
penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun
demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.

12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas
.Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan
mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.

13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan.

14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

14.2 Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.

2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat
serta mengambil tindakan susulan.
3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan
pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah.

Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan
pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan
terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar
pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah
berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.

6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi
dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala
sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.

7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada
pembelajaran pelajar pendidikan khas.

14.3 Selepas Program

1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan
pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.

2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara
berperingkat-peringkat.

3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.

4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.

5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD
dan JPN.

15.0 Program Mentor Mentee

1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar.

3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang


diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI.
4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan
rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi
memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.

5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi
kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk
masa depan yang cemerlang.

Pendidikan inklusif

Abstrak

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Batu 29, Setiu, Terengganu.
Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan
disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid
tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan
dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-
pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan
khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of
Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan
dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan
dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk
membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan
mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan
berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi
oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan
dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.

Kata kunci: pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah

1.0 Pendahuluan
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran
perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua
dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas
seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk
murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi
matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan yang sama kepada semua murid
tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan
murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti
dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.0 Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid
berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan
khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk
melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk
memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya
penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh
mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian
Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian,
cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb.
Batu 29 supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada
semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada
di kelas tersebut.

3.0 Objektif

Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada
dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan
mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya
model-model rakan sebaya (role model).
Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di
aliran perdana.

Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar
memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk
berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan

4.0 Kepentingan cadangan/ garis panduan

Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang
terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid
berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program
Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan
perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan
bagi murid–murid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan
mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi
juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas
sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al,
2002).

5.0 Tinjauan Literatur

5.1 Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-
murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal,
di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata
lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana
bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

5.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan
istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’
atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi
(Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran,
kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai
murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk
menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah
pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan
khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

5.2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid


berkeperluan khas.

5.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-
sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat
bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru
pembimbing).

5.2.2.1 Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana
dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2.2 Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti
tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,
persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental
Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara
kita.

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak
terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai
aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan
kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas
yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan
kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan
Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal
untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup
serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara
0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada
kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini
Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata
tempat dalam Malaysia.

5.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations
Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang
mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap
diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar
Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang
agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975,
kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa
pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan
disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran
mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain,
perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan
pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward,
2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat
menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan
murid berkeperluan khas.

6.0 Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak
interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi
memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran
akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya
memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika
murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah
meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang
menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program
tersebut.

6.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran

Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"

Autistik

Down Syndrome

Terencat akal ringan.


Hyperaktif

Cerebral Palsy

* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

6.2 Tenaga pengajar

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran
dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:

Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

Merancang dan melaksanakan penilaian.

Dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Layanan dan bimbingan yang adil.

6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas

Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.

Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.

Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.

Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.

Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

6.4 Pengurusan

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar

Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai

Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah
pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan
Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan
pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum.

Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat
membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.

Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.

Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

7.0 Syor

Pihak pentadbiran Sek. Keb. Batu 29 adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan
cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan
sistematik dan berkesan.

8.0 Rumusan

Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di
sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi
memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan
murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna
kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

Rujukan
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton
Publisher.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah
Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion.
London: SAGE Publications Inc.

Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson
Wadsworth .

Disediakan oleh:

Nor Azmani Ismail, Open University Malaysia

You might also like