You are on page 1of 7

SMK KEPONG

JLN F.R.I , KEPONG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM INISIATIF PENINGKATAN


KESELAMATAN KESIHATAN DAN KEINDAHAN ALAM SEKITAR (3K)

BIL 1 TAHUN 2012

Tarikh : 9 Januari 2012


Masa : 1.15 tengah hari
Tempat: Anjung Bestari

HADIR :

1. Dr. Sarojini Devi a/p Algaretnam (Pengerusi)


2. Pn. Chow Yuet Kuan

3. Pn. Nor Aiza bt Alias


4. Pn. Nursiah bt. Rozali @ Hj. Majid
5. Pn. Baanumathi a/p T. Thampipillai
6. Pn. Suria bt. Hamzah

7. Pn. Lim Chye Im


8. Pn. Tam bt Abdul Hamid
9. En. Abdul Rashid b. Ibrahim
10. Pn. Aida bt Ramli
11. Cik Yap Bee Kian
12. Pn. Sarojah a/p Chellappan

13. Pn. Nur Khadzimah bt Sabri


14. En. Lim Meng
15. Pn. Ropidah bt Abdul Aziz
16. Pn. Shuhaida bt Che Ismail
17. Pn. Asiah bt Abu Bakar
18. Pn. Nor Azeliana bt Mat Husin
19. Pn. Huda Syazwani bt Mohamed

20. Pn. Annapuranam a/p Alla Suryanarayana


21. Pn. Siti Efiza bt Mohd Noor
22. Pn. Farizan bt Mohd Mydin
23. Pn. Irmalati bt Latif
24. Pn. Tan Swee Sim
25. Pn. Tan Siew Kim
26. Pn. Nur Syamimi bt Mohamad
27. Pn. Nor Azilawati bt Mohd Arif
28. Pn Norhidayah bt Abu Bakar
29. Pn. Faziah bt Muktar
30. Cik Eng Pik Ngor
31. Pn. Azirah bt. Abdul Wahab
32. Cik Vasanthi a/p Permal

TIDAK HADIR :

1. Pn. Lee Geok Thor (Bersebab)

1
2. Cik Mazlini bt Musa (Bersebab)

URUSETIA : Pn. Hanita bt. Mohamed Halip

AGENDA:

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


Puan Pengerusi mengucapkan tahniah atas pelantikan guru-guru sebagai ahli jawatankuasa
program 3K. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyerahkan surat pelantikan
kepada AJK yang telah dilantik.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Cik Yap Bee Kian mencadangkan agar minit mesyuarat Unit 3K kali ketiga 2011 disahkan.
Cadangan ini telah disokong sebulat suara oleh AJK yang lain.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perancangan Strategik


Pn. Chow menyatakan bahawa perancangan strategik unit 3K 2012 telahpun siap.

Makluman
3.2 Parkir Kereta
Pihak sekolah masih belum mendapat bajet untuk menebang pokok-pokok besar di
blok A. Pihak sekolah sedang berusaha untuk mendapatkan bajet menebang pokok.
Guru-guru perlu diingatkan supaya hanya meletakkan kereta di petak yang bercat
kuning sahaja. Keadaan “double parking” perlu dielakkan kerana menyukarkan
urusan guru keluar dan masuk. Pengerusi menambah bahawa pihak sekolah sedang
meninjau ruang di belakang Bengkel Kemahiran Hidup untuk dijadikan tempat
parkir. Walau bagaimanapun pokok-pokok perlu ditebang dan kawasan itu perlu
diratakan terlebih dahulu. Buat masa ini, pilihan terakhir guru ialah meletakkan kereta
di bahagian tepi padang sekolah bagi mengelakkan “double parking” ini.
Makluman
3.3 Laporan Denggi
Laporan demam denggi perlu dihantar melalui e-mel kepada Pejabat Kesihatan
Daerah pada setiap bulan.
Tindakan : Unit Kesihatan

3.4 Pemeriksaan Kesihatan Percuma


Pn. Chow menyatakan bahawa tawaran ini perlu dibincangkan dengan pengerusi
kelab guru yang baharu iaitu Pn. Zanariah Hamid.
Tindakan : Unit Kesihatan

3.5 Laluan di bawah Pargola

2
Tali yang melingkari kawasan pargola di hadapan blok G masih belum dibuka kerana
besi yang ditempah oleh kontraktor masih belum sampai.
Makluman

4.0 AGENDA BAHARU

4.1 Rancangan Tahunan


Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat Unit 3K akan diadakan sebanyak tiga kali
setahun. Pengerusi juga telah menerangkan tentang kepentingan Unit 3K di sekolah.
Menurut Pengerusi, 3K merangkumi semua bidang dan semua premis yang berada
dalam kawasan sekolah. Oleh itu semua AJK mesti memberi keutamaan terhadap
program 3K. Pihak sekolah perlu mengadakan program 3K secara terancang dan
sistematik. Selepas itu penilaian semula harus diadakan bagi ketiga-tiga bidang ini.

Surat Pekeliling dengan Rujukan KP BSSPPK 601/8/1(7) mengingatkan


dengan tegas bahawa aspek 3K harus dititikberatkan di sekolah. Semua kawasan dan
premis sekolah seperti pejabat, semua bilik dan tandas perlu mengamalkan aspek 3K.
Carta organisasi Unit 3K akan diedarkan kepada semua kelas dan bilik khas.

Bagi tahun 2012, setiap unit daripada 3K akan menjalankan beberapa


program yang telah dirancang. Program-program yang dirancang ini adalah
berpandukan perancangan strategik dan keperluan semasa. Diharapkan semua guru
yang terlibat dengan program-program yang telah dirancang dapat menjalankan tugas
masing-masing.

Makluman

4.2 Agihan Tugas AJK


Bagi melicinkan pelaksanaan program, agihan tugas perlu dilakukan mengikut Unit
3K. Unit-unit ini kemudiannya perlu memperincikan tugas kepada jawatankuasa kecil
yang lain. Penyelaras setiap unit perlu mengagihkan tugas dengan adil dan
menyerahkan salinannya kepada setiausaha.

A) Am (Pn. Hanita)
i. Mengedarkan carta organisasi JK 3K
ii. Mewujudkan papan notis 3K
iii. Mengemaskini fail 3K
iv. Menyediakan fail khas 3K
v. Mewujudkan fail kebenaran ibu bapa untuk aktiviti dalam dan
luar sekolah
vi. Mengemaskini papan notis 3K

B) Unit Kebersihan dan Keceriaan (Pn. Shuhaida dan Pn. Ropidah)


i. Pertandingan kebersihan antara kelas (Unit Kebersihan)
ii. Pertandingan menulis esei bertemakan kebersihan (Unit
Kebersihan)
iii. Gotong-royong perdana (Unit Kebersihan)
iv. Pemantauan kebersihan dan keceriaan bilik segar (Unit
Kebersihan)
v. Pertandingan keceriaan kelas (Unit Keceriaan)

3
vi. Program membaik pulih mural (Unit Keceriaan)
vii. Pertandingan keceriaan taman /lanskap (Unit Keceriaan)
viii. Pertandingan papan kenyataan kokurikulum (Unit Keceriaan)

C) Unit Keselamatan (En. Lim Meng)


i. Cara pelajar pergi dan balik sekolah dengan selamat
ii. Program peningkatan keselamatan bangunan dan kawasan
iii. Pragram peningkatan/penambahbaikan tempat parkir
iv. Program pencegahan kebakaran

D) Unit Kesihatan (Pn. Asiah bt Abu Bakar)


i. Program bebas denggi
ii. Kempen derma darah
iii. Melengkap dan mengemaskini buku rekod kesihatan
iv. Program ujian saringan mata
v. Program pemeriksaan gigi
vi. Program ujian air kencing
vii. Program ceramah kesihatan
viii. Pemeriksaan peti kecemasan

4.3 Tatacara/Pemantauan
Setiap program yang dijalankan perlu mempunyai tatacara atau pemantauan.
Pengerusi telah mengambil beberapa contoh tatacara dan pemantauan yang boleh
dilakukan terhadap beberapa aktiviti yang telah dirancang.

4.3.1 Surat Kebenaran Ibu Bapa


Guru yang menjalankan kelas tambahan perlu mendapatkan surat kebenaran
dan memasukkan surat itu ke dalam fail khas.
Makluman
4.3.2 Pertandingan Kelas Terbersih
Unit Kebersihan perlu memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan ini
kepada pelajar dalam perhimpunan supaya pelajar jelas tentang syarat-syarat
pertandingan. Dokumen tentang pertandingan perlu lengkap. Pertandingan ini
akan bermula pada bulan Februari.
Tindakan : Unit Kebersihan

4.3.3 Pertandingan Menulis Esei


GKMP juga boleh mengenal pasti aktiviti lain yang sesuai dan melibatkan
bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan dan bahasa Tamil.

Tindakan : GKMP Bahasa

4.3.4 Pemantauan Kebersihan dan Keceriaan Bilik Segar


Pemantauan ini boleh dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Keceriaan bilik
segar perlu ditingkatkan. Bilik segar juga harus diletakkan tatacara

4
penggunaan dengan kata-kata yang sesuai.
Tindakan : Guru Bilik Segar

4.3.5 Cara Pelajar Pergi dan Balik Sekolah dengan Selamat


Guru tingkatan telahpun mengedarkan tatacara pelajar pergi dan balik
sekolah. Kaunselor perlu memikirkan program atau taklimat berkenaan cara
yang selamat untuk pelajar berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada
guru tingkatan. Sekiranya didapati kawasan luar tidak selamat contohnya
semak-samun, maka guru perlu menghubungi pihak luar seperti MPS untuk
mendapatkan bantuan. Unit Bimbingan dan Kaunseling perlu ada folder yang
berkaitan dengan cara pelajar pergi balik sekolah. Gambar yang berkaitan
juga perlu dimasukkan ke dalam folder tersebut.
Tindakan : Kaunselor

4.3.6 Program Peningkatan Keselamatan Bangunan


Kawasan dan bangunan yang berbahaya dan tidak selamat perlu dikenal pasti.
En. Lim Meng perlu membuat kertas kerja yang mengandungi gambar
kawasan tersebut. Pelajar terdedah kepada beberapa kawasan bahaya seperti
di gelanggang bola keranjang dan bola tampar kerana bentuk fizikal tanah
yang agak curam dan berlongkang. Pelajar yang terjatuh terdedah kepada
risiko kecederaan.
Tindakan : Unit Keselamatan
4.3.7 Program Pencegahan Kebakaran
Unit Keselamatan perlu mempunyai tatacara keluar masuk premis dalam
pelan laluan kecemasan. Unit ini juga perlu mengenal pasti jenis alat
pemadam api dan tempat letak alat pemadam api yang sesuai. Bilik khas,
makmal dan bengkel perlu mempunyai alat pemadam api. Latihan kebakaran
perlu dijalankan. Unit Keselamatan juga perlu mengenal pasti kedudukan
kotak fius di sekolah dan membuat pelan kedudukan kotak fius setiap blok.
Salinan pelan peru diserahkan kepada setiausaha.

Tindakan : Unit Keselamatan

4.3.8 Program Bebas Denggi


Penyelaras perlu menyediakan folder yang mengadungi dokumen dan
gambar. Squad Bebas Denggi perlu aktif bergerak.

Tindakan : Unit Kesihatan

4.3.9 Kempen Derma Darah


Pengerusi mencadangkan agar pelajar yang menderma darah diberikan sijil
penghargaan oleh pihak sekolah.
Tindakan : Unit Kesihatan

4.3.10 Ujian Saringan Mata


Ketua Panitia PJK perlu membuat LADAP tentang ujian ini kepada guru-
guru PJK. AJK Unit 3K yang berminat juga boleh menyertai LADAP ini.
Keputusan ujian saringan mata pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa agar
mereka boleh membawa anak berjumpa dengan doktor.

5
Tindakan : Ketua Panitia PJK
4.3.11 Ceramah Kesihatan
Unit Kesihatan mungkin boleh mengadakan ceramah berkaitan “Talasemia”
kepada pelajar. Unit ini boleh cuba menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah
untuk mendapatkan penceramah. Tempahan perlu dibuat lebih awal,

Tindakan : Unit Kesihatan


4.3.12 Pemeriksaan Peti Kecemasan
Penyelaras kesihatan dikehendaki mengumpul data tentang peti kecemasan di
sekolah ini. Tarikh luput ubat perlu diberi perhatian. Isi peti kecemasan boleh
didapati dari PBSM atau St John Ambulance.
Tindakan : Unit Kesihatan

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Ropidah memberitahu bahawa terdapat beberapa kelas yang terkena panas
matahari pada waktu pagi. Beliau bertanyakan sama ada kelas dibenarkan memasang
langsir sendiri dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

Pengerusi memberitahu bahawa Pn. Chow akan cuba mendapatkan langsir terpakai
dari sebuah hotel. Walau bagaimanapun, guru kelas perlu mengubahsuai dan
memotong langsir berkenaan mengikut kesesuaian bilik darjah.

5.2 En. Lim Meng memberitahu bahawa minyak cap kapak di bilik disiplin selalu hilang
kerana ada pelajar yang terambil.

Pengerusi mencadangkan supaya pelajar tidak dibenarkan membawa keluar minyak


itu dari bilik disiplin. Pelajar perlu menggunakan minyak itu di dalam bilik sahaja.

5.3 Pn. Tam memohon peti kecemasan yang lebih besar untuk dilletakkan di bilik
kaunseling.

Pengetua bersetuju dan akan cuba mendapatkan peti ubat tersebut.

5.4 Pengerusi bertanya kepada Pn. Suria tentang troli yang masih terdapat di beberapa
kelas.

Pn. Suria akan mendapatkan bantuan pelajar untuk membawa turun troli tersebut.

5.5 Pengerusi bertanya tentang sangkar besi dan wayar yang terdapat di blok E. Sangkar
besi perlu diturunkan dan gulungan wayar perlu dikemaskan.

Pn. Suria akur dan akan mendapatkan bantuan pekerja makmal iaitu Fazrin dalam
melakukan kerja tersebut.

5.6 En. Lim Meng memberitahu bahawa ada ibu bapa yang datang terus ke kelas untuk
berjumpa dengan anak mereka.

6
Pengerusi menegaskan bahawa ibu bapa tidak boleh mencari anak di kelas. Mereka
perlu trunggu di pejabat. Guru-guru yang menyedari kejadian ini perlu memberi
kerjasama untuk menegur ibu bapa tersebut.

6.0 PENUTUP
Pengerusi mengingatkan bahawa menjadi ahli jawatankuasa program 3K bukanlah satu tugas
mudah. Guru perlu mempunyai perancangan dan pelaksanaan yang jelas. Program-program
yang dijalankan juga mestilah mendatangkam impak. Sebagai penutup, Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,

..................................................
(PN. HANITA MOHAMED HALIP)
Setiausaha Program 3K

You might also like