You are on page 1of 13

Sistem Tutorial Multimedia Atas Talian

Kod Braille Bahasa Malaysia

Tarikh akhir kemaskini:


1 Mei 2011

USM Research University Project


School of Educational Studies
Universiti Sains Malaysia

http://ekodbraille.ses.usm.my
PERHATIAN:
Anda perlu menggunakan Mozilla Firefox untuk
menggunakan eKodBrailleBM.

Untuk muat turun Mozilla Firefox:


http://www.mozilla.com/en-
US/firefox/firefox.html

http://ekodbraille.ses.usm.my
eKodBrailleBM merupakan sistem tutorial multimedia yang
pertama dan unggul di Malaysia untuk menyokong proses
pengajaran-pembelajaran Kod Braille Bahasa Melayu.
eKodBrailleBM merupakan salah satu lagi e-projek PPIP USM
yang bertujuan untuk menyokong guru-guru pendidikan khas di
Malaysia. Di samping guru-guru pendidikan khas, sistem tutorial
ini juga berguna untuk ibu bapa serta individu lain yang
berminat untuk mempelajari Braille secara visual. Semoga
projek atas talian ini dapat menyumbang kepada
perkembangan pengetahuan pendidikan khas di Malaysia.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Sistem tutorial multimedia ini menawarkan kursus Kod Braille
Bahasa Malaysia dalam 5 tahap pembelajaran secara kumulatif
dan ansur-maju:-

Tahap 1: Asas Braille


 Unit 1: Pengenalan kepada Struktur Perkataan Bahasa Malaysia
 Unit 2: Asas Braille
Tahap 2: Singkatan Braille
 Unit 3: Singkatan Braille (I)
 Unit 4: Singkatan Braille (II)
 Unit 5: Singkatan Braille (III)
 Unit 6: Kependekan & Pemendekan Perkataan
Tahap 3: Tanda Braille
 Unit 7: Tanda Karangan, Tanda Khas & Tanda Bacaan
 Unit 8: Tanda Kata
Tahap 4: Tanda Matematik Asas
 Unit 9: Tanda Matematik Asas
Tahap 5: Membraille Teks
 Unit 10: Membraille Perkataan & Perenggan

Pengguna perlu mencapai sekurang-kurangnya markah 90%


dalam Ujian Penilaian Sumatif pada akhir pembelajaran setiap
unit untuk maju ke unit yang berikutnya.
Penyempurnaan setiap tahap dalam kursus ini akan
dianugerahkan sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).

http://ekodbraille.ses.usm.my
Sistem tutorial multimedia ini boleh diakses secara PERCUMA
tanpa dikenakan sebarang bayaran - satu tanggungjawab sosial
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM.

Langkah 1
Layari laman eKodBrailleBM di http://ekodbraille.ses.usm.my

Langkah 2
Klik butang Daftar Sekarang pada ruangan Sokongan.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Langkah 3
Isikan butir-butir anda pada borang pendaftaran atas talian dan
tekan butang Submit apabila selesai.

Langkah 4
Permohonan pendaftaran akan dihantar kepada pihak pentadbir
sistem untuk pengesahan. Kelulusan permohonan akan dihantar
menerusi e-mail. Sila semak e-mail anda dalam masa 3 hari
bekerja untuk melihat keputusan permohonan.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Setelah permohonan anda telah diluluskan, anda boleh log
masuk menggunakan Nama Pengguna (Username) dan Kata
Laluan (Password) yang telah anda isikan pada borang
pendaftaran atas talian.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Selepas log masuk, anda akan dibawa ke muka surat
Pengumuman (seperti di bawah). Anda akan mendapat
pengumuman terkini daripada pentadbir sistem di muka surat
ini.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Ruangan navigasi terdapat pada bahagian atas setiap muka surat
dalam eKodBrailleBM.

Untuk mula, klik pada ikon Menu Pelajaran.

Anda boleh mengemaskini profil anda dengan memilih butang


Profil. Di situ, anda boleh pilih untuk memuatnaik gambar dan
mengemaskini biografi ringkas anda.

eKodMail juga disediakan untuk pengguna menghantar mail


dalaman kepada Pentadbir Sistem atau pengguna-pengguna
lain.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Terdapat dua bahagian dalam muka surat Menu Pelajaran, iaitu
Menu Kursus dan Pengajaran. Menu Kursus mengandungi
kesemua tajuk tahap, unit, sub-unit dan modul. Anda perlu
menghabiskan kesemua aktiviti dalam satu modul sebelum
modul seterusnya dibuka untuk dibaca.

Bahagian Pengajaran pula memaparkan kesemua slaid dalam


modul yang dipilih di bahagian Menu Kursus.

Untuk mula, klik pada tajuk Pengenalan Kepada


eKodBrailleBM di bahagian Menu Kursus.

Kemudian di bahagian Pengajaran, klik


Pengenalan (m/s. 1).

http://ekodbraille.ses.usm.my
Perhatian bahawa terdapat jenis 3 warna status dalam Menu
Pelajaran, iaitu Putih, Kuning dan Hijau.

Kotak putih akan dipaparkan sekiranya muka surat tersebut


masih belum dibuka.

Kotak kuning menandakan muka surat masih dalam proses


dibaca.

Kotak hijau pula menandakan muka surat tersebut telah habis


dibaca atau aktiviti telah dilaksanakan.

PENTING!!!
Setiap muka surat dalam modul perlu dibaca untuk menjadikan
status modul bertukar hijau. Hanya dengan itu, anda boleh
membuka modul yang seterusnya.

http://ekodbraille.ses.usm.my
PERHATIAN!
Braille amat mementingkan kejituan dari segi bilangan sel
Braille. Oleh itu, sistem ini direka untuk mengesan sel Braille dan
teks secara tepat.

Maka, ruangan kosong (space) diambil kira ketika sistem


menyemak jawapan anda. Jika terdapat ruangan kosong
tambahan (yang tidak diperlukan) sebelum/di antara/ di akhir
perkataan, maka sistem ini akan menandakan jawapan itu
sebagai SALAH.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati ketika membraille atau menaip


supaya tidak menambahkan ruangan kosong (space) yang tidak
diperlukan.

http://ekodbraille.ses.usm.my
Sila hubungi Pentadbir Sistem menerusi eKodMail untuk
sebarang pertanyaan, bantuan atau sokongan teknikal.

Untuk menghantar mesej, tekan butang eKodMail, dan


seterusnya pilih Compose. Hantarkan mesej kepada
Administrator. Pentadbir Sistem akan membalas mesej anda
secepat mungkin.

http://ekodbraille.ses.usm.my

You might also like