You are on page 1of 15

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


23-26 APRIL 2015

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH
23-26 APRIL 2015

TEMPAT
KG. SEMELOR, 33300 GERIK, PERAK

ANJURAN
EXCO MASYARAKAT DAN KHIDMAT SOSIAL
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA
(PEMATRA)

TEMA
“ MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 1


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

Kertas Kerja
Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
Anjuran: Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Tujuan

Sukacitanya kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon


pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan
Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM dan pihak Fakulti Kejuruteraan dan Alam
Bina untuk mengadakan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh
Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA), Universiti
Kebangsaan Malaysia di bawah Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial yang bertempat
di Kg. Semelor, Gerik Perak.

2.0 Pengenalan

2.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA),


Universiti Kebangsaan Malaysia mula ditubuhkan pada 7 Disember 1975 merupakan
satu badan mahasiswa yang berdaftar, terpilih dan juga merupakan antara persatuan
yang paling aktif di Universiti Kebangsaan Malaysia yang cemerlang dalam
menganjurkan program dan aktiviti yang berbentuk ilmiah dan bermanfaat. Selama
penubuhannya, PEMATRA telah menjalankan pelbagai program di peringkat fakulti,
universiti, negara malah antarabangsa. Semua ini telah digerakkan melalui program-
program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh keseluruh keluarga
Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA).

2.2 Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) ini merupakan program yang
dicadangkan oleh ahli Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial PEMATRA UKM sesi
2014/2015. Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang perihatin
terhadap anak-anak bangsa, tanpa mengira agama, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan
mahasiswa selain untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, dijangkakan program ini
dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri para ahli jawatankuasa
pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat
untuk berbakti kepada masyarakat

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 2


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

3.0 Misi

Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara
mahasiswa dengan masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jatidiri mahasiswa/i
yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat disamping membantu meningkatkan
kecemerlangan melalui paduan antara ilmu, teori dan pengalaman ke arah kesejahteraan
masyarakat dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan insaniah.

4.0 Matlamat

Untuk menjadi persatuan mahasiswa fakulti yang terkehadapan, berwawasan dan berdaya
saing yang :

4.1 Menjalin hubungan mesra dan kerjasama yang baik antara mahasiswa/i
khusunya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan
komuniti setempat.

4.2 Membimbing serta memberi motivasi kepada para remaja daripada rumah-
rumah anak yatim khususnya mereka yang berminat menceburi bidang
kejuruteraan kelak tanpa mengira kaum.

4.3 Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan berkarisma serta mampu


memberi sumbangan kepada UKM amnya dan khususnya kepada kerajaan
negeri dan masyarakat setempat.

4.4 Berbakti kepada masyarakat dan mewujudkan hubungan baharu dengan


masyarakat orang asli.

5.0 Objektif

5.1 Mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat


setempat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat
demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan.

5.2 Merapatkan lagi jurang di antara barisan exco PEMATRA di samping menanam
sikap mementingkan “teamwork” dalam organisasi dengan menyusun aktiviti
yang memerlukan kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 3


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

5.3 Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi dengan penduduk


setempat serta mengenali budaya dan cara kehidupan mereka dari segi adat dan
budaya.

5.4 Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyrakat yang berbilang


bangsa di samping memupuk sikat perihatin dalam kalangan mahasiswa
terhadap masyarakat luar.

5.5 memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadikan aktiviti kemasyarakatan


seperti ini sebagai satu platform untuk berbakti kepada masyarakat orang asli.

5.6 Mengasas kemampuan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran dunia luar
yang penuh dengan rintangan serta onak duri. Disini juga, kita boleh
melihat sejauh mana kemantapan softskill yang mereka ada.

5.7 Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri mahasiswa/i
dengan menunjukkan tingkah laku profesional sepanjang program dijalankan.
Mahasiswa/i juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan
amanah serta menunjukkan sikap kesukarelaan dan bekerjasama.

6.0 Tema

“ MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN ”

7.0 Anjuran

Exco Masyarakat dan Khidmat Sosial,


Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,
Sesi 2014/2015,
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 Tarikh dan Masa

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 23 April (Khamis) hingga 26 April (Ahad) 2015


Masa : 9.00 pagi (Khamis) hingga 11.00 malam (Ahad)

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 4


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

9.0 Tempat Program

Tempat yang dicadangkan:


Kg. Semelor, 33300 Gerik, PERAK

10.0 Cadangan Perasmi

Y.B. Dato‟ Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik.

11.0 Publisiti

Antara strategi publisti dan hebahan bagi program ini ialah:

 Poster dan flyers tentang program diedarkan di seluruh Kampus UKM.


 Banner di sekitar kawasan program dan di dalam Kampus UKM.
 Laman web Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
www.facebook.com/PEMATRA
 Liputan akhbar dan siaran radio

12.0 Penglibatan Ahli-ahli Program

Seramai 80 orang mahasiswa dan mahasiswi UKM yang terdiri daripada pelajar- pelajar
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang menjadi sukarelawan khidmat
masyarakat di perkampungan orang asli Kg Smelor, 33300 Gerik, Perak.

13.0 Struktur Organisasi

Rujuk Lampiran A

14.0 Tentatif Program

Rujuk Lampiran B

15.0 Perincian Program

15.1 KELUARGA ANGKAT

Program ini akan membahagikan 80 mahasiswa/i Universiti Kebangsaan


Malaysia kepada keluarga angkat masing-masing tanpa mengira agama dan
bangsa. Setiap keluarga akan mempunyai dua orang anak angkat. Namun begitu,
kesemua mahasiswa/i tidak akan menginap serumah dengan keluarga angkat
bagi keselesaan bersama. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi
sedikit sebanyak pendedahan kepada para peserta bagaimana gaya hidup
masyarakat orang asli.

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 5


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

15.2 KEM SOLAT

Kem solat ini adalah bertujuan untuk mengajar perkara asas yang berkaitan
dengan solat seperti cara berwuduk, bacaan Al-fatihah, tahyat, dan hafalan
surah-surah pilihan. Sasaran program ini adalah kepada golongan kanak-kanak
dan remaja. Aktiviti ini adalah untuk memastikan anak-anak orang asli
mempunyai ilmu asas yang betul bagi perkara yang paling wajib dalam agama
Islam meskipun mereka duduk jauh di pedalaman.

15.3 ZIARAH MAHABBAH

Setiap pelajar digalakkan mengunjungi keluarga angkat masing-masing bagi


menjalin hubungan erat dengan masyarakat Orang Asli. Melalui amalan ziarah
ini, kita akan dapat mewujudkan komunikasi antara masyarakat di sana.
Antaranya dapat menyampaikan maklumat tentang program yang kami adakan
ini seperti sukaneka, rewang, gotong-royong, berkongsi pengalaman hidup dan
juga bagi membantu untuk membersihkan rumah mereka.

15.4 REWANG

Aktiviti rewang bersama penduduk kampung diadakan sempena persiapan untuk


majlis tahlil dan bacaan Yaasiin. Setiap peserta diwajibkan mengajak bersama
keluarga angkat untuk menyertai aktiviti ini disamping untuk mengeratkan lagi
hubungan antara mahasiswa/i dan juga penduduk setempat.

15.5 SUKAN DAN PERTANDINGAN

Program sukan meliputi dua ketegori iaitu acara padang dan acara sukaneka.
Bagi acara padang, perlawanan persahabatan bola sepak, kelapa boling dan sepak
takraw akan diadakan. Acara sukaneka pula untuk kanak-kanak dan juga
golongan dewasa yang terdiri daripada gabungan keluarga dan anak angkat.
Bagi program berbentuk pertandingan pula, aktiviti untuk kanak-kanak yang
akan diadakan antaranya pertandingan memasang puzzle, melukis, mewarna dan
sebagainya. Sukaneka bersama penduduk kampung merupakan salah satu
pengisian program untuk mendekatkan mahasiswa bersama penduduk kampung
terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Manakala pertandingan bagi
keluarga dan anak angkat seperti mengukir buah-buahan, menganyam ketupat,
batu seremban dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk
mengasah dan menonjolkan bakat-bakat terpendam yang ada pada masyarakat
orang asli.

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 6


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

15.6 GOTONG ROYONG PERDANA

Salah satu pengisian khidmat komuniti mahasiswa bersama masyarakat dalam


program kali ini ialah gotong-royong bersama penduduk untuk membersihkan
kawasan kampung. Antara kawasan yang menjadi sasaran untuk dibersihkan
ialah tapak perkhemahan peserta, surau, balairaya, dan sebagainya. Para peserta
akan dipecahakan kepada beberapa kumpulan untuk bersama-sama penduduk
kampung bagi membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Objektif gotong
royong ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua agar lebih
mementingkan kebersihan selain dapat mengeratkan tali silaturrahim diantara
semua mahasiswa/i UKM dan masyarakat orang asli Kampung Semelor.

15.7 MALAM KEBUDAYAAN

Malam Kebudayaan merupakan kemuncak dan juga merupakan malam terakhir


kepada para peserta untuk berada di Kampung Semelor. Pada malam tersebut,
terdapat beberapa buah persembahan yang akan diadakan. Antaranya ialah
persembahan daripada peserta OPKIM sendiri dan persembahan daripada
penduduk kampung sendiri, iaitu mempersembahkn tarian Rewang yang menjadi
tradisi dan kebanggaan penduduk orang asli di sana. Objektif utama malam
kebudayaan ini adalah untuk menanamkan sikap toleransi, bekerjasama, tolong-
menolong, bermuafakat, saling menghormati, serta menjalinkan ukhwah
silaturrahim yang lebih erat sesama ahli dan masyarakat setempat.

15.8 TREASURE HUNT

Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji
kemahiran peserta dan golongan remaja dalam masyarakat orang asli untuk
menyelesaikan permasalahan yang akan diberi. Para peserta akan dibahagikan
mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu
checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Sepanjang penjelajahan,
peserta akan diuji dengan 10 checkpoint atau ujian yang melibatkan minda,
kecergasan dan juga ketahanan psikologi. Antaranya seperti aktiviti “Water in
the bottle” dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam botol mengunnakan
tangan. Masa yang diperuntukan untuk menyelesaikan semua checkpoint ialah
selama tiga jam. Objektif utama aktiviti ini dijalankan ialah untuk
mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli, melatih peserta akan sifat
kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik didalam kumpulan serta untuk
menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 7


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

15.9 NOW I KNOW

NOW I KNOW merupakan aktivi yang merangkumi tiga sesi, iaitu sesi ceramah
berkaitan kejuruteraan, tayangan video, dan sesi “I Wonder How” dimana kanak-
kanak dan golongan remaja bersama peserta OPKIM dikehendaki merekacipta
sesuatu yang berkaitan dengan kejuruteraan daripada barangan terbuang
berdasarkan ceramah dan tayangan video yang telah ditunjukkan. Aktiviti yang
bakal menguji minda peserta dan para remaja daripada masyarakat orang asli
Kg. Semelor ini akan dapat mengenal pasti tahap kebolehan disamping
mencipta sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir
diluar kotak norma selain untuk menari minat mereka menceburi bidang
kejuruteraan khususnya di UKM.

16.0 Belanjawan

Rujuk Lampiran C

17.0 Belanjawan

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:

Pejabat Urusan PEMATRA


Paras 1, Bangunan FKAB (Kompleks Lama)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43650 Bangi
Selangor Darul Ehsan
(u/p. : Nuraqira Fidianti Binti Hassim )

Tel : 013-3575714
E-mel : qiera1710@gmail.com

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 8


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

18.0 Penutup

Adalah diharapkan agar program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang


bertempat di Hutan Belum, Perak bagi sesi 2014/2015 ini mendapat kelulusan daripada
pihak Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) dan pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan
Perhubungan Alumni, UKM mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan
permohonan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi
harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif
yang telah digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat
memberi manfaat kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam proses persiapan
dan ini suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Sekaligus menjadi pemangkin buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak.
Secara tidak langsung, universiti akan dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran
positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala
sokongan, komitmen dan pengemblingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-
alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan
sepenuhnya agar sesi 2015/2016 dapat dijayakan dengan sempurna.

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 9


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 10


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

Lampiran A

Struktur Organisasi
Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Sesi 2014/2015

Penaung
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM

Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras
Lt. Kol.(Bersekutu) PA Prof Madya Dr.Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni

Penasihat
Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan
Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Antarabangsa) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ketua Pengarah
Nuraqira Fidianti binti hassim
A141633 JKEES/3 013-3575714

Timbalan Ketua Pengarah


Mohammad Afiq bin Abd Rashid
A144142 JKKP/2 013-2373420

Setiausaha
Aishah binti Mohd Noh A144235
JKEES/2 019-6245519

Timbalan Setiausaha
Farhana Najwa binti Azman
A144124 JKKP/2 011-3245224

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 11


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

Bendahari
Najwa binti Hassan
A143927 JKAS/2 014-5244480

Timbalan Bendahari
Muhammad Zamir bin Zainal Abidin
A144232 JKEES/2 011-23203984

Pengarah Publisiti : Muhammad Zakhiri bin Rusli (A144069)

Pengarah Pemasaran : Muhammad Farid bin Farizal (A140854)

Pengarah Keselamatan : Muhammad Safwan bin Rosdi (A143996)

Pengarah Tugas-tugas Khas : Nurul Aqila binti Mohd Noor Azmi (A144237)

Pengarah Program dan Protokol : Nurul Azmah binti Safie (A144225)

Pengarah Peralatan dan Tempat : Mohamad Safwan bin Radzi (A141500)

Pengarah Jamuan dan Makanan : Najwa Izzaty binti Muhammad Azha (A144220)

Pengarah Cenderamata dan Sijil : Nur Farzana binti Mohd Yusoff (A144296)

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 12


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

Lampiran B

Tentatif Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)


Tarikh : 23-26 April 2015
Hari : Khamis - Ahad
Masa : 9.00 malam (Khamis) – 12.00 malam (Ahad)

Tarikh dan Masa Perkara Tempat


23 April 2015 (Khamis)

9.00 PM Pendaftaran AJK dan peserta Foyer FKAB


9.30 PM Bertolak

24 April 2015 (Jumaat)

6.15 AM Sampai ke destinasi / Solat Kg. Semelor


7.00 AM Sarapan pagi
7.30 AM Persiapan majlis pembukaan

9.00 AM Perasmian Pembukaan / Pembahagian anak Balairaya


angkat.
Perasmi:
Y.B. Dato‟ Hasbullah Bin Osman
Ahli parlimen Gerik

10.45 AM Ziarah rumah keluarga angkat


12.30 PM Makan tengahari
1.00 PM Solat Jumaat/Zohor Surau Kg. Semelor
Rehat
2.30 PM Pasang khemah
4.15 PM Solat Asar
Minum Petang
5.30 PM Rewang dan makan malam bersama Balairay
penduduk kampung
7.15 PM Solat maghrib Surau
Majlis tahlil dan bacaan Yasiin
Solat isyak
8.45 PM Kem solat
Minum malam
11.30 PM Bersurai / refleksi

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 13


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

25 April 2015 (Sabtu)

5.00 AM Qiamullail Surau


6.00 AM Solat Subuh jemaah / Tazkirah
7.00 AM Senam Aerobik Padang
7.30 AM Sarapan
8.00 AM Sukaneka dan acara padang bersama
penduduk setempat
11.00 AM Now I Know (Ceramah Kejuruteraan) Balairaya
1.00 PM Makan tengahari
Solat Dzuhur berjemaah Surau
1.45 PM Sesi Grooming Balairay
3.45 PM Ziarah Mahabbah / Solat Asar a
5.30 PM Belajar permainan tradisi masyarakat Rumah keluarga
orang asli Padang
6.45 PM Bersihkan diri / Makan malam
7.20 PM Solat Maghrib berjemaah Surau
Tazkirah
Solat Isyak berjemaah
8.45PM Malam Kebudayaan / Minum Malam
12.00 AM Bersurai / Refleksi Balairaya

26 April 2015 (Ahad)

6.00 AM Solat Subuh Jemaah / Tazkirah Surau


7.00 AM Senam Aerobik Padang
7.30 AM Sarapan Pagi
8.00 AM Treasure Hunt Sekitar kampong
12.00 PM Makan tengahari
Solat Zohor Surau
Aktiviti bebas / ziarah mahabbah

3.00 PM Gotong-royong perdana Balairaya, surau,


Persiapan majlis penutup sekolah, tapak
perkhemahan dan di
Solat Asar berjemaah sekitar kampong
4.00 PM Majlis penutupan
4.30 PM Penyampaian hadiah dan sumbangan Balairaya
6.00 PM Balik ke UKM

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 14


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
23-26 APRIL 2015

Lampiran C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL.PERKARA RM
1. Sumbangan
 JPPel 500
 Fakulti 500
 Pemasaran 16000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 17,000

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM
1. Publisiti
- Kain Rentang (RM 100 x 2 helai) 200
- Poster (RM 2 x 20 helai) 40
2. Program
- Sukaneka dan Permainan 1,000
- Rewang
Bahan mentah (RM2000) 2,000
Peralatan (RM500) 500
- Grooming 50
- Malam kebudayaan 500
- Treasure Hunt 500
- Now I Know 300
3. Jamuan
- Peserta (RM 80 x 40 orang) 3,200
4. Cenderamata
- Sijil (RM 1.50 x 40 orang) 60
- Hamper (RM30 x 20 kumpulan) 600
(RM 200 x 20 keluarga) 4,000
- Cenderamata kenangan
 Ahli Parlimen Gerik 100
 Ketua Kampung Orang Asli 200

5. Pengangkutan 3,000
6. Rencam 750
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 16,250

“MAHASISWA PERIHATIN, MASYARAKAT TERJAMIN” 15

You might also like